11 June 2014

Kotor!! KILANG BIHUN CINA CAP MASJID

Syarikat cina Van Loong Bee Hoon Sdn Bhd mengunakan Masjid sebagai cap bagi bihun keluaranya. Tapi pendedahan yang dibuat bihun tersebut bukan diproses secara bersih, apatah lagi halal. Tempat proses bihun yang menjijikan dan proses packing oleh pekerja yang tidak memakai baju...lihatlah sendiri..uweeekkk





Pihak yang berkenaan sila ambil tindakan kilang kotor tersebut demi rakyat Malaysia yang ditipu oleh pengusaha cina.


10 June 2014

Yang haram tetap haram


HARUSSANI

Bahan-bahan yang haram di sisi agama Islam tetap dianggap haram meskipun ia telah mengalami perubahan zat, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Menurutnya, istilah istihalah (proses perubahan zat yang membolehkan bahan-bahan haram berubah menjadi halal) yang diguna pakai sesetengah pihak tidak wajar dijadikan landasan untuk menghalalkan sesuatu perkara, khususnya di negara ini.

"Jangan sewenang-wenangnya bercakap isu ini. Ini isu halal haram. Tambah pula, ia  tidak sesuai dipraktikkan di sini.

"Masih banyak (lagi) sumber halal yang masih boleh digunakan oleh umat Islam, jadi isu istihalah tidak boleh digunakan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, bahan halal apabila telah bercampur dengan yang haram, ia akan dianggap haram di sisi Islam.

"Harus diingat, jika keadaan darurat sahaja, dibolehkan menggunakan bahan haram, contohnya dalam perubatan.

"Seorang pesakit diharuskan mengambil imunisasi yang ada DNA babi dengan tujuan untuk selamatkan nyawanya semata-mata," katanya.

Beliau turut mengingatkan rakyat di negara ini khasnya umat Islam supaya mengelakkan diri daripada terdedah dengan benda-benda haram tersebut jika tidak mempunyai kewajipan untuk mengambilnya.

Pendapat sama turut disokong Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid yang menyifatkan apa jua jenis bahan yang telah bercampur dengan babi tetap dikira haram.

"Jika zat babi masih terdapat di dalam bahan tersebut, ia tetap dikira haram.

"Hanya makanan yang secara tidak sengaja tercemar dengan babi, hukumnya harus, lain-lain tidak boleh, apa lagi disengajakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan ulama Dr Yusuf Al-Qaradawi mengenai proses perubahan zat yang membolehkan bahan-bahan haram berubah menjadi halal.

"Jika ada bahan haram yang memasuki air melebihi dua kolah, air tersebut masih digunakan, tetapi mesti tiada perubahan warna, bau dan rasa.

sumber

09 June 2014

Bila Nik Aziz bersuara...

Mur­syidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapatkan penjelasan daripada Lim Kit Siang mengenai tindakan DAP yang menyalahkan parti itu sebagai punca kekalahan mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan baru-baru ini.

Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata, Penasihat DAP itu akan datang ke Kelantan Sabtu ini dan Pas akan menunggu penjelasan sebenar DAP mengenai isu tersebut.

"Sabtu ini Kit Siang akan datang. Kita tunggu hari itu. Kita tidak boleh ulas hari ini sebab dia hendak datang," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Gobind Singh Deo yang mendakwa pendirian Pas mahu melaksanakan hudud di negeri ini menyebabkan berlaku protes terhadap pembangkang sehingga menyebabkan kekalahan calon parti itu, Dyana Sofya Mohd. Daud.

Gobind turut mendakwa kebanyakan pengundi di Teluk Intan tidak menyokong hudud kerana mereka berpandangan Malaysia merupakan negara sekular.

Tindakan pemimpin DAP itu seterusnya mendapat tentangan daripada Kerajaan Pas Kelantan yang mahu parti itu mengakui kelemahan sendiri sebagai punca kekalahan.


Utusan

04 June 2014

MP baru Teluk Intan tekad sambung projek tertangguh


Mah Siew Keong

TELUK INTAN - Bagi Ahli Parlimen Teluk Intan yang baharu, Datuk Mah Siew Keong, antara projek utama yang akan dibangunkannya ialah meneruskan projek tebatan banjir yang tertangguh selepas kekalahannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
   
Projek bernilai RM100 juta yang dirancang untuk dibangunkan dalam lima fasa, hanya mampu dibangunkan sebanyak dua fasa dengan kos RM30 juta, sebelum Mah, yang merupakan Ahli Parlimen Teluk Intan sejak Pilihan Raya Umum 1999, kalah pada  PRU 2008.

