SEJAK BILA PULAK NI? MEROYAN TAK HABIS-HABIS NI
15 September 2013
Malaysia Rangkul Juara Pestabola Merdeka 2013
KUANTAN: Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka Edisi ke-41 selepas menewaskan Myanmar 2-0 pada aksi akhir di Stadium Darul Makmur, Sabtu.
Percaturan ketua jurulatih Harimau Muda A ini ternyata berbeza daripada perlawanan sebelum ini dengan menggandingkan dua penyerang di bahagian atas, Wan Zack Haikal dan Rozaimi Ab Rahman.
Rozaimi yang meledakkan dua gol pada aksi sebelum ini menjadi pilihan untuk diturunkan dalam barisan kesebelasan utama.
Juga peluang kepada pemain kelahiran Kelantan, Syahrul Azwari Ibrahim yang diturunkan buat kali pertama dalam barisan utama di bahagian kiri yang sebelum ini dimainkan oleh D. Saarvindran.
Junior Eldstal yang tidak beraksi pada perlawanan menentang Thailand Rabu lalu kelihatan masih belum cergas sepenuhnya selepas mengalami cirit-birit dua hari lalu.
Ternyata permainan kali kedua selepas aksi peringkat kumpulan sebelum ini lebih sengit dengan menyaksikan serangan dilancarkan sebaik sahaja wisel mula dibunyikan oleh pasukan Myanmar.
Kad kuning pertama dilayangkan oleh pengadil, dari Thailand Teetichai Nualjan pada minit kelima kepada Rozaimi selepas pemain itu cuba menyentuh bola menggunakan tangan ketika di depan gol lawan.
Corak permainan agresif skuad kendalian jurulatih dari Korea Selatan, Park Sung Hwa itu tidak menghalang skuad negara untuk melakukan cubaan ke arah gol oleh Junior pada minit ke-16 namun gagal.
Selepas berhempas-pulas cuba mencari gol pertama, cubaan Wan Zack Haikal ditepis penjaga gol Myanmar, Pyaye Phyo Aung namun Rozaimi yang berada berdekatan dengan gol menyempurnakan bola muntah tersebut.
Dengan kehadiran lebih kurang 30,000 penyokong serta sokongan padu Ultras Malaya menjadikan kerancakan permainan berterusan ke babak kedua.
Aksi kemas penjaga gol negara, Mohd Izham Tarmizi menambah tekanan pasukan Myanmar mencari gol penyamaan.
Minit ke-62 jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee melakukan pertukaran pemain pertama dengan mengeluarkan Rozaimi dan memasukan S.Sivanesan.
Biarpun hujan renyai-renyai berterusan, skuad Bawah 23 kebangsaan ini terus mendominasikan permainan.
Minit ke-80 Kim Swee sekali lagi melakukan pertukaran pemain dengan memasukkan Saarvindran menggantikan Syahrul Azwari.
Selepas bebebrapa kali percubaan, Junior akhirnya berjaya menjaringkan gol kedua pasukan Malaysia sekaligus mencapai impian untuk meraikan gol pertamanya kejohanan ini pada minit ke-93 permainan.
Dengan kemenangan ini melayakkan pasukan meraih hadiah wang tunai ASD50,000 (RM164,500) selain daripada trofi kejohanan.
Naib juara, Myanmar meraih wang ASD 30,000 (RM987,00), tempat ketiga, Singapura juga meraih wang tunai ASD 20,000 (RM65,800) manakala tempat keempat, pasukan Thailand ASD10,000 (RM329,00)
Sementara itu, Wan Zack Haikal dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai kejohanan, manakalah Rozaimi dipilih sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan tiga gol.
12 September 2013
70% Guru Bahasa Inggeris 'tidak berupaya' mengajar Bahasa Inggeris
SHAH ALAM: Kira-kira dua pertiga guru Bahasa Inggeris di negara ini telah diklasifikasikan sebagai 'tidak berupaya' atau 'tidak layak' untuk mengajar subjek berkenaan di sekolah.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata guru berkenaan telah dihantar mengikuti kursus untuk memperbaiki kemahiran mereka dalam menguasai bahasa berkenaan.
"Kementerian juga sedang menimbangkan cadangan untuk menghantar mereka mengikuti kursus TESL (Mengajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua)," katanya pada sesi dialog mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang diadakan di Kompleks Karangkraf pada Selasa.
Idris tidak menyatakan jumlah guru yang tidak layak itu memberi jaminan, sebahagian daripada mereka yang cemerlang telah didaftarkan dalam kursus bahasa Inggeris tempatan.
