16 April 2014

5 juta pengundi muda baharudi PRU14, Ancaman kepada kerajaan BN?

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menganggarkan lima juta pengundi muda bakal mengundi buat kali pertama pada PRU14.
 
Katanya, sangat penting bagi pemimpin Umno semua peringkat mendekati mereka.
 
“Pada PRU 2008 terdapat 600,000 pengundi muda dan pada PRU13 ia meningkat kepada tiga juta orang. Pada PRU akan datang unjuran kita akan ada lima juta pengundi muda yang mengundi buat kali pertama.

Jika tidak, pengundi muda boleh dianggap mengancam kedudukan BN untuk memerintah dunia. Mereka hanya percayakan media sosial yang belum tentu kesahihanya.

Kira-kira 5 Juta pengundi muda baharu akan memberi satu impak yang besar. Kita hanya bahagi dua dari jumlah tersebut, nescaya kedudukan BN akan tergugat. Apa pun diharap UMNO dapat mendekati pengundi muda baharu tersebut agar mereka boleh menyokong kita.

15 April 2014

UNTUK AHLI UMNO

Anggota-anggota Umno perlu sedar yang Pilihanraya Umum Ke-14 akan lebih mencabar dengan kecenderungan pihak pembangkang mempolitikkan apa jua isu untuk meraih sokongan rakyat, Kata Datuk Hassan Malek.
    
Oleh itu Hasan, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata segala masalah rakyat haruslah diselesaikan segera dan jangan menunggu sehingga saat-saat akhir, baharu mereka  hendak bertemu rakyat.
    
Anggota-anggota Umno juga diingatkan supaya memainkan peranan penting dalam menjelaskan kepada rakyat mengenai belang politik pembangkang yang sebenar jika mereka memerintah negara ini untuk memberi kesedaran kepada pengundi-pengundi.

 
Selain itu, beliau berkata konsep perkongsian kuasa dengan kaum-kaum lain menerusi parti-parti komponen seperti MCA, MIC dan lain-lain, akan diteruskan bagi memastikan kesemua kaum mendapat manfaatnya. - Bernama

Kehebatan azan

Kehebatan Laungan Azan 24 Jam di Seluruh Dunia! , hebat azan, azan 24 jam, indah islam, islam azan 24 jam, 24 jam azan berkumandang seluruh dunia, setiap masa laungan azan, 24 jam setiap masa laungan azan, laungan azan, azan berkumandang, seluruh dunia


Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.’

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1- 1/2 jam. Belum pun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di-Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India. Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di- Afghanistan dan Muscat.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus- putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus- putus.


HBO Blog

14 April 2014

Lelaki buat laporan polis pasal azan rupa-rupanya ahli PAS

Susulan kes seorang ahli pas seumur hidup membuat laporan polis membantah bacaan tahrim dan laungan azan ketika waktu subuh di masjid berdekatan rumahnya..
Sekumpulan orang dari badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak polis telah datang ke rumah beliau untuk menasihati beliau akan perilaku buruk dan tak masuk akal itu.
Pada admin hal sebegini tidak sepatutnya berlaku.
Sebagai seorang ahli pas yang mengagung agungkan perjuangan islam dan lebih penting, sebagai seorang islam sendiri beliau tidak sepatutnya membuat hal begini yang menunjukkan peribadi buruk seorang muslim di Malaysia negara bertuah ini.
Negara ini negara bertuah, rakyatnya berbilang kaum, berbagai agama bebas dianuti.
Jika orang islam sendiri gagal menghormati azan bagaimana kita hendak tengok penganut agama lain menghormati islam itu sendiri seterusnya minat untuk mengetahui tentang islam?
Walau apa pun dalam setandan pisang pasti ada satu atau dua yang rosak. Kita harapkan PAS agar mengajar ahli ahlinya tentang ajaran islam yang sebenar. Setidak tidaknya ajarlah mereka tentang erti hormat. Lazimnya mereka pandai membantah namun kali ini tidak kena tempat sejujurnya menunjukkan kejahilan sendiri.
Kita sama sama berdoa agar perkara tidak masuk akal seperti ini tidak berulang lagi. -pilihan anda
TT

18 March 2014

Kehilangan MH370: Simulator Pilihan Dalam Simulator Zaharie Disiasat



Lapangan terbang di Maldives, Diego Garcia, tiga di India dan Sri Lanka ditemui

Kuala Lumpur: Pasukan penyiasat menemui perisian lima landasan sekitar Lautan Hindi dalam program simulator Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya, di Shah Alam pada Sabtu lalu. 


