25 February 2015

Raja Petra: Azmin Diarah Keluar Dana RM100 Juta Biayai Protes Jalanan??


Pengendali Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim yang dipenjarakan lima tahun telah menahan sokongan terhadap Mohamad Azmin Ali dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baharu kerana Menteri Besar Selangor itu masih gagal memberi komitmen untuk menyediakan RM100 juta untuk membiayai protes jalanan.


Sumber mengesahkan kepada Malaysia Today bahawa keperluan Anwar terhadap dana RM100juta untuk menganjurkan protes jalanan itu merupakan sebab utama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor kerana Khalid gagal memenuhi permintaan Anwar.

“Terdapat khabar angin yang baharu bahawa Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, belum lagi mengesahkan untuk membantu membiayai pergerakan Reformasi 2.0, jadi Anwar telah menahan sokongan daripada Azmin dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baharu. Jika Azmin enggan mengeluarkan RM100 juta maka jawatan Ketua Pembangkang akan berpindah kepada orang lain.

“Untuk meraih simpati dan memastikan gerakan Reformasi 2.0 mendapat sokongan, Anwar akan mula mengadu tentang masalah tulang belakang beliau. Mereka juga akan meningkatkan kebimbangan mengenai keselamatan Anwar dan tentang bahaya dia sedang dianiaya atau diracun semasa dalam penjara. Adakah ini akan menjadi Arsenik 2.0?

“Pada dasarnya, Anwar akan mengulangi kembali skrip lama yang digunakan pada 1998-2001,”kata RPK dalam artikel terbaharu bertajuk “Will Anwar’s Strategy Work?.”

RPK mendedahkan pada mulanya, Anwar bersetuju dengan resolusi daripada ahlistrategi politiknya seperti Dr Rahim Ghouse, Johari Abdul, Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli, dan lain-lain, (orang yang sama yang merancang ‘Kajang Move’ dan menyingkirkan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim) untuk meninggalkan negara dan meneruskan ‘perjuangan’ dari luar Malaysia.
“Pada mulanya, Anwar telah bersetuju untuk melarikan diri. Jika dia dihantar ke penjara selama lima tahun atau 60 bulan, selepas pengampunan satu pertiga dia hanya akan bebas dalam 40 bulan atau sekitar Mei-Jun 2018 atau sekitarnya – yang bermaksud pastinya selepas pilihan raya umum akan datang.

“Kemudian, selepas dibebaskan, dia akan dihalang daripada bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun. Jadi dia akan terlepas pilihan raya umum 2023 dan juga dan hanya akan dapat bertanding pilihan raya umum 2028 (kecuali pilihan raya umum dipanggil lebih awal dan bukan di antara lima tahun).

“Ini akan membuat Anwar berusia sekitar 80 tahun dan agak terlalu tua untuk disukai orang ramai – (Itupun) jika dia masih hidup.

“Tiga buah negara telah bersetuju untuk memberikan perlindungan politik terhadap Anwar jadi ia masuk akal jika dia meninggalkan negara ini sama seperti Khomeini, Trotsky, Lenin, Stalin, dan ramai revolusioner besar pernah lakukan. Mereka semua meninggalkan negara untuk melawan dari luar dan kembali semula untuk mengambil kuasa selepas revolusi berjaya dan kerajaan telah digulingkan.”kata RPK.

Namun, kira-kira dua minggu sebelum Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman, Anwar telah mengubah fikiran untuk kekal tinggal di Malaysia.

Menurut RPK, perubahan fikiran Anwar itu dianggap orang ramai sebagai idea bodoh kerana dia gagal mencapai apa-apa apabila dipenjarakan.

“Dengan tiada prospek untuk bertanding dalam pilihan raya umum walaupun dia masih hidup dalam usia warga emas, 88 tahun ?

“Anwar kemudian menjelaskan bahawa strateginya adalah untuk menggerakkan generasi muda menjadi sebuah gerakan Reformasi 2.0 – sama seperti yang dia pernah lakukan lebih daripada 16 tahun yang lalu pada tahun 1998 dengan gerakan Reformasi 1.0 – menggunakan ‘huru-hara’ untuk memberi tekanan kepada kerajaan supaya melepaskannya.”

