28 February 2012

Hidung Tidak Mancung Pipi Tersorong-sorong

Disebalik kenyataan Ustaz Badrul Amin yang mengatakan 'mungkin' Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.


Sinar Harian Onlien 28 Februari pula berkata Tengku Mahkota Pahang hanya ingin mengetahui siapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditangkap kerana berkhalwat.







Ini pulak kenyataan 'Ustaz' dalam  Media Pro pembangkang

TUP: Diantara JAIP,Ustaz Badrol Siapa betul?UMNO salah ke? alahai tak kan ni pu Konspirasi?alahai sendiri mau ingat la..

27 February 2012

Dato' Seri Najib: Fakta saintifik buktikan loji Lynas selamat

Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan telah menyemak semula projek kontroversi nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat.

Perdana Menteri berkata, kebimbangan rakyat daripada segi psikologi bahawa projek tersebut akan membawa kesan buruk juga diambil kira oleh kerajaan.

"Yang penting sekali dari segi fakta, dari segi scientific evidence projek Lynas ini tidak akan membawa kemudaratan kepada masyarakat,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama masyarakat Sekinchan di SRJK (C) Yoke Kuan, di Sekinchan, hari ini.

Katanya, kerajaan juga mengenakan syarat yang cukup ketat untuk operator Lynas termasuk syarat di mana sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat.

"Dan kita tidak akan beri lesen operasi melainkan kita berpuas hati bahawa masyarakat tempatan boleh menerima bahawa projek ini selamat dari segi kepentingan rakyat,” katanya.

Ditanya mengenai perhimpunan yang diadakan di Kuantan pagi ini bagi membantah projek itu, Perdana Menteri berkata pembangkang sengaja mengunakan isu sedemikian untuk menyerang kerajaan dan mendapatkan sokongan rakyat.

"Tetapi apa yang mereka lakukan bukanlah mencari satu penyelesaian.

"Kita (kerajaan) nak cari satu penyelesaian yang dapat diterima oleh rakyat, di samping itu tidak menjejaskan pelaburan kita, sekiranya pelaburan itu tidak mendatangkan bahaya dan mudarat kepada komuniti tempatan," katanya.

- Bernama

26 February 2012

Cerita Khalwat Versi Ustaz Badrul Amin Baharum Yang Perlu Diberi Perhatian!

Berikut adalah penjelasan yang diberikan oleh Penasihat Agama kepada Menteri Besar Selangor, Ustaz Badrul Amin Baharum yang ditangkap khalwat dengan isteri orang pukul 3.00 pagi di bilik 6385, Hotel Swiss Garden, Balok, Kuantan:


Pemimpin kanan PKR, Dr Badrul Amin Baharon menafikan laporan media bahawa beliau telah ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan awal pagi semalam, sebaliknya menegaskan beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga. Badrul Amin berkata, beliau akan hadir di pejabat JAIP esok untuk diambil kenyataan oleh agensi itu. Dalam satu kenyataan dikeluarkan, Badrul Amin berkata, beliau beranggapan bahawa kejadian terbaru ini satu tindakan terancang untuk "memerangkap dan mengaibkan saya".
Badrul Amin berkata, wanita berkenaan telah menghubunginya kelmarin dengan nada cemas dan menyatakan hasrat untuk melarikan diri dari rumah kerana bimbangkan keselamatan diri. Bagaimanapun, menurut Badrul Amin, beliau telah menasihatkan agar wanita berkenaan tidak berbuat demikian. "Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian. Walau bagaimanapun pada jam 2 pagi 25 Februari (semalam), beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa dia sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin PKR (di sebuah hotel di Kuantan)," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam. 
Badrul Amin juga berkata, beliau telah mengenali pasangan suami isteri terbabit sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrahnya. "Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin," katanya lagi. Oleh itu jelas Badrul Amin, atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, beliau membantu wanita berkenaan mendapatkan bilik penginapan.

"Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa. Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka," katanya sambil menambah, "namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Dalam kenyataannya, Badrul Amin juga berkata, hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai JAIP tiba dan menahannya berseorangan dalam bilik. Sehubungan itu, Badrul Amin juga berkata, kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa beliau ditahan oleh pegawai-pegawai penguat kuasa jabatan itu ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. 

"Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini." Katanya, dengan penjelasan itu beliau berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. "Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya," katanya lagi.

TU: Tak kan JAIP salah kot?tak kan benda-benda mmacam ni JAIP buat main-main?..apa-apa pun pembaca pikir la sendiri..tunggu dan lihat ajelah...

25 February 2012

SBPA: PENGUMUMAN PENTING NAJIB 12 MAC?

