15 June 2014

Logo halal yang diragui, apa tindakan JAKIM?

Masih banyak guna logo diragui


Walaupun Akta Perihal Perdagangan 2011 (APD 2011) telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012, masih banyak produk dijual dengan menggunakan logo halal palsu.

Di bawah akta ini, pihak yang menggunakan logo halal selain dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh didenda atau dipenjarakan atau kedua-duanya.

Majoriti pasar raya besar dan terkemuka mendapati penjualan makanan menggunakan logo halal palsu dan tidak diiktiraf Jakim masih berleluasa.

Kebanyakannya melibatkan produk yang diimport dari luar negara dan diedarkan oleh syarikat tempatan.

Antara produk tersebut ialah makanan dalam tin, mee segera dan bihun yang sering menjadi pilihan pengguna, termasuk umat Islam.

Dalam pada itu, kebanyakan produk import juga menggunakan logo halal yang tertera dikeluarkan oleh negara tertentu.

Namun, tinjauan mendapati tiada banner atau maklumat mengenai logo halal Jakim yang sah atau logo halal luar yang diiktiraf agensi tersebut, dipaparkan di pasar raya berkenaan.

Sudah tentu ia menyukarkan pengguna Islam untuk memastikan sama ada logo halal luar pada produk makanan itu diiktiraf atau tidak.

Terdapat 75 agensi yang mengeluarkan logo halal antarabangsa diiktiraf oleh Jakim dan senarai tersebut perlu disemak di laman web Jakim.


SUMBER

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...