Kajian terbaru mendedahkan, kira-kira 70 peratus daripada 60,000 guru Bahasa Inggeris, yang menduduki peperiksaan, English Language Cambridge Placement Test, mencatatkan keputusan yang rendah.
Mengenai dakwaan, kerajaan mengetepikan sekolah vernakular melalui PPPM, Idris menafikannya, beliau berkata "semua sekolah diberi layanan sama rata".
"Kita tidak akan mengetepikan mana-mana pihak. Sebaliknya, kementerian menggalakkan semua orang menguasai lebih daripada satu bahasa.
"Sama ada Bahasa Cina, Tamil, Perancis atau Sepanyol sekalipun kerajaan akan berbangga jika seorang rakyat Malaysia boleh menguasai bahasa-bahasa ini," tegasnya.
Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zhong) menentang PPPM dengan mendakwa pertambahan masa untuk mengajar Bahasa Malaysia daripada 270 minit kepada 300 minit bagi sekolah rendah dan 180 minit kepada 280 minit kepada sekolah menengah merupakan satu tindakan kerajaan untuk menghapuskan pendidikan dalam bahasa ibunda mereka.
Mengejutkan 6.8 juta tikus lebih ramai dari penduduk di KL!
BANDAR RAYA Kuala Lumpur dan Lembah Klang bukan sahaja menjadi tumpuan masyarakat namun cabaran persekitaran sosial dan pembangunan yang semakin pesat turut menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit, tikus!
Terdapat 6.8 juta tikus bersarang di Kuala Lumpur, itulah pendedahan statistik yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Satu angka yang sangat mengejutkan sekali gus menunjukkan tikus lebih mendominasi Kuala Lumpur. Angka itu adalah empat kali lebih besar daripada populasi penduduk di Kuala Lumpur.
Jumlah besar tikus di Kuala Lumpur menjejaskan imej dan menggambarkan bandar raya yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit yang 'high-end' ini boleh dikatakan kotor.
Nisbah setiap penduduk di Kuala Lumpur yang bersamaan dengan empat ekor tikus sangat membimbangkan kerana umum mengetahui tikus adalah makhluk perosak yang membawa pelbagai penyakit merbahaya seperti penyakit kencing tikus atau Leptospirosis yang boleh membawa maut.
Persoalannya, apakah halangan utama yang dihadapi h pihak berkuasa tempatan untuk menghapuskan makhluk perosak itu? Walaupun tawaran RM1 atau RM2 bagi seekor tikus yang ditangkap oleh orang awam diberikan, namun tikus masih berleluasa.
Masalah utama yang dilihat ialah usaha pembersihan di kawasan-kawasan tertentu tidak mencapai objektifnya. Kawasan tersebut masih menjadi syurga tikus.
Ini ditambah dengan kawasan penjaja haram yang menjadi punca tikus membiak kerana pihak konsesi tidak menjalankan kutipan sampah di situ.
Kegagalan PBT menyelesaikan masalah penjaja haram di kawasan kepadatan tinggi dilihat antara punca kesukaran tikus dihapuskan.
Mengejutkan 6.8 juta tikus lebih ramai dari penduduk di KL!
BANDAR RAYA Kuala Lumpur dan Lembah Klang bukan sahaja menjadi tumpuan masyarakat namun cabaran persekitaran sosial dan pembangunan yang semakin pesat turut menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit, tikus!
Terdapat 6.8 juta tikus bersarang di Kuala Lumpur, itulah pendedahan statistik yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Satu angka yang sangat mengejutkan sekali gus menunjukkan tikus lebih mendominasi Kuala Lumpur. Angka itu adalah empat kali lebih besar daripada populasi penduduk di Kuala Lumpur.
Jumlah besar tikus di Kuala Lumpur menjejaskan imej dan menggambarkan bandar raya yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit yang 'high-end' ini boleh dikatakan kotor.
Nisbah setiap penduduk di Kuala Lumpur yang bersamaan dengan empat ekor tikus sangat membimbangkan kerana umum mengetahui tikus adalah makhluk perosak yang membawa pelbagai penyakit merbahaya seperti penyakit kencing tikus atau Leptospirosis yang boleh membawa maut.
Persoalannya, apakah halangan utama yang dihadapi h pihak berkuasa tempatan untuk menghapuskan makhluk perosak itu? Walaupun tawaran RM1 atau RM2 bagi seekor tikus yang ditangkap oleh orang awam diberikan, namun tikus masih berleluasa.
Masalah utama yang dilihat ialah usaha pembersihan di kawasan-kawasan tertentu tidak mencapai objektifnya. Kawasan tersebut masih menjadi syurga tikus.
