10 February 2014

Kerana Asobiyyah-Pas Pertahankan Teresa Kock


Kerana sifat Asobiyyah yang diterap dalam PAS maka...Pas pertahankan Teresa Kock yang bengap tu!!


baca juga


Abang Johari KM baru Sarawak?

KUCHING: Keputusan kaukus Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) memberi kuasa penuh kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menamakan penggantinya adalah tidak relevan, kata seorang pemerhati politik.
Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak, Dr Jeniri Amir berkata ini kerana Taib yang juga Presiden PBB sewajarnya memilih pemimpin paling kanan dalam parti sebagai pengganti.
"Berdasarkan kekananan dalam parti, Timbalan Presidennya Datuk Amar Abang Johari Tun Openg paling layak untuk memimpin negeri," kata Jeniri dalam temu bual dengan Bernama, di sini Ahad.
Jeniri berkata jika Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan atau bekas Menteri Pertanian Datuk Seri Effendi Norwawi dipilih, keputusan itu akan melukakan hati pemimpin kanan parti dan boleh mencetuskan rasa tidak puas hati serta mungkin perpecahan dalam PBB.
Berdasarkan keadaan itu juga adalah bijak bagi Taib menamakan Abang Johari sebagai penggantinya bagi mengelakkan perpecahan dalam parti dan Barisan Nasional (BN) di peringkat negeri, katanya.
Jeniri berkata selain mempunyai rekod cemerlang sebagai menteri di Sarawak dan timbalan presiden PBB, Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan dan Perumahan negeri, merupakan pilihan rakyat kerana beliau dianggap kawan semua kaum.
Beliau juga membuktikan popularitinya apabila menewaskan Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak dan Ketua Penerangan PBB Datuk Seri Adenan Satem bagi jawatan timbalan presiden dalam satu pemilihan parti.
Ketua Menteri Sarawak yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kiri) dipeluk oleh Timbalan Presiden 1 PBB, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (kanan) selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Bersama Parti Komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak di ibu pejabat parti itu di Kuching, Ahad. - fotoBERNAMA
Mengenai Adenan sebagai ketua menteri yang baharu, Jeniri berkata pemimpin itu merupakan sekutu yang dipercayai oleh Abdul Taib.
"Adenan pemimpin yang bijak tetapi negeri dan parti memerlukan pemimpin yang sihat. Saya bukan menentang Adenan sebagai ketua menteri, tetapi kesihatannya tidak mengizinkan beliau memegang jawatan itu," katanya.
Jeniri juga percaya Taib akan bersara pada hujung bulan ini memandangkan ramai berpandangan beliau sudah terlalu lama memegang jawatan itu. Jeniri juga tidak menyokong idea Taib melantik sama ada Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu atau Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar sebagai pemangku ketua menteri.
"Langkah itu agak janggal. Beliau sepatutnya memberi ruang secukupnya kepada ketua menteri yang baharu bersedia menghadapi pilihan raya negeri pada 2016," katanya.
Taib, 78, mengumumkan hasrat untuk berundur sebagai Ketua Menteri Sarawak semalam ketika mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PBB namun semasa mesyuarat parti komponen BN negeri hari ini beliau tidak menyatakan tarikh untuk berbuat demikian.
Sementara itu, Awang Tengah, seorang daripada tiga nama yang disebut oleh Taib, masih dianggap oleh rakyat sebagai 'junior' untuk memegang jawatan tersebut manakala Jabu pula dikatakan sudah terkeluar daripada senarai.
Seorang bekas anggota MT PBB berkata perkara itu mungkin disebabkan Jabu daripada sayap Pesaka, namun ada kemungkinan Taib menamakan beliau selaku 'individu berkecuali' untuk memangku jawatan ketua menteri ketika Taib bercuti selama tiga bulan.
Sebagai pemangku ketua menteri, Jabu akan mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong agar Taib dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri yang baharu apabila penggal perkhidmatan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng tamat pada 28 Feb ini, katanya.
"Susulan itu pilihan raya kecil untuk kerusi Balingian perlu diadakan kerana Taib mesti melepaskan kerusi dewan undangan negeri tersebut jika mahu dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu.
"Effendi pula perlu bertanding di kerusi itu kerana ketika ini beliau bukan anggota dewan undangan negeri (Adun) jika Taib mahu beliau jadi ketua menteri yang baharu," kata bekas anggota MT PBB itu lagi.
BERNAMA

06 February 2014

Taib undur KM Sarawak bulan ini

Taib undur bulan ini
Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka melepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak yang disandangnya sejak 33 tahun lalu dan bersara daripada politik dalam tempoh terdekat.

