16 August 2013

Keganasan Di Mesir, Angka Korban Meningkat 623 Orang

KAHERAH: Angka korban akibat tindakan kekerasan tentera terhadap penyokong bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi pada Rabu meningkat kepada 623 orang, Jumaat.
Menurut Kementerian Kesihatan Mesir, beribu-ribu lagi orang turut cedera dalam keganasan terburuk dalam sejarah Mesir dalam beberapa dekad itu.
Ahli keluarga mangsa kini cuba mengenal pasti beratus-ratus mayat yang dihimpunkan di sebuah masjid di Kaherah.
Bagaimanapun, penyokong Ihkwanul Muslimin berkata, angka korban adalah jauh lebih tinggi ekoran beratus-ratus lagi mayat masih belum dikenal pasti oleh pihak berkuasa.
Sementara itu, stesen televisyen tempatan yang memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri sebagai berkata, pasukan keselamatan akan terus menggunakan peluru hidup untuk bertindak balas ke atas sebarang serangan yang dilancarkan terhadap mereka atau bangunan kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...