29 September 2011

Malaysiakini: Pakatan: Tiada kata putus untuk laksana hudud

Cadangan PAS untuk melaksana undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan masih belum dapat diputuskan oleh majlis pimpinan Pakatan Rakyat walaupun hangat dibincangkan dalam mesyuaratnya malam ini.
Bagaimanapun, ketua umum Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, majlis pimpinan itu menghormati niat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang berkenaan.
hudud, pakatan meetingMajlis itu juga menghormati pendirian DAP yang menentang keras cadangan berkenaan, kata Anwar kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di ibupejabat PAS, Kuala Lumpur.

Kesepakatan yang berjaya dicapai dalam mesyuarat selama tiga jam, lewat malam ini, hanyalah berhubung kesepakatan untuk PAS dan DAP meneruskan perbincangan bagi melaksanakan hukum hudud dan juga mempertahankan dasar-dasar bersama.

"Pendiriannya jelas bahawa DAP menentang (cadangan melaksana hudud) dan PKR serta PAS menghormatinya.

"Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah," katanya lagi.

Jelasnya, Pakatan jelas menghormati hak dan kehendak PAS untuk melaksana hudud, namun parti Islam itu masih terikat dengan dasar bersama yang dipersetujui serta manifesto dalam Buku Jingga.

"Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003," tambahnya.

Malah, kedua-dua enakmen tersebut dibentuk oleh dua negeri berkenaan ketika PAS, DAP dan PKR masih belum membentuk Pakatan, katanya lagi.

Namun, terdapat keperluan untuk merujuk perkara itu ke majlis pimpinan Pakatan Rakyat kerana ia melibatkan pindaan perlembagaan, tambahnya.

Bagaimanapun, ditanya sekiranya Pakatan akan meminda perlembagaan bagi usaha itu seandainya ia berjaya membentuk kerajaan persekutuan, Anwar berkata tiada persetujuan bersama dicapai.

Katanya lagi, mesyuarat juga telah menerima penjelasan berhubung pendirian Kelantan dalam isu berkenaan yang disampaikan anggota exconya, Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili menteri besar.

Turut hadir penasihat DAP, Lim Kit Siang; pengerusi DAP, Karpal Singh; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

TU: PAS laksanakan je HUDUD tu, kenapa kena ikut DAP yang memang anti HUDUD...katakan Nak Pada HUDUD..jangan katakan tak NAK pada HUDUD...Tetapkan pendirian anda wahai PAS!

28 September 2011

Utusan Online: Penyamun mati ditembak ketika cuba samun rumah anggota polis

Percubaan enam penyamun cuba merompak rumah seorang supritendan polis ternyata membawa padah apabila salah seorang daripada mereka ditembak mati di Medan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, enam suspek terbabit cuba menyerang pegawai polis yang bertugas di Bukit Aman itu, di hadapan rumahnya ketika dia baru pulang dari makan malam.
Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa terlebih dahulu telah melihat enam suspek yang menaiki tiga buah motosikal sedang bersembunyi di kawasan berdekatan, dan menembak mati salah seorang daripada mereka apabila telah diserang dengan parang.

Penyamun yang tidak bernasib baik, Selalu terlepas, sekarang buku bertemu dengan ruas, Ingatlah wahai penyamu-penyamu, kalu nak terima nasib yang sama dipersilakan jolok sarang tebuang!

26 September 2011

Malaysiakini: Hudud: Pemimpin Pakatan diarah tak buat kenyataan

Para setiausaha agung PAS, PKR dan DAP dikatakan sebulat suara mencapai kata sepakat untuk mengarahkan semua pimpinan parti masing-masing agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehinggalah Rabu, 28 September ini.

Arahan itu dikeluarkan berikutan pendiriaan bersama yang akan dibuat pimpinan Pakatan Rakyat pada Rabu ini dalam mesyuarat mereka.