Sinar Harian

23 Februari 2012 
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini.
Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
"Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam," katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan
Najib Tun Razakitu.
Omar berkata, Cuepacs sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dan mendengar cadangan demi
kebaikan penjawat awam.
"Pertemuan hari ini menyentuh mengenai secara keseluruhan apa tuntutan serta pandangan yang dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu SBPA," katanya.
Omar berkata Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac depan. - Bernama

22 February 2012

Tok Guru oh Tok Guru, mengata dulang paku serpih,mengata UMNO PAS pun ape lebih!


Tak payah la nak ulas panjang-panjang korang baca la sendiri!


TU: PAS Boleh UMNO tak leh, jangan hipokrit lah..cakap tak serupa bikin

Cuepacs Tuntut Naik Gaji RM700-RM2,500 Bagi Gred 1-54

Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.
    
Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
    
Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).
    
"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs di mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di Putrajaya hari ini.
    
Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500," katanya.
    
Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.

"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji.
    
"Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.
    
Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA.
    
"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.
    
Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.
    
"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.
    
- Bernama-


TU: kalau tuntutan Cuepacs dipenuhi kerajaan Bertuahnya jadi Rakyat Malaysia, kerajaan kena prihati golongan yng Gred 1-17, ibarat kerja kerajaan tapi hakikatnya miskin. Syor kerajaan bayar gaji ikut kelulusan pegawai.

Majlis Syura PAS telah memberi KATA DUA kepada DSA

1. Tarik balik kenyataan yang dia menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel
atau 
2. saman WSJ sekiranya  telah disalah laporkan.
DSAI ape kisah..Mana la dia takut semua tu...

Berikut ialah kenyataan penuh Datuk Nik Aziz Nik Mat 


DATUK SERI ANWAR, PALESTINE DAN ISRAEL


Pagi semalam, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.


Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama’ PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.


Majlis Syura Ulama’ juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.


Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.


Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama’ , iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestine yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.


Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestine. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.


Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.


Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.


Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PNB Darby Park, Kuala Lumpur.
29 Rabi'ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012.


lagu mana?DSAI kan kaki pembelit,YA/TIDAK?

Proton, Yes tawar akses internet 4G dalam kereta

Proton Holdings dan Yes, penyedia rangkaian 4G di bawah YTL Communications Sdn Bhd, hari ini mengumumkan kerjasama untuk menawarkan akses internet 4G dalam kereta yang pertama di Malaysia dalam kereta-kereta mewah dan sedan baru P3-21A Proton yang akan dilancarkan bulan depan.
    
Dalam kerjasama itu, pengguna Proton akan menikmati saling hubung 4G sebagai ciri standard tambah nilai yang baharu. Ia akan memanfaatkan rangkaian internet mudah alih 4G Yes yang pada masa ini meliputi lebih 65 peratus daripada kawasan berpenduduk negara.
    
Pengarah urusan kumpulan Proton, Datuk Seri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata inovasi ini, usaha pertama dalam langkah penjenamaan semula Proton, membuka kemungkinan spektrum baharu dan menawarkan para pengguna dengan kelajuan, keselesaan dan produktiviti yang lebih hebat ketika berada di jalan raya.
    
"Kami telah bekerjasama dengan YTL selama setahun dan menandatangani perjanjian tahun lepas. Hari ini, ia cuma satu langkah kecil. Selepas ini, kami akan bekerjasama untuk mengintegrasikan lebih banyak ciri untuk diletakkan di dalam kereta," katanya kepada pemberita selepas pelancaran majlis itu.
    
Beliau berkata inisiatif ini akan menjadikan jenama Proton lebih menarik dan menambah pendapatan kepada syarikat. Kos yang terlibat dalam kereta internet 4G Proton baru adalah amat minimal kepada pengguna kerana tujuan utama ialah menyediakan mereka kereta yang berkualiti dan mampu milik, kata Syed Zainal sambil menyatakan Proton telah berunding mendapatkan pakej yang baik dengan YTL.

Yes merupakan satu-satu pengendali rangkaian wayarles di Malaysia yang menawarkan saling hubung 4G tanpa sempadan sepanjang 960km Lebuh Raya Utara-Selatan dan sebahagian besar Lebuh Raya Pantai Timur.

Sebanyak lima peranti mudah alih boleh dihubungkan ke rangkaian wayarles mikro kereta pada masa yang sama.
    
- Bernama

Calon Pas Yang Bertanding Pilihanraya Wajib Berbai'ah - Abdul Hadi




Setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat dari bersumpah, kata presiden parti parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”.

Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya PAS sudah menyeleweng dari dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.

"Jawapannya, PAS tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya.

