12 August 2013

Lampu isyarat jadi tempat jenayah

Lampu isyarat dah jadi tempat melakukan jenayah di negara kita. Apa dah jadi. Walapun banyak lampu isyarat diletakan CCTV namun penjenayah tidak takut untuk terus melakukan jenayah di lampu isyarat.

Di lampu isyarat jugalah tempat meragut, membunuh, menyimbah asid dan macam-macam lagi jenayah. Ia seolah-olah dirancang dengan rapi.

Terbaru Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.  

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun melecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat.

Masyarakat hendaklah bersama-sama pihak berkuasa membanteras jenayah agar kita semua selamat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...