30 April 2012

PAS Nafi Unit Amal Rempuh Polis: Mstar Online


KUALA LUMPUR: PAS pada Isnin menafikan laporan media yang mendakwa Unit Amal parti itu telah merempuh anggota polis di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada Perhimpunan Bersih 3.0 dengan menggunakan slogan 'Duduk Bantah' Sabtu lalu.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hasan Tantawi menyifatkan laporan tersebut berniat jahat dan sengaja cuba menjatuhkan reputasi Unit Amal PAS yang bertugas untuk menjaga keselamatan peserta himpunan serta mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini.
"Unit amal bukan skuad penggempur. Saya kecewa dengan laporan media yang memperlihatkan Unit Amal PAS seperti perusuh dengan menayangkan gambar mereka merempuh benteng yang dibuat anggota polis.
"Mereka bukan merempuh, mereka hanya cuba meloloskan diri, supaya penyokong perhimpunan tidak bertembung dengan anggota polis," tegasnya pada sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS di sini, Isnin.
Beliau turut mempersoalkan tindakan polis membuat benteng di KLCC kerana menurutnya tindakan tersebut tidak perlu kerana ia bukan kawasan larangan seperti yang termaktub dalam perintah mahkamah yang dikeluarkan Jumaat lalu.
"Mengapa polis tetap membuat halangan di Jalan Ampang? Itu bukan kawasan larangan.
"Ini jelas menunjukkan polis berniat untuk memukul anggota Unit Amal yang selama ini mempunyai trek rekod yang cemerlang,” katanya.
Dewan Pemuda turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai video untuk memuat naik di laman YouTube, ataupun menyerahkannya kepada sayap parti itu supaya dapat dijadikan bukti.
"Dewan Pemuda meminta agar wira-wira rakyat tampil mengemukakan rakaman mereka, supaya pihak kami daripada Juham (Jabatan undang-undang dan hak asasi manusia) dapat mengkaji dan menelititi video berkenaan supaya tindakan perundangan dapat diambil," ujarnya.
Tambah beliau, PAS menyertai Bersih kerana menyokong 84 NGO yang menuntut pilihan raya adil dan bersih, dan sekiranya kerajaan masih lagi tidak melaksanakan lapan tuntutan Bersih, pihaknya tidak teragak-agak untuk menyokong Bersih 4.0.
"Sekiranya tuntutan itu tidak dilayan lagi, kami tidak teragak-agak untuk menyokong Bersih 4.0,” katanya.
Nasruddin turut mendesak agar satu suruhanjaya khas ditubuhkan bagi menyiasat secara telus dan adil terhadap apa yang berlaku dalam Perhimpunan Bersih 3.0.
"Kami mendesak satu suruhanjaya khas ditubuhkan agar satu penyiasatan rapi telus dan professional dilakukan. Kami menolak sebarang tindakan ganas dan provokasi yang sengaja dicetuskan untuk memberi imej yang buruk kepada Bersih 3.0.
"Saya kira pihak polis patut memberi peluang kepada rakyat berhimpun secara aman tanpa menggunakan senjata. Polis sepatutnya menjaga keamanan rakyat bukannya membelasah rakyat," katanya.
Sabtu lalu, Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air di Dataran Merdeka, Masjid Jamek, hadapa Sogo bagi menyuraikan peserta demonstrasi yang cuba memasuki kawasan Dataran Merdeka.

BERUK-BERUK MENGAMUK

PERANGAI BERUK-BERUK PELIHARAAN PEMBANGANGKANG TERLEPAS



TEKA PERBEZAAN GAMBAR 1


TEKA PERBEZAAN GAMBAR 2

29 April 2012

BERSIH YANG TAK BERSIH


Rakyat Malaysia yang cintakan keganasan..ikut nafsu dan didalangai puak-puak yang gila
kalau polis buat macam ni kecoh satu dunia..polis GANAS Kononya?
Yan ni terloncat-loncat macam BERUK! Sapa nak ganti harete kerajaan tu?bukan membazir duit rakyat tu?


yang ini angkara UMNO puak ke? Jahanam BERSIH!

18 April 2012

DAP mahu Akta mesin cetak dimansuhkan

DAP ni macam lah, itu, ini serba tak kena, belum apa-apa dah tak nak itu, ini, terbaru DAP mendesak kerajaan memansuhkan Seksyen 8A dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi menggelakkan KONONYA ia digunakan sebagai senjata politik terhadap pembangkang, Takut ke DAP?


Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, pengguguran seksyen tersebut juga untuk membuktikan kerajaan serius mewujudkan kebebasan media dan penyebaran maklumat di negara ini. Mahu bebas? LGE juga berkatra, ia hanyalah agenda politik kerajaan dan mendakwa Seksyen 8A itu bersikap double standard dan tidak berlaku adil kepada mereka selaku pembangkang, Buka untuk kepentingan pembangkang ke?senang sikit nak hentam kerajaan, ye tak?


Apa itu akta Mesin Cetak 1984?



AKTA MESIN  CETAK DAN PENERBITAN 1984
Suatu Akta untuk mengawal selia penggunaan mesin cetak dan  
pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, 
melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu 
penerbitan dan pengedaran hasil penerbitan dan mengenai perkaraperkara yang berkaitan dengannya.

DAN APA PULA YANG TERKANDUNG DALAM SEKSYEN 8A?

Seksyen 8A menyatakan mengenai kesalahan terhadap penyiaran berita tidak benar serta berniat jahat yang jika disabit kesalahan boleh di penjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Lepas ni DAP nak minta kerajaan hapuskan apa pulak?

17 April 2012

DI SEBALIK DEMO PTPTN

Pertamanya, TUP ucapkan tahniah kerana mereka ada keberanian dan semangat yang jitu dan itulah sikap sepatutnya bagi anak muda, tetapi bacul.

Golongan Mahaewel terlalu muda dan perlu menimba banyak pengalaman. TUP rasa tidak salah untuk mereka untuk berdemo dan memohon sesuatu untuk kebaikan mereka. Mungkin TUP rasa berbeza tapi bukan bererti membencisesetangan pihak. Pandangan TUP  ini mungkin boleh memberikan sedikit manfaat untuk perjuangan mereka yang seterusnya dan berlandaskan pejuang yang sebenar.

Tidak salah jika mereka memperjuangkan hak untuk mendapatkan pendidikan percuma. Namu pandanagan TUP sendiri agak kecewa dan disebalik demo tersebut melaungkan sifat kebencian kepada sesetengah pihak, namun disiplin haruslah dipatuhi.

Demo tesebut bukanlah semata-mata untuk memohon menghapuskan PTPTN, tetapi juga terhadap penyalah gunaan kuasa, sifat rakus sesetengah pihak dan baynyak lagi yang pembaca sememangnya mengetahui. Dan alangkah baiknya mahaewel ni berbincang ataupun bersemuka dengan pihak berwajib bagi menyelesaikan masalah ini. Demontrasi hanya pilihan terakhir. Demontrasi penasuhan PTPTN itu juga berbau slogan-slogan parti tertentu.

Mahasiswa sepatutnya bebas daripada pengaruh 'pihak'lain. ertikata mereka tidak didalangai oleh sesiapa untuk menentukan kehendak sebenar mereka bagi menunjukkan bahawa mahasiswa itu bebas dalam menentukan halatuju mereka tanpa ditentukan oleh pihak lain, samada pembangkang ataupun kerajaan.

Bagi TUP, alangkah baiknya jika mereka mengawal bahasa dalam slogan-slogan yang dilaungkan. Orang muda bersemangat tapi juga beradab dan berhemat. Slogan-slogan yang buruk Allah tidak suka dan hanya mengikis simpati mereka yang belum menentukan pendirian dan baiknya juga jika mereka tidak bertakbir ALLAH AKBAR mengiring ucapan yang tidak elok. Kalimat Allah itu boleh mengiringi semangat yang membakar dan pendirian yang tegas, tapi amat tidak wajar untuk mengiringi ucapan yang berunsur makian dan cercaan.

Isu samada memansuhkan langsung PTPTN, ataupun menghapuskan bunga (riba/pengurusan) ataupun menyusun semula agar tidak menjadi beban boleh dibahaskan secara ilmiah. Boleh dilihat di sudut positif dan negatif.

Isu sebenar ialah segala isu yang lain ialah wang dan harta negara ini banyak dibelanja secara salah dan tidak telus. Kebocoran di sana sini. Belanja yang melampau pada urusan yang tidak wajar, sedangkan para pelajar yang miskin ataupun kurang kemampuan dipaksa tanggung beban.

Jika negara belanja dan diurus secara telus, mungkin memansuhkan PTPTN tidak dilihat begitu perlu, sebaliknya ditimbang semula beberapa aspek dalam PTPTN itu.