Namun, dedah RPK, selain Azmin, Anwar masih lagi menghadapi satu lagi masalah besar, iaitu sokongan rakyat terutamanya dari PAS.
“Kejayaan rancangan Anwar, bagaimanapun, bergantung kepada sokongan dari PAS, seperti yang berlaku dalam pergerakan Reformasi 1.0 pada tahun 1998.
“Walau bagaimanapun, PAS di bawah Abdul Hadi Awang tidak akan menyokong Anwar. Oleh itu Anwar mahu Hadi digulingkan pada bulan Jun 2015. Dan itulah sebabnya PasMa telah dicipta.
“Pendek kata, tanpa PAS, pergerakan Reformasi 2.0 akan gagal kerana Anwar tidak akan dapat menggerakkan orang ramai sepertimana yang pernah dia lakukan pada tahun 1998 – kebanyakan penyokongnya datang dari PAS.
“Oleh itu, marilah kita lihat apa yang berlaku pada bulan Jun nanti, sama ada Hadi masih menjadi pemimpin parti PAS selepas itu. Jika mereka mampu menolak Hadi maka gerakan Reformasi 2.0 boleh berjaya.


Sebaliknya, jika usaha itu gagal, Anwar tentu berharap dia mendengar nasihat pakar-pakar strategi politiknya supaya meneruskan gerakannya dari luar negara sejak awal lagi,” kata RPK lagi.

24 February 2015

DAP-PKR PANAS PUNGGUNG BILA HUBUNGAN UMNO-PAS BERTAMBAH BAIK



Biar gambar menceritakan segalanya, kerana gambar berbicara seribu kata. Pertemuan Perdana Menteri, DS Najib Razak dengan Menteri Besar Kelantan, Dato Haji Ahmad Yaakob petang tadi di Putrajaya untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan kesejahteraan rakyat Kelantan amat menyentuh perasaan. Insya-Allah, Kerajaan Persekutuan akan sentiasa meletakkan kepentingan Rakyat paling utama dalam sebarang perkara.

Kita tahu pihak yang paling sakit hati kalau UMNO dan PAS berbaik-baik walaupun tidak duduk dalam satu saf, walaupun hanya sekadar bekerjasama sebagai satu pasukan pro-kontra, adalah pastinya DAP. Sebabnya DAP yang dipimpin oleh Lim Kit Siang dari tahun 1965 dahulu dan sekarang ini diwarisi pula oleh anak lelakinya, Lim Guan Eng, memerlukan keadaan di mana PAS dan UMNO yang mempunyai jumlah pengikut tegar terbesar dari kalangan 64% komposisi penduduk negara ini, berpecah dan saling berbalah.

Perbalahan antara PAS dan UMNO akan menjadikan DAP kuat serta sangat dominan. Disebabkan itulah, DAP kelihatan bersungguh-sungguh membantu dan memujuk PAS dalam Pakatan Rakyat agar meneruskan sistem permusuhan dengan UMNO walaupun pada tahun 2002, Allahyarham Fadhil Nor, bekas Presiden PAS sudah menyatakan tentang 'kerjasama' antara UMNO-PAS menerusi kemunculan serentak di atas pentas solidariti untuk Palestin sebagai simbolik bersama-sama dengan Tun Dr. Mahathir, mantan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu.

Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia, Datuk Dr Mashitah Ibrahim di dalam tulisan beliau di dalam Sinar Harian, baca di sini, berkata sejak kenyataan terbuka dibuat oleh Datuk Hussamuddin Yaacub bulan lalu, yang menganjurkan Pas dan Umno bersatu demi kepentingan rakyat Kelantan dan umat Islam negara ini, beberapa pihak telah memberi respons positif, terutama tokoh-tokoh Kelantan sendiri, termasuk ahli akademik, aktivis sosial dan pemimpin masyarakat serta rakyat dan pemimpin kedua-dua parti.