Ini ditambah dengan kawasan penjaja haram yang menjadi punca tikus membiak kerana pihak konsesi tidak menjalankan kutipan sampah di situ.
Kegagalan PBT menyelesaikan masalah penjaja haram di kawasan kepadatan tinggi dilihat antara punca kesukaran tikus dihapuskan.
Ikuti laporan wartawan Sinar Harian mengenai permasalahan tikus yang wujud di sekitar Lembah Klang.
11 September 2013
Saingan Ketua Wanita Umno:Azalina Tarik Diri
MAH GHAZALI
PETALING JAYA: Datuk Seri Azalina Othman Said telah mengesahkan beliau menarik diri daripada saingan merebut jawatan Ketua Wanita Umno pada pemilihan parti akan datang.
"Ya, benar saya tarik diri daripada saingan," kata Azalina kepada The Star Online pada Rabu.
Bekas Ketua Puteri itu turut membuat posting di akaun Facebook miliknya: "Kepada semua kawan-kawan, keputusan dibuat atas nasihat anda. Terima kasih."
Bagaimanapun, Azalina enggan mendedahkan butiran lanjut disebalik keputusannya menarik diri daripada mencabar penyandang jawatan Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Beliau juga enggan mengulas mengenai posting yang dibuat di akaun Facebook miliknya.
"Saya hanya akan membuat kenyataan penuh pada 20 September nanti. Buat masa ini, tiada apa yang ingin saya kata apa-apa," katanya.
Pada Selasa, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang dilaporkan berkata beliau telah membuat keputusan untuk menarik diri selepas mengadakan perbincangan dengan pemimpin tertinggi parti.
Sumber dalaman parti berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menasihatkan Azalina supaya menimbangkan semula tindakannya untuk bertanding menenntang Shahrizat kerana kebimbangan pertandigan tersebut akan menimbulkan perpecahan dikalangan ahli parti kerana sayap Wanita merupakan tonggak kekuatan Umno.
Kalimah Allah: Keputusan Rayuan Dijangka Umum Oktober
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menangguhkan ke satu tarikh lain keputusan rayuan kerajaan terhadap kebenaran yang diberi kepada Gereja Roman Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan majalah mingguan Herald - The Catholic Weekly.
Panel Ketua Hakim diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali membayangkan keputusan rayuan itu akan diumumkan Oktober ini.
Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penerbitan The Herald daripada menggunakan kalimah 'Allah' adalah salah, batal dan tidak sah.
Kerajaan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Pada 8 Julai, Gereja katolik itu, kemudiannya memfailkan permohonan untuk membatalkan rayuan kerajaan.
Gereja Katolik diketuai Biskop Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 16 Februari 2010 dengan menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.
Antara lain mereka memohon deklarasi bahawa keputusan KDN melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam The Herald adalah tidak sah.
Kontroversi tercetus apabila akhbar mingguan yang diterbitkan dalam empat bahasa itu, menggunakan kalimah 'Allah' sebagai merujuk kepada 'God' dalam The Herald terbitan bahasa Melayu terutamanya bagi memenuhi keperluan masyarakat di Sabah dan Sarawak.
10 Tempat Paling Menyeramkan di Dunia!
Terdapat banyak tempat eksotis dan mengagumkan… namun juga banyak tempat paling seram. Ini dia 10 tempat paling mengerikan di dunia.
1. Segitiga Bermuda
Mendengar Segitiga Bermuda tentu semua orang hampir mengetahui keangkeran tempat tersebut. Misteri hilangnya beberapa kapal laut dan pesawat di kawasan Segitiga Bermuda tentu membuat setiap orang tercekam. Di sana juga diyakini menjadi tempat bersemayam Setan Segitiga Bermuda. Tempat tersebut terletak di antara Miami, Bermuda dan San Juan (Puerto Rico). Cerita yang paling menarik adalah hilangnya semua skuadron pesawat pembom tahun 1945 dan hilangnya beberapa kapal besar. Anehnya, tidak satu pun mayat atau puing pesawat dan kapal ditemukan. Bahkan beberapa alat mencatat gelombang electromagnet yang ganjil di tempat tersebut. Banyak orang yang percaya bahawa tempat tersebut dijadikan markas makhluk luar angkasa.
2. Edinburgh
Kota terpendam Edinburg, selatan Bridge yang terdiri dari jaringan ruwet bawah tanah, kamar, terowong kapal , dan gang telah terbungkus dalam misteri dan intrik selama ini. Kota ini dibuka tahun 1788 tetapi hampir tidak diketahui keberadaannya, sampai tahun 1985 kota tersebut ditemukan kembali. Diyakini di tempat tersebut menjadi tempat hidup dan matinya ribuan orang bawah tanah.
