30 September 2012

BAJET 2013: RAKYAT PERLU BESYUKUR

bajet 2012 telah pun dibentang oleh PM. Rakyat perlu bersyukur dengan keprihatinan kerajaan untuk rakyat. Jangan dok bangkang je..memang sifat pembangkang..betul pun bangkang..tak betul pun bangkang.jangan ingat dia je betul. Cuma fikiran yang munasabah itu perlu supaya jangan menjadi pembangkang yang membabi buta. Kerajaan tidak pernah janji kosong untuk rakyat. Bukan macam pakatan yang tahu berjanji seperti BR1M diteruskan dengan BR1M 2.0 dan untuk warga bujang juga diberi. Nah kerajaan mana nak bagi duit mc tu kepada orang bujang?



Berikut adalah teks ucapan budget 2013 atau 

27 September 2012

ISU JET: TAJA,PINJAM,SEWA



Belum pun memerintah, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat telah mempamerkan cara hidup
yang menyaingi pemimpin di negara maju, lengkap dengan bas dan jet mewah untuk ke mana-mana. Apatah lagi dengan Anwar sendiri memiliki tidak kurang dari tujuh orang pengawal keselamatan yang mengiringinya pada satu-satu masa. Sekali pandang tampak benar-benar seperti pemimpin negara pertama. 

Jika PR ditakdirkan menjadi pemerintah tentunya Putrajaya dan Seri Perdana akan dilengkapi dengan sistem keselamatan setanding White House dengan teknologi dari Israel. Keluarga pemerintah, menteri-menteri dan pegawai-pegawai kanan juga pasti akan dibekalkan dengan beberapa orang pengawal keselamatan juga. Pendek kata, rakyat tidak lagi dapat mendekati pemimpin sepertimana kebiasaan di masjid, mahupun di Hari Raya atau di bazaar Ramadhan di mana kita biasa bertemu dengan Tun Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri. 

Kita boleh membayangkan keadaan Malaysia di bawah PR dengan kehidupan pemerintah bagaikan pemimpin kuasa besar tetapi rakyat dipaksa hidup di tahap dunia ketiga bagi menampung kos kepimpinan yang serba canggih. 

Senario ini semakin jelas di mata rakyat jelata sejurus selepas melihat gambar Anwar dan pemimpin PR lain yang dimuat naik oleh Tian Chua di laman sosialnya. Kelihatan mereka semua tersengih-sengih bangga dan teruja sekali menaiki jet mewah untuk ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena menyambut Hari Malaysia. 

Jelas bahawa Tian Chua bukanlah seorang yang cerdik kerana tidak mampu menilai kesan gambar tersebut kepada politik PR. Jelas juga bahawa Anwar dan seluruh kepimpinan PR juga tidak cerdik dan terus melatah apabila diasak dengan persoalan mengenai jet peribadi itu. Kalau mereka cerdik, tentu mereka tidak dipilih sebagai ‘barua’ oleh pihak tertentu. 

Justeru, Anwar, Tian Chua dan Nurul Izzah masing-masing memberi jawapan berbeza. Itu belum lagi ditanya kepada pemimpin PR yang lain, kerana jika 10 orang ditanya, maka tidak mustahil 10 jawapan berbeza yang akan kita terima. 

Kata Anwar, jet tersebut adalah ditaja oleh ‘kenalannya’. Nurul Izzah pula berkata ia dipinjamkan tetapi Tian Chua pula terlebih dahulu menyatakan yang ianya disewa. Mungkin kenyataan Tian Chua lebih tepat kerana Datuk Mohd Taufik Omar, Pengerusi Tjets Sdn bhd mengakui bahawa syarikat beliau menyewakan jet Dassault Falcon 900 yang bernombor N990BB itu kepada Anwar, dengan kos yang dirahsiakan. 

Kos menyewa jet mewah tentunya mahal. Walaupun Tian Chua cuba memperkecilkan jumlahnya dengan menyatakan ianya ‘murah’ tetapi ia tidak membawa makna bagi rakyat selagi butiran terperinci invois, resit dan juga sumber kewangan yang digunakan untuk membayarnya tidak dibentangkan. 

