31 January 2012

Dari Timur Tengah ke Malaysia



Akbar mstar Online melaporkan Pelacur dari Timur tengah menjadikan Malaysia sebagai destinasi baru mereka. Operasi dan pemantauan daripada polis menunjukkan wujud trend baru kedatangan pelacur dari Timur Tengah ke Malaysia sebagai destinasi baru mereka. Tak hairan la jika 'mereka' menjadikan Malaysia ' Port' untuk berniaga, mungkinlah sambutan dan permintaan terhadap 'ayam' dari timur tengah ni menggalakan!
ikuti berita penuh yang dipetik dari Akbar Mstar Online

Pelacur Dari Timur Tengah Sasar M'sia Destinasi Baru?
KUALA LUMPUR: Operasi dan pemantauan polis menunjukkan wujud trend baru kedatangan pelacur dari Timur Tengah ke Malaysia sebagai destinasi baru mereka.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata pelacur dari negara seperti Yemen, Iran dan Iraq menjadikan lelaki di negara ini sebagai sasaran pelanggan mereka.
"Mereka datang ke Malaysia menggunakan taktik samaran kononnya untuk belajar bahasa Inggeris menggunakan pas pelajar dengan mendaftarkan diri di institusi pendidikan tinggi swasta.
"Ada juga pelacur ini menggunakan pas lawatan sosial yang membenarkan mereka berada di negara ini selama tiga bulan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Beliau berkata, pendedahan itu dibuat berikutan penangkapan 15 pelacur dari negara terbabit dalam satu operasi di ibu negara dan Selangor awal bulan ini.
Mohd Bakri menambah, polis kini memantau aktiviti itu dan mereka yang ditangkap akan diambil tindakan sejajar dengan langkah kerajaan ingin membanteras pemerdagangan manusia.
Beliau berkata, polis tidak akan berkompromi dalam membanteras aktiviti pemerdagangan manusia dan perjudian di seluruh negara dengan mengadakan serbuan dan tangkapan.
Katanya lagi, pada tahun lepas, polis menerima 116 kes pemerdagangan manusia dan jumlah itu menurun berbanding 132 kes pada 2010.
"Tahun lalu, kita merekodkan 52 kes melibatkan ekploitasi seks, 45 kes perkhidmatan paksa, 10 kes penyeludupan dan eksploitasi untuk visa dan sembilan kes penjualan bayi," katanya lagi.
Beliau juga berkata, warga China merupakan jumlah paling ramai ditangkap kerana terbabit dalam pelacuran iaitu 5,922 orang, diikuti Vietnam (2,169), Thailand (1,492), Indonesia (1,208), Filipina (750), Myanmar (112), India (67), Kemboja (36), Bangladesh (34), Laos (14), Uzbekistan (12), Nigeria (8), Uganda (4), dan masing-masing seorang bagi Austria dan Taiwan.
Polis turut menangkap 1,801 wanita tempatan kerana aktiviti pelacuran tahun lepas, kata Mohd Bakri.

29 January 2012

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia – SARA 1Malaysia

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia – SARA 1Malaysia

Melalui skim SARA 1Malaysia tersebut menurut Perdana Menteri, mereka yang layak akan diberi peluang membuat pelaburan sehingga RM5,000 dalam Amanah Saham 1Malaysia iaitu salah satu produk Permodalan Nasional Berhad (PNB) sama ada melalui simpanan peserta atau dalam bentuk pinjaman.
Kelayakan untuk memohon skim SARA 1Malaysia tersebut adalah seperti berikut:
  1. Isi rumah berpendapatan antara RM500 hingga RM3,000 sebulan, hasil kombinasi pendapatan antara suami dan isteri atau ibu bapa tunggal.
  2. Sekiranya mereka yang tidak mempunyai simpanan, mereka boleh membuat pinjaman sebanyak RM5,000 daripada bank-bank yang mengambil bahagian iaitu Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Peserta yang menyertai skim ini dijamin memperoleh pulangan sebanyak RM134 sebulan sekiranya tidak membuat pinjaman. Jika meminjam, mereka tetap memperoleh imbuhan sebanyak RM50 sebulan selepas RM84 ditolak sebagai bayaran balik pinjaman.
  4. Sekiranya mereka tidak mengambil pulangan yang diterima setiap bulan dalam tempoh lima tahun jumlah pendapatan keseluruhan para peserta skim terbabit boleh mencecah sebanyak RM13,000.
Untuk Maklumat Lanjut bolehlah menghubungi Bank-bank yang terlibat seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

16 January 2012

Anwar tidak boleh dipercayai!









Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya dianggap sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai walaupun beliau terselamat daripada hukuman penjara.