Antara yang disebut-sebut untk mengantikan tempat beliau adalah Adenan, Abang Johari dan Awang Tengah Ali Hassan.

Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud lahir pada 21 Mei 1936 di Miri, SarawakBeliau juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Negeri Taib adalah Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen Barisan Nasional. Beliau berketurunan Melanau.

Taib secara tidak rasmi digelar Pak Uban. Dalam kalangan masyarakat Cina beliau dipanggil Bai Mao (白毛) yang bermakna "rambut putih". Nama julukan lain untuk beliau adalah "raja putih terakhir" atau "raja berambut putih", merujuk kepada keluarga Brooke British yang telah memerintah Sarawak sebagai Raja Putih pada kurun ke-19 dan ke-20.  Dengan memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak sejak 1981, beliau adalah Ketua Menteri / Menteri Besar paling lama berkhidmat di Malaysia.  Taib juga merupakan ahli parlimen kedua terpanjang berkhidmat di Malaysia selepas Tengku Razaleigh Hamzah dengan menjadi ahli Parlimen Malaysia selama 38 tahun

Kerjaya Awal Politik

Selepas memenangi pilihanraya kecil Sebandi (sekarang Asajaya) pada tahun 1981, beliau telah dilantik sebagai Menteri Tanah dan Lombong Sarawak sebelum mengambil tempat bapa saudaranya, Abdul Rahman Ya'kub, sebagai Ketua Menteri Sarawak. Beliau mempertahankan kerusi Sebandi sehingga 1987 sebelum dipilih sebagai ADUN di kawasan Asajaya. Dalam pilihan raya Sarawak 2001, beliau tegas untuk bertanding di kawasan Balingian. Taib berkhidmat dalam pelbagai perbadanan awam dan sukarela serta mewakili kerajaan dalam pelbagai persidangan antarabangsa.

Sumber

POLIS MATI DI TEMBAK, MANA CINA ADA BISING?

Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditemui mati dengan dua kesan tembakan di bahagian kepala di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan. 

Cina ada bising? kalau cina kena tembak, kena pukul polis kecoh la satu negara.


KUALA LUMPUR 4 Feb. - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditemui mati dengan dua kesan tembakan di bahagian kepala di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa, T. Thivakar, 37, yang masih bujang dan berasal dari Chemor, Perak merupakan anggota Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang melalui jalan itu kira-kira pukul 4.30 petang

“Satu tembakan mengenai pipi kanan sehingga menembusi pipi kiri sementara satu lagi disyaki dari mata kanan menembusi bahagian kiri kepala," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Khairi, pihaknya turut menemui dua kelongsong peluru bersaiz 9 milimeter (mm) di tempat kejadian.
“Mayat mangsa ketika ditemui dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian preman tidak jauh dari motosikal jenis Modenas Kriss yang dipercayai dinaikinya.

“Kesemua barangan mangsa termasuk dompet dan dokumen pengenalan diri miliknya masih berada dalam poket seluarnya," katanya.

Tambah Khairi, pihaknya masih menyiasat motif kejadian dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, bedah siasat dijalankan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

UM


05 February 2014

Pemuda Pas tolak Anwar jadi MB Selangor



Meskipun Pemuda Pas bersama pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, namun mereka kekal tidak bersetuju dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, ini kerana polemik Kajang itu tidak perlu mengheret pakatan pembangkang bagi membincangkan perebutan kerusi 'panas' di Selangor.

"Pemuda Pas mendesak agar isu Menteri Besar Selangor yang baharu dihentikan segera kerana rakyat Malaysia sudah muak dengan polemik politik yang tidak berkesudahan," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Agung Pas, di sini hari ini.

Sebelum ini, Pemuda Pas 'kurang berpuas hati' dengan tindakan Lee Chin Cheh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengosongkan kerusi DUN Kajang tanpa sebarang alasan.

Mengulas lanjut, Suhaizan berkata, pihaknya melahirkan rasa kesal terhadap tindakan mengosongkan kerusi DUN Kajang secara tergesa-gesa yang membazir masa dan wang rakyat.

Tambahnya, perkara itu akan mendedahkan pakatan pembangkang kepada risiko kemerosotan daripada sokongan rakyat.

