30 April 2013

PEMBANGKANG TENAT!!


1. Pulau Pinang- PAS Tanjung desak keluar PR sebabnya Timbalan Pengerusi DAP Johor larang bukan Islam undi PAS...DAP dah perangai macam tu..bermuka-muka....
tidak perlu admin menulis lanjut..baca je...

UNDILAH UMNO/BN..TIDAK BERMAKNA ANDA TOLAK ISLAM.

PASTI ANDA SELAMAT...


21 April 2013

Kecewa,Tiada Sepakat Punca Bertanding Bebas!

Penentangan dan sikap mementingkan diri terserlah melalui tindakan beberapa kader parti yang bertanding sebagai calon bebas di kawasan Parlimen dan DUN bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
 Keadaan itu berlaku bagi kedua-dua parti memerintah dan pembangkang.

Bagi parti-parti politik, proses penamaan calon memberi peluang kepada mereka untuk mengetahui sikap sebenar para anggota parti yang meletakkan kepentingan diri mengatasi kepentingan parti dalam perjuangan membela nasib dan masa depan rakyat. 

Rakan sekutu dalam pakatan pembangkang dilihat tidak mencapai kata sepakat apabila PAS dan PKR meletakkan calon masing-masing dan ia dapat disaksikan bagi kerusi Parlimen Labuan apabila PAS meletakkan Hadnan Mohamad dan PKR mencalonkan Tan Sri Ibrahim Menudin menentang calon BN, Rozman Isli. 

Senario sama juga berlaku di kerusi Parlimen Sungai Acheh, Pulau Pinang yang menyaksikan Badrul Hisham Shaharin (PKR) dan Mohd Yusni Mat Piah (PAS) menentang Datuk Mahmud Zakaria (BN) dan keadaan yang sama juga berlaku di kerusi DUN Panti, Johor apabila calon PAS, Azlisham Azahar dan Mohd Annuar Mohd Salleh dari PKR diturunkan bagi menentang calon BN, Datuk Baderi
Dasuki. 

Keadaan itu juga berlaku di Terengganu yang menyaksikan PAS meletakkan calonnya Zakaria Dagang dan Ahmad Nazri Mohd Yusof dari PKR bertanding menentang calon BN Datuk Ahmad Razif Abd Rahman di kerusi DUN Seberang Takir manakala bagi DUN Kota Putera, PAS meletakkan calonnya Adam Mat Said dan PKR pula diwakili Mohamed Abdul Ghani Ibrahim menentang Mohd Mahdi Musa (BN).

Di kerusi DUN Bukit Besi, PAS meletakkan calonnya Roslan Ismail manakala  Mohd Shamsul Mat Amin dari PKR bertanding menentang calon BN Roslee Daud di kerusi DUN Bukit Besi.

Penolong Setiausaha Agung PAS Ahmad Sabki Yusof dipetik dalam satu laman sesawang sebagai berkata, Jawatankuasa Harian Pusat parti itu akan mengadakan mesyuarat khas Isnin ini untuk membuat keputusan berhubung pertindihan calonnya dengan PKR. 

BN juga tidak terlepas menerima kejutan berikutan tindakan Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim bertanding atas tiket Bebas di Parlimen Kuala Kangsar (Perak) menentang Datuk Wan Khai-ril Anuar Wan Ahmad (BN) dan Khalil Idham Lim Abdullah (PAS).

Ini menunjukkan akibat sikap mementingkan diri, Kamalia mengetepikan kepentingan parti dengan menolak tawaran bertanding kerusi DUN Bukit Chandan dan bertanding sebagai calon Bebas.

Kamilia secara automatik dipecat daripada Umno kerana tindakannya jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan peraturan Umno serta tidak selari dengan semangat perjuangan parti.

Sikap yang sama juga menyebabkan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Mohd Shariff Omar bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor dan kerusi DUN Sungai Dua, Pulau Pinang.

Keadaan yang sama juga berlaku di Kelantan apabila calon BN bagi kerusi Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan kertas pencalonannya.

Parti Gerakan juga memecat anggotanya kerana bertanding sebagai calon Bebas atau atas tiket parti lain.

