07 August 2013

Kes tembak di kampung telosan: 2 suspek diburu

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim menunjukkan gambar suspek, Tuan Mohd Ridzwan Tuan Mohamad, 24 (kanan) dan Norhisham Mohamad Nor, 29 (kiri) yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes tembak dan bunuh di Kampung Telosan, Pasir Puteh, ketika mengadakan sidang media di di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di Kota Baru, Rabu. Foto BERNAMA 

Polis mengenal pasti dua lelaki yang dapat membantu menyelesaikan kes kematian seorang lagi penoreh getah di Pasir Puteh.

Dua lelaki itu adalah Tuan Mohd Rizdwan Tuan Mohamad, 24, dan Norhisham Mohamad Nor, 29, berasal dari Kampung Telosan dan kami percaya kedua-dua mereka masih berada d kawasan kejadian.

Menurut Polis, si mati dipercayai mengenali kedua-dua lelaki itu dan motifpembunuhan dipercayai melibatkan dendam serta perniagaan dadah.
Dalam kejadian itu Amirul Tajo Nasir, 40, maut selepas terkena beberapa das tembakan dalam kejadian di sebuah kedai makan di Kampung Telosan pada 5.35 pagi.
Turut cedera di lutut adalah pelayan kedai makan berkenan, Norhadiana Zakaria, 25, yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...