Dr Mashitah menambah, Walaupun tidak ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua parti berhubung cadangan itu, umumnya hubungan antara Pas dan Umno masa kini adalah baik. Pemimpin kedua-dua parti kini berjumpa lebih kerap dan boleh duduk berbincang bersama, tidak seperti dulu. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pula berkata, PAS dan Umno boleh bekerjasama secara pentadbiran antara kerajaan dengan kerajaan, justeru membuktikan perbezaan ideologi tidak menghalang kedua-dua pihak dalam urusan membantu mangsa banjir, misalnya. 

Katanya lagi, jika kedua-dua pihak ikhlas, perbezaan parti adalah perkara kecil, tegasnya. Ada pihak melihat cadangan Umno Kelantan tidak meletakkan calon untuk merebut kerusi Dun Chempaka, yang kosong ekoran kematian Nik Aziz minggu lalu, kerana tidak mahu berlaku pertelingkahan politik ketika berkempen, sebagai langkah munasabah.

Namun, Dr Mashitah turun menekankan bahawa ada juga pihak yang tidak senang dengan perkembangan ini. Mereka tidak mahu melihat Pas dan Umno menjadi rapat, apatah lagi bekerjasama baik di peringkat pentadbiran mahupun politik. Paling sakit hati ialah DAP dan PKR, sekutu Pas dalam Pakatan Rakyat.

Kenyataan Dr Mashitah ada kebenarannya. Hari ini, di sebalik pertemuan Dato Ahmad Yaakob dengan DS Najib Abdul Razak, turut didedahkan adalah rakaman audio suara bughah Mat Sabu yang menjadi jeneral, mengarahkan agar serangan dipertingkatkan secara agresif agar DS Hadi Awang dijatuhkan dengan seberapa segera. 

Ada sebab dan musababnya, Dato Ahmad Yaakob bertemu dengan DS Najib Abdul Razak selain daripada untuk kepentingan Rakyat Kelantan. Malah pertemuan tersebut merupakan sebenarnya melibatkan umat Melayu Islam yang diancam pengkhianatan kumpulan-kumpulan penyembah Joseph Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim yang terdapat dari Perlis sehinggalah ke Sabah.

SUMBER

ULAMA PAS SUDAH TIDAK MAHU MAT SABU


Pas tidak lagi berlapik apabila secara terbuka mengaitkan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu (Mat Sabu) dan Pengarah Pilihan Raya parti itu, Dr. Mohd. Hatta Ramli sebagai dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menyifatkan kedua-dua pemimpin tersebut sebagai biadab, wakil Dewan Ulama Pas Kedah, Fauzi Hussin, seterusnya mendesak tindakan tegas termasuk memecat Mohamad dan Mohd. Hatta bagi merawat kembali parti itu yang kini dilanda perpecahan.
Beliau yang berkias dengan mengaitkan permasalahan Pas kini seperti penyakit kencing manis berkata, apabila mana-mana anggota badan dijangkiti penyakit tersebut langkah terbaik bagi menyelamatkan nyawa adalah dengan memotong bahagian terlibat.
“Mana tindakan kita bila ada suara sumbang pertikai Presiden? Mereka datang rasmi mesyuarat cawangan tapi cerita keburukan Presiden. Ini jelas biadab. Perlu tindakan tegas tidak kiralah siapa pun walaupun pangkat dia Timbalan Presiden atau Pengarah Pilihan Raya parti.
“Kalau isteri ingkar perintah suami maka jatuh nusyuz dan adalah dayus jika kita tidak ceraikan bini yang nusyuz,” katanya semasa membahaskan ucapan Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yakob dalam Multaqa Ulama SeMalaysia II di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya, dekat sini hari ini.
Pada 8 Februari lalu, Ketua Dewan Pemu­da Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim bersama kira-kira 300 ahli yang merupakan penyokong Abdul Hadi berhimpun di ibu pejabat parti itu mendesak Mohd. Hatta dan mereka yang terlibat dalam komplot menjatuhkan Presiden serta kepe­mimpinan ulama meletak jawatan.
Dalam laporan sebuah portal baru-baru ini, Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia(PasMa), Datuk Phahrolrazi Zawawi mengakui terdapat perbincangan dalam parti berhubung kedudukan Abdul Hadi sebagai presiden Pas.
Bagaimanapun, beliau dilaporkan menafikan terlibat dalam kumpulan itu walaupun ada pihak yang mengaitkannya bersama Mohamad, Mohd. Hatta dan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dalam kumpulan yang didakwa cuba menjatuhkan Abdul Hadi.
Dalam pada itu, Fauzi bertindak menyelar sikap Mohamad yang sering kali menyifatkan kenyataan Abdul Hadi mengenai pelbagai isu berkait pakatan pembangkang cuma sebagai pandangan peribadi Presiden Pas tersebut dan bukan mewakili pendirian parti.
Katanya, jika begitu pendirian yang diambil oleh Mohamad, mengapa Timbalan Presiden Pas tersebut tidak pula tampil menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pandangan peribadi dalam isu serupa.
“Sebab itu pada saya, seluruh ahli Majlis Syura Ulama perlu bertegas, mesti menyatakan pendirian segera dan jangan ada muslihat (kerana) kepentingan jemaah perlu dijaga, kalau tidak kekuatan yang ada pada kita pada hari ini akan hilang,” katanya
sumbersumber

