10 August 2013

Petisyen BN untuk DUN Klias diterima mahkamah

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini membenarkan petisyen pilihanraya untuk mencabar keputusan pilihanraya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias.
Petisyen ini dikemukakan oleh calon Barisan Nasional (BN) Isnin Aliasnih, yang mendapat 6,182 undi semasa pilihan raya umum pada 5 Mei.
Kerusi ini disandang oleh Ketua Pembangkang Sabah Datuk Lajim Ukin yang menang di Klias pada PRU-13 dengan majoriti 342.
Ini adalah kali pertama satu petisyen pilihanraya dibenarkan selepas pilihanraya umum itu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...