Pembinaan kedua-dua fasa itu telah mampu mengurangkan masalah banjir kilat di kawasan bandar dan kampung di Teluk Intan sebanyak 80 hingga 90 peratus.    

Pihaknya juga akan menyusun semula pelaksanaan janji-janji yang dibuat dalam manifesto parti yang dilancarkan Isnin lepas, kata Mah yang ditemui pemberita selepas berjumpa pengundi di Pasar Besar di sini untuk mengucapkan terima kasih di atas  pemilihannya sebagai Anggota Parlimen Teluk Intan.

Beliau berkata segala perancangan pembangunan itu memerlukan masa, tetapi akan dilaksanakan secara berperingkat.

Mah dalam manifestonya yang memfokuskan tiga perkara utama iaitu transformasi ekonomi tempatan, pelancongan dan pembangunan komuniti berdasarkan kajian yang ianya mampu dilaksana, antara lain berjanji untuk menjadikan Teluk Intan sebagai pusat pertanian moden di daerah Hilir Perak memandangkan ia mempunyai potensi besar di dalam sektor itu.

Beliau juga akan berusaha menarik lebih banyak pelaburan ke kawasan itu, terutamanya dalam bidang perkilangan dan pembuatan yang secara tidak langsung akan  mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan, terutama  generasi muda.

Mah semalam berjaya merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan setelah mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti undi yang kecil iaitu sebanyak 238.

Mah, 53, memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya, 27, yang mendapat 19,919 undi.

Sementara itu, pengundi Teluk Intan yang temui tidak sabar untuk melihat pembangunan dibawa semula ke kawasan ini yang telah tertinggal jauh sejak calon DAP memangi kerusi Parlimen itu pada PRU 2008.

Bagi Ahmad Bitan, 65, kini sudah tiba masanya bagi kerajaan pusat berusaha untuk membangunkan semula Teluk Intan supaya dapat menarik generasi mudanya kembali bekerja di sini.

"Ramai anak-anak muda terpaksa keluar bandar untuk mencari kerja kerana tidak banyak peluang pekerjaan di sini. Usaha dan janji calon Barisan Nasional (BN) yang berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan membuktikan beliau faham akan masalah penduduk," katanya kepada Bernama.

Peniaga pasar tani, A. Antoniamah, 70 berkata beliau berharap wakil rakyat yang baru dapat berkhidmat secara ikhlas kerana penduduk tempatan telah memberi satu lagi peluang kepadanya.

"Dia menang membuktikan penduduk Teluk Intan masih yakin dia akan membawa perubahan dan kemajuan. Kita harap dia dapat menunaikan janji-janji dalam manifestonya," katanya.

Peniaga buah, Rohana Hussin, 45 berkata rancangan Mah dalam manifesto dilihat realistik dan boleh dicapai dan bukan sekadar janji-janji kosong terutamanya mewujudkan pusat pertanian moden di daerah Hilir Perak dan memajukan Teluk Intan sebagai pusat makanan.

"Kedudukan Teluk Intan strategik yang terletak di tengah-tengah kawasan Pasir Salak, Bagan Datoh, Tapah dan Tanjong Malim. Jika rancangan terperinci dapat dilaksanakan, saya pasti Teluk Intan akan berdiri sama tinggi dengan bandar raya lain seperti Ipoh dan Kampar," katanya.

Suri rumah, Chooi Eng, 58 berkata cadangan membawa sebuah universiti di Teluk Intan amat baik kerana lebih ramai anak muda dapat tinggal dan menyumbang kepada pembangunan di kawasan mereka.