23 February 2015

PASMA 'Pancung' 50 nama pada muktamar akan datang


PASMA telah mengeluarkan senarai 50 penceramah/ustaz yang dituduh sebagai berselindung disebalik jubah dan serban ulamak tetapi suka sangat memecahbelahkan parti dan anti Pakatan Rakyat. Mereka ini diminta singkirkan dalam Muktmar akan datang.

Dalam arahan sulit, mereka yang tersenarai tidak akan diberikan publisiti dan mana-mana kawasan yang didominasi oleh PASMA agar mereka tidak diundang. Manakala imej mereka ini diburukkan dalam media sosial agar kredibiti mereka dipersoalkan.

Mereka ialah:-

1. Ustaz Nor Azli Musa (Perak)
2. Ust Fadhli Ibrahim (Phg)
3. Us Tuan Ibrahim Tuan Man (Phg)
4. Ust Nik Abduh (Kelantan)
5. Dr Khairudin Takiri (Trg)
6. Ust Nasarudin Tantawi (Phg)
7. Ust Idris Ahmad (Perak)
8. Dato Dr Mahfuz Mohamad (Jhr)
9. Ustaz Zaharudin Mohamad (Trg)
10. Ustaz Ahmad Yahya (Kedah)
11. Ustaz Hanafi (Trg)
12. Dr Azhar Yaakob (Wilayah)
13. Ust Mohd Nor Hamzah (Trg)
14. Ust Zulkifli Ismail (Melaka)
15. Ust Mokhtar Senik (Phg)
16. Dr Riduan Mohd Nor (Wilayah)
17. Kamaruzaman Mohd (Wilayah)
18. Hj Razman Zakaria (Perak)
19. Ust Fauzi  (Kedah)
20. Ust Hafez Sobri (Perak)
21. Ust Kamarudin sidek (Melaka)
22. Ust Hazmi Dibok (Pahang)
23. Ust Rosli Jabar (Pahang)
24. Ust Aris Hazlan (Pahang)
25. Ust Yusaini (Perlis)
26. Ust Ahmad Dasuki (Selangor)
27. Ust Sallehin Mokhyi (Selangor)
28. Ust Kamal Saari (Selangor)
29. Dr Daeng Sanusi (Johor)
30. Ustazah Wan Hasrina (Sel)
31. Ustazah Nuridah (Wilayah)
32. Hj Mohd Nor (Wilayah)
33. Hj Khairil (Wilayah)
34. Ust Khairul Azmi (Pahang)
35. Ust Shahril Azman (Pahang)
36. Ust Zamri Mantop (Selangor)
37. Ust Fadhli Saari (Kelantan)
38. Ust Afnan Taib Azamudin (Png)
39. Ust Yusuf Embong (Pahang)
40. Ust Nik Zawawi (Trg)
41. Dato Nik Amar (Kelantan)
42. Dato Ahmad Yaakob (Kelantan)
43. Ust Hashim Jasin (Perlis)
44. Ust Azman Syafawi (Trg)
45. Ust Syarhan (Selangor)
46. Ust Asri Daud (Kelantan)
47. Ust Kamaruzaman (Trg)
48. Ust Syed Abdul Kader (Sel)
49. Ust Najmi Karim (Selangor)
50. Dr Zuhdi Marzuki (Selangor)

Selain daripada itu mereka yang tersenarai telah arahkan supaya mereka jangan dicalonkan sebaga AJK PAS Pusat.