Menurut sumber, walaupun terlalu awal untuk membuat rumusan, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie. 


“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.”

Berita Harian

16 March 2014

MH370 mungkin dirampas

WASHINGTON 15 Mac - Dua sumber kerajaan Amerika Syarikat (AS) mendakwa, misteri kehilangan pesawat MH370 mungkin ada kaitan dengan ‘kegiatan rampasan’.

Mail Online melaporkan, bukti utama yang mengaitkan teori itu adalah ‘campur tangan manusia’ yang menyebabkan isyarat transponder pesawat itu berhenti beberapa minit sebelum sistem mesej dimatikan.

Menurut Utusan Malaysia, Selain itu sumber berkenaan yang enggan mendedahkan nama berkata, beberapa teori lain masih diambil kira dalam siasatan termasuk kemungkinan pesawat itu terbang pada ketinggian 45,000 kaki sehingga menyebabkan krew dan penumpang penerbangan itu pengsan secara tiba-tiba...Baca lagi

Sinar Harian juga melaorkan, DCA tidak tolak MH370 mungkin dirampas
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak menolak kemungkinan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan hilang dari radar sejak Sabtu lalu, dirampas.

Namun, menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, pihaknya memerlukan bukti kukuh bagi mengesan apa yang berlaku ke atas MH370 itu..Baca juga

juga di laporkan di blog-blog, False Flage, tapi kenapa MH370 menjadi sasaran? ini menimbulkan persoalan dibenak fikiran kita yang  jahil ini...Klik disini untuk membaca dengan lebih lanjut.

dan banyak lagi cerita-cerita yang dikaitan dengan misteri kehilangan MH370 ini.

11 March 2014

Pesawat MH370 Hilang: Peniaga lihat pesawat terbang rendah

pelbagai spekulasi mengenai misteri kehilangan pesawat MAS MH370. Terbaru peniaga melihat pesawat terbang rendah. 

Peniaga lihat pesawat terbang rendah
Seorang peniaga mendakwa turut melihat sebuah pesawat terbang rendah di Kampung Kadok, Ketereh, dekat sini, seperti dua nelayan yang dipercayai menyaksikannya berhampiran Kuala Besar, Kota Bharu

Alif Fathi Abdul Hadi, 29, mendakwa melihat cahaya putih lampu dipercayai milik pesawat yang kelihatan menjunam ke Laut China Selatan berdekatan Bachok, jam 1.45 pagi Sabtu lalu. 

Berikutan itu, beliau tampil membuat laporan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tok Bali, di sini, jam 11.30 pagi semalam. 


“Ketika berada di pekarangan rumah di Kampung Kadok, saya nampak cahaya putih dipercayai lampu pesawat dalam kira-kira lima minit. Sinaran lampu itu kelihatan pelik kerana biasanya saya nampak pesawat di rumah dari arah lain tetapi kali ini dari arah bertentangan. 

“Walaupun pelik, saya tidak berfikir apa-apa dan terus masuk tidur,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di pejabat APMM Tok Bali, di sini. 

Kelmarin, dua nelayan membuat laporan polis selepas mendakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah, kira-kira lapan batu nautika dari Pantai Kuala Besar, Kota Bharu, jam 1.30 pagi Sabtu lalu. 

Jarak antara Kuala Besar dan Ketereh ialah kira-kira 30 kilometer. 



Alif Fathi mengakui terkejut mendengar berita kehilangan pesawat MH370 selepas bangun tidur sebelum mengandaikan apa yang dilihat sebelumnya ada kaitan. 


08 March 2014

Keluarga tahu pesawat MAS hilang dari Facebook

KUALA TERENGGANU - Anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini mendapat berita mengenainya melalui Facebook.