Menariknya, label itu diberikan majalah antarabangsa, The Economist dan bukan datang daripada pemimpin UMNO mahu pun Barisan Nasional (BN) yang selama ini sering dituduh sebagai pihak yang berkonspirasi ke atas pertuduhan liwat tersebut.

Menurut The Economist, walaupun Anwar seorang pemimpin yang berkarisma dan memiliki kehebatan sebagai pemidato, tetapi imej serta reputasinya sebagai ketua pembangkang tercemar khususnya dalam kalangan generasi muda di negara ini.

"Bagaimana keputusan (mahkamah) itu akan memberi kesan kepada politik Malaysia? Dalam jangka pendek, kemenangan (pembebasan) Anwar sudah tentu memberi rangsangan sangat diperlukan kepada pakatan pembangkang yang diketuainya.

"Namun, untuk jangka masa panjang belum jelas. Reputasinya tercemar dan beliau seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai khususnya bagi generasi muda Malaysia," kata majalah tersebut sebagaimana dipetik dari laman webnya, http://www.economist.com hari ini.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari Azlan selain tidak selamat untuk bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Pembebasan itu disambut baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual dari Filipina, Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay).

Malah, Anwar sendiri tidak terkecuali bercakap mengenai homoseksual apabila mempertikai undang-undang berkaitan perkara itu di Malaysia yang disifatkannya sebagai sudah lapuk dan tidak relevan ketika menjawab soalan wartawan agensi berita antarabangsa, BBC.

Dalam pada itu, The Economist menambah, ketua pembangkang itu juga gagal membawa pemodenan dalam politik apabila PKR yang diterajuinya dipenuhi ahli keluarga sendiri selain pelbagai masalah dalaman meskipun beliau sering kali melaungkan reformasi.

"Pembangkang di Malaysia kini terperangkap dengan (moral) Anwar sebagai pemimpin (selepas dibebaskan mahkamah). Anwar mungkin masih popular bagi sesetengah pihak, tetapi dia juga kini terlalu lemah untuk menumbangkan BN," dakwa majalah itu lagi.

Utusan Malaysia

15 January 2012

Berita Harian Online | Senyuman kumpulan pertama dapat BR1M

Berita Harian Online | Senyuman kumpulan pertama dapat BR1M

BAYARAN BR1M BERMULA 15 JANUARI 2012 DALAM BENTUK BAUCER TUNAI

Sebanyak 4,123,713 borang BR1M sudah diterima dari seluruh negara sehingga 10 Januari 2012. Adakah anda pembaca termasuk didalam katogeri ini? Kalau ikut perkiraan kerajaan sepatutnya sebanyak 5.2 juta isi rumah yang layak menerima manfaat BR1M. 

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari 2012 dalam bentuk baucar tunai BR1M.
  • Semua pemohon BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos
  • dalam tempoh tersebut, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan
  • Pemohon boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 16 Januari ini 2012, talian tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja
  • Kerajaan juga akan memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M dengan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis penyerahan itu
  • Baucar tunai RM500 juga boleh ditunaikan di cawangan bank berkenaan di seluruh negara
  • Tempoh sah laku baucar BR1M adalah sehingga 15 April 2012
Dalam pada masa yang sama kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh penerimaan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selama sebulan iaitu sehingga 10 Februari depan 2012 :
  • Orang ramai yang lewat menyerahkan borang permohonan BR1M masih boleh menghantar borang permohonan bantuan itu ke pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan
  • Pemohon juga boleh menggunakan borang BR1M yang difotostat daripada borang asal selagi formatnya tidak diubah
  • Bagi pemohon yang gagal, rayuan semula boleh dibuat
  • Kementerian Kewangan menyediakan format khas untuk rayuan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang boleh didapati di pejabat cawangan LHDN dan agensi kerajaan yang berkaitan, serta dimuat turun daripada laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my).
 TU: Walaupun kerajaan bermurah hati dengan emberi BR1M, namun ada yang tidak berpuas hati.

12 January 2012

GELAGAT MUSLIMAT TAK MACAM MUSLIMAT

Lihatlah gelagat muslimat PAS semasa perhimpunan 901 baru-baru ini. Siap menyanyi mana aurat suara tu?
Jika sebelum ini kalau Puteri UMNO bertempit dan melolong..kecoh la satu Malaysia...Kalau Muslimat PAS..Lupa Dunia, pakai tudung labuh...malu la sikit wahai makcik-makcik, jaga tatasusila kaum Hawa, jangan pandai mengata aje, kena batang hidung sendiri baru tau..Ingatlah Wahai PAs..PAStikan anda Ingat sebelum Buat Wahai PAS.



