16 August 2013

Pemilihan semula CEC bukti DAP akui silap

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan keputusan DAP mengadakan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) sebagai tanda pengakuan pucuk pimpinan parti itu bahawa mereka telah melakukan kesilapan.

Pada 30 Julai lepas, ROS memutuskan DAP perlu mengadakan pemilihan semula CEC selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh DAP berhubung dakwaan penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan pada pemilihan parti itu 15 Dis lepas.    

Namun begitu, parti itu mendakwa pemilihan berkenaan telah diadakan secara bersih dan kesilapan yang berlaku adalah disebabkan masalah teknikal.

Pengerusinya Karpal Singh dalam satu kenyataan, berkata DAP akan mengadakan pemilihan semula CEC bagi mengelakkan pendaftaran mereka dibatalkan...Tahu pun takut!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...