24 February 2015

DAP-PKR PANAS PUNGGUNG BILA HUBUNGAN UMNO-PAS BERTAMBAH BAIK



Biar gambar menceritakan segalanya, kerana gambar berbicara seribu kata. Pertemuan Perdana Menteri, DS Najib Razak dengan Menteri Besar Kelantan, Dato Haji Ahmad Yaakob petang tadi di Putrajaya untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan kesejahteraan rakyat Kelantan amat menyentuh perasaan. Insya-Allah, Kerajaan Persekutuan akan sentiasa meletakkan kepentingan Rakyat paling utama dalam sebarang perkara.

Kita tahu pihak yang paling sakit hati kalau UMNO dan PAS berbaik-baik walaupun tidak duduk dalam satu saf, walaupun hanya sekadar bekerjasama sebagai satu pasukan pro-kontra, adalah pastinya DAP. Sebabnya DAP yang dipimpin oleh Lim Kit Siang dari tahun 1965 dahulu dan sekarang ini diwarisi pula oleh anak lelakinya, Lim Guan Eng, memerlukan keadaan di mana PAS dan UMNO yang mempunyai jumlah pengikut tegar terbesar dari kalangan 64% komposisi penduduk negara ini, berpecah dan saling berbalah.

Perbalahan antara PAS dan UMNO akan menjadikan DAP kuat serta sangat dominan. Disebabkan itulah, DAP kelihatan bersungguh-sungguh membantu dan memujuk PAS dalam Pakatan Rakyat agar meneruskan sistem permusuhan dengan UMNO walaupun pada tahun 2002, Allahyarham Fadhil Nor, bekas Presiden PAS sudah menyatakan tentang 'kerjasama' antara UMNO-PAS menerusi kemunculan serentak di atas pentas solidariti untuk Palestin sebagai simbolik bersama-sama dengan Tun Dr. Mahathir, mantan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu.

Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia, Datuk Dr Mashitah Ibrahim di dalam tulisan beliau di dalam Sinar Harian, baca di sini, berkata sejak kenyataan terbuka dibuat oleh Datuk Hussamuddin Yaacub bulan lalu, yang menganjurkan Pas dan Umno bersatu demi kepentingan rakyat Kelantan dan umat Islam negara ini, beberapa pihak telah memberi respons positif, terutama tokoh-tokoh Kelantan sendiri, termasuk ahli akademik, aktivis sosial dan pemimpin masyarakat serta rakyat dan pemimpin kedua-dua parti.

Dr Mashitah menambah, Walaupun tidak ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua parti berhubung cadangan itu, umumnya hubungan antara Pas dan Umno masa kini adalah baik. Pemimpin kedua-dua parti kini berjumpa lebih kerap dan boleh duduk berbincang bersama, tidak seperti dulu. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pula berkata, PAS dan Umno boleh bekerjasama secara pentadbiran antara kerajaan dengan kerajaan, justeru membuktikan perbezaan ideologi tidak menghalang kedua-dua pihak dalam urusan membantu mangsa banjir, misalnya. 

Katanya lagi, jika kedua-dua pihak ikhlas, perbezaan parti adalah perkara kecil, tegasnya. Ada pihak melihat cadangan Umno Kelantan tidak meletakkan calon untuk merebut kerusi Dun Chempaka, yang kosong ekoran kematian Nik Aziz minggu lalu, kerana tidak mahu berlaku pertelingkahan politik ketika berkempen, sebagai langkah munasabah.

Namun, Dr Mashitah turun menekankan bahawa ada juga pihak yang tidak senang dengan perkembangan ini. Mereka tidak mahu melihat Pas dan Umno menjadi rapat, apatah lagi bekerjasama baik di peringkat pentadbiran mahupun politik. Paling sakit hati ialah DAP dan PKR, sekutu Pas dalam Pakatan Rakyat.

Kenyataan Dr Mashitah ada kebenarannya. Hari ini, di sebalik pertemuan Dato Ahmad Yaakob dengan DS Najib Abdul Razak, turut didedahkan adalah rakaman audio suara bughah Mat Sabu yang menjadi jeneral, mengarahkan agar serangan dipertingkatkan secara agresif agar DS Hadi Awang dijatuhkan dengan seberapa segera. 

Ada sebab dan musababnya, Dato Ahmad Yaakob bertemu dengan DS Najib Abdul Razak selain daripada untuk kepentingan Rakyat Kelantan. Malah pertemuan tersebut merupakan sebenarnya melibatkan umat Melayu Islam yang diancam pengkhianatan kumpulan-kumpulan penyembah Joseph Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim yang terdapat dari Perlis sehinggalah ke Sabah.

SUMBER

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...