30 July 2012

LAJIM AKAN SERTAI PKR?

Timbalan Menteri Perumahan merangkap AMT Umno, Datuk Seri Lajim Ukim meletakan semua jawatan dalam UMNO, namu masih kekal sebagai ahli UMNO. Apahal pulak jadi gini? adakah dia tidak sokong dengan dasar parti atau macam mana? Tak pun ado udang di sebalik mee?banyan blog-blog yang mengatakan beliau akan sertai PKR? apo pun rakan-rakan baca le sendiri kat blog dibawah ni.


LAJIM UKIM AKAN  SERTAI  PKR!




26 July 2012

TERIMA KASIH PM BAGI BONUS

Kaitangan dan pesara kerajaan menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan BONUS pada tahun ini. Sejumlah1.27 Juta pejawat awam dan 657,000 pesara bagi membantu mereka membuat persediaan menyambut lebaran.

Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengumumkan para penjawat awam persekutuan akan menerima setengah bulan gaji atau minimum RM 500 manakala pesara sebanyak RM 500.

Pembayaran akan dibuat pada 9 Ogos ini dan melibatkan anggaran perbelanjaan RM 2.2 bilion.

Mana nak cari kerajaan macam sekarang ni?setiap kali raya dapat bonus, harapkan kan kerajaan PAS?bukan memberi, malah meminta duit dalam poket kita.

Nampaknya raya sakan la kakitangan awam tahun ni,  apa pun berjimatlah dengan apa yang ada, dan terima kasih kepada kerajaan yang prihatin membantu rakyat untuk hidup selesa, tapi jangan lupa budi kerajaan tau, Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa...jangan orang bagi kita ambik, tapi meludah dimuka orang pulak.


17 July 2012

WANTED !!





Panel Penasihat Bebas telah mengenal pasti kehadiran sebuah kenderaan pacuan empat roda misteri dipercayai membawa peralatan 'jammer' yang menyebabkan sistem komunikasi polis terganggu sepanjang perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Pengerusinya, Tun Mohammed Haniff Omar berkata, oleh sebab itu panel meminta kerjasama dari semua pihak bagi mengenal pasti pemilik kenderaan tersebut.

Menurutnya, dalam siasatan yang dijalankan oleh panel, mereka telah dimaklumkan oleh polis berhubung gangguan itu.

“Kami telah ditunjukkan beberapa gambar mengenai kenderaan itu, yang berlegar di beberapa jalan utama. Siasatan awal yang dijalankan mendapati ia bukan milik mana-mana kementerian atau pihak keselamatan.

“Siasatan itu merangkumi semua pihak termasuk syarikat telekomunikasi (Telco), sama ada mereka berada di kawasan berkenaan untuk meningkatkan tahap mutu perkhidmatan, kerana mereka sering melakukan tindakan sedemikian jika terdapat apa-apa program besar agar perkhidmatan tidak terganggu,” katanya di sini, semalam.

Panel penasihat ini ditubuhkan bagi menyiasat dan mendapatkan gambaran sebenar perhimpunan di Dataran Merdeka pada 28 April lalu.

Selain itu panel penasihat ini boleh dijadikan saluran alternatif oleh mana-mana pihak untuk mengemukakan laporan, bantahan, bahan bukti dan sebagainya terutama yang berkaitan dengan perhimpunan itu.

Panel penasihat ini dianggotai oleh Mohammed Haniff, selaku pengerusi, manakala ahli panelnya terdiri daripada Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Sim; Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew, Liew Peng Chuan; Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Mohamad Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Ruszmi Ismail.

Bagaimanapun dua ahli panel terbabit iaitu Shim Lip dan Mohammad Medan menarik diri kerana masalah kesihatan dan bebanan tugas.

Mohammed Haniff berkata, setakat ini belum ada mana-mana pihak atau individu yang tampil, mengakui kenderaan itu milik mereka dan tujuan berada di kawasan itu dengan membawa peralatan tersebut.

“Saya ingin menyeru semua pihak sama ada orang ramai ataupun pihak media tampil bagi membantu siasatan untuk mengenal pasti pemilik kenderaan itu dan tujuannya berada di kawasan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Mohammed Haniff berkata, orang ramai dan peserta perhimpunan diminta tampil untuk memberikan kenyataan kepada polis berhubung dakwaan terdapat anggota polis melakukan kekasaran sepanjang perhimpunan itu.

Katanya, dalam laporan dan tayangan video yang diperoleh dari pelbagai sumber ada menunjukkan berlaku kekasaran, tetapi tiada pihak yang tampil membuat aduan atau menjadi  saksi.

“Sekiranya tiada saksi, polis akan mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota berkenaan dan setakat ini, dua anggota polis telah dihadapkan ke mahkamah berhubung kekasaran yang dilakukan oleh mereka,” katanya.

Mohammed Haniff berkata, Majlis Peguam dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) masih belum tampil bagi membantu siasatan.

Menurutnya, beliau sendiri akan mengutus surat kepada kedua-dua pihak terbabit untuk menjemput mereka bagi membantu siasatan.



-Sinar Harian-

15 July 2012

PAS KERAH AHLI PERGI HIMPUNAN OREN

Huh PAS Kerah ahli untuk meramaikan?Hanya beberapa kerat sahaja dan jumlah dicampur dengan NGO antikerajaan seperti Teras Pengupayaan Melayu (Teras),  Angkata Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badan Bertindak Peneroka Felda Malaysia (Bangkit), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Majlis Perunding Islam Malaysia (Mapim), Badan Bertindak Peserta Felcra Malaysia (Bapa) dan Sekretariat Kebajikan Bekas Tentera Malaysia (Kerabat). Yang ramai puak-puak ni dan ahli-ahli PAS. Warga FELDA berapa kerat je! Sumber berita

12 July 2012

HADIR CERAMAH PUN KENA CERAI!