Kerja yang dibuat oleh PASMA sangat buruk dan ini sangat bahaya untuk Jamaah PAS kerana mereka telah memberikan imej buruk terhadap PAS sehingga PAS menjadi tidak lagi dominan dalam Pakatan Rakyat. 

SUMBER

10 February 2015

Luahan hati saiful


Saiful menerusi catatan di blognya semalam mendakwa, wujud golongan yang hanya memikirkan implikasi politik hasil daripada keputusan mahkamah esok berbanding "kebenaran, fakta, nasib dan keadilan buat saya sebagai mangsa", tulisnya.

"Terus terang saya ingin luahkan, mutakhir ini, saya amat berdukacita dan terkilan. Suara, layanan, keadilan dan keprihatinan terhadap saya sebagai mangsa jarang sekali diambil kira, malah dianggap tidak relevan dan tidak penting. Walhal saya ini mangsa dan Anwar Ibrahim orang yang dituduh.

"Sungguh mengecewakan saya lagi apabila ramai di kalangan parti kerajaan dan pembangkang, penganalis bebas serta orang ramai yang berbicara dan lebih 'prihatin' tentang kesan kes ini terhadap senario politik berbanding kebenaran, fakta, nasib dan keadilan buat saya sebagai mangsa," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Saiful berharap keputusan mahkamah yang akan diketahui esok nanti bebas daripada sebarang tekanan mana-mana pihak.

"Saya juga berasa pelik dan jelek apabila  membaca saranan Anwar dan pelbagai pihak terutama penyokong 'clean and independent judiciary'  yang mahukan kerajaan-Perdana Menteri mencampuri urusan badan kehakiman agar membebaskan Anwar Ibrahim.

"Pada hemat saya, itu secara jelas dan terang-terangan tindakan yang menyalahi Undang-Undang. Bukankah itu satu 'Hypocrisy of the Highest Order'?  Perjuangkan 'clean and independent judiciary" tapi dalam kes saya ini, mereka desak ada campur tangan.

"Saya mohon dan berharap agar segala pengaruh mahupun tekanan dari pihak tertuduh, pihak luar, juga anasir politik yang cuba mempengaruhi agar beliau dibebaskan adalah suatu yang mustahil dilakukan," luahnya lagi.

Melalui catatan sama, Saiful akui akan tetap dengan pendiriannya meskipun keputusan mahkamah itu nanti tidak memihak kepadanya.

"Jika keputusan sebaliknya, sudah menjadi kebiasaan bagi diri saya dalam menghadapi sesuatu perkara, untuk siapkan diri berhadapan dengan 'worst case scenario'.

"Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekali pun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa ALLAH SWT tidak akan menzalimi hambaNya yang tegakkan kebenaran. Pasti ada hikmahnya. Jika tidak di dunia, di Masyar pasti.

"Apa pun saya sedar dan insaf, siapalah saya.. Saya hanya insan "kerdil" yang tak ada apa-apa kepentingan.. Anwar pula seorang VVIP, tokoh politik yang banyak "kepentingannya". Lumrah dunia..," tulis Saiful lagi.

Hari ini 10 Febuari 2015, Mahkahmah Persekutuan akan mengumumkan keputusan berhubung rayuan terakhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan meliwat Saiful, tujuh tahun lalu.


SUMBER

09 February 2015

DAH 3 KALI HARGA MINYAK TURUN, BARANG TAK TURUN PUN!!


Harga Minyak dah turun.....

bila rafizi nak turun harga barang????


sekarang mau cakap aper?dah bukti PR tak boleh turunkan harga barang...

28 December 2014

MALAYSIA TERBAIK URUS BANJIR

Malaysia terbaiku rus banjir...


