22 January 2013

7 Projek PRU dan Janji PAS Pada Rakyat Kelantan

PM mengumumkan 7 Projek untuk rakyat Kelantan. Diantara Projek yang diumumkan semasaa merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri, di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong. 

1. Pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu
2. Pembinaan Stadium baru
3. perumahan rakyat sebanyak 3,000 unit
4. Pembinaan pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh   
    memuatkan 5,000  pelajar.
5. Projek lain adalah membina masjid terbesar dengan kos kira-kira RM50 juta.
6. mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu 
7.  menyelesaikan masalah air di Kelantan.

Kalau rakyat kelantan tak buka mata tak tau la, PAS pulak kata PM tak ikhlas. PAS 
juga berkata projek pembangunan jika BN menang di Kelantan sebagai suatu penghinaan. Penghinaan kot mana pulak wahai PAS? Sebelum ni pun Kelantan tidak pernah ketinggalan dengan projek pembangunan. Sedar tak wahai PAS?

Mana yang lebih hina jika hanya sekadar menabur janji. Sampai sekarang janji belum 
terlaksana. Mana lebih menghina atau sekadar pandai berjanji sahaja. 19 janji daripada 22  janji adalah manifesto pilihanraya yang lepas. penduduk Kelantan telah memberi tempoh
 22 tahun kepada Pas untuk memerintah tetapi tidak ada perubahan besar dilakukan malah 
masalah asas pun masih tidak dapat diselesaikan sehingga kini. Diantara janji PAS yang masih belum terlaksana hingga kini:
 Jangan nak mengata Orang laian kalau kita sendiri yang masih 'Bermimpi'

Apa pun pembaca dan rakyat kelate fikir dengan sebaiknya.

21 January 2013

'Mat Sabu cuba kelirukan rakyat'



SHAH ALAM – Pemimpin Umno menyifatkan tindakan Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112), Mohamad Sabu yang mahu mengadakan perhimpunan lebih besar, jika ada unsur penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai tidak waras.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron berkata, jika benar berlaku penipuan dalam PRU12 pada 2008, BN tidak akan hilang dua pertiga majoriti.

Katanya, PRU lalu menyaksikan pembangkang menang secara adil dan berjaya menguasai lima negeri.

“Mat Sabu cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai provokasi dan sengaja memutar belitkan fakta. Secara peribadi, saya merasakan pembangkang sudah tiada isu yang mahu dimainkan menjelang PRU13,” katanya.

Menurut Idris, sekiranya perhimpunan lebih besar itu diteruskan juga setelah BN memegang tampuk pemerintahan kerajaan, mereka turut akan berhimpun.

Katanya, perhimpunan tersebut bagi mendedahkan penyalahgunaan kuasa mahkamah oleh Mat Sabu untuk memenangi kes melibatkan beliau, sebelum ini.

“Rakyat sudah bijak dan mereka boleh menilai perkara benar atau salah. Mat Sabu dinasihatkan agar tidak melakukan tindakan yang boleh mencemarkan imej parti Pas,” katanya.

-Sinar Harian-

20 January 2013

jinggo-fotopages: Majlis Syura tiada kuasa dalam Pakatan Rakyat

jinggo-fotopages: Majlis Syura tiada kuasa dalam Pakatan Rakyat: Venue : Dewan Keadilan, Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor Event : Sidang media Azmin Ali Date : 17/1/2013 @ 11.0...

Isu Kalimah Allah : Karpal harap Majlis Syura kaji semula pendirian, Pakatan Tolak Islam?



Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh akan memujuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu.

Beliau berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian Pas agar tidak bercanggah dengan keputusan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu.

"Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura.


"Saya merayu kepada Abdul Hadi agar dapat menentukan semula pendirian Majlis Syura ini," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

Ahad lalu, Majlis Syura Ulama Pas yang dianggotai 15 anggota memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak.

Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan bahawa menterjemah perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.

Isu penggunaan kalimah ALLAH timbul selepas Setiausaha Agung DAP,  Lim Guan Eng dalam perutusan sambutan Krismas lalu meminta kerajaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible Bahasa Melayu.

Semalam, Nik Aziz secara tegasnya mahu semua pihak termasuk pemimpin PR menerima keputusan Majlis Syura Ulama iaitu kalimah ALLAH tidak boleh digunakan bukan Islam.

Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura Ulama menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Biarpun ada yang beranggapan wujudnya percanggahan pendapat selepas keputusan ditetapkan Majlis Syura Ulama, Nik Aziz berkata, itu terpulang kepada mereka untuk membuat dakwaan.

Khamis lalu, Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali berkata, pihaknya berpegang kepada pendirian dibuat oleh Abdul Hadi pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan pada 8 Januari lalu.

Abdul Hadi dipetik berkata, Pas berpendirian bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh bukan Islam dengan syarat tidak disalahgunakan.

Diminta mengulas tindakan Guan Eng yang enggan mengulas mengenai isu itu, Karpal berkata:

"Bukan Guan Eng tidak mahu mengulas... dia tidak tukar pendirian dia. Itu maksudnya apabila dia tidak mahu mengulas."

Di Sabah dan Sarawak, katanya, ia diamalkan sejak sekian lama dan tidak pula timbul sebarang masalah atau tentangan.

"Jadi saya rasa ia juga boleh dilaksanakan di Semenanjung kerana tidak akan menjejaskan mana-mana kuasa dan pihak," katanya.

Artikel Berkaitan

 KLIK DISINI



16 January 2013

PR AKUR?JANGAN MEMANDAI-MANDAI


PETALING JAYA - Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini mencapai pendirian penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia  tidak disalahgunakan.

Keputusan tersebut diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi PR yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Pada sidang media selepas itu, Hadi berkata, Pas berpendirian konsisten seperti yang pernah dikeluarkan pada 4 Januari 2010 lalu di mana kalimah ALLAH tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

Menurutnya, beliau juga pernah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil bertajuk ‘ALLAH: Kalimah yang Benar, Tujuan Yang Salah’.

Katanya, oleh sebab itu penganut Islam dari berbagai bangsa tetap menyebut perkataan ALLAH apabila menterjemah ke dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

“Walau bagaimanapun, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, PKR dan DAP menyambut baik pendirian Pas dalam isu penggunaan kalimah ALLAH.

“Kenyataan Pas kita sambut baik dan ia selari dengan pendirian Islam. Oleh demikian, kita tidak halang namun dalam mesyuarat kita suarakan keprihatinan kita supaya tidak ada pihak mempermainkan isu ini.

“Pihak-pihak gereja juga perlu menghormati prinsip ini sebagaimana orang Islam meletakkan dan memuliakan nama ALLAH,” katanya.

Isu kalimah ALLAH muncul semula selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam mesej sempena sambutan Hari Krismas tahun lalu mendesak agar kerajaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Kenyataan Guan Eng ini mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya oleh tokoh-tokoh agama dan kepimpinan Umno.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa terjemahan tepat bagi ‘God’ dalam kitab Bible adalah ‘Tuhan’ dalam Bahasa Melay
-Sinar Harian-

TU: Lepas ni jangan kelujk klik lagi PR....cakap bair bikir, jangan cakap x serupa bikin.

15 January 2013

Nik Aziz Yang Keliru



dan lagi....



Jika Sebelum Ini

-Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat sepatutnya orang bukan Islam diberi ruang menggunakannya-

"Ini pandangan saya, sekiranya mesyuarat nanti tidak memberikan kebenaran, saya akan ikut"

Dipetik dari sinar harian Online-

14 January 2013

Majlis Ulama PAS Putuskan Kalimah ALLAH Untuk Islam


Lepas ni Orang PAS tok yah dok Keluar apa2 kenyataan lagi..dah sah...Tentang  Habis-habisan LGE yang nak guna Nama ALLAH tu...



07 January 2013

Hadi tidak pernah kata Umno kafir, Bohong atau Benar?

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah menuduh Umno kafir, namun amanatnya yang disampaikan 32 tahun lalu disalahertikan oleh pihak sehingga menimbulkan kontroversi.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Mohd Nasaruddin Daud berkata, musuh politik sengaja menimbulkan isu yang sudah lapuk ini, sedangkan ia tidak pernah memberi kesan kepada masyarakat dan pimpinan Umno sebelum ini, tetapi sengaja ditimbulkan kembali menjelang pilihan raya.

“Beliau (Hadi) tidak pernah mengatakan mereka (Umno) murtad, namun tanggapan mereka ketika dahulu, ‘politik suku agama suku’ (politik asing agama asing) yang pernah dilontarkan oleh pimpinan pihak berkenaan sebelum ini menjerat diri mereka sendiri.