Jika wang sewaan dikeluarkan dari poket Anwar sendiri, maka Anwar perlu menjelaskan dari mana datangnya wang yang begitu banyak. Jika dari poket kerajaan negeri Selangor, maka Khalid Ibrahim perlu menjelaskan kenapa wang rakyat Selangor digunakan untuk politik parti PKR. Dan begitulah seterusnya, sepatutnya. 

Jika ianya ditaja, iaitu dibayar oleh pihak lain seperti kata Anwar, maka Anwar bertanggungjawab kepada rakyat untuk mendedahkan penajanya. Apatah lagi apabila telah terbukti yang PKR atau PR melalui SUARAM ada menerima dana dari Yahudi Zionis dan George Soros. Untuk ini, Dr. Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang turut berada dalam jet berkenaan wajib menjelaskan kepada penyokong PAS dan rakyat sekalian tentang sumber penajaan jet tersebut. Kita ingin pastikan yang ianya bukan diambil dari Yahudi, Soros atau tabung ‘tin milo’ yang disumbangkan oleh penyokong-penyokong PAS. 

Begitu juga jika ianya dipinjamkan, bak kata Nurul Izzah. Rakyat perlu tahu siapakah yang begitu baik hati, pemurah lagi kaya raya untuk meminjamkan sebuah jet mewah kepada papanya. Sebagai pemimpin parti yang lantang melaungkan ketelusan dan integriti, Nurul Izzah wajib menyatakan siapakah peminjamnya bagi mengenepikan segala keraguan tentang berlakunya rasuah atau kes ‘terhutang budi’ yang begitu hebat, setimpal dengan harga penggunaan jet berkenaan. 

Kita tidak faham kenapa begitu sukar bagi PR untuk menangani persoalan mudah mengenai jet ini. Jika pinjaman atau tajaan atau sewaan jet berkenaan adalah mengikut prosedur dengan sumber kewangan yang sah dan halal, kenapa PR perlu ‘malu-malu’ untuk bersikap telus? Apakah yang ingin dan perlu disembunyikan mereka sehingga begitu gelabah dan memberi jawapan berbeza? 

Dan kenapa penyokong-penyokong PR tidak mempersoalkan perkara ini secara terperinci? Apakah ketelusan hanya perlu di pihak BN, tetapi tidak PR? Jika pemimpin BN bermewah, bukan main lagi dikutuk mereka, tetapi apabila pemimpin PR bermewah dengan sumber yang jelas haram atau diragui, segalanya menjadi tidak apa pula. 

Seharusnya, penyokong-penyokong PR bangkit bersama dengan seluruh rakyat Malaysai menuntut PR menjelaskan isu jet peribadi ini dengan terperinci lengkap dengan dokumen-dokumen bukti bagi menepati perjuangan mereka menuntut kerajaan yang bersih, telus, adil dan berintegriti

Hudud: Kenapa DAP Tentang Pas


Dr Mashitah Ibrahim – Satu kenyataan kurang cermat Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi, Julai lalu, mencetuskan polemik politik baru antara Pas dan DAP yang berlarutan sehingga kini.