"Kita harap peluang yang diberikan itu dapat dihargai wakil rakyat yang baru. Penduduk tempatan amat perlukan pembangunan dan percaya Mah boleh melakukannya kerana dia juga pernah menolong membangunkan kawasan ini," katanya. - Bernama

03 June 2014

PELAJARAN DI SEBALIK KEKALAHAN DYANA SOFYA DI TELUK INTAN

PELAJARAN DI SEBALIK KEKALAHAN DYANA SOFYA DI TELUK INTAN
Tahniah Datuk Mah atas kemenangan beliau di Teluk Intan. Tertarik juga dengan komen beliau yang berprinsip untuk menerangkan misi beliau untuk mewujudkan universiti di Teluk Intan. Keluhan beliau apabila menyatakan yang DAP berkempen bukan melalui misi parti tetapi memburukkan lawan. Kami sebagai warga yang bebas melihat sebenarnya pada bahagian BN pun tidak kurang juga.
Takziah pula kami ucap kepada Dyana Sofya atas kekalahan yang sudah dijangka oleh Lim Kit Siang 'siang-siang' lagi. Walaupun kekalahan Dyana hanya dengan majoriti tipis Datuk Mah, tetapi pada kami, secara moral, ia satu kemerosotan yang sangat teruk berbanding keputusan pilihanraya yang lalu. Ini kerana pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Mendiang Seah, menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.
Ada beberapa perkara yang menjadikan teori kifarah ini boleh dikembangkan. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Tidak ada manusia yang tahu rahsia-rahsia di sebalik pelbagai kecelakaan atau kejadian buruk yang telah ditetapkan Allah.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia adalah BAIK bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu walhal ia BURUK bagimu (al-Baqarah: 216).
SAINS KIFARAH DI SEBALIK KEKALAHAN DYANA
Kifarah adalah balasan atau DENDA dari Allah DI DUNIA ini akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya. Orang Melayu langsung meminjam istilah ini menjadi satu bahasa sumpahan berbunyi ‘KEPARAT’. Ia boleh berlaku secara karma atau Qadha’ dan Qadar dari Allah sendiri atau melalui ‘Fidyah’ sebagai denda untuk menebus dosa itu oleh pelakunya dengan penuh insaf dan rendah diri. Setiap mukmin wajib mengimani adanya hukum kifarah ini untuk menundukkan diri terhadap Allah.
MENGKHIANATI HUDUD: Sebagai orang Islam, jika belum mampu untuk memahami dan bersetuju dengan isu hudud, sekurang-kurangnya tidak terang-terangan menentang. Kifarah boleh berlaku apabila beliau dengan lantang menyatakan tidak akan menyokong usul hudud di dalam parlimen, sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai calun. Belum lagi dapat kuasa sudah gila kuasa melawan hukum Allah yang maha kuasa.
Hudud itu milik Allah. Masalah yang dilihadapi oleh semua pihak cuma methodologi perlaksanaannya atau lebih kepada membeli masa sehingga sekutu-sekutu politik dapat difahamkan. Kenyataan Dyana itu telah merubah air muka Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Mat Sabu sendiri. Ia juga amat mengguris hati seluruh Muslim yang menyumpah beliau setelah mendengar pendirian itu.
Hampir seluruh umat Islam yang pro-hudud walaupun dari UMNO, PKR dan PAS sendiri tersinggung. Mereka yang tidak setujupun sebenarnya masih beradab untuk tidak secara terang-terangan menyatakan ketidaksetujuan, tetapi membincangkan penentangan itu di dalam kumpulan tertutup mereka. Mungkin Dyana sesal dengan kenyataan itu, lalu telah mengubah semula kenyataan yang kononnya beliau bukan tidak setuju cuma ia tidak sesuai lagi untuk masa sekarang.
MEMBURUKKAN UITM: Hukum Islam dan adat Melayu sangat menganjurkan kita menghormati guru. Dyana sebagai seorang bekas pelajar UITM telah secara keterlaluan menghentam institusi pengajiannya untuk meraih populariti dari kaum Cina. Ini dinilai sebagai satu penderhakaan yang secara hukum adat maupun syarak adalah satu dosa kerana ramai sekali golongan pendidik dan rakan alumni UITM yang kecil hati.
