05 August 2013

Update : #FINDAISYAH Telah Ditemui Di Pulau Pinang.

Sumber gambar : http://www.utaranews.com

Anak Guru Matematik Ditemui Di Pulau Pinang 

Oleh TAN SIN CHOW 

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menjumpai seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang di sebuah pasar raya di Rawang baru-baru ini. 

Seorang wanita yang menghantar Wan Aisyah Wan Exzam ke balai polis Sungai Nibong kira-kira pukul 11.30 pagi Isnin berkata, anak lelakinya membawa kanak-kanak tersebut ke rumahnya di Teluk Kumbar pada pukul 5 pagi Isnin. 

Wanita tersebut berkata anak lelakinya, 44, memberitahunya supaya menghantar kanak-kanak tersebut ke balai polis berhampiran. 

Anak lelakinya terus menghilangkan diri selepas insiden itu. 

Kanak-kanak itu dipercayai anak perempuan seorang guru matematik, Arbaiyah Md Zin yang mengajar di Rawang.

Sumber : http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2013/8/5/mstar_jenayah/20130805135003&sec=mstar_jenayah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...