- Bernama

21 February 2012

PAS Tidak Iktiraf Israel

Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menegaskan parti itu tidak akan sekali-kali mengiktiraf negara Israel walaupun sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai pendirian yang berbeza dengan PAS.


kenyataan Nik Aziz:


"Saya ingin mengulangi pendirian saya dan Majlis Syura serta pendirian PAS khususnya bahawa (kami) tidak sekali-kali mengiktiraf walaupun seinci hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang dirampas pada hari ini.
"Berbeza atau tidak dengan sesiapa, PAS tetap dengan pendirian ini," katanya di PJ, Selangor hari ini. Selasa.
Penegasan berkenaan dibuat MB Kelantan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur.
Pertemuan berkenaan dibuat bagi menjelaskan pendirian Anwar berhubung kenyataan kontroversinya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel.
 Nik Aziz turut menggesa Anwar menarik balik kenyataannya dalam The Wall Street Journal (WSJ) atau mengambil tindakan undang-undang sekiranya kenyataan tersebut disalah lapor oleh WSJ.
Mstar Online
TU: PAS keluar je Pakatan jika dah tidak sehaluan!

20 February 2012

KWSP umum dividen 6 peratus






Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan pemberian kadar dividen sebanyak enam peratus iaitu yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.



Kadar dividen tersebut meningkat sebanyak 20 mata asas berbanding 5.8 peratus yang dibayar pada 2010 atau bersamaan RM24.47 bilion yang akan diagihkan kepada ahli KWSP.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, walaupun persekitaran pelaburan yang mencabar pada tahun lalu, namun, KWSP masih berjaya mencatatkan prestasi yang baik.

Malah, katanya, ia merupakan prestasi terbaik sejak 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang serta berhemah KWSP dengan usaha berterusan pasukan pelaburannya.

"KWSP menunjukkan pencapaian lebih baik tahun lalu dengan memperoleh pendapatan pelaburan kasar RM27.24 bilion iaitu peningkatan 13.18 peratus berbanding 2010.

"Bayaran dividen sebanyak RM24.47 bilion diperoleh setelah ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta bayaran dividen pengeluaran yang bertambah 13.23 peratus berbanding RM21.61 bilion pada 2010.

"Walaupun kami tidak boleh jamin dapat mengekalkan prestasi pelaburan ini memandangkan suasana pasaran serta ekonomi global yang tidak menentu, namun kami komited melindungi serta memberi nilai tambah kepada simpanan persaraan ahli, khususnya ketika menghadapi tekanan inflasi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Setakat 31 Disember tahun lalu, jumlah aset pelaburan KWSP terus mencatatkan pertumbuhan sihat sebanyak 6.52 peratus kepada RM469.22 bilion berbanding RM440.52 bilion pada 2010.

Pertumbuhan berkenaan sebahagian besarnya disumbangkan oleh caruman tahunan bersih yang positif daripada ahli dan majikan selain prestasi pelaburan yang konsisten serta menggalakkan.

Samsudin menambah, sebanyak RM4.08 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen pada tahun lalu memandangkan peningkatan jumlah ahlinya.

Katanya, ia meningkat sebanyak 9.44 peratus berbanding RM3.73 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2010.

"Kami menjangkakan saiz dana akan mencecah RM0.5 trilion menjelang akhir tahun ini atau awal tahun depan. Sebagai sebuah dana persaraan, KWSP berpegang teguh kepada objektif pelaburan jangka panjang dan berhemah untuk kepentingan persaraan ahli," katanya.

UTUSAN ONLINE

14 February 2012

Tarik Balik Kenyataan Sokong Israel

Tok Guru Nik Aziz mahu Anuar menarik balik kenyataan yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel Jahanam. Sepatutnya Nuar menyokong supaya Dunia melindungi keselamatan Negara Palestin..Nak dapat sokongan Israel ke Anuar?

"Saya selaku Mursyidul Am PAS dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di WSJ.
"Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau," katan Nik Aziz.
Keselamatan Israel Jahanam Bukanlah Tanggungjawab Umat Islam.
Menurut Nik Aziz lagi yang dipetik dari mStar Online,
"Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman.
"Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini," katanya.
Baru-baru ini, Anwar dalam temu bual bersama WSJ memberitahu, beliau menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel sekali gus, mengundang kecaman daripada pelbagai pihak.
Namun ketua pembangkang itu berkata, pandangannya selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab yang berteraskan penyelesaian dua negara.
Bagaimanapun Nik Abdul Aziz berkata, adalah haram bagi umat Islam menerima kewujudan negara Israel dan menegaskan bahawa PAS menolak penyelesaian dua negara dalam isu Palestin-Israel.
"Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.
"Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia.
"Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya," katanya.

01 February 2012

JATI teruskan perjuangan Hasan Ali







Bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali akan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dinamakan 'JATI' untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu. 


Beliau turut mengajak NGO lain untuk bergabung dengan JATI bagi membentuk 'kuasa ketiga' yang diharapkan dapat mengimbangi kehadiran Barisan Nasional dan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13. 


Kalau Nak menjadi pejuang jadilah pejuang yang betul-betul...Ayuh Datuk Hasan Ali Teruskan NIatmu untuk Agama Islam, Hak orang Melayu dan Raja-raja Melayu...Daulat Tuanku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...