27 June 2012

MALAYSIA NEGARA PALING SELAMAT

Malaysia diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai negara yang paling selamat di kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, malah Malaysia juga diiktiraf sebagai negara yang ke-12 paling selamat secara keseluruhan mengatasi Amerika Syarikat dan Britain.
   
"Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, contohnya Global Peace index telah menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik," katanya.
   
Katanya, sehubungan itu rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana tinggal dalam sebuah negara yang aman dan selamat.
   
Kajian yang dijalankan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula mendapati, hasil tindakan yang dilakukan oleh kerajaan itu juga, kadar ketakutan rakyat negara ini terhadap jenayah berkurangan sebanyak 12 peratus iaitu daripada 33 peratus pada tahun 2010 kepada 21 peratus pada tahun lepas.
   
"Mungkin ramai yang bertanya apakah kesan semua ini kepada negara. Sebenarnya kesannya amat besar sekali, sebagai contoh pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia telah melonjak kepada kedudukan ke-10 tahun lepas berbanding kedudukan ke-21 pada tahun 2010.
   
"Ini membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap iklim politik, keselamatan serta kestabilan negara ini," katanya.
   
Beliau berkata, keadaan itu memberikan gambaran bahawa apa yang dirancang oleh KDN selama ini dalam mengurangkan kadar jenayah telah menampakkan hasil.
   
Kementerian itu, katanya, akan meneruskan usaha untuk mencari jalan dan kaedah bagi memastikan peratusan penurunan kadar jenayah indeks dan jenayah jalanan lebih besar daripada apa yang disasarkan. - Bernama-

YANG PATUT ANDA AMBIL TAHU

INFO NI DIHARAP RAKAN-RAKAN DAN KHUSUSNYA RAKYAT KELATE PERLU AMBIL TAHU SEBELUJM ANDA SEBELUM ANDA UNDI PAS. DAH BANYAK JANJI YANG DITABUR DAN MASIH BELUM DI TIMBUS. PRU 13 DAH MAKIN HAMPIR..APA PULA JANJI DAN ALASAN YANG NAK DIBERIKAN OLEH PAS KALI NI. KALI N I NAK BUAT LEBUH RAYA RAKYAT, BUKAN NAK SINDIR, PAS KENA PIKIR LA BIAR JANGAN MELEBIHI PEMIKIRAN, NANTI SENAK KEPALA OTAK KAN SUSAH. PASTIKAN PAS BUAT BILA BERJANJI..APA GUNA BERJANJI KALAU TIDAK DI TEPATI. APA PUN BN YANG TERBAIK.



26 June 2012

Jambatan : Yang tinggal hanya Batu Asas

Masihkah kau ingat 16 tahun dulu? Menteri Besar Kelantan pernah meletakkan batu asas untuk membina jambatan Kampung Cina-Palekbang. Sampai hari ini, hanya tinggal Batu Asas sahaja.

Adakah mereka takut untuk bertanya dimanakah janji-janji  Menteri Besar mereka dahulu? Adakah  kata-kata seorang Tok Guru. Tidak langsung boleh dipersoalkan. Mereka mungkin menganggap Tok Guru mereka ini terlalu mulia. Jadi, kalau mereka dengar Tok Guru nak rasmikan pecah tanah pembinaan lebihraya, maka mereka berebut-rebut datang dan menderma kerana “ada janji syurga” di sana.

Dan Orang PAS tak kisah jika:

Kalau air paip kotor. Mereka anggap air yang bersih ada di syurga nanti. Maka, mereka telanlah air keruh yang dibekalkan kepada mereka. Untuk mempersoalkannya, mereka takut kena musibah kerana Tok Guru mereka orang hebat.

Kerajaan berjanji dan tidak tunai walaupun ia sudah 16 tahun berlalu.

Orang PAS tidak peduli Kelantan tidak maju kerana mereka anggap kalau nak maju, nanti di syurga mereka akan jumpa segala-galanya.

Mereka seronok duduk di Kota Bharu dalam keadaan kotor dan bagi mereka yang bersih hanya di syurga nanti. Maka, mereka terus menyokong PAS dan menyokong Tok Guru yang mereka sanjungi itu.

dan orang PAS yakin, masjid di syurga nanti bersih dan untuk apa mereka fikir untuk membina masjid di dunia ini.

Namun, kalau ada kesedaran di pihak pengundi muda, mungkin dalam PRU 13 akan datang, mereka tidak akan mengundi PAS. Mereka nampak bahawa BN boleh membawa pembangunan manakala PAS boleh dipilih di beberapa kerusi untuk menjadi pembangkang. 

Jangan Batu asas jad Batu Nisan pulak...

Dan kita tunggu leuhraya raya rakyat dapat dilaksanakan pulak..jangan janji tinggal janji.