TU: jangan suka mengata orang, nanti makan diri sendiri..ingatlah wahai PAS

09 January 2012

Keputusan Liwat: DSAI Tidak Bersalah


Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya oleh Mahkamah Tinggi didapati tidak bersalah. Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008. Keputusan itu dibuat selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008.

Para penyokongnya mula berkumpul di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun ketika itu hujan renyai-renyai bagi menunjukkan sokongan mereka seawal jam 5 pagi . Keputusan perbicaraan itu mendapat liputan beberapa Media luar negara.

03 January 2012

Semakin ramai bantah Kempen Bebaskan Anwar 901




Bantahan terhadap cubaan pihak tertentu menganjurkan perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 di ibu negara pada 9 Januari ini, semakin meningkat apabila sebanyak 239 laporan telah diterima polis sehingga hari ini.
Daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan jumlah laporan tertinggi apabila sebanyak 60 telah diterima sehingga hari ini, diikuti Pahang (36) dan Sabah (35).

Beberapa negeri lain yang turut mencatatkan laporan polis adalah Kedah (24), Perak (23), Terengganu (22), Johor dan Perlis (masing-masing 12), Kuala Lumpur dan Melaka (5), Kelantan (2) serta masing-masing satu di Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sarawak.

Di ibu negara, seramai 20 exco dan ahli Belia 4B daerah Gombak membuat laporan di Balai Polis Gombak Batu 6 mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas ke atas penganjur dan individu yang terlibat dalam perhimpunan haram itu.

Exco gerakan itu, Azuan Maat berkata, perhimpunan itu dilihat hanya bakal akan menyusahkan orang ramai selain menimbulkan huru hara dan mengganggu ketenteraman awam.
Di ALOR SETAR, sebanyak 13 laporan polis dibuat di Balai Polis Kuala Nerang diketuai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Badrol Hisham Hashim.

Menurut beliau, sebagai rakyat yang cintakan keamanan, pihaknya berharap polis dapat mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dengan rancangan penganjuran itu.
Di LANGKAWI, lebih 30 ahli Pemuda UMNO Bahagian pulau pelancongan itu membuat laporan polis bagi menghalang kempen tersebut.

Ketuanya, Nor Saidi Nanyan meminta polis bertindak tegas menghalang perhimpunan haram itu bagi mengelak kekecohan dan suasana tidak tenteram yang boleh menjejaskan keselamatan negara.
Sementara itu di SEREMBAN, Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban sambil mendakwa, kempen tersebut adalah tindakan provokasi yang akan menimbulkan kekacauan dan tidak menghormati sistem perundangan negara.

Di JERANTUT, Kempen Bebaskan Anwar 901 terus mendapat bantahan apabila Persatuan Ketua Kampung dan Majlis Belia Daerah Jerantut (MBDJ) membuat laporan polis membantah keras tindakan pihak terbabit.
Laporan polis itu dibuat oleh Naib Pengerusi Persatuan Ketua Kampung Jerantut, Suran Jaafar dan Timbalan Pengerusi MBDJ, Wan Badlishah Wan Basri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut pada pukul 3.50 petang.

TU: Biarlah mahkamah yang menentukan, bukan 'Jalanan' yang menentukan.

Utusan Malaysia Online

HOT FM Terengganu


Penyampai Hot FM T'Ganu




Stesen radio Hot FM yang mengembangkan sayapnya dengan versi Terengganu. Hot FM T'Ganu yang beroperasi di frekuensi 105.1 FM dikendalikan empat penyiar muda, Mohd. Hermansani Aminudin (DJ Bell), Muhammad Azri Ismail (DJ Azri), Nurul Ain Omar (DJ Ain) dan Mohd. Rafly Rahamat (DJ Rafly). Ia memulakan siarannya tepat pukul 11 pagi ini sebaik tamat segmen nasional Hot FM AM Krew yang dikendalikan oleh Fara Fauzana, AG, Faizal Ismail dan Usop.


Hot FM versi Terengganu akan bersiaran sehingga pukul 12 tengah malam pada setiap hari, antara segmen yang dijangka mendapat perhatian pendengar ialah Hot FM Bereh Boh dan Hot FM Cakne.

Hot FM dalam usaha mengukuhkan jenamanya dan meraih lebih ramai kelompok pendengar Pantai Timur terutama golongan muda, juga memulakan siaran di Kelantan secara serentak melalui frekuensi 105.1 FM.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) , Datuk Mazlan Ngah yang meninjau operasi stesen itu hari ini berkata, kerajaan negeri menyambut baik kewujudan stesen itu kerana ia akan memberi lebih pilihan kepada pendengar di negeri ini.

"Pada masa yang sama, saya juga berharap agar Hot FM T'Ganu ini sedikit sebanyak akan membantu kerajaan negeri dalam menyalurkan apa-apa maklumat berkaitan negeri ini.