Pengerusi DAP, Karpal Singh mempertikai kenyataan Nasrudin bahawa partinya sudah berlembut pendirian berhubung keinginan Pas mewujudkan Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud. Katanya, prospek ini tidak mungkin berlaku selagi parti mereka bersama dalam Pakatan Rakyat.
Rakyat geli hati melihat perkelahian dua parti adik-beradik lain bapa dan lain ibu ini. Mereka tahu ideologi dan retorik politik masing-masing, tetapi masih terhibur membaca kenyataan demi kenyataan para pemimpin kedua-dua pihak: engkau kata aku, aku kata engkau. Engkau tibai aku, aku hentam engkau.
Namun, bagi kepimpinan Pakatan Rakyat, perkembangan ini cukup membimbangkan, apatah lagi pilihan raya umum sudah dekat.
Mereka masih ingat peristiwa sama yang berlaku 11 tahun lalu. Perbalahan Pas dan DAP mengenai Negara Islam dan hudud menyebabkan DAP keluar daripada Barisan Alternatif, satu eksperimen yang bertahan hanya dua tahun.
DAP menentang hasrat Pas kerana bagi mereka, matlamat Pas bercanggah dengan semangat dan persefahaman dalam Manifesto Bersama BA 1999. DAP berkata penubuhan negara Islam melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 serta bercanggah dengan prinsip demokrasi dan hak asasi.
DAP mengingatkan Pas bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, pernah memberi jaminan tidak meneruskan hasrat penubuhan Negara Islam semasa berdialog di Persidangan Gereja-Gereja di Malaysia di Petaling Jaya, pada Mei 2000.
Dalam satu wawancara “Hardtalk” dengan BBC pada September 2003, Datuk Mustaffa Ali memberitahu dunia bahawa tidak ada ‘Negara Islam’ dalam perlembagaan Pas; yang ada hanya “masyarakat Islam”.
Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang, tersentak dan menyatakan punca sebenar perbalahan Pas dengan DAP, apabila Pas berjaya membentuk sebuah negara Islam, pemimpin DAP tidak berpeluang menjadi Perdana Menteri. “Ini realitinya,” kata beliau (2 Disember 2003). Lim Kit Siang membidas ulasan Hadi. Katanya DAP menentang Pas atas dasar prinsip, bukan jawatan.
“If the Pas concept of an Islamic State is divine in origin, and to criticise it is to criticise Allah and was not just to criticise Pas leaders, how could the Pas Islamic State concept once established be criticised, changed or replaced without going against Allah? In fact, a vote against Pas and its Islamic State will become a vote against Allah and therefore blasphemy and treason. How can such a concept be compatible with democracy?” (“Muzakarah Negara Islam: A Discourse on Islamic State”, susunan Drs Amnah Khuzairi, Kuala Lumpur, 2004, hal 194).
Kit Siang juga tidak yakin dengan jaminan Pas bahawa hudud hanya kepada orang Islam di Kelantan dan Terengganu sahaja, manakala orang bukan Islam boleh memilih untuk diadili di bawah undang-undang sivil atau hudud. “As Muslims represent the majority in Malaysia, doesn’t this logically follow that Pas is not just advocating a two-track objective of Islamic states for the northern Muslim states, but also for the whole of Malaysia? Why isn’t Pas saying so?” (hal 193)
Pas selalu berkata antara sebab utama mereka bersekongkol dengan DAP ialah untuk berdakwah supaya DAP lebih memahami Islam. Melihat kepada perkembangan setakat ini, Pas jelas gagal dalam misinya. Sebaliknya, menuding jari dan meletakkan kesalahan ke atas Umno bagaikan usaha desperado untuk alih pandangan daripada masalah sebenar.
Nampaknya DAP lebih berjaya mentarbiyah Pas, yang sanggup menukar slogan ‘Negara Islam’ kepada ‘Negara Berkebajikan’ dan ‘Pas For All’ serta tidak mampu memasukkan matlamat penubuhan Negara Islam dalam Buku Jingga atau manifesto Pakatan Rakyat.
Cukup memalukan dan menghinakan Pas apabila Karpal mencadangkan kalangan pemimpin parti itu untuk mendapat khidmat khutbah daripada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas jika masih tidak faham soal negara Islam.

25 September 2012

Ayuh Bangkit Umat Islam Menentang Penghinaan



Semakin hari semakin panas, umat Isla terus bangkit dengan bedemontrasi menentang Filem yang menghina Rasulullah. Umat Islam perlu bangkit.ayuh teruskan perjuangan. Jangan bagi muka, jangan cuba bermain dengan api nanti buruk padahnya.
Jangan berdiam diri jika Rasullulah dihina. Ayuh bangkit wahai umat Islam. Kita bantah sekeras-kerasnya. Memang kita sebagai umat Isla tidak dapat menerima jika dihina sedemikian. Seluruh negara bangkit mengadakan demontrasi bagi menunjukan protes mengenai filem yang menghina Rasulullah. 
Ayuh kita bergabung tenaga dengan umat Islam seluruh dunia untuk menentang mereka yang sewenangnya menghina Rasulullah.
Ayuh Bangkit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...