"Kita hormati muafakat antara kami dan memberi hak mengurus DUN kepada parti yang menang dalam pilihan raya lepas.

"Justeru, Pemuda Pas mendesak agar mana-mana komponen pakatan pembangkang tidak mengulangi kesilapan serupa pada masa akan datang," ujarnya.

Dalam pada itu, Suhaizan berkata, Pemuda Pas menggesa pihak yang terlibat dalam PRK kali ini tidak melakukan pembaziran.

"Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Selangor perlu mengelakkan projek-projek 'mi segera' yang akan mengorbankan wang rakyat.

"Rakyat sudah terkesan dengan kenaikan harga barang sekali gus akan menghukum mana-mana pihak yang dilihat membazir," ujarnya.


UTUSAN MALAYSIA


04 February 2014

ADAKAH INI PUN KITA MASIH LAGI MAHU BERDIAM DIRI

Orang dah pijak kepala Bro..tak kan nak tengok je??







PKR LANGGAR SISTEM DEMOKRASI

KUALA BESUT - Peletakan jawatan wakil rakyat secara demokrasi yang sepatutnya berkhidmat selama lima tahun adalah satu pencabulan demokrasi yang besar di negara ini, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, kejadian di Kajang, Selangor itu diharap akan membuka mata rakyat untuk tahu perangai sebenar pembangkang yang bersifat individu, bukan untuk kepentingan rakyat.

“PKR yang melanggar sistem demokrasi yang dipilih rakyat kerana ada pemimpin PKR yang rakus untuk jawatan. Dulu cita-cita nak jadi PM (Perdana Menteri) sekarang MB (Menteri Besar).

“Buka mata siapa yang melaksanakan demokrasi dan siapa yang sering menipu rakyat,” katanya mengulas mengenai peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh.

Idris yang juga Ahli Parlimen Besut berkata, beliau mahu pengundi di Kajang memilih kerajaan dan pemimpin yang benar-benar mahu berkhidmat kepada rakyat pada pilihan raya kecil itu nanti.
Menurutnya, Majlis Tertinggi (MT) Umno belum lagi berbincang di peringkat BN mengenai calon BN dalam PRK itu nanti dan beliau akur dengan apa jua keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Menteri Pendidikan Kedua berkata, semua pelajar Malaysia di luar negara di bawah tajaan kerajaan dilindungi insurans.

“Ibu bapa dan semua pihak tidak perlu bimbang kerana pelajar-pelajar yang ditaja kerajaan disediakan insurans perlindungan diri dan kerajaan sentiasa mengambil berat tentang mereka,” katanya.

Dalam pada itu katanya lagi, Kementerian Pendidikan memberi jaminan akan memberi kemudahan kepada empat beradik yang kedua ibu bapa mereka kini ditahan di Sweden sekiranya penjaga mereka mahu kanak-kanak itu bersekolah di negara ini.

Katanya, sebagai warga Malaysia mereka mempunyai hak untuk belajar dan mendapatkan pendidikan terbaik di negara ini seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

“Sebenarnya itulah, jika kita lihat PPPM, kita nak pastikan semua rakyat Malaysia diberi ruang untuk belajar, jadi kita akan memudah cara agar anak-anak mereka itu akan dapat pendidikan sempurna,” katanya.

Ada lagi rakyat berumahkan kaki lima

Ada lagi rakyat berumahkan kaki lima pada zaman ini, bertapa miskinya rakyat! Paling menyedihkan 3 anak hanya berselimutkan kertas surat khabar.
Akibat kesempitan hidup dan gagal menjelaskan bayaran sewa rumah, sepasang suami isteri bersama empat anaknya terpaksa tidur di kaki lima berhampiran Medan Pasar, dekat sini, beralaskan surat khabar.
Penderitaan keluarga berkenaan mendapat perhatian Pertubuhan Menangani Masalah Sosial Malaysia (UNGGAS) yang melakukan rondaan rutin di sekitar kawasan berkenaan sebelum menghampiri keluarga berkenaan.
Ketua Jurulatih Unit Latihan dan Jaringan UNGGAS Kamaruddin Kassim berkata, anak pasangan itu yang berusia antara lima dan 10 tahun ditemui tidur dalam keadaan menyedihkan dan hanya beralaskan helaian surat khabar
Foto
Menurutnya, ketika ditemui, tiga anak pasangan itu tidur di atas kerusi tempat duduk awam di kawasan berkenaan manakala seorang lagi di atas lantai.
“Berdasarkan perbualan antara kami dan ibu bapa keluarga berkenaan mendapati pasangan berkenaan hidup secara gelandangan sejak dua minggu lalu selepas diarahkan keluar oleh pemilik rumah kerana gagal menjelaskan sewa.
“Selepas itu, mereka gagal untuk mendapatkan perlindungan dan terpaksa tidur di kaki lima kerana mengalami kesempitan hidup,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi, di sini, semalam.
Kamaruddin berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan untuk keluarga malang ini termasuk mendapatkan khidmat sukarelawan pertubuhan itu bagi menjalankan pemeriksaan kesihatam terhadap anak-anak keluarga berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya bimbang dengan tahap kesihatan kanak-kanak berkenaan terutama kesihatan mental kerana keadaan seumpama itu tidak sesuai untuk pembesaran.
Katanya, UNGGAS sedang berusaha untuk menjejaki keluarga berkenaan berikutan kekurangan maklumat berkaitan mereka bagi membolehkan bantuan diberikan.
Mymetro
“Kami akan berusaha untuk mencari keluarga ini memandangkan mereka sering berpindah randah daripada satu tempat ke tempat yang lain,” katanya.

03 February 2014

Nasihat kepada Tan Sri Khalid Ibrahim

Abdul Khalid Ibrahim

Salam 2 all.

SELEPAS sah diumum yang Anwar Ibrahim dipilih menjadi calon PKR untuk Pilihan Raya Kecil Dun N.25 Kajang (walaupun SPR belum pun buat pengumuman kekosongan kerusi) barulah saya faham mengapa isu PKNS tercetus, mengapa Khalid Ibrahim diserang bertubi-tubi oleh partinya sendiri tanpa belas-ihsan; kenapa kes cerai fasakh Nurul Izzah didedahkan; mengapa kerusi Dun Kajang dikosongkan tanpa sebab dan kenapa Umno/ BN didendangkan dengan Pelan Damai Nasional!

Ada kopi disebalik karipap rupanya yop!

Sejarah berulang - Kes Saiful Bukhari menghantui Anwar

Teringat saya selepas PRU12 tahun 2008 dahulu. Setelah memenangi kerusi Kulim Bandar-Baharu pada 08.03.2008, berlaku satu insiden yang sangat menakutkan Anwar. Pada 28.06.2008, Saiful Bukhari Azlan, pembantu peribadi Anwar membuat lapuran polis dia diliwat oleh Anwar pada 26.06.2008.

Ketakutan Anwar masa itu memang agak luar biasa! Saya tidak bercadang menceritakan secara terperinci apa yang saya sendiri lihat masa itu. Itu lain kali jika perlu. Tetapi cukup sekadar memberitahu bagaimana Anwar pergi menyembunyikan diri di rumah Duta Turki pada 29.06.2008.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada masa itu ialah Anwar meminta perlindungan kerana ada 'cubaan mahu menembak Anwar'!!!

Anwar baru sahaja bebas daripada penjara pada 02.09.2004 setelah menjalani hukuman 6 tahun penjara di Penjara Sg. Buloh setelah disabitkan pada 14.04.1999 dengan kesalahan menyalahgunakan kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan Akuan Bersumpah palsu daripada Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar (pemandunya) yang mendakwa diliwat oleh Anwar pada bulan Mac 1993 di Tivolli Villa.

Anwar tahu kalau dia diheret ke mahkamah dan dikenakan pertuduhan dan disabitkan kesalahan meliwat Saiful, hukuman penjara melebihi 6 tahun menanti beliau. Segala harapan dia nak menjadi PM akan hancur berkecai; malah pada umur senja, dia mungkin reput dalam penjara!

Salah satu strategi yang dirangka pada masa itu ialah untuk memastikan Anwar menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang; dan dicanangkan kemungkinan Anwar akan menjadi PM melalui konspirasi 16.09.2008.

Dengan 81 Ahli Parlimen dibelakang beliau, dengan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, kemungkinan untuk Anwar disabitkan kesalahan meliwat Saiful agak tipis.

Mana mungkin Anwar akan dihukum penjara. Satu dunia akan bising. Amerika akan bising. Turki akan bising. IPU akan bising.


UNHRC akan bising. Amnesty International akan bising. Dan kita ada kerajaan yang takut dengan bunyi bising di luar!