Sehubungan itu, menurut organ rasmi PAS, Harakahdaily, satu sidang media akan diadakan pada jam 2 petang ini di Pejabat Agung PAS bagi memaklumkan arahan itu.

Sidang media ini dijadualkan akan dihadiri oleh setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali, setiausaha agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.

Loke mewakili Lim Guan Eng kerana ketua menteri Pulau Pinang itu kini berada di luar negara.
buat kenyataan awal-awal, nampak sangat Pemimpin pakatan tidak sehaluan, ape pun kita tunggu dan lihat Rabu 28 September ini...susah bawa je haluan masing...dah tak sehaluan, buat apa duduk dalam pakatan kalau tak sepakat, Bukan begitu?

Siapa Peralatkan Hudud Demi Politik, Pakatan atau UMNO-BN?

Pakatan Rakyat kesal Umno-BN memperalatkan isu hudud sebagai permainan politik, sedangkan pemimpin mereka tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius, kata Ketua Pembangkang Daruk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, lebih malang lagi, apabila media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif.

“Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat. 

Begitu juga pemimpin dalam Pakatan, menolak mentah-mentah jika PAS melaksanakan hukum Hudud. Percangahan pendapat diantara pemimpin PAs pun dilihat mereka tidak sehaluan, bagaimana untuk memerintah negara? Jangan cakap je pandai, pasal hukum hudud pun sudah nampak perbezaan yang ketara, aduhai, sedarlah wahai pemimpin PAS. 

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengancam keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.Kenyataan itu dibuat ketika kepimpinan dijadual mengadakan mesyuarat Rabu ini untuk membincangkan isu yang sudah lama berlarutan.

Menurut laporan Star Online,Lim menekankan bahawa Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP,PAS dan PKR dibentuk berdasarkan dasar bersama dan persefahaman, khususnya dalam isu-isu berkaitan dengan usaha melawan rasuah dan mempertahankan keadilan.Hukum hudud, kata beliau, tidak pernah dimasukkan ke dalam rangka kerja bersama Pakatan Rakyat atau Buku Jingga, dan oleh itu tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada agenda perikatan itu.

“Oleh itu jika pelaksanaan hukum hudud digariskan dalam rangka kerja dasar bersama dan Buku Jingga, keseluruhan jawatankuasa pusat parti akan meletakkan jawatan,” kata beliau selepas merasmikan Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di sini.

Kedua-dua PAS dan DAP bertembung dalam mencari penyelesaian berhubung kontroversi tersebut.semalam,Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan menyelesaikan isu terbaru membabitkan hasrat PAS mahu mengadakan hukum hudud pada mesyuarat kepimpinan perikatan itu Rabu ini. Anwar Ibrahim bersetuju bahawa kesemua parti perlu mencapai konsensus berhubung isu sensitif ini yang melibatkan pendirian DAP dan PAS sejak sekian lama.

sebelum ini, Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa Pakatan Rakyat memanggil mesyuarat tergempar kepimpinan dengan segera bagi menyelesaikan kontroversi berkaitan hukum hudud.Karpal juga secara terbuka mengkritik hasrat kerajaan negeri Kelantan menegaskan,pihaknya akan sentiasa menolak pembentukan negara Islam.kelewatan menangani isu semasa ini akan menjejaskan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Islam.

Apa dah jadi?

Hukum HUDUD

Hukum Hudud yang kini gempar diutarakan dan menjadi salah satu faktor yang mencetuskan pergolakan dalam arena politik telah mencetuskan rasa keperihatinan yang menggunung.

