03 January 2012

HOT FM Terengganu


Penyampai Hot FM T'Ganu




Stesen radio Hot FM yang mengembangkan sayapnya dengan versi Terengganu. Hot FM T'Ganu yang beroperasi di frekuensi 105.1 FM dikendalikan empat penyiar muda, Mohd. Hermansani Aminudin (DJ Bell), Muhammad Azri Ismail (DJ Azri), Nurul Ain Omar (DJ Ain) dan Mohd. Rafly Rahamat (DJ Rafly). Ia memulakan siarannya tepat pukul 11 pagi ini sebaik tamat segmen nasional Hot FM AM Krew yang dikendalikan oleh Fara Fauzana, AG, Faizal Ismail dan Usop.


Hot FM versi Terengganu akan bersiaran sehingga pukul 12 tengah malam pada setiap hari, antara segmen yang dijangka mendapat perhatian pendengar ialah Hot FM Bereh Boh dan Hot FM Cakne.

Hot FM dalam usaha mengukuhkan jenamanya dan meraih lebih ramai kelompok pendengar Pantai Timur terutama golongan muda, juga memulakan siaran di Kelantan secara serentak melalui frekuensi 105.1 FM.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) , Datuk Mazlan Ngah yang meninjau operasi stesen itu hari ini berkata, kerajaan negeri menyambut baik kewujudan stesen itu kerana ia akan memberi lebih pilihan kepada pendengar di negeri ini.

"Pada masa yang sama, saya juga berharap agar Hot FM T'Ganu ini sedikit sebanyak akan membantu kerajaan negeri dalam menyalurkan apa-apa maklumat berkaitan negeri ini.

"Dengan adanya Hot FM T'Ganu, saya yakin ia dapat menyerlahkan keunikan loghat negeri ini yang sememangnya berbeza dengan negeri-negeri lain," katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Mazlan menolak andaian bahawa kewujudan stesen baru ini akan memberi saingan kepada stesen radio tempatan iaitu Terengganu FM (TFM) dan Manis FM milik kerajaan negeri Terengganu.

"Saya percaya setiap stesen radio ada peminat dan pendengar yang tersendiri. Ini terpulang kepada mereka untuk memilih stesen mana yang mereka mahu ikut," katanya.


Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...