Jadi perancangan untuk melaksanakan agenda itu dimulakan dengan mengenal pasti kerusi mana Anwar hendak bertanding.

Teman yang pada masa itu penuh dengan semangat dan ketaatan mengkhinzir buta telah menawarkan kerusi Parlimen Kulim Bandar-Baharu.

Namun kerja ALLAH tidak siapa dapat mengatasinya. Petisyen pilihan raya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar terhadap kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu menyebabkan kerusi itu tidak dapat dikosongkan mengikut perancangan.

Lalu Wan Azizah isteri tercinta, Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh terpaksa mengorbankan kerusinya demi 'kesejahteraan PKR'. Dan Anwar memenangi PRK P-044 Permatang Pauh pada 26.08.2008. Setelah mengangkat sumpah pada 28.08.2008, Anwar dilantik menjadi Ketua Pembangkang.

Setelah melalui proses perbicaraan yang meleret-leret dengan jumlah penangguhan yang melayakkan kes dimasukkan kedalam Malaysia Book of Record, pada 10.01.2012, Mahkamah membebaskan Anwar daripada dakwaan meliwat Saiful!

Sekarang Anwar berdepan dengan rayuan kes Saiful. Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh perbicaraan dalam masa terdekat ini (iaitu 11, 12 & 13 Februari); dan sekali lagi Anwar berdepan dengan risiko hukuman penjara yang panjang jika Mahkamah menerima rayuan Pendakwaraya.

Dan kali ini Pendakwaraya diwakili peguam veteran terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, seorang peguam no-nonsense yang diperakui kehebatan guamannya!

Risiko dipenjarakan menjadi real; risiko impian menjadi PM ke 7 hancur lebur menjadi real; dikala umur 67 tahun dan sudah masuk waktu kubUr kata mari, Anwar tidak mungkin boleh menerima hukuman penjara yang panjang. Ianya mesti dipintas at all cost!

Siapa yang berani mahu menghukum penjara seorang menteri besar yang berpengaruh atas tuduhan meliwat?

Siapa yang berani berdepan dengan masyarakat dunia liberal barat sebagai pemimpin negara yang menghukum MB Selangor dengan tuduhan meliwat?

Siapa yang berani nak berdepan dengan kuasa besar Amerika Syarikat? Siapa mahu berdepan dengan Erdogan dan Turki? Siapa nak berdepan dengan Amnesty International, Human Rights Commission dan negara liberal Eropah yang lain - yang mengamalkan seks bebas terbuka termasuk membenarkan homoseksual!

Matlamatnya - Anwar mesti jadi MB Selangor at all cost untuk memastikan Penjara Sg. Buloh bukan destinasi terakhir Anwar di muka bumi ini!


Tan Sri Khalid penghalang?

Tapi Tan Sri Khalid Ibrahim ada di sana sebagai MB. Beliau mendapat sokongan penuh DAP; masyarakat peniaga dan korporat Cina dikatakan menyukai cara pentadbirannya yang dikatakan business-friendly, efficient & corrupt free Menteri Besar!

Pas pula tidak senang dengan pendirian Anwar yang liberal, yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian yang bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura Pas.

Dan Khalid bukan jenis yang akan tunduk na'am kepada semua kehendak Anwar. Walaupun beliau diketepikan sebagai Ketua Perhubungan PKR Negeri Selangor, beliau masih lagi berpengaruh.

Bila Anwar menghantar Saifudin Nasution sebagai Liason Director antara pejabat MB dengan PKR, Khalid memperlekehkan perlantikan tersebut dengan menyumbat Saifudin di Tingkat 5 dan 'kami boleh berhubung dengan email' - begitu Khalid memperlekeh duta Anwar ke pejabat MB.

Khalid tahu kekuatannya terletak kepada perlindungan dan pengaruh Presiden, Datin Seri Wan Azizah.

Selagi Wan Azizah menyokongnya, Anwar dan konco-konconya tidak akan berani melakukan sesuatu terhadap Khalid.

Sebab itu Faekah Husin, panglima kanan Wan Azizah, wanita besi yang paling dibenci oleh segelintir kumpulan anti-Khalid di dalam PKR dilantik memegang beberapa portfolio berpengaruh dan berkuasa di dalam pejabat MB.

Beliau bukan sahaja (bekas) Setiausaha Politik dan Pegawai Khas MB, beliau juga Pengerusi MBI, badan korporat paling berpengaruh dalam negeri Selangor dengan kekuatan dana yang besar!