21 June 2012

PAS YANG SENTIASA BERUBAH

PAS-DULU LAIN, SEKARANG LAIN,DULU TAK BOLEH, SEKARANG BOLEH.
PAS-UNTUK PAS TAK PE,UNTUK PERJUANGAN APA PUN BOLEH ASAL UNTUK UNDI, HALAL HARAM BELAKANG KIRA.

19 June 2012

BILA ULAMA BERSUARA


JANGAN Politikan Hudud

TAK  Perlu Tangguh Haji..Ulama bersuara bukan memain Ingatlah Wahai Pembangkang jangan cakap ikut kepala lutut!

16 June 2012

Jerebu makin buruk, dijangka berlarutan


KUALA LUMPUR: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa tempat di Lembah Klang semakin buruk dengan empat kawasan merekodkan IPU tidak sihat berbanding tiga kawasan sebelum ini. 

Indeks yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat 5 petang ini, mencatatkan bacaan IPU di Cheras bertambah buruk kepada 105 berbanding 91 sebelum ini.

IPU di Pelabuhan Klang dan Shah Alam, masing-masing meningkat kepada 147 dan 120 berbanding 130 dan 106 pagi ini. Bacaan IPU di Kuala Selangor bertambah baik sedikit iaitu 129 berbanding 131 sebelum ini.
Tiga kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Kuala Selangor (129), Pelabuhan Klang (147) dan Shah Alam (120). 

Sementara itu, 34 kawasan merekodkan IPU sederhana dengan bacaan antara 51 dan 100 manakala bilangan kawasan dengan IPU yang baik, turun kepada 12 berbanding 14 awal hari ini. 

Antara kawasan mencatatkan IPU sederhana ialah Petaling Jaya dan Batu Muda, Kuala Lumpur yang masing-masing merekodkan 99, Banting (95), Sri Manjung (92), Tanah Merah (88), Putrajaya (78) dan Perai (74). 

Menurut kenyataan JAS, keadaan kualiti udara yang buruk di Lembah Klang dan Perak sejak pagi ini adalah disebabkan jerebu rentas sempadan dari Sumatera, Indonesia. 
Keadaan jerebu itu dijangka berlarutan selama beberapa hari disebabkan ramalan bahawa cuaca kering di beberapa bahagian di utara dan pantai barat Semenanjung pada masa ini. 

Kenyataan itu menambah imej satelit oleh Pusat Kepakaran Meteorologi ASEAN menunjukkan peningkatan jumlah titik panas di Sumatera, Indonesia sejak Selasa. 

Imej itu menunjukkan bahawa jerebu bergerak dari Riau, Sumatera Tengah menuju ke pantai barat Semenanjung Malaysia. 

Sementara itu, jurucakap Jabatan Meteorologi berkata hujan mungkin tidak berlaku dalam tempoh beberapa hari ini. 

"Kami meramalkan hujan sedikit di pantai barat Semenanjung menjelang pertengahan dan akhir minggu depan. 

"Negara kini sedang mengalami Monsun Barat Daya yang pada umumnya keadaan cuaca panas dan kering. Keadaan itu dijangka berterusan sehingga September," katanya.
 
- BERNAMA

15 June 2012

Sultan Johor murka terhadap Nizar

Sultan Johor dah murka terhadap kecelupaan Bekas MB Perak, Dato' Seri Nizar

Sultan Johor telah bertitah ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar.


“Baru-baru ini, ada pemimpin politik yang secara terang-terang mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ). Adakah dia lupa tentang adab Melayu? Atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek dan akalnya?

“Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik.

“Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya 'janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati,”

“Tindakan pemimpin ini bukan sahaja mendatangkan kemurkaan kepada saya, tetapi juga satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor. Saya harap dia sedar siapa diri dia dan kesilapan yang telah dibuat.

“Jika hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor, bukan kepada saya seorang sahaja.

"Pepatah Melayu sering mengingatkan terlajar perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

“Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli-ahli gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Johor yang telah memberikan sokongan kepada saya dan menyembahkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi untuk sama-sama menjaga kedaulatan raja dan negeri Johor Darul Takzim yang kita sayangi ini,” titahnya.

ape pun bila dah sultan murka..paham-paham la ek...

DAULAT TUANKU!

10 June 2012

PEMUDA PAS SOKONG BR1M KEDUA!


KUALA LUMPUR 9 Jun — Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) menyokong cadangan kerajaan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pusingan kedua.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata pemberian itu merupakan sesuatu yang wajar diberi kepada rakyat dan DPPP tidak pernah memandang ringan usaha yang dilakukan oleh kerajaan itu.

"Kami tidak pernah halang dan pertikai hak rakyat daripada menerima sumbangan itu, malah orang Pas pun terima, tiada masalah. Cara ini dapat membantu mereka yang memerlukan.
"Ia juga satu cara baik bagi menyalurkan peruntukan daripada kerajaan kepada rakyat, satu asas penting dalam sesebuah kerajaan," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut di sini.

Nasrudin mengulas cadangan untuk meneruskan BR1M pusingan kedua yang telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dua hari lepas.