Bukan semua Negara Islam mampu mengimplementasikan Hukum Hudud ini oleh kerana ditakuti mencetus kontoversi apatah lagi pada rakyat yang bukan Muslim. Pada zaman Rasulullah S.A.W. Hukum Hudud dilaksanakan sebagai sebahagian kecil dalam syariah. Kecil disini bukan dimaksudkan dengan diambil ringan mahupun hanya sebagai alternatif terakhir. Yang ingin disampaikan adalah kecil yang bermaksud hadirnya hukum itu adalah pada keadaan yang memaksa disebabkan kesalahan disisi syariat yang jelas telah dilakukan. Sebagai contoh, untuk membuktikan mereka yang berzina (fornication) bukanlah suatu yang mudah. Tetapi perbuatan itu nyata perlukan Hukum Hudud jika kita hadirkan 4 orang saksi yang dipercayai untuk membuktikan tuduhan itu, melainkan perbuatan zina itu dilakukan dikhalayak ramai.

Jika kita merujuk pada surah An-Nur 1-19, Allah telah merangka hukum berzina kepada umat Islam dengan terang dan nyata. Disini saya sertakan sedikit dari potongan ayat itu untuk dijadikan rujukan kepada mereka yang bukan Muslim.
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan orang-orang yang beriman (-percaya dan yakin pada Allah rujuk Rukun Iman dalam Islam)” [An-Nur: 02]
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;- kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” [An-Nur: 04 & 05]

“Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta” [An-Nur:13

Untuk siapakah Hukum Hudud ini patut dilaksanakan. Dalam makluman, justifikasi yang ingin dijalankan dengan Hukuh Hudud ini bukan untuk semua golongan manusia tetapi hanya terhad pada orang Muslim. Walaupun begitu, terdapat juga keadaan yang membolehkan Hukum Hudud ini dijalankan kepada yang bukan Muslim. Merujuk pada sirah Rasulullah S.A.W. terdapat juga golongan bukan Muslim dibawah naungan pemerintahan seorang Amir (ketua kerajaan atau organisasi Islam). Walaupun Hukum Hudud ini pastinya untuk umat Islam, bagi mereka yang bukan Islam diberi pilihan samada untuk menjalankan hukuman dengan cara Islam ataupun dengan cara yang disarankan oleh agama mereka sendiri. Dalam ertikata lain, lain agama, lain cara hukuman. Tetapi bagi agama yang tidak mempunyai kitab untuk merujuk rang undang-undang agama mereka, maka amat berpatutanlah jika dihukum dengan perundangan umum (tidak semestinya mesti Hukum Hudud) yang telah dipersetujui dan mencapai kata sepakat. Pernah juga terjadi kes dimana orang bukan Islam seperti Kristian dan Yahudi pada zaman kegemilangan Islam memilih Hukum Hudud oleh kerana hukuman yang lebih berat akan dilaksanakan jika menurut pada undang-undang agama mereka sendiri.

Dalam menyeru kepada menegakkan agama diatas keredhaan Allah Taala dengan melaksanakan agama Islam yang syumul (menyeluruh) ini dalam segala perspektif, kita harus berfikir sejenak (lebih lama lebih baik) jika terdapat lubang-lubang kelemahan dalam idea untuk mengaplikasikan Hukum Hudud ini. Ini membawa kita pada perbincangan tentang platform yang perlu ada untuk menyeru pada perlaksanaan Hukum Hudud. Untuk melaksanakan Hukum Hudud, pastinya kita perlukan kepada dua perkara; rakyat yang berugama Islam serta pucuk pimpinan dari seorang Muslim yang nyata.

Ertikata sebenar rakyat Islam yang dimaksudkan. Umat Islam disini harus dilihat dari sudut yang lebih agresif, mengapa? Ramai yang mengakui mereka beragama Islam tetapi tidak mendakap perasaan taat setia pada agama (Islam hanya pada nama) na’uzubillah. Oleh itu, adalah penting jika kita memastikan sebelum Hukum Hudud dilaksanakan, kita mengukur sejauh mana Islamiknya umat kita ni. Adakah mereka menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim yang utuh dan patuh pada ajaran agama? Apakah dari segi akhlak, perlakuan, pemikiran serta pertuturan menunjukkan identiti Islam yang diakui? Jika tidak jawapannya, kita masih mentah dalam mempraktikkan ad-deen (cara hidup Islam) tetapi berlagak besar untuk menjalankan hukuman Hudud yang berat dan tidak boleh dipandang enteng ini. Ini dapat dianologikan seperti ingin mengupas buah dengan pisau yang tumpul dan berkarat.