Saya kenal Faekah Hussin ini. Beliau adik bekas Ketua Pengarah BPR, Datuk Zaki Hussin.

Beliau jenis no-nonsense; dan saya cukup yakin beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menyundal dan merampok khazanah Negeri Selangor.

Dan Faekah ini jenis tidak gentar dengan sesiapa - almaklumlah dia seorang peguam! Ini antara punca saya percaya Faekah menjadi begitu tidak terkenal, malah dibenci oleh segelintir mereka dalam PKR yang anti Tan Sri Khalid!

Lalu bagaimana nak pastikan Wan Azizah, dan Faekah, tidak lagi melindungi Khalid?


Check-Mate terhadap Wan Azizah dan Nurul Izzah

Tiba-tiba terbongkar kisah juicy permohonan perceraian fasakh oleh Nurul Izzah, anak sulung Wan Azizah dengan suaminya, Raja Ahmad Syahrir. Sebenarnya permohonan sudah difailkan lama, dan tiada sesiapa pun mengetahuinya kecuali peguam, mahkamah dan beberapa inner-circle dalam PKR.

Tiba-tiba Ahad 26 Januari lepas, berita permohonan perceraian itu terbongkar. Ada sumber dalaman PKR telah mendedahkannya kepada para blogger dan media arus perdana.

Malah ada yang menerima transkrip terperinci sebab-sebab permohonan perceraian itu dimohon oleh Nurul Izzah, termasuk gambar seorang jejaka yang agak 'jambu' turut disebarkan.

Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan rising star di dalam PKR. Malah beliau pernah menyatakan hasrat menentang orang kanan Anwar Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan lalu. Beliau penyokong kuat ibunya Wan Azizah dan Khalid Ibrahim.

Sebarang sokongan terbuka daripada Nurul Izzah, disertai sokongan terbuka ibunya Wan Azizah terhadap kepimpinan Khalid sebagai MB akan menyukarkan sebarang cubaan untuk menjatuhkan Khalid. Jadi Wan Azizah dan Nurul Izzah harus dikekang!

Pembongkaran kes permohonan cerai fasakh oleh Nurul Izzah dengan segala kisah sensasinya menjadi check-mate terhadap Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Bagaimana mungkin sekarang Wan Azizah dan Nurul Izzah mahu memberikan sokongan terbuka kepada Khalid - pasti mereka akan dicemuh supaya pergi urus hal rumahtangga engkau sendiri lah!

Lalu Khalid terkonteng-konteng keseorangan, tanpa sokongan Presiden dan Naib Presiden, tanpa sebarang jawatan dalam parti. Hanya tinggal DAP dan Pas menjadi sandaran akhir Khalid!


Strategi menggusarkan DAP-Pas

Tiba-tiba muncul pula isu tuntutan untuk terus mengguna-pakai kalimah ALLAH dalam upacara keagamaan kristian di gereja-gereja mereka di Selangor. Pelik!

Hanya di gereja-gereja di Selangor, tidak di Pulau Pinang! Dalam keadaan mereka sudah pasti tahu Selangor mempunyai Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.

Bila isu rampasan bible versi Bahasa Melayu yang menyalah-terjemahkan kalimah ALLAH tercetus dan Jais melaksanakan tugasnya mengikut undang-undang dan merampas bible-bible tersebut, ruang terbuka luas untuk Khalid diserang.

Kesempatan ini diambil untuk menakutkan DAP. Sikap Khalid tiba-tiba membuat kenyataan menyokong titah Tuanku Sultan Selangor melarang penggunaan kalimah ALLAH dan akan terus akur dengan titah itu sudah pasti menggusarkan parti cauvinis DAP ini. Sikap ini sudah pasti akan mengendurkan sokongan DAP kepada Khalid.

Diwaktu yang sama, tindakan Khalid mengarahkan Jais mengembalikan bible yang dirampas menyebabkan ada penentangan daripada Pas.

Kenyataan Exco Hal Ehwal Islam daripada Pas, YB Solehin Mukhyi dilihat tidak senada dengan kenyataan Khalid. Saya cukup pasti faktor ini akan digunakan sepenuhnya untuk menakutkan elemen-elemen di dalam Pas Selangor.

Kononnya kalau dibiarkan Khalid terus menajdi MB, Pas akan hilang lebih banyak kerusi dalam PRU nanti, sebab orang Melayu benci! Ini akan pasti menyebabkan Pas berfikir dua tiga kali untuk terus menyokong Khalid!