Hanya kerana tidak menyokong fahaman politik suami, seorang guru mengajar al-Quran dekat sini diceraikan, semalam. Isk-isk apa dah jadi ni?kerana politik pun bercerai ke?ini la jadinya bila politik dicampur adukan dengan rumah tangga.
Wanita itu, dikenali dengan nama Cik Yah (bukan nama sebenar) , 60, berlangsung di Mahkamah Syariah Kota Bharu.
Menceritakan kisah yang menyedihkan itu, Cik Yah, seorang ahli UMNO yang aktif di kawasannya, memberitahu beliau mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu, Awang (bukan nama sebenar), dalam lingkungan 70-an, kira-kira 15 tahun lalu, atas dasar suka sama suka. Dulu suka sekarang tidak suka sebab berlainan fahaman politik.


Orang PAS rupanya..ramai juga saya dengan kisah ni, bercerai sebab fahaman politik berlainan.


"Menurutnya, ketika itu Awang, seorang penyokong Pas, tidak kisah dengan fahaman politik yang dipegangnya, tetapi beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan yang dipegang dalam Wanita Umno bagi menghormati pendirian suami"


kah kah kah memang fanatik la suami dia..memang tabik spring la kat suami dia. kerana tidak sehaluan aliran Politik pun bercerai.


“Sebelum memfailkan cerai, bekas suami saya berkata dia tidak mahu lagi tinggal di rumah bersama saya, tetapi mahu berpindah ke rumah anak-anaknya, yang terletak hampir satu kilometer daripada rumah kami.

“Tindakannya itu menguatkan lagi telahan saya bahawa dia sudah tidak sayangkan saya lagi, sebaliknya mengutamakan politik daripada isteri sendiri,” katanya.

UP: Memang sudah dikenali Penyokong PAS yang fanatik dan rela buat apa saja, ada juga yang sanggup berparang kerana terlalu fanatik.

10 July 2012

Samurai nak guling kerajaan?




Putrajaya menjadi heboh apabila Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diserang. Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. Kedua-dua suspek yang bersenjatakan pedang samurai telah di kaki dan tangan setelah diberi amaran oleh pihak Polis. Beberapa kereta kakitangan JPM telah dipecahkan akibat daripada kejadian berkenaan. Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid  berkata lelaki yang meninggal dunia setelah cedera ditembak dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47 manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) berusia berusia 28 tahun.

Motif sebenar penyerang berkenaan masih belum dikenalpasti. Apakah ini pengikut fanatik mana-mana parti potik atau adakah mereka terdiri daripada penagih morphin tegar seperti Uncleseekers? Apakah golongan Al Maunah telah mula bertapak kembali di Malaysia. Apakah kedua-dua orang ini merupakan sebahagian kecil daripada kumpulan besar di luar sana yang berhasrat untuk menggulingkan Kerajaan secara kekerasan? Apakah ahli-ahli politik pembangkang Pakatan Haram akan menangguk di air yang keruh dengan memanipulasikan dan menjaja isu kematian lelaki berkenaan sepertimana isu Teoh Beng Hock dan isu Kugan. Di bawah adalah gambar rakaman CCTV mengenai kejadian tersebut. Sapa salah ni?Adakah pembangkang nak salahkan UMNO/BN yang wujudkan SANDIWARA? kita tengok la lepas ni apa pembangkang kata?atau nak salahkan POLIS pulak sebab tembak 'SAMURAI' tu?
kalau nak baca lanjut Klik

09 July 2012

Apa Hal Dengan PAS ni?


Ore Kelate Mesti Tahu, Ape hal la PAS Kelantan ni?
belum lulus tapi dah buat keje?macam mana pula dengan duit yang di kutip tu?
kemana duit tu?


04 July 2012

PKR TIPU DAP, TIPU WARGA EMAS?


LUCU LA BILA BACA BERITA NI, KESIAN MAKCIK-MAKCIK NI. PKR MENGAJAK MAKCIK NI KONONYA MAKCIK-MAKCIK NI AKAN MENERIMA SUMBANGAN BERUPA WANG TUNAI DARIPADA KERAJAAN DAP PULAU PINANG.

MENURUT MAKCIK NI TAK SANGKA PULAK DAP TIPU MAKCIK NI SANGGUP TIPU SAMPAI MACAM TU. PKR PUN APA KES NAK MERAMAIKAN ORANG PUN GUNA MAKCIK-MAKCIK. KESIAN LA MAKCIK TU, BAIK DO RUMAH BEREHAT. KALAU NAK BAGI DUIT, BAGI JE KAT RUMAH, TAK PAYAH PERGI MAJLIS. PKR TIPU DAP SECARA HALUSNYA..DAH TERSEDSAK SANGAT KE? 

02 July 2012

JANJI PAS





Alahai PAS suka sangat berjanji..yang lama masih belum tertunai, ni berjanji nak bagi tanah pulak kalua menang PRU nanti..sudah2lah pas..jangan suka berjanji sangat. Yang lama pun masih belum tertunai lagi. Sudah-sudah le wahai PAS..PAStikan janji dulu dilaksanakan dulu. Nak selesaikan yang dulu-dulu pun tak mampu. Rakyat fikir-fikirkanlah...ingat janji-janji dulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...