Bagi mendefinisikan pemimpin Muslim yang dinamik ini, kita harus mencontohi corak pemerintahan Rasulullah sebagai pemimpin yang sempurna. Seorang pemimpin (Ameer) itu haruslah terdiri dari mereka yang dalam ilmu agamnya dimana mukanya bersinar cahaya keimanan, tingkah laku nya sejajar dengan kalimah Islamik yang dipertuturkannya dan kecerdasan mindanya membuktikan sifat khalifah yang telah Allah kurniakan padanya. Sifat Islamik yang ingin saya tekankan disini dapat dilihat dengan menghayati ayat ini: “Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara ugama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan)” [Asy-Syura:10].

Dalam satu sudut pandangan yang lain pula, saya ingin mengajak para pembaca cuba akalkan beberapa perkara.

a. Mengapa harus kita takut pada hukuman yang ditetapkan agama jika diri tidak mempunyai hajat atau niat melakukan kesalahan?

b. Mengapa harus kita takut pada hukuman yang dijalankan didunia? Apakah kepercayaan kita kepada hari akhirat dengan azab yang lebih menyeksakan itu tidak cukup untuk membina landasan taqwa(takut) pada Allah?

c. Daripada menyeru kepada Hukum Hudud, mengapa tidak kita menyeru kepada perlaksanaan cara hidup Islam (Ad-deen) yang lebih utuh dengan harapan kita bukanlah hanya sebuah Negara Islam yang dikenali dari segi material. Agar kita dapat menarik lebih ramai manusia melihat betapa Indah dan syumulnya agama suci Allah ini dimana setiap kalimah Quran membuktikan keesaan (satu dan yang tiada sekutu buatNya) dan kebesaranNya dan bukan menakut-nakutkan mereka dengan keadilan yang disalah interpretasikan.

"Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan ugama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata

Sumber: SuaraAnum.com







18 September 2011

KERAJAAN MANSUHKAN ISA DAN AKTA BUANG NEGERI APAKAH PENDAPAT ANDA?

Sempena Hari Malaysia 15 September Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam sebelum sambutan Hari Malaysia semalam mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959.

Kajian semula komprehensif itu akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.


Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

“Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa,” tambahnya.

Nampaknya pembangkang dan pejuang-pejuang menghapuskan ISA bertepuk tangan dan mengatakan perjuangan mereka membuahkan hasil!

Apa pendapat anda?fikir-fikirkan demi kebaikan bersama!

Berita lanjut klik disini http://beritasemasa.com/isa-dimansuhkan#more-17353

12 September 2011

Telco setuju tangguh kutipan cukai prabayar...Sementara?baik dimansuhkan langsung!

Telco setuju tangguh kutipan cukai prabayar, satu langkah yang melegakan kepada pengguna telefon bimbit prabayar. Pengguna telefon Prabayar yang digunakan oleh rakyat Malaysia yang majoritinya golongan berpendapatan rendah. Ikuti Berita yang dipetik di laman Malaysiakini.

Semua empat pengendali utama telekomunikasi (telco) di negara ini bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

rais yatim"Setelah mengadakan perundingan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi utama yang terlibat dengan isu cukai perkhidmatan, kesemuanya telah bersetuju supaya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan kepada pengguna ditangguhkan dan tidak lagi dikuatkuasakan seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Perbincangan melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim selepas bermesyuarat kira-kira sejam bersama wakil pengurusan tertinggi syarikat telekomunikasi itu.
Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom Datuk Shazalli Ramly, CEO Kumpulan Digi Henrik Clausen, CEO Kumpulan Maxis Sandip Das dan CEO U Mobile Dr Kaizad Heerjee.
Khamis lalu, syarikat berkenaan mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar mulai Jumaat ini
Cukai perkhidmatan 6 peratus yang sepatutnya dikenakan ke atas pelanggan diperuntukkan mengikut undang-undang negara.
Mesyuarat kabinet

