11 August 2013

Ditemui selepas 40 tahun


Mangsa perang Vietnam ditemui selepas 40 tahun

HANOI - VIETNAM,Dua beranak ditemui selepas dilaporkan hilang ketika perang Vietnam 40 tahun lalu.

Media melaporkan, Ho Van Thanh, 82, dan anaknya Ho Van Lang, 41, ditemui di hutan di tengah Vietnam.

"Mereka ditemui dua lelaki ketika mereka sedang meneroka hutan. Dua beranak itu didakwa tinggal di rumah dalam kawasan hutan tebal," 


Pegawai puak Tay Tra, di wilayah Quang Ngai berkata, Thanh yang dalam keadaan uzur itu masih boleh bertutur dalam bahasa etnik Cor, manakala Lang hanya memahami beberapa perkataan sahaja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...