3. Lizzie Borden B & B
Pembunuh Kampak yang menakutkan di sebuah rumah gaya Yunani di Masschusett sekitar 50 mil selatan Boston. Rumah tersebut dibangun tahun 1845 dan dijadikan tempat pembunuhan Abby and Andrew Borden dengan kampak oleh anak mereka sendiri, Lizzi. Namun Lizzi sendiri tidak pernah terbukti melakukan pembunuhan tersebut dan bebas dari tuduhan. Kasus tersebut juga tidak terpecahkan hingga sekarang.
4. London
Di bawah kota kuno di London terdapat kengerian. Kota tersebut dulunya diyakini menjadi saksi kekejaman dengan tulang dan darah berserakan di gang. Jalan Hantu London menjadi tempat paling menyeramkan dan menjadi tempat tur spesial yang diikuti langkah kaki berdarah sang legenda kriminal Jack Ther Ripper.
5. New York
Di jalanan kota New York telah lama menjadi tempat paling aneh. Biasanya tempat ini didatangi oleh dua juta lebih penduduk New York yang berkostum menyeramkan. Acara perayaan lainnya yang menarik untuk dikunjungi adalah perayaan hari besar ghoulish yang berisi Halloween Extravaganza dan Prosesi Setan. St John Divine yang merupakan Katedral Gothik terbesar di New York juga menarik untuk dikunjungi.
6. Roswell
Beberapa orang meyakini bahwa puing-puing pesawat yang jatuh di Roswell, New Mexico tahun 1947 merupakan pesawat alien. Dan insiden Roswell adalah satu kontroversi hingga sekarang. Upaya keras pemerintah Amerika Serikat untuk menutupi fakta, membuat banyak pihak yang yakin bahwa ada sesuatu yang sangat penting sedang disembunyikan. Banyak yang yakin bahwa Roswell adalah satu tempat bersejarah dalam fenomena tentang UFO dan “tamu-tamu dari luar angkasa”.
7. Salem
Kota Salem menyimpan cerita tragedi Salem 1692. Pada tahun tersebut banyak orang yang disiksa dan dibunuh karena dituduh sebagai penyihir meskipun tidak ada bukti. Setiap bulan Oktober, penduduk kota Salem selalu merayakan pesta hantu di beberapa tempat misteri. Salah satunya adalah Witch House, yang merupakan bangunan tertua di Salem dan merupakan rumah Jonathan Corwin, hakim yang bertanggungjawab atas meninggalnya 19 wanita di Salem.
8. Savannah
Savannah merupakan kota tua tertua di Georgia. Kota ini dipercaya mempunyai sejarah panjang terhadap kekerasan dan tragedi berdarah saat revolusi dan perang sipil. Bahkan hal tersebut juga tergambar dari bangunan penduduk di sana yang biasanya di buat beberapa sentimeter di atas tanah. Di sana pengunjung akan di ajak berpetualang di Rumah Bajak Laut yang dalam beberapa abad sangat terkenal. Selain itu Rumah Marshall 1851 yang diyakini menjadi tempat merawat korban perang sipil.
9. Hotel Stanley
Hotel ini dibangun tahun 1909 di pegunungan Colorado. Hotel tersebut terlihat sangat mengesankan dan mempunyai restoran yang sangat terkenal. Namun hotel tersebut juga menyimpan misteri. Seperti yang diyakini penduduk setempat bahwa Flora Stanley, pemilik pertamanya, sering melihat dan mendengar suara istri pertamanya yang telah lama meninggal, bahkan diyakini sering bermain piano bersama. Selain itu, pada lantai empat hotel tersebut terdapat ruangan gelap, dan dari kamar nomor 217 sering kali terlihat sebuah kepala raja.
10. Transylvania
Kota ini terkenal karena sejarah vampir. Penghisap darah tersebut diyakini pernah menguasai kota ini. Transylvania juga diyakini menjadi tempat lahirnya dunia kegelapan. Kota yang terletak di bagian barat Rumania ini menjadi rumah drakula. Kastil Bran yang merupakan kastil para drakula pada abad 14 juga menjadi tempat yang menarik untuk dikunjungi. Sekitar 20 mile dari kota Brasov, yang dibayangi Gunung Bucegi, terdapat rumah yang dulunya milik seorang pangeran Romania yang menjadi vampir.
10 September 2013
Apa dah jadi dengan Khalid Samad?lebih akur pada gereja
Laung kepimpinan ulamak, Khalid Samad lebih akur pada gereja
MP Shah Alam Khalid Samad terang-terang melanggari keputusan Majlis Surah Ulamak PAS yang bermesyuarat pada 13/1/2013.
Mesyuarat Majlis Syura Ulamak yng bersidang pada tarikh tersebut telah membuat ketetapan bahawa menterjemahkan perkataan God atau Lord dari mana-mana kita agama bukan Islam kepada perkataan Allah kerana ia adalah salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.
Namun begitu, Khalid dalam forum 'Adakah Allah Eksklusif Kepada Islam - Undang-Undang, Iman & Politik' anjuran Mysuara.Net mempertikaikan, disebalik larangan adalah lebih baik mendidik dan memupuk kefahaman tentang pengertian Allah kepada orang-orang Islam, lapor TMI.
Pastinya, pendirian Khalid ini adalah bertentangan dengan keputusan Majlis Ulamak yang ditandatangani oleh 2 Tuan Guru utama PAS, TG Nik Aziz dan Dato' Dr Harun Din seperti di bawah.
05 September 2013
Seorang pemimpin PR di Pulau Pinang bekas kumpulan kongsi gelap??
Tidak mengejutkan TU jika Bekas Pengarah Jabatan ISasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan mendedahkan apa yang di siarkan dalam Mstar Online. Perkara ini sememangnya berlaku dan ia sekarang menjadi pemimpin di peringkat bawahan dalam sebuah parti politik di Pulau Pinang.
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan mendedahkan seorang bekas banduan, yang juga bekas ketua kumpulan kongsi gelap, kini menjadi pemimpin peringkat bawahan dalam sebuah parti politik di Pulau Pinang.
Katanya beliau yang ketika itu masih dalam perkhidmatan polis, telah menangkap lelaki berkenaan di Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di negara ini.
Katanya bekas banduan itu pernah menjadi ketua kongsi gelap di negara ini dan aktifnya dalam politik sehingga memegang jawatan penting dalam parti adalah satu perkembangan yang tidak sihat kepada politik negara.
Beliau yang ditemui Bernama di sini, bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pemimpin itu tetapi berkata individu berkenaan kini merupakan ketua di peringkat bawahan sebuah parti politik di negeri itu.
Zaman Khan menggesa pihak polis menyiasat perkara itu kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi oleh orang ramai terhadap penglibatan ahli politik dalam dunia kongsi gelap.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata pihaknya sedia menyiasat dakwaan pembabitan anggota kongsi gelap dalam arena politik mahupun memegang jawatan penting dalam sesebuah parti politik di negara ini.
Beliau berkata pihaknya tidak menerima apa-apa laporan mahupun maklumat untuk mengaitkan pembabitan anggota kongsi gelap dalam parti politik mahupun banduan yang telah dibebaskan.
"Anggota kongsi gelap jadi ketua bahagian parti politik tidak ada lagi. Kalau benar ada dakwaan seperti itu kita sedia menyiasat," katanya.
Minggu lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan sebanyak 49 kongsi gelap dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, membunuh, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.
Dalam Ops Cantas Khas yang bermula 17 Ogos lepas bagi membanteras kongsi gelap dan individu terbabit jenayah berat di seluruh negara, polis menangkap 4,777 orang dan merampas 136 kenderaan curi, lapan senjata api, satu bom tangan, 54 peluru dan 133 senjata berbahaya.
Operasi itu dilancarkan setelah jenayah keganasan melibatkan pembunuhan, rompakan, rogol dan pergaduhan dilaporkan meningkat termasuk pembunuhan dan cubaan bunuh golongan berprofil tinggi.
Antara kes itu termasuk pada 29 Julai lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi dibunuh manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini.
Dua hari sebelum itu, aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan jalan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.
Selain Sanjeevan, seorang lagi mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April lepas.
Bernama sebelum ini melaporkan kumpulan kongsi gelap ini bergantung kepada aktiviti pengedaran dadah selain daripada aktiviti pinjaman wang haram 'ah long' dan aktiviti maksiat termasuk perjudian dan pelacuran.
Dalam pada itu, Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar berkata penglibatan anggota kongsi gelap mahupun bekas banduan di dalam sesebuah parti politik di negara ini merupakan satu perkembangan yang tidak baik.
Beliau berkata sebagai sebuah parti yang berdaftar. jawatankuasa parti itu perlu menyiasat latar belakang setiap anggota mereka sebelum mereka dibenarkan bertanding di peringkat bahagian seterusnya memegang jawatan penting di dalam parti.
"Jika dibiarkan ia akan menjadi satu ancaman, kerana anggota kongsi gelap ini akan menyalahgunakan kedudukan mereka untuk melakukan aktiviti haram," katanya. -BERNAMA-
Subscribe to:
Posts (Atom)