Akhirnya dengan strategi yang cukup licik dan holistik, Khalid terkonteng-konteng keseorangan. Kali ini Khalid benar-benar terjebak. Dia sudah tidak boleh lari.

Peletakkan jawatan YB Lee Chin Cheh dan pengosongan kerusi Dun Kajang sekadar pelengkap kepada konspirasi menjatuhkan Khalid dan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai MB.

Malah kemungkinan YB Chin Cheh sendiri tidak menyedari permainan politik puak-puak ini!


'Pelan Damai Nasional' memerangkap Umno

Dan untuk memastikan semuanya berjalan lancar mengikut perancangan, maka ditawarkan kepada Umno dan Barisan Nasional 'Pelan Damai Nasional'! Ini lawak senario abad ini.

Bagaimana mungkin parti yang cacamerba penuh dengan percakaran dalaman dengan begitu sardin mengemukakan 'Pelan Damai Nasional'. Saya ingat Saiful Apek boleh mati ketawa tertelan gigi palsu mendengar berita ini.

Jika Umno/BN menerima pelan ini, saya cukup yakin nanti akan timbul desakan supaya Umno/BN membuktikan keikhlasan dengan tidak meletakkan calon bagi PRK N.25 Dun Kajang ini.

Sekali gus memberikan Anwar laluan-percuma untuk menjadi Adun Kajang dan selayaknya ditabalkan sebagai MB Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid.

Kalau Umno/ BN termakan dengan taktik ini, saya kira tidak ada ayat lagi nak diberi kepada Umno/ BN selain daripada melafazkan innalillah hiwa inna ilai hiro ji'un kepada Umno/ BN.

Nampak sangat Umno/ BN bekerja keras untuk menjadi pembangkang dalam PRU14 nanti.

Dan jika ditakdirkan berlaku PRK N.25 Kajang, saya menasihatkan Umno meletakkan calon Umno disitu. Saya percaya dengan calon Umno yang berkaliber dan punya integriti dan kewibawaan, Umno punya peluang cerah memenangi kerusi Dun Kajang.

Jangan dibiar hak demokrasi rakyat Selangor diliwat dengan begitu mudah oleh para peliwat democrazy ini.


Taktik akhirul kalam - videoklip

Saya menerima maklumat jika semua perancangan ini gagal, atau pun jika rancangan ini memerlukan satu water-tight ending, maka sebuah videoklip yang diambil daripada sebuah sudut yang agak tinggi di sebuah kediaman akan disebarkan. Apa video itu...tunggu dan lihat!


Rumusan dan opsyen buat Tan Sri Khalid

Persoalan cepumas sekarang ialah: adakah riwayat Khalid sudah berakhir!

Belum. Jangan write-off Khalid cepat sangat. Beliau seorang tokoh korporat, beliau sudah biasa dengan taktik dan maneouvre seperti ini.


Khalid sekarang ada beberapa opsyen:

1. Khalid boleh buat keras kepala dan terus kekal sebagai MB. Tiada sesiapa pun boleh menggugat kedudukannya. Kalau Khalid memilih opsyen ini, Anwar tidak ada pilihan selain meminta Dun Selangor memanggil sidang tergempar membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid.

Untuk itu Anwar memerlukan sokongan penuh Adun DAP dan Pas selain Adun PKR sendiri. Atau dalam keadaan ekstrim, Anwar boleh mengarahkan semua  Adun PKR tidak menyokong Khalid. Ini akan menjadikan satu suasana Dun tergantung. Tetapi ini semua belum tentu berjaya; dan kalau berjaya pun Anwar akan dilihat sebagai aggressor yang tamak mahukan jawatan sehingga menganiaya dan mengkhianati MB sendiri!

2. Khalid boleh mempengaruhi kesemua Adun PKR, DAP dan Pas untuk terus menyokong beliau dengan mengadakan undi kepercayaan dalam Dewan. Tetapi ini juga mempunyai risiko kerana tidak mungkin Adun PKR akan menyebelahi beliau;

3. Khalid boleh membuat pakatan dengan Adun BN, dengan syarat dia boleh membawa jumlah Adun yang cukup menyokongnya untuk membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan, dan dia terus menjadi MB. Ini juga opsyen yang mempunyai risiko yang tinggi kerana Khalid akan sentiasa duduk di bawah ugutan dan tekanan Adun-Adun ini;

4. Atau Khalid boleh mengambil opsyen menelan sahaja apa yang berlaku. Terima sahaja takdir masanya dah berlalu, dah tak ada rezeki. Lantak pi lah siapa pun nak jadi MB. Elok pencen jaga cucu duduk kat masjid bilang buah tasbih; cari pahala sikit; atau

5. Opsyen terakhir dan paling realistik untuk Khalid sekarang ialah membubarkan Dun Selangor. Sebagai MB, hanya beliau, dan tidak ada orang lain dalam dunia ini, yang mempunyai hak legal dan politikal untuk menasihatkan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan Dun Selangor.