Buktinya gambar dibawah ini




Puak-puak Pembangkakng dan macai2nya dok bising dan hanya pandai kritik kerajanaan...lepas tu apa yang dia sumbang untuk mangsa banjir? pandai mencari salah je macai-macai PR ni.

Ape pun korang pikir la sendiri dengan otak yang waras.



05 December 2014

Pak turut yang bantah Akta Hasutan

SASARAN mereka ialah ahli-ahli Umno. Mereka bergerak hampir ke setiap negeri meliputi banyak bahagian. Majlis lazim dibuat secara tertutup bagi mengelak kontroversi dan dihidu musuh. Suara mereka hanya mendapat publisiti media kecil serta portal berita.

Penganjur pun takut jika pucuk pimpinan menyalah tafsir. Biasalah perkara bertentangan dengan dasar pucuk pimpinan dilihat menentang arus. Ia bakal menimbulkan kemurkaan orang atasan. Dengan sendiri terhadlah peluang si anu dan si polan menjadi wakil rakyat.

Media arus perdana seperti biasa bersikap berkecuali. Isu ini jarang mendapat liputan. Justeru tidak ramai tahu.

Walaupun sifatnya dibuat secara tertutup, maklumat tetap sampai ke luar. Ia seperti aroma nangka atau kentut yang sukar dikawal baunya.

Selain NGO-NGO berpaksi Melayu, terdapat mereka yang bergerak secara individu. Ini termasuklah Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara. Ramai lagi bersama-samanya menentang pemansuhan akta ini.

Dengan Musa dilihat 'mengetuai' usaha ini, ia dengan sendiri memberi puak yang menentang ini satu kekuatan. Maklum sajalah, Musa selaku bekas KPN, tentu arif hal-hal perundangan. Lagipun jika Musa sendiri membantah tentu ada sebab utama.

Pada zamannya, malah zaman sebelum itu lagi, akta ini digubal dengan tujuan tertentu. Zaman ketika Inggeris berkuasa, akta ini sebahagian usaha mereka melindungi kerajaan pentadbiran mereka. Ia antara lain untuk memastikan Malaya yang dalam genggaman mereka 'selamat.'

Tentu sahaja Musa menyaksikan akta ini melalui lima kali pindaan sejak sebelum menjadi KPN lagi. Ia sebahagian dari apparatus diguna pakai kerajaan melaksanakan undang-undang. Dengan sendiri Musa menyaksikan lebih banyak aspek kebaikannya, bukan seperti dakwaan pembangkang.

Pembangkang menuduh akta ini senjata politik Umno. Apa nak dihairan kerana yang ramai dihadap ke mahkamah kerana menghasut dan berpotensi menggugat ketenteraman awam puak mereka. Dan alasan mereka kononnya sekadar mengkritik Umno dan BN.

Namun sebenarnya ia tidak pernah menjadi senjata politik mana-mana pihak. Tetapi malangnya rakyat mempercayai dakwaan ini kerana kritikan datang daripada tokoh-tokoh seperti Anwar dan DAP. Pas pula kalau bukan sekerat dua secara keseluruhan agak rasional.

Ironinya Anwar mengkritik akta ini tetapi tidak semasa berada dalam kerajaan sejak 1982 hingga 1998.

Pembangkang kini mahu menjadikan Akta Hasutan 1948 satu lagi isu politik. Mereka kini ketandusan isu kerana banyak isu dibangkang gagal menarik perhatian rakyat. Isu kenaikan minyak, sebagai contoh, juga gagal. Begitu juga isu 1MDG, kalimah ALLAH dan sebagainya.

Mereka  mahu menjadikan akta ini satu isu rakyat macam mereka menjadikan isu ISA tempoh hari sehingga Najib akhirnya terpaksa bertindak memansuhkan akta berkenaan. Matlamat mereka bukan saja menarik perhatian rakyat Malaysia, lebih penting masyarakat antarabangsa.