Kifarah menimpa secara terus apabila Dyana mula menafikan pembelaan hak kaum kelahirannya. Beliau telah melupakan sejarah penubuhan UITM yang telah membolehkan beliau sendiri meraih faedah sebagai pelajar. Lebih 120,000 pelajar UITM yang sedang menuntut di seluruh negara. Itu tidak termasuk golongan alumni yang tersinggung dengan kenyataan beliau.
Semua jiwa-jiwa yang terguris ini menjadi suara-suara penentang kepada Dyana. Di situlah dia terpukul dengan pelbagai kata-kata yang tersebar di seluruh maya. Maaf kata, kenyataan Dyana itu tidak dipersetujui termasuk oleh kumpulan-kumpulan tertutup Facebook dari parti sekutu seperti PAS dan PKR itu sendiri. Itulah kifarah atau hukuman bagi Dyana.
MENGKHIANATI UMNO: Baru dengar guruh di langit, air tempayan sudah dicurahkan. Itu satu peribahasa yang sangat sesuai dengan Yammy Samad iaitu ibu kepada Dyana. Sebagaimana anaknya, begitu juga ibunya yang hanya kerana terbuai dengan pengharapan terhadap anaknya, beliau sanggup untuk melucutkan pegangannya terhadap parti perjuangannya.
Kami lihat mesej "saya tidak akan keluar UMNO kecuali jika UMNO buang saya" ini sebagai satu kesediaan untuk dibuang berbanding untuk terus berjuang. Dari maklumat yang diedarkan, terlalu banyak kemudahan dan kesenangan yang Yammy dan keluarganya telah ‘dapat’ dari perjuangannya dengan UMNO namun beliau berpaling juga. Itulah nilai satu perjuangan hari ini.
KURANG KARISMA & BANYAK LONTARAN FITNAH
BANYAK PEMBOHONGAN : Seorang calun pemimpin perlu jujur dan tidak menipu. Kefasikan tetap akan terdedah juga. Dyana yang mengatakan beliau seorang peguam akhirnya mengakui berbohong apabila ditelanjangkan segala fakta bahawa dia bukan seorang peguam bahkan sekadar graduan perundangan. Kenyataan tentang kedudukan beliau sebagai pegawai khas Lim Kit Siang juga berbolak balik.
Demikian juga dengan kenyataan beliau yang menafikan ibunya Yammy Samad tidak pernah terlibat dengan Perkasa. Setelah dikorek oleh media, barulah beliau akuinya semula. Ini semua mendedahkan tahap kelemahan seorang calun harapan DAP ini.
Bukan kami kata pemimpin lain tidak menipu, tetapi penipuan mereka pandai diselindungkan. Kami tidak samasekali mengatakan menipu itu baik. Sekalipun diselindungkan ia tetap satu penipuan juga. Dyana orang baru yang mungkin masih agak hijau dalam selok belok politik yang pada sebahagian simpangnya agak menjijikkan.
KARISMA BERPIDATO: Dyana tidak punyai karisma yang kuat dalam pengucapan umum. Beliau kurang menjiwai perjuangan parti DAP. Bandingkan sahaja ucapan Lim Kit Siang, Tian Chua, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim bahkan Nurul Izzah sendiri yang sangat berwibawa disebabkan perjuangan yang meresap di dalam darah mereka.
Bahasa badan tidak mampu menipu. Sebab itu juga keyakinan pengundi menjadi teragak-agak pada PRK Teluk Intan kali ini. Cuba bayangkan bagaimana lancarnya Dyana jika bergaduh dengan teman lelakinya? Mesti tidak teragak-agak kerana semuanya ada dalam dada dan hanya perlu dikeluarkan. Ini tidak akan sama dengan membaca NOTA BOSNYA DARI ATAS KERTAS.
Umur 27 tahun dikira masih muda untuk anak gadis ini naik ke pentas politik tanpa asas perjuangan yang tidak sekukuh Nurul Izzah Anwar yang mampu melontarkan hujjah yang menjentik emosi untuk meraih empati pengundi. Dari sudut lain, sebenarnya kami juga tidak berkenan dengan banyaknya kenyataan kebudak-budakan pemimpin UMNO yang turut membantu kempen di PRK Teluk Intan.
LONTARAN FITNAH: Walaupun orang Melayu masih beradab dan cuba menahan diri dari menyebarkan isu peribadi untuk menutub aib Dyana, namun detik hati mereka tidak mampu disembunyi. Bebasnya beliau yang tidak menutup aurat untuk diusung oleh berbagai lelaki anggota DAP ke sana ke mari jelas menjadikan orang Melayu terasa cemburu.
