10 August 2013

Bantuan Perniagaan Dalam Talian Malaysia (GMBO) Untuk Usahawan Kecil

Usahawan kecil kini boleh mengiklankan perniagaan mereka dalam Internet. Kerajaan telah menyediakan Bantuan Perniagaan Dalam Talian Malaysia (GMBO)(Get Malaysian Business Online), bagi memajukan perniagaan mereka.

Walau bagaimanapun  ramai usahawan kecil masih tidak mengetahui mengenai kemudahan bantuan berkenaan yang disediakan suruhanjaya itu sejak awal tahun.

Kerajaan memperuntukkan RM50 juta bagi 50,000 usahawan mikro dengan geran RM1,000 seorang sebagai langkah melonjakkan perniagaan dan taraf hidup mereka, namun sambutan daripada usahawan kecil masih dingin. Mungkin mereka tidak mendapat maklumat atau tidak didedahkan.

Sesiapa sahaja boleh memohon GMBO dan terbuka kepada semua golongan usahawan (warganegara Malaysia) yang berumur 18-65 tahun. Secara kasar, permohonan dari kaum Cina merangkumi 20 peratus dan kaum India pula kurang daripada jumlah tersebut.

Geran GMBO akan ditingkatkan dengan kerjasama pihak tertentu seperti Amanah Iktihar Malaysia, New Enterprise Foundation, NGO, jabatan dan agensi kerajaan melalui pelbagai program dan aktiviti antaranya bengkel, pameran, taklimat dan penerangan bergerak.

Kemudahan internet sebagai trend mempromosikan produk di serata dunia, Azizan berkata beberapa usahawan tempatan telah berjaya mengembangkan perniagaan mereka selepas mempromosi dan memasarkan hasil produk mereka secara efektif melalui internet.

Sebagai contoh seorang pengusaha rumpai laut dari Kunak, Sabah kini memperoleh pendapatan sehingga RM20,000 sebulan, berbanding RM450 sebulan sebelum ini.
    
Begitu juga seorang pengusaha bantal kekabu dari Sik, Kedah dapat meningkatkan hasil jualan dari 100 bantal kekabu kepada 100,000 bantal sebulan dengan pendapatan sekitar RM80,000 sebulan selepas mempromosi dan memasarkan melalui internet.


Pemohon boleh melayari laman web gmbo.skmm.gov.my atau e-mel gmbo@cmc.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim itu dan permohonan juga boleh dibuat secara atas talian melalui laman www.gmbo.skmm.gov.my.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...