Dalam perspektif lain, ada asas untuk berasakan akta ini berbahaya pada hak asasi manusia. Maklum sajalah ia menyekat kebebasan bersuara. Tetapi persoalannya pada akhir justifikasi, pihak mahkamah menentukan sama ada orang tertuduh bersalah atau sebaliknya. Bukan semua yang dihadap ke mahkamah di bawah akta ini disabit kesalahan. Bukan semua yang mengkritik Najib dipenjara.

Sejarah membuktikan mahkamah kita bebas dari gangguan atau sebarang tekanan. Lihat kes liwat Anwar sejak 1998. Ada ketika Anwar menang, begitu juga sebaliknya. Dalam kes liwat membabitkan pembantunya Saiful, Anwar menang sekali, kalah sekali dan kini nasib dalam pertimbangan Mahkamah Persekutuan.

Kalau mahkamah begitu mudah dipengaruhi Umno, rasanya sudah lama Anwar meringkuk dalam jel. Lihat Tian Chua dan ramai aktivis pembangkang yang dibebaskan melibatkan isu-isu menentang arahan polis.

Hari ini apabila PM mengumumkan pengekalan akta ini, sunyi daripada puak yang menentang pemansuhan dahulu. Musa dan rakan-rakan perlu tampil serta mempertahankan langkah kerajaan. Malah jika wajar mereka perlu buat road show.

Di pihak kerajaan, Menteri Dalam Negeri berkata tiga elemen penting  diambil kira dalam memperkasa Akta Hasutan 1948 iaitu hasutan di internet terutama media sosial, sensitiviti keagamaan serta isu membawa keluar Sabah/Sarawak.

Semua yang tidak menyokong pemansuhan akta ini perlu bersikap rasional termasuklah sesetengah pemimpin Pas. Yang menentangnya seperti Mat Sabu misalnya, menentang atas alasan lain – mungkin kerana menjadi pak turut Anwar dan DAP.?  

Di peringkat rakyat pula lebih ramai menyokong dari yang menentang.  Mereka yang menyokong keputusan kerajaan tidak ada kena-mengena dengan sokongan ke atas Umno atau BN.

Bagi mereka, semasa Akta Hasutan berkuat kuasa pun sudah ada yang menghasut dengan lantang dan mencetuskan huru-hara, inikan pula sekiranya akta berkenaan dimansuhkan.


Sumber Article Sinar Harian

04 December 2014

Gelaran 'Datuk Seri' Anwar ditarik

Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSSA) yang membawa gelaran Datuk Seri yang diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1992 ditarik balik berkuat kuasa 3 November lalu.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan, hari ini.

“Penarikan darjah kebesaran itu adalah berasaskan kepada tindakan dan perlakuan Anwar sejak akhir tahun lalu yang mempersoalkan kewibawaan serta kuasa Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor pada tahun ini dan hal yang berkaitan dengan Islam,” katanya.

Menurutnya, seperti sedia maklum Sultan mempunyai kuasa eksekutif dan sebagai Ketua Agama seperti mana yang termaktub di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

"Tindakan dan perlakuan beliau adalah tidak lagi seorang yang sesuai untuk memegang darjah kebesaran itu," katanya lagi.

Bagaimanapun katanya, Anwar masih bergelar Datuk yang dikurniakan dari negeri Perak, Perlis, Sabah, Negeri sembilan, Pulau Pinang, Melaka, Pahang termasuk Selangor.

Sumber

13 October 2014

DUA ADUN PAS DIGANTUNG KERANA KHIANATI AZIZAH?

Keahlian dua Adun Pas, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang mewakili Hulu Kelang dan Morib digantung selama setahun berkuat kuasa hari ini.

Saari dan Hasnul didakwa mengkhianati parti dengan memberi sokongan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Dua Adun Pas berdepan Lembaga Disiplin esok

Kedua-dua Adun itu dilapor menandatangani Akuan Bersumpah bersama 28 Adun Selangor yang lain.

Tindakan tersebut sekaligus menjadikan ia sebagai majoriti undi menentang kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang ketika itu masih menyandang jawatan menteri besar.

Ekoran daripada itu, mereka berdua dipanggil bertemu dengan Mustafa dan Penolong Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan bagi memberikan penjelasan ke atas tindakan mereka.

Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...