Fitnah peribadi yang banyak tersebar, samada ianya benar atau palsu telah sedikit sebanyak membuatkan orang Melayu merasa kecewa. Antaranya ialah sebaran gambar berbikini, dan berbagai-bagai lagi. Memang orang yang luas pergaulannya, yang banyak bergaul dan menghadiri majlis masyarakat Cina akan mengakui segala kemungkinan itu semua boleh berlaku. Banyak juga ucapan ibu Dyana yang tidak bertapis dan menyinggung hati orang Islam dan Melayu.
Sesungguhnya Dyana adalah mangsa keadaan, hasil dari kelemahan instisusi keluarga dan pendidikan negara yang agak liberal. Ya memang begitulah liberalnya pemikiran dan carahidup pelajar UITM sepertimana yang diketahui umum. Ia dilihat telah memakan diri Institusi itu sendiri apabila Dyana mengembalikannya dengan menampilkan gaya hidup dan pemikiran yang bebas hingga tergamak melontarkan kritikan tidak berbatas terhadap UITM sendiri.
KESIMPULAN
Dyana hanya sekadar mangsa strategi Lim Kit Siang yang kurang menjadi. Kononnya pengundi Cina akan terus mengundi DAP sementara orang Melayu akan mengundi Dyana. DAP hampir merasakan mustahil boleh kalah kerana majoriti dalam PRU 13 amat tinggi. Oleh itu, kekalahan ini bukan atas nilaian majoriti 238 undi, tetapi melihat kehilangan melebihi 7,313 undi.
Tiada karisma bukan sesuatu yang besar kerana pada kebanyakan masa, Dyana hanya menguasai pentas beberapa minit sahaja dan selebihnya dikuasai oleh pejuang-pejuang veteran DAP. Dyana hanya perlu tampil ‘cantik dan meyakinkan’ sahaja. Lagi banyak beliau berkata, lagi banyak cacat celanya.
BN sepatutnya kalah teruk kerana undi orang Melayu kurang favor kepada calon Cina dan orang Cina pula sudah memilih untuk DAP sebelum ini. Sudahnya, percaturan Lim Kit Siang untuk menggunakan Dyana bagi memainkan isu-isu yang liberal kaum dan agama itu kecundang, kerana ia ternyata amat menyinggung hati orang Melayu dan juga Orang Islam.
Itu satu kifarah yang besar dan sepatutnya menjadi pelajaran kepada Dyana dan pemimpin yang lain. Islam mengajarkan kita agar taat dan menghormati ibu bapa dan orang yang telah memelihara dan mendidik kita. Jika kita tidak suka sekalipun, ia seharusnya ditinggalkan dengan baik, bukan dengan maki hamun dan caci cerca.
Melihat begitu panjangnya senarai ‘benefit’ yang telah Dyana dapat melalui perjuangan ibunya dalam UMNO, jelas menampakkan betapa Dyana tidak mengenang budi sama sekali. Demikianlah lemahnya naluri perjuangan yang beliau perolehi dari ibunya. Baru dilantik menjadi calun sudah begitu sekali galak dan lupa dirinya.
Mari kita ambil iktibar dari kisah ini. Jangan sekali-kali menghiris hati orang yang pernah berbudi kepada kita. Boleh mengkritik secara akademik, tapi biarlah berpada-pada. Rasulullah ajar agar kita menghormati semua guru dan murobbi/ibubapa kita, biarpun ia bersikap seperti babi sekalipun. Dosa mereka tidak tertakluk kepada kita. Jika kita tidak mampu menerima ajaran atau perjuangan mereka, tinggalkanlah dengan baik dan berakhlak. Jangan sekali-kali tinggalkan mereka dengan cara meludah.
QS;73/10-11: “Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik. Dan biarkanlah Aku (saja) bertindak terhadap orang-orang yang mendustakan itu, orang-orang yang mempunyai kemewahan dan beri tangguhlah mereka barang sebentar”.
Kekalahan yang diberikan kepada Dyana menunjukkan Allah masih kasih kepadanya dan ibunya. Dengan kekalahan ini beliau boleh bertenang dan kembali muhasabah dan bertaubat. Jika menang, mungkin keterlanjuran Dyana menjadi semakin jauh. Oleh itu bersyukurlah dengan kekalahan ini.
“Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun sebatang duri, ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa.” (Daripada Aishah r.a. HR Al-Bukhari dan Muslirn)
Semuga apa yang kita perhatikan mampu membuka mata dan hati untuk segera kembali kepada kuasa Allah yang esa. Merasa takut dan gementarlah. Lihat berapa banyak KIFARAH yang telah berlaku di hadapan mata kita akibat dari keberanian kita menentang Allah dengan SENGAJA.