"Dengan adanya Hot FM T'Ganu, saya yakin ia dapat menyerlahkan keunikan loghat negeri ini yang sememangnya berbeza dengan negeri-negeri lain," katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Mazlan menolak andaian bahawa kewujudan stesen baru ini akan memberi saingan kepada stesen radio tempatan iaitu Terengganu FM (TFM) dan Manis FM milik kerajaan negeri Terengganu.

"Saya percaya setiap stesen radio ada peminat dan pendengar yang tersendiri. Ini terpulang kepada mereka untuk memilih stesen mana yang mereka mahu ikut," katanya.


Utusan Malaysia

01 January 2012

Perutusan Tahun Baru 2012 Dari Perdana Menteri Malaysia

Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat menyaksikan tertutupnya tirai tahun 2011 dan menyinsingnya fajar baru 2012. Sesungguhnya 2011 merupakan tahun yang amat monumental kepada negara kerana ia telah menyaksikan lengkapnya “roll out” inisiatif dasar kerajaan di bawah payung Dasar Transformasi Nasional (2011-2020) dan dengan itu juga pengenalan siri keempat Rangka Rancangan Jangka Panjang Negara (RRJP) semenjak ia mula diperkenalkan pada tahun 1971. DTN merupakan komponen terakhir dalam usaha merealisasikan Wawasan Kebangsaan untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
DTN mempunyai permulaannya dengan pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) diikuti Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta pelancaran Model Baru Ekonomi (NEM), Program Transformasi Politik (PTP)  dan Program Transformasi Luar Bandar (RTP). Kesemua inisiatif dasar ini bukanlah sekadar pengumuman kosong mahupun tidak berpijak pada bumi yang nyata kerana jika dilaksanakan dengan betul dan mengikut jadual akan menyaksikan kemunculan sebuah Malaysia Baru. Sebuah negara yang bukan sahaja maju dari segi ekonomi dengan kemakmuran yang dikongsi setiap strata dan segmen rakyat tetapi juga sebuah watan dengan tradisi demokrasi serta perbezaan pendapat yang membina dan membugar.
Kerajaan tetap komited dengan program islah dan pembaharuan dalam semua bidang dan aspek kehidupan bernegara kerana inilah kehendak dan aspirasi rakyat yang mahukan kehidupan yang lebih baik untuk mereka dan anak-anak mereka. Inilah usaha demi Generasi masa depan Malaysia yang berhak membesar dalam suasana harapan bukannya kemuraman. Kita tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak yang mahu menggagalkan matlamat mulia ini.
Di bawah PTP bagi mengimbangkan Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu seperti yang terjamin dalam Perlembagaan Negara misalnya kita telah memansuhkan tiga proklamasi darurat yang  berkuatkuasa semenjak lebih empat dekad yang lalu kerana kerajaan percaya kita tidak mampu membina sebuah Malaysia yang baru jika kita masih teperangkap dengan bebanan sejarah lampau. Dengan semangat yang sama kerajaan juga telah mengumumkan pemansuhan beberapa Akta yang  berkaitan Keselamatan dan Ketenteraman Awam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri dan  Seksyen 27 Akta Polis yang telah digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menjamin kebebasan individu untuk berhimpun secara aman seperti yang diperuntukkan undang-undang tertinggi negara Perlembagaan Persekutuan. Usaha ini akan diteruskan dalam sessi Parlimen seterusnya pada tahun 2012 bagi memansuhkan ISA dan membentang rang undang-undang baru yang akan menggantikannya serta meminda AUKU serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
Melalui bajet rakyat 2012 pula  yang baru diluluskan Parlimen kerajaan hari ini juga telah meneruskan tradisi negara berkebajikan yang telah menjadi amalan kerajaan yang memerintah semenjak merdeka lagi. Kita tidak pernah melupakan nasib warga luar bandar mahupun warga bandar, golongan berpendapatan rendah mahupun kelas pertengahan serta mereka yang berpendapatan tinggi, kita akan sentiasa membela untung nasib seluruh rakyat Malaysia dan akan terus prihatin terhadap denyut nadi dan aspirasi mereka.
Marilah kita bersama-sama kerajaan dan rakyat merealisasikan masa depan yang lebih baik untuk bumi tercinta ini. Ia bukannya sebuah mimpi malahan ia dalam rangkulan kita jika kita sanggup merancang dengan teliti dan bekerja keras bagi mencapainya. Tidak ada yang mustahil jika kita mampu  mengimpikannya, sesungguhnya hari-hari yang terbaik kita masih berada di hadapan kita bukannya sudah tinggal dalam lipatan sejarah. Selamat tahun Baru 2012.
    |

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...