Adik kepada seorang daripada penumpang pesawat itu Mohd Lokman Hamid, 31, berkata kakaknya Norli Akmar Hamid, 33, dan pasangannya, Mohd Razahan Zamani, 23, merancang untuk ke Beijing sejak awal tahun ini dan dia hanya mengetahui pasangan itu berlepas ke sana melalui status Facebook kakaknya tengah malam tadi.

"Kakak dan abang ipar saya dah lama rancang nak pergi bercuti ke Beijing," kata kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Taman Kokitab, Gong Badak di sini hari ini.

Penerbangan MH370 itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi ini.

Katanya dia mengetahui berita itu juga melalui status yang dimuat naik seorang daripada rakannya di Facebook awal pagi ini sebelum memutuskan untuk menghubungi MAS untuk perkembangan lanjut.

"Masa saya mula-mula telefon MAS belum dapat sahkan status tersebut (kehilangan pesawat MH370) tapi dia (MAS) cakap akan telefon semula untuk pengesahan dan bila dah terima pengesahan hati saya rasa tak menentu dan saya cuba telefon mak dan adik-beradik lain yang menetap di Kuala Lumpur.

"Macam-macam spekulasi saya tengok berkaitan kehilangan pesawat itu. Ada yang kata dah mendarat kat Nanning (China), ada kata sebab masalah GPS (sistem penentu kedudukan global) dan macam-macam lagi kini saya cuma doakan mereka berdua serta penumpang-penumpang lain berada dalam keadaan selamat," katanya.

Sementara itu, Mohd Lokman berkata percutian kakaknya itu boleh diibaratkan sebagai bulan madu mereka yang dirancang selepas kakaknya mengalami keguguran sebelum ini.

Pasangan berkenaan merupakan sebahagian daripada 227 penumpang termasuk dua bayi serta 12 anak kapal dalam pesawat itu. - Bernama

Malaysia, Vietnam lancar operasi cari pesawat

SEPANG - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya hari ini menafikan spekulasi bahawa penerbangan Malaysia Airlines ke Beijing yang hilang telah mendarat di Nanming, China.
   
Penerbangan MH370 itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi hari ini, kira-kira dua jam selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, katanya dalam sidang akhbar.
   
Ahmad Jauhari berkata, pasukan mencari dan menyelamat Malaysia dan Vietnam telah mengaktifkan operasi mereka di Laut China Selatan di sepanjang sempadan ruang udara Malaysia dan Vietnam semasa hubungan dengan pesawat itu terputus.
   
"Mereka melancarkan operasi mencari dan menyelamat beberapa jam lalu. Dan mereka masih berusaha. Kita perlu menunggu keputusannya.
   
"Setakat ini, kami masih belum menerima sebarang pengesahan bahawa ada pesawat mendarat di Nanming, China. Kita terputus hubungan pada kira-kira 2.40 pagi, itu hubungan radar.
   
"Kedudukan terakhir yang dilaporkan ialah kira-kira 120 batu nautika di timur Kota Baharu, di Laut China Selatan. Tidak ada petanda isyarat kecemasan daripada pesawat," katanya. 

Ahmad Jauhari juga menjelaskan cuaca pada ketika insiden itu adalah baik.
   
"Tidak ada cuaca buruk ketika itu. Kami juga akan menubuhkan satu lagi pusat respons di Beijing, selain di KLIA," katanya.
   
Beliau berkata, pesawat itu membawa 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 kru.
   
"Fokus kami sekarang ialah bekerjasama dengan pasukan bantuan kecemasan dan pihak berkuasa dan menggerakkan sokongan penuh mereka. Fikiran dan doa kami adalah dengan semua penumpang yang terlibat dan kru dan anggota keluarga," katanya.
   
Orang ramai boleh menghubungi talian +603 7884 1234 manakala media boleh menyalurkan pertanyaan mereka melalui talian +603 877 5698/ +603 8787 1276, katanya.
- Bernama

10 February 2014

Kerana Asobiyyah-Pas Pertahankan Teresa Kock


Kerana sifat Asobiyyah yang diterap dalam PAS maka...Pas pertahankan Teresa Kock yang bengap tu!!


baca juga


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...