Lima anggota Gerakan yang bertanding ialah Datuk Dr G. Krishnan bagi kerusi DUN Kuala Ketil di bawah Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA); A Mohan pula bertanding di kerusi Parlimen Batu Kawan dan DUN Bukit Tengah sebagai calon Bebas manakala Chin Kok Keong pula bertanding di DUN Teratai, Selangor, Ooi Beng Kooi (DUN Sidam-Kedah) dan Ooi Suan Hoe di DUN Machang Bubuk, Pulau Pinang.

Ketika mengulas perkembangan itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan memecat pemimpin dan anggota parti komponen BN yang mengambil tindakan sedemikian adalah bagi menjaga disiplin agar mereka memberi keutamaan kepada parti daripada kepentingan peribadi. 

"Salah satu ketetapan, sesiapa (pemimpin dan anggota BN) yang bertanding atas tiket Bebas, tidak boleh kekal sebagai ahli parti," katanya.

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mencatat sejarah dengan 79 calon bertanding atas tiket Bebas bagi kerusi Parlimen dan 191 calon bagi kerusi DUN.
    
Bernama

12 April 2013

DATO MUSTAFA ALI LETAK JAWATAN!!


DATO MUSTAFA ALI LETAK JAWATAN SERTA MERTA..


"Saya akui yang saya merupakan pelaku dalam klip video tersebut dan kejadian tersebut berlaku 2 tahun yang lepas dan saya ingin tegaskan, perlakuan saya tidak menggambarkan perjuangan PAS kerana ia adalah kesilapan peribadi saya".

Menjawab soalan wartawan, adakah kejadian ini didalangi pihak tertentu yang mahu menjatuhkan beliau, Mustafa menegaskan yang beliau tidak suka membuat tuduhan dan jika terbukti ada dalang disebalik kejadian ini, beliau akan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.


PAS HANCUR KERANA PERBUATAN SENDIRI


TAKBIR

HIDUP BN
 

09 April 2013

BILA ULAMA BERSUARA: HARAM UNDI PAS PRU 13

Golongan ulama pondok hari ini membuat satu deklarasi bahawa mengundi Pas dan PKR yang menentang Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini adalah haram  Islam.
    
Pas dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.
    
Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.
    
"Ini adalah agenda dan strategi Yahudi untuk menghancurkan Islam paling besar berlaku dalam sejarah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/ Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.
    
Beliau berkata, deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa'amah bersidang bermula Sabtu lepas.   
    
Persidangan bertujuan memperkasa dan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi dan persekutuan dengan merujuk nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar, katanya.
    
Menurut Harun parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan.
    
"Semua orang tahu ALLAH adalah nama tuhan bagi umat Islam dan al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah ALLAH mengajar dan membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia (ALLAH).
    
"Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama ALLAH sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam jika mahu menggunakan (kalimah) ALLAH sebagai nama tuhan kerana ini membezakan tuhan orang Islam dan bukan Islam," kata Harun.
    
Beliau berkata, membenarkan nama ALLAH digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan mereka memberi kesan bahawa semua agama adalah sama dan diturunkan ALLAH.
    
"Sekiranya dalam Bible ada nama ALLAH, dalam kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama iaitu agama ALLAH," katanya.
    
Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan ALLAH S.W.T. - Bernama

07 April 2013

Manifesto Janji BN VS Manifesto Bukan Janji PR

BN lancar Manofesto Akur janji mereka kepada rakyat. 


MANIFESTO JANJI KERAJAAN BN


MANIFESTO TAPI BUKAN JANJI..HAPRAK LA


AYUH SOKON UMNO
SOKONG BN

01 April 2013

NAK TUNJUK CERDIK, TAPI OTAK KAT KEPALA LUTUT

Aduhai PAS ada juga orang yang tak cerdik..dengan Nabi pun boleh kata begitu..memang sesat la...siapa Ahli yang bengap tu ek? Penolong Setiausaha I Pemuda Pas, Khairul Fahmi.  Mat Som dalam tweeter 
ini pun boleh dibuat isu...memang dah sesat. Nabi Muhammad S.A.W utusan Allah.
Jahat sangat ke UMNO ni?
tak kira la pendapat atau kenyataan peribadi ke apa. Ia mencerminkan ketidak cerdikan akal.

RENUNGLAH SEBELUM ANDA PILIH PAS.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...