KUALA BESUT - Peletakan jawatan wakil rakyat secara demokrasi yang sepatutnya berkhidmat selama lima tahun adalah satu pencabulan demokrasi yang besar di negara ini, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Idris Jusoh.
Katanya, kejadian di Kajang, Selangor itu diharap akan membuka mata rakyat untuk tahu perangai sebenar pembangkang yang bersifat individu, bukan untuk kepentingan rakyat.
“PKR yang melanggar sistem demokrasi yang dipilih rakyat kerana ada pemimpin PKR yang rakus untuk jawatan. Dulu cita-cita nak jadi PM (Perdana Menteri) sekarang MB (Menteri Besar).
“Buka mata siapa yang melaksanakan demokrasi dan siapa yang sering menipu rakyat,” katanya mengulas mengenai peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh.
Idris yang juga Ahli Parlimen Besut berkata, beliau mahu pengundi di Kajang memilih kerajaan dan pemimpin yang benar-benar mahu berkhidmat kepada rakyat pada pilihan raya kecil itu nanti.

Menurutnya, Majlis Tertinggi (MT) Umno belum lagi berbincang di peringkat BN mengenai calon BN dalam PRK itu nanti dan beliau akur dengan apa jua keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan.
Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Menteri Pendidikan Kedua berkata, semua pelajar Malaysia di luar negara di bawah tajaan kerajaan dilindungi insurans.
“Ibu bapa dan semua pihak tidak perlu bimbang kerana pelajar-pelajar yang ditaja kerajaan disediakan insurans perlindungan diri dan kerajaan sentiasa mengambil berat tentang mereka,” katanya.
Dalam pada itu katanya lagi, Kementerian Pendidikan memberi jaminan akan memberi kemudahan kepada empat beradik yang kedua ibu bapa mereka kini ditahan di Sweden sekiranya penjaga mereka mahu kanak-kanak itu bersekolah di negara ini.
Katanya, sebagai warga Malaysia mereka mempunyai hak untuk belajar dan mendapatkan pendidikan terbaik di negara ini seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
“Sebenarnya itulah, jika kita lihat PPPM, kita nak pastikan semua rakyat Malaysia diberi ruang untuk belajar, jadi kita akan memudah cara agar anak-anak mereka itu akan dapat pendidikan sempurna,” katanya.

No comments:
Post a Comment