“Akibatnya, mereka pula yang terasa dengan apa yang mereka hujahkan dan mula menuduh Pas pula yang menimbulkan isu panas itu,” katanya ketika berucap pada forum ‘Isu Gadai Tanah : Menjawab Tuduhan Umno Kelantan di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, malam kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Hassan, serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Pendidikan dan Dakwah, Mohd Amar Nik Abdullah.

Dalam perkembangan isu terbabit, Nasaruddin berkata, perlu diingat sebelum ini pada tahun 2001, Hadi pernah menyatakan kesanggupan berdepan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan apabila tiba masanya pengerusi majlis terbabit membatalkan muzakarah itu.

“Sekarang isu ini diungkit kembali oleh Umno, dan Presiden kita (Hadi) bersedia menjelaskan amanat yang diucapkannya di stesen RTM dan TV3 namun niatnya tidak disokong kerana ada pihak yang menentang dan menyatakan penjelasan itu boleh dibuat di dalam media lain dan bukannya arus perdana.

“Sepatutnya kedua-dua stesen televisyen inilah yang memberi peluang kepada Hadi, disebabkan TV3 dan RTM yang sering memainkan isu ini dan menyerang hadi secara terang-terangan,” katanya.

Beliau berkata, apa yang lebih menghairankan juga Hadi sendiri tidak pernah menerima sebarang surat dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengatakan kenyataannya itu bercanggah dengan ajaran Islam.

“Hanya ditempelak oleh dua mufti iaitu Mufti Perak, Tan Sri Harrusani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menggesa Hadi menarik balik amanatnya berkenaan.

“Mereka kata amanat ini sesat, Hadi kena bertaubat, sepatunya mereka beri peluang dulu, biar beliau terangkan dan selepas itu nilai kembali apa yang dinyatakan sebelum membuat tuduhan,” katanya.

Sinar Harian


Sedutan ucapan ini adalah seperti berikut:

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalahsyahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

01 January 2013

Mogok lapar yang tak lapar!




Mogok lapar  100 jam yang disertai oleh penyokong pembangkang di Dataran Merdeka yang sepatutnya berakhir malam tadi, tapi...

Beberapa pesertanya dilihat makan termasuk di restoran dan hotel sekitar kawasan berkenaan dipercayai tidak tahan lapar..ha ha ha rasakan.

Beberapa Blog juga menyiarkan peserta menerima bungkusan makanan. ada kalangan mereka menerima bungkusan makanan dipercayai dihantar oleh penganjur himpunan yang bodoh berkenaan yang meletakkan syarat peserta hanya dibenarkan minum air sepanjang mogok berlangsung, baik makan terus la..Baru mogok cerdik, jangan bodoh lah.

Sebuah blog juga berjaya mengesan perbuatan ‘mencuri makan’ peserta mogok lapar itu ketika bantahan yang bermula jam 8 malam Khamis lalu baru saja memasuki jam ke-63. 

Tak payah mogok lapar, tukar je kepada Mogok Makan...kah kah.

BH: Skim gaji minimum bermula hari ini

Kuala Lumpur:  Kira-kira tiga juta tenaga kerja swasta termasuk pekerja asing dalam pelbagai sektor akan menerima gaji minimum mula hari ini apabila lebih 500,000 majikan di negara ini melaksanakannya.

Setiausaha Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN), T Shanmugam memberitahu BH, sebelum ini 4,200 daripada 800,000 syarikat memohon penangguhan sementara bagi melaksanakan skim itu, bagaimanapun hanya 632 majikan diberi kelulusan. 


Permohonan diteliti


“Semua permohonan mereka diteliti secara terperinci oleh MPGN, akhirnya hanya 632 syarikat diberi penangguhan sementara iaitu sehingga April ini disebabkan faktor kewangan.

“Majikan yang menggaji lima pekerja atau kurang pula diberi penangguhan hingga 1 Julai ini kerana mereka memerlukan sedikit masa khususnya daripada segi perancangan kewangan dan operasi perniagaan sebelum melaksanakannya,” katanya, semalam.

RM900 sebulan


Kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam di Semenanjung Malaysia, manakala RM800 sebulan atau RM3.85 sejam di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. 
Pengumuman gaji minimum itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 30 April dan diwartakan pada 16 Julai lalu, manakala kadarnya akan dikaji semula setiap dua tahun.

Mengikut Akta Perundingan Gaji Negara 2011, majikan yang gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 setiap pekerja bagi kesalahan pertama, jika terus ingkar, denda RM1,000 setiap pekerja sehari, manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.


Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...