Walaupun Usia 82 Tahun, bukan halangan untuk smbung belajar

Ketika orang seusianya memilih untuk menghabiskan waktu dengan keluarga tercinta, berbeza bagi Wan Zainon Wan Abd Manan, 82, apabila beliau mengambil keputusan menyambung pengajian di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Pusat Pembelajaran Terengganu, di sini.

Ternyata cinta terhadap ilmu begitu utuh dalam diri anak jati Kampung Simpang Tokku, Chabang Tiga, Kuala Terengganu yang membahasakan dirinya dengan panggilan Tok Wan itu, walaupun sudah lebih 28 tahun bersara daripada bidang perguruan.

Semangat yang dimiliki wanita berstatus moyang dan nenek kepada 17 cicit, 29 cucu serta ibu kepada tujuh anak itu sememangnya mengagumkan ramai pihak, apatah lagi beliau antara penuntut tertua di institusi pengajian tinggi (IPT) ketika ini.

Kata Wan Zainon, keinginan untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atas kehendak dirinya sendiri selain ingin mengisi waktu terluang dengan sesuatu yang bermakna.


Cucu ajar guna komputer

Menurutnya, sebelum menyambung pengajiannya di OUM, beliau banyak mengikuti kelas antaranya kelas bahasa Arab dan al-Quran bagi mengisi masa lapang, tambahan memang minatnya untuk mempelajari dan menguasai bahasa Arab.

“Tapi tak banyak yang Tok Wan boleh belajar kerana sumber (waktu pembelajaran) terhad, sehinggalah Tok Wan lihat cucu dan cicit main komputer, jadi Tok Wan  minta mereka ajarkan cara nak guna komputer.

"Dari situlah Tok Wan mula tambah lebih banyak ilmu dengan mempelajari bahasa Arab secara online seperti di Youtube, anak-anak juga ada belikan VCD,” katanya.

Wan Zainon berkata, walaupun ketika itu mempunyai komputer bagi membantunya belajar, beliau masih belum berasa puas sehinggalah anaknya memaklumkan OUM menawarkan kursus pengajian Islam.


Keluarga beri sokongan

“Alhamdulillah, ketika Tok Wan menyatakan hasrat untuk belajar, semua ahli keluarga termasuk anak, cucu dan cicit beri sokongan, malah salah seorang menantu Tok Wan pun belajar di tempat yang sama,” katanya.

Biarpun terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak dan pernah diserang strok yang tidak serius, Wan Zainon bersyukur kerana masih diberikan kesihatan yang baik sama ada dari segi  pertuturan dan pendengaran.

Ketika ditanya mengenai jurang usia antara dirinya dengan pelajar lain akan mengundang perasaan tidak selesa, Wan Zainon mengakui perkara itu tiada masalah.

“Tok Wan tak lihat perbezaan usia yang jauh dengan pelajar lain akan membuatkan diri Tok Wan tersisih, sebaliknya perkara itu dilihat kelebihan buat Tok Wan, malah semua pelajar dan kakitangan di sini juga begitu mesra dan banyak membantu,” katanya.

Baru memulakan kelas pertamanya semalam, Wan Zainon sudah membuat persediaan rapi termasuk membuat nota sebagai rujukan bagi memudahkannya bertanya kepada pensyarah jika ada perkara yang tidak difahami.


Jadi contoh golongan seusia

Sementara itu, Pengarah Pusat Pembelajaran OUM Terengganu, Mohamad Umbaik Ismail  berkata, kehadiran penuntut berstatus moyang di universiti berkenaan merupakan idola dan contoh kepada pihak lain untuk turut serta belajar walaupun sudah lanjut usia.

“Saya bagi pihak universiti (OUM) sangat berbangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan Wan Zainon dan sekalung tahniah kepada beliau kerana begitu bersemangat untuk belajar walaupun bertongkat.

“Saya harap selepas ini lebih ramai mengikuti jejaknya menuntut ilmu dan kita di pihak  OUM sentiasa memberikan perhatian dan bantuan yang diperlukan,” katanya.

Kata Mohamad Umbaik, selaras moto OUM iaitu ‘Universiti untuk Semua’, soal usia, status, atau apa sahaja perkara tidak membantutkan usaha mana-mana pihak untuk  menambah ilmu ke peringkat yang tertinggi.

“Kami di sini teruja dengan kehadiran Wan Zainon dan diharap dia dapat menghabiskan  sepenuhnya pengajian selama empat tahun ini, sekali gus mampu menarik lebih ramai pelajar senior untuk mengikuti jejak langkahnya nanti,” katanya.

Pusat Pembelajaran OUM Terengganu yang terletak di Bukit Tunggal mempunyai 1,484 pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana membabitkan 23 kursus ditawarkan.


Kita yang muda bila lagi??

Sumber

Kenyataan Penuh Jamil Khir Berkaitan DNA Babi

jmilk

Jamil Khir Baharom

1. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Kimia Malaysia (JKM) kerana telah memberi keutamaan dalam  pengujian sampel bagi dua produk coklat cadbury yang menjadi isu nasional berikutan kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 24 Mei 2014 yang lalu.

2.  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 26 Mei 2014 telah mengambil kedua-dua sampel produk terlibat iaitu:

i.   Coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2;  dan

ii.  Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1

3. Selain itu, Jakim juga turut mengambil empat (4) produk lain dalam aliran pemprosesan yang sama dan lima (5) jenis bahan mentah yang berpotensi mengandungi unsur haiwan.
4. Kesemua sampel diambil dari kilang pengeluar produk tersebut yang beralamat di Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd., Persiaran Raja Muda, Seksyen 16, P.O. Box 7043, 40700 Shah Alam Selangor dan telah dihantar ke JKM pada hari yang sama.

5. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada hari ini (2 Jun 2014) telah menerima keputusan analisis makmal Jabatan Kimia Malaysia ke atas dua sampel produk keluaran Syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd. iaitu:

i.   Coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan (Batch no) 200813 M01HI2;  dan

ii.  Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1

6. Keputusan analisis makmal adalah seperti berikut:

i.  Coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan (Batch no) 200813 M01HI2 – DNA BABI TIDAK DIKESAN
ii. Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1 – DNA BABI TIDAK DIKESAN

7.  Walau bagaimanapun memandangkan perkara ini melibatkan tanggungjawab dan integriti pihak syarikat, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd merangkumi bahan mentah, aliran pemprosesan, penyimpanan, peralatan dan lain-lain bagi memastikan syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

8. Laporan pemeriksaan menyeluruh tersebut akan dibentangkan semula dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia sebelum Sijil Pengesahan Halal Malaysia dua produk tersebut dikembalikan.

9. Jakim juga akan mengadakan mesyuarat bersama agensi-agensi berkaitan bagi membincangkan strategi pengurusan krisis sekiranya berlaku pengesanan DNA dalam sesuatu produk, oleh makmal mana-mana agensi kerajaan di masa-masa akan datang.

10.  Dalam masa terdekat, Saya juga akan mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pemandu Halal yang dianggotai oleh pelbagai agensi dan pakar-pakar berkaitan dengan halal bagi membincangkan isu-isu halal secara menyeluruh.

11.  Seterusnya, Jakim akan merangka program kesedaran pengguna Islam bagi menjelaskan mengenai pensijilan Halal Malaysia dan isu hukum DNA porcine serta kesannya terhadap kepenggunaan.

Sekian, terima kasih.

Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom (B)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
2 Jun 2014


Ramai Ibu Bapa Cuai, Ambil Mudah Hal Keselamatan Anak

PETALING JAYA: Masih ramai ibu bapa di negara ini yang kurang prihatin terhadap tanggungjawab menjaga keselamatan anak mereka, malah sering cuai dan mengambil sikap ambil mudah terhadap aspek itu sehingga menyebabkan kes jenayah membabitkan kanak-kanak dan remaja meningkat.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Dun berkata, walaupun ia sesuatu yang menyedihkan, tetapi itulah realiti sebenar yang berlaku di negara ini.
Sehubungan itu, katanya, pelbagai langkah yang dirangka kerajaan dalam usaha menangani masalah membabitkan generasi muda negara ini tidak akan selesai tanpa kerjasama dan usaha ibu bapa atau penjaga.
"Memang baik idea untuk mengadakan perbincangan membabitkan semua pihak berkaitan sama ada agensi kerajaan termasuk polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan anggota masyarakat itu, tetapi ia tidak akan menyelesaikan masalah di peringkat akar atau puncanya jika apa yang diputuskan tidak dilaksanakan di peringkat rumah.
"Paling utama, ibu bapa perlu menyemaikan perasaan kasih sayang dalam kalangan anak-anak sejak dari kecil supaya mereka membesar menjadi insan yang penyayang dan seterusnya ibu bapa menjadi 'role model' yang utama.
"Bagaimanapun, keadaan itu dilihat masih kurang dan sebab itu pelbagai usaha digerakkan ke arah itu," katanya kepada mStar Online.
Beliau mengulas saranan beberapa NGO supaya kerajaan bertindak segera bagi memastikan kanak-kanak dan remaja tidak terus menjadi mangsa kes jenayah seperti rogol, bunuh dan penderaan.
Azizah berkata, pembabitan masyarakat dalam usaha pencegahan pelbagai gejala negatif penting dengan mengadakan program advokasi anti keganasan terhadap kanak-kanak.
"Keprihatinan komuniti untuk sama-sama mencegah lebih baik dari menghukum setelah berlaku keganasan terhadap mangsa.
"Dalam hal ini, kementerian sentiasa berbincang di setiap kesempatan untuk menangani apa jua isu yang ada kaitan dengan kumpulan sasar bagi melihat keberkesanan program dan tindakan serta bagaimana untuk menambah baik.
"Dalam erti kata lain, kita tidak tunggu ada kes baharu nak bincang," katanya.
Beliau berkata, disebabkan itu juga, Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) turut mengadakan program Keluarga@Komuniti yang membolehkan ibu bapa hadir untuk menimba ilmu supaya menjadi ibu bapa yang tahu tanggungjawab terutamanya terhadap anak-anak.
Katanya, begitu juga dengan program Smart Start untuk pasangan bakal pengantin dan mereka yang baharu mendirikan rumah tangga untuk memberi pengetahuan mengenai tanggungjawab sebagai pasangan suami dan isteri serta ibu bapa. 
Selain itu, Azizah berkata, berkaitan kes penderaan kanak-kanak pula, Majlis Penyelaras Bagi Perlindungan Kanak-Kanak ditubuhkan untuk menasihati Menteri mengenai aspek perlindungan kanak-kanak termasuk di peringkat daerah.
"Ia bagi menghalang kejadian penderaan terus berlaku di mana pasukan perlindungan kanak-kanak ini akan mendekati komuniti dengan lebih kerap dan memantau isu berkaitan kanak-kanak yang perlukan tindakan atau perlindungan," katanya.

02 June 2014

Dari sekupang dua..VIDEO DYANA TEROYAK SEBAB KALAH...

KORANG TENGOK SENDIRI APA YANG JADI BILA SICANTIK NIE KALAH... BIASA LER BEB DAH TENTU LEPAS NIE MACAM-MACAM BENDA AKAN DIUNGKIT NANTI, KALAU DAH MEMANG HATI TU TAK BAIK MAKA AKAN TIMBUL LAH KETIDAK PUASAN HATI SERTA MENAFIKAN KEMENANGAN BN..Klik untuk menonton Video

Kemenangan Di Teluk Intan Suntikan Moral Untuk BN - Presiden MCA

KUALA LUMPUR: MCA mengucapkan tahniah kepada Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong atas kemenangannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Sabtu.
Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kemenangan itu penting bagi Barisan Nasional (BN) kerana ia menjadi penanda aras bagi parti dan meningkatkan moral anggota BN di seluruh negara.
"Pertambahan undi sokongan dari kawasan pilihan raya pelbagai kaum boleh dianggap sebagai undi kepercayaan bagi tadbir urus BN yang cemerlang," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.
Beliau berkata, kemenangan BN di Teluk Intan adalah hasil kerja keras oleh Gerakan dan parti komponen BN yang lain.
Pada pilihan raya kecil itu, calon BN berusia 53 tahun itu menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi selepas memperoleh 20,157 undi berbanding 19,919 undi oleh calon DAP itu.
Liow berkata, kembalinya sokongan pengundi Cina kepada BN menunjukkan bahawa masyarakat itu telah memperbaharui harapannya dalam BN dan oleh itu MCA akan menyegerakan program transformasinya.
"MCA kini mempromosikan kempen 'Teguh Bersama' dan kami yakin bahawa kami akan terus kompetitif dan relevan melalui transformasi," kata Liow.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...