Mahasewel hendaklah terus memikul idealisme perjuangan tetapi hendaklah berakhlak dan mempunyai pendirian yang ilmiah dan mantap
.






16 April 2012

Pelajar desak mansuh PTPTN digesa pulang pinjaman

KUALA LUMPUR - Pelajar yang terlibat dalam demonstrasi mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di sini dicabar supaya memulangkan semula pinjaman itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kumpulan pelajar terbabit perlu berbuat demikian untuk membuktikan bahawa mereka sememangnya enggan pembiayaan pendidikan itu diteruskan.

"Saya ingat mereka semua anak jantan, jadi mereka patut pulangkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) di sini, hari ini.

Khaled berkata Universiti Selangor (Unisel) milik kerajaan negeri Selangor yang turut memperjuangkan supaya PTPTN dimansuhkan juga patut menyatakan pendirian mereka dengan tegas mengenai isu berkenaan.

"Mereka (Unisel) nak atau tak nak pelajar mereka mendapat PTPTN? Kalau betul nak mansuhkan PTPTN jangan buat iklan dalam akhbar siapa yang masuk Unisel boleh dapat PTPTN," katanya.

Mengulas mengenai APEL, Khaled berkata ia akan memberi lebih ruang dan peluang kepada individu yang berkerjaya yang sebelum ini tidak berpeluang mengikuti pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk berbuat demikian.

Beliau berkata menerusi APEL, individu yang mempunyai pengalaman kerja akan melalui satu proses penilaian khusus bagi menentukan tahap kompetensi mereka yang dilakukan oleh Pusat APEL, Universiti Terbuka Malaysia dan Universiti Wawasan Malaysia.

"Setelah penilaian dibuat, mereka yang layak akan diberi sijil bagi membolehkan individu terbabit mengenal pasti peluang pengajian tinggi yang bersesuaian di mana-mana IPT.

"Ini adalah satu lagi ruang asas bagi kemasukan ke IPT, kalau dahulu matrikulasi, tingkatan enam, A-Level tapi sekarang APEL," katanya.

Khaled berkata buat permulaan, kemasukan pelajar melalui APEL di semua IPT dihadkan kepada lima peratus sahaja daripada keseluruhan jumlah pelajar semasa.

Beliau berkata, langkah itu dibuat bagi membolehkan pihak IPT memberi perhatian yang sewajarnya dalam menyediakan khidmat sokongan yang khusus untuk pelajar berkenaan.

Pada masa sama, Mohamed Khaled berkata pengenalan sistem APEL itu juga diharap dapat mengimbangi jumlah pelajar lelaki dengan pelajar perempuan di IPT.

"Apabila ada APEL ia beri peluang kepada golongan lelaki yang tidak dapat masuk IPT secara formal, dapat masuk melalui cara ini kerana pengalaman yang ada itu akan bolehkan mereka masuk," katanya.

– Bernama

"Mengkafir Sesama Islam'

Alangkah BODOHnya dan cetek akal, perbuatan mengalungkan bunga malai pada potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin oleh kumpulan 'mahasewel' yang berdemonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di depan Kompleks Sogo di ibu negara kelmarin seolah-olah mengkafirkan sesama Islam.

Perbuatan itu dilihat mahasewel telah diperbodohkan ataupun memang betul-betul Bodoh.

Menurut, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya, 'mahasewel' bukan tak tahu, apa yang dilakukan itu adalah adat bagi agama Hindu apabila berlaku kematian membabitkan penganutnya.

Inilah akibatnya 'BODOH SOMBONG" Memang tidak boleh diajar, Ingat Masuk U boleh dijadikan Tauladan untuk anak Bangsa, Namu apa yang diharapkan dan TU boleh kelaskan 'ORANG YANG GAGAL" sebab tu buat demontrasi supaya pinjaman PTPTN tu tak payah bayar sebab dah kerja gerenti tak dapat!
PM dan Menteri Pengajian tinggi tu Islam, Mahasewel meng tak tahu kot...ataupun dh 'diracun' oleh parasit-parasit pembangkang.

PTPTN tu pinjam je tau wahai mahaewel, kalau dah nama hutang tu wajib le bayar? Wang yang dipinjam itu hutang kerana ia duit kerajaan.Mana tanggujawab anda wahai mahasewel?

PTPTN boleh jadi Free jika mahasewel dapat 'FