15 August 2013

Bodoh punya DAP!!

Seorang pemimpin DAP hari ini mempertikaikan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agama di Malaysia terhadap seorang pengusaha resort di Johor yang membenarkan sekumpulan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan di sebuah Surau.
Pemimpin DAP berkenaan didalam laman sosial Twitter nya mendesak pihak-pihak terbabit supaya menghormati agama lain di negara ini untuk beribadat.
Tanpa berselindung, pemimpin DAP berkenaan juga menyalahkan UMNO diatas tindakan reman selama 4 hari yang dikenakan terhadap pengusaha resort terbabit.
Perbuatan pemimpin DAP ini boleh dianggap mempertikaikan kuasa Sultan Johor yang juga Ketua bagi Agama Islam di negeri tersebut. Sebelum ini, Baginda Sultan telah mengarahkan Surau terbabit dirobohkan kerana ia telah disalahgunakan oleh penganut agama lain.
Pemimpin DAP di Perak itu juga boleh dianggap menyokong usaha untuk mengaibkan agama Islam di negara ini oleh pihak-pihak kafir. ~ MPP News.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...