Akta Perkhidmatan Cukai 1975 mensyaratkan syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan, termasuk ke atas pengguna prabayar.
mccurry mcdonald restaurant name fiasco 80906 foodBayaran ini sama dengan cukai perkhidmatan yang dikenakan bagi pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Meskipun cukai perkhidmatan ke atas pengguna prabayar bukan baru, namun syarikat telco telah menyerap kos itu sejak perkhidmatan mereka diperkenalkan pada 1998.
NONERais berkata penangguhan itu bagi membolehkan kajian semula dibuat oleh SKMM dengan syarikat telekomunikasi berkenaan bagi menentukan bila perkhidmatan itu wajar dikenakan
cukai serta kadar yang boleh dikenakan.

"Saya rasa lega bahawa mereka bersetuju untuk menangguhkannya dan kementerian akan membuat beberapa kajian tentang isu yang dibangkitkan seperti bila waktu terbaik bagi pengenaan cukai perkhidmatan dilaksanakan dan di paras mana pengguna perlu membayar sama ada pada ketika membeli kad prabayar pertama atau pada setiap kali membaharuinya," katanya.

Menurutnya semua perkara yang dibangkitkan itu akan dibawa kepada mesyuarat kabinet akan datang.

Budak Jadikan Lembu Tempat Menyusu ...Bagaimana Pula Dengan Negara Kita?

KOAK ROKA, Cambodia – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 20 bulan dari Siem Reap menjadikan seekor lembu sebagai ibunya apabila budak tersebut menghisap susu daripada lembu berkenaan.
Tha Sophat, menghisap susu lembu tersebut sejak dua bulan lalu selepas dia melihat anak lembu berkenaan berbuat demikian.
Tha, tinggal bersama datuknya selepas ibu bapa budak lelaki itu meninggalkan kampung berkenaan untuk mencari kerja di Thailand.

Di negara kita ada ke macam tu?pandanglah, lihatlah bertapa susahnya di negara orang, kita sebagai rakyat patut bersykur dengan keamanan dan kestabilan ekonomi negara.

Menurut datuknya itu, Um Oeung, pada mulanya dia menarik cucunya itu namun selepas Tha menangis dengan kuat, dia tidak mempunyai pilihan selain membenarkannya.
Tha akan menghisap susu lembu itu sekal atau dua kali sehari,” katanya.
Namun kata Um Oeung, biarpun lembu itu tidak kisah apabila Tha menghisap susunya, namun lelaki itu bimbang akan kesihatan cucunya jika dia berterusan berbuat demikian.

Bagaimanapun memang di negara kita kanak-kanak minum susu lembu, cuma cara penyediaan berbeza...Susu lembu tetap susu lembu.

11 September 2011

Phahrolrazi calon pilihan ganti MB Kedah??

Isu spekulasi penggantian Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mula suam-suam kuku kini dipanaskan kembali dengan desas-desus exco kanan Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi yang dikatakan calon pilihan jika berlaku kekosongan jawatan tersebut.

phahrolrazi nawawiWalaupun dua lagi exco – Datuk Amiruddin Hamzah dan Datuk Mohammad Taulan Rasul – turut berada dalam senarai itu, Phahrolrazi (kiri) yang juga ADUN Pengkalan Kundor dikatakan menjadi calon pilihan jika wujud keperluan berbuat demikian.

Bahkan, wujud cakap-cakap yang Azizan dikatakan diberi masa untuk terus menjalankan tugasannya sebagai biasa kecuali jika terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan seperti masalah kesihatan.