Sementara itu, beliau menempelak Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang menyeru rakyat Kelantan supaya tidak menderma bagi pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Baharu-Kuala Krai di Kelantan. — BERNAMA

JANGAN JADIKAN POLIS MANGSA!

IPOH - “Jangan jadikan polis mangsa,” Demikian tegas Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan ketika mengulas insiden kekasaran yang dilakukan segelintir masyarakat terhadap anggota polis hari ini.

Katanya, insiden sedemikian dilihat semakin berleluasa hingga mengakibatkan kecederaan serius kepada para anggota polis berkenaan.

“Sejak kebelakangan ini, ramai daripada kalangan pihak polis yang menjadi mangsa.

“Berdasarkan statistik tahun lalu, sejumlah 10 kes seumpamanya telah dilaporkan manakala pada tahun ini pula sebanyak tiga kes. Kebiasaannya kes-kes ini melibatkan insiden merempuh sekatan jalan raya (road-block).

“Mereka (anggota polis) ini ada yang ditendang, dan dipukul ketika bertugas, khususnya ketika operasi sekatan jalan raya.

“Walaupun ianya tidak mengakibatkan kecederaan yang serius kepada para anggota polis berkenaan, tetapi ianya sebenarnya tidak wajar berlaku. Jangan jadikan polis mangsa,” katanya.

Sinar Harian

WWW1 di kereta Satria Neo


Isu yang mencuri perhatian tentang kisah nombor plat paling sensasi WWW1 dimiliki Sultan Johor.
Apa yang paling menarik baginda tidak memilih jenama kereta mewah untuk ‘ mengibarkan’ nombor berkenaan.
Sebaliknya ia adalah kereta buatan Malaysia Proton Satria Neo.
Bekas MB Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin  yang cuba sindir baginda menerusi twitternya kerana membidanya dengan harga RM520,000 sudah  tentu gigit jari dan juling itik.

BR1M Fasa 2 untuk Rakyat!






Wow Kerajaan akan beri bantuan BR1M kali kedua lagi kepada rakyat. Cadangan ini telah dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Kabinet semalam supaya kerajaan memberikan lagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat. Ini merupakan berita yang amat bermakna bagi rakyat yang sangat memerlukan bantuan RM500. Jumlah wang tersebut dapat mengurangkan beban rakyat dengan kadar kenaikan harga barang terkini. Kalau diluluskan, terkejut BERUK la Pakatan Rakyat..kah kah sapa kata BN tak BAGUS?Cari la negara mana yang sebaik kerajaan BN ni?

Apa pun TAHNIAH a buat Kerajaan BN...Pengikut PAS jangan la lebih-lebih pulak ek..jangan buat muka tak malu.

06 June 2012

HADI JADI MASKOT PAS

Apa dah jadi?dulu presiden..skrg dah jadi maskot pulak..hu hu hu maskot tu sama la dengan Boneka ek?
kalau bonek tu sekadar boneka ajelah..dah x de fungsi apa-apa pun..tak gitu?Boneka juga boleh jadi tukang angguk..dan elok sangat jadi maskot sebab kalau jadi presiden pun jadi tukang angguk juga betul tak?
paling lucu dan sesuai sangat rtu Maskot tu nama HADI..sesuai sangat.tahniah buat PAS!

Maskot ilham Pemuda PAS: Hadi, Huda curi tumpuan 

ALOR SETAR: Walaupun keadaan hujan lebat yang menimpa program Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya Dewan Pemuda PAS Pusat semalam, namun ada sesuatu yang mencuri tumpuan dan membakar semangat anak muda yang membanjiri Stadium Darul Aman, di sini. 

 Hadi dan Huda – dua maskot animasi ilham Dewan Pemuda PAS Pusat (gambar oleh Malaysiakini) telah mencuit perhatian orang ramai. 

Dua maskot ini adalah satu lambang kepada model muslimin dan muslimah yang soleh dan solehah.

Paparan gambar Hadi dan Huda di Facebook Harakahdaily tengah malam semalam telah juga mendapat sambutan yang hangat dengan 1,154 Likes ketika berita ini ditulis, dan telah dikongsikan sebanyak 110 kali.

“baju macam tadika PASTI bEStari,” kata Rosnain Romli di Facebook.

Ramai yang berpendapat inisiatif DPPP itu cukup comel dan satu langkah yang bijak untuk mendidik generasi muda mengenai Islam.

Pengunjung FB Harakahdaily, Muhd Faris pula mencadangkan agar DPPP mengembangkan Hadi dan Huda  seperti cerita Upin Ipin.

“Mesti ramai yg suka,” kata beliau.

Aishah binti Mohsin pula mencadangkan agar Hadi dan Huda dijadikan kartun rasmi untuk PRU-13.

“blh gntii upin ipin.. pe2 tahniah atas insiatif yg dilakukan. semoga usaha kalian diberkati Allah SWT,” tulis beliau.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...