Beliau boleh menggunakan alasan bahawa hak demokrasi rakyat Selangor untuk menentukan kepimpinan Kerajaan Selangor yang baru harus dihormati.

Sekiranya beliau digulingkan dengan cara democrazy pintu nelakang luar tabi'e ini, maka apa yang terjadi sebenarnya ialah hak demokrasi rakyat Selangor telah diliwat melalui kaedah politiking pintu belakang akibat mainan politik luar tabi'e pihak tertentu!

Dan jika Tuanku Sultan Selangor memperkenankan sembahan beliau, Dun Selangor boleh dibubarkan dan Pilihan Raya Negeri Selangor wajib diadakan dalam tempoh 60 hari.

Khalid boleh mengadakan kerjasama-strategik dengan Umno-BN untuk menawan semula Selangor dengan syarat beliau kekal menjadi MB.

Saya percaya Umno/BN terbuka dalam menimbang kerjasama-strategik ini. Apa yang penting ialah hak demokrasi rakyat Selangor tidak dicabul sewenang-wenangnya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab!

Apa pun, hayat-politik Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sudah hampir ke penghujungnya. Malaikat sakarat-politik sedang menunggu di pintu Bukit Malawati. Tetapi Khalid boleh menukar destinasi politiknya jika bijak mengatur langkah.

Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid, baca dan perhalusi sejarah bagaimana Allahyarham Tun Gafar Baba jatuh terkangkang akibat mainan politik luar tabi'e ini.

Pisau ditangan Tan Sri, timun pun ditangan Tan Sri. Buat apa yang Tan Sri patut buat untuk memastikan hak demokrasi rakyat Selangor terus terpelihara, dan maruah Tan Sri dipertahankan!

Wallahua'alam dan Wassalam.

Sumber

YB Teresa Biadap!

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa kok hari ini menegaskan beliau tidak akan memohon maaf sekali gus mempertahankan video sempena Tahun Baharu Cina yang dilakonkannya hanya sebagai lawak jenaka yang disasarkan kepada kaum Cina.

Menurutnya, video sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu merujuk kepada isu semasa dan tidak berniat untuk memburukkan mana-mana pihak.

"Minta maaf? Siapa makan cili dia terasa pedas.

"Video itu dalam dialek Mandarin dan Kantonis, saya tujukan untuk golongan yang faham bahasa itu.

"Saya juga hanya lakukan untuk tujuan lawak jenaka sempena Tahun Baru Cina, jangan serius sangat, ia hanya (watak) khayalan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam, Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengecam tindakan Teresa ekoran penerbitan video berjudul 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang disifatkan berunsur hasutan, mengancam perpaduan dan keharmonian negara ini.

Ketua Pemudanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, pihaknya mengutuk tindakan Teresa itu yang dianggap biadab.

Mohd Razlan berkata, video berdurasi 11.39 minit itu mungkin dilihat sebagai jenaka oleh sesetengah pihak, bagaimanapun, ia tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli Parlimen.

“Kami mengutuk video ini yang bersifat perkauman. Kami kecam video ini yang boleh menggugat keharmonian rakyat,” katanya.

Pandangan sama turut dikongsi oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Saya berharap sungguh agar tindakan diambil tentang perkara ini. Keselamatan di negara ini antara perkara yang cukup penting," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Liberal Demokratik (LDP) di sini hari ini.

Sinar Harian Online

Bekas timbalan menteri pelajaran meninggal dunia

Petra Jaya: Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Bujang Ulis, 66, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Samariang Jaya, Jalan Sultan Tengah, di sini kira-kira jam 1 pagi tadi.

Difahamkan, Allahyarham tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, namun tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia. 


Dilahirkan di Simunjan, Sarawak pada 12 November 1948, Allahyarham mula menyertai politik dengan bertanding dalam pilihan raya umum 1978 atas tiket Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...