Bagaimanapun, demi kelancaran pentadbiran kerajaan Kedah, PAS tentunya tiada pilihan sekiranya Azizan sakit, khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Ini kerana, tugas mempertahankan penguasaannya di negeri itu amat penting bagi PAS yang pertama kali menawan Kedah tiga tahun lalu, selepas mencuba dalam sebelas kali pilihan raya umum sebelumnya.

Phahrolrazi yang juga timbalan pesuruhjaya I PAS Kedah dan yang dipertua PAS Kuala Kedah dilihat berada dalam kedudukan terbaik bagi mengambil alih teraju pemerintahan negeri berdasarkan hirarkinya itu.

bukit selambau pkr pc 020409 amiruddin hamzah.jpgAmiruddin (kiri), 49, adalah ADUN Anak Bukit yang memegang portfolio jawatankuasa industri dan pelaburan, pertanian dan industri asas tani, bioteknologi, pembangunan luar bandar dan basmi kemiskinan.

Di peringkat PAS negeri, beliau - yang juga seorang jurutera dalam bidang sivil - memegang jawatan bendahari.

Perkembangan baru ini dilihat susulan masalah kesihatan yang dialami Azizan sehingga dikatakan tidak dapat memfokuskan kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Manakala Mohamad Taulan pula adalah ADUN Tokai, memegang portfolio jawatankuasa agama, pelajaran dan koperasi.

Beliau juga seorang peguam, ahli jawatankuasa perhubungan PAS Kedah dan yang dipertua PAS Pendang.

anwar and azizan pc on kedah penang issues 050709 azizanPada 1 Ogos lalu, Azizan (kanan) dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur selama 15 hari bagi mendapatkan rawatan kesihatan dan pemeriksaan jantung.

Bagaimanapun, ketika isu itu mengejutkan banyak pihak di kala sambutan Aidilfitri, Azizan muncul bertenaga menolak cadangan supaya jawatannya diberikan kepada pemimpin lain atau diwujudkan jawatan timbalan menteri besar.

Beliau juga dilapor menegaskan beliau berada dalam keadaan lebih sihat dan mampu menjalankan tanggungjawabnya mengurus negeri dengan sempurna selepas menuruti nasihat doktor supaya berehat.

Bagaimanapun, tiada maklumat sama ada PAS di peringkat pusat sudah membincangkan soal penggantian itu. Setakat awal bulan ini, perkara itu, menurut Ketua Penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tidak dibincangkan.

Cukup dua minggu selepas Azizan dibenarkan keluar wad, kontroversi sekitar kedudukan Azizan meletus apabila sebuah harian berbahasa Inggeris melaporkan kepimpinan PAS sedang mengatur langkah bagi menggantikannya.

Dipetik dari Malaysiakini.com

Gerakan tawar biasiswa untuk Mat Sabu belajar sejarah

Parti Gerakan bersedia menawarkan biasiswa kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk mempelajari semula sejarah negara di universiti tempatan kerana beliau dilihat masih kurang arif mengenai sejarah negara. Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata pemimpin parti pembangkang itu boleh dikatakan buta sejarah selepas melabelkan anggota Parti Komunis Malaya Mat Indera sebagai wira sebenar dalam kejadian serangan Balai Polis Bukit Kepong.
"Adalah jelas beliau ini buta sejarah, kalau begini, Gerakan bersedia untuk menawarkan biasiswa kepada beliau supaya belajar semula sejarah di universiti tempatan. "Selain itu, beliau boleh juga belajar sejarah sebenar negara dari pakar-pakar sejarah yang lain seperti Profesor Dr Khoo Khay Kim,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Gerakan di Menara PGRM hari ini, yang dihadiri kira-kira 2,000 orang. Tsu Koon berkata, Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, perlu peka dengan perjalanan sejarah negara, dan tidak sewenang-wenangnya melabelkan sesuatu mengikut pemahaman sendiri. — Bernama 

Sumber: Utusan Malaysia Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...