14 August 2013

Macam-macam:10 individu cuba bunuh diri dengan minum racun

BEIJING: Sekumpulan sekurang-kurangnya 10 orang cuba untuk membunuh diri bersama-sama di Beijing dengan meminum racun persoak, lapor media tempatan pada Rabu.
Sebahagian mereka memakai kemeja-T yang tertera "Biro Perkhidmatan Kereta Api Harbin", lapor Beijing Youth Daily, petik seorang wartawan.
Kementerian Perkhidmatan Kereta Api China - merupakan majikan terbesar - telah dimansuhkan pada Mac lalu dan diserapkan dalam Kementerian Pengangkutan, menyebabkan banyak pengurangan pekerjaan.
Harbin, terletak di timur laut China, di mana sebahagiannya mengalami pengangguran yang kronik berikutan pembaharuan industri bermula pada lewat 1990an oleh perdana menteri terdahulu, Zhu Rongji.
Menurut laporan akhbar itu, polis dan ambulans membawa kesemua mangsa ke hospital.
Dilaporkan, insiden itu berlaku di sebuah jalan dekat stesen kereta api di barat Beijing, yang merupakan hab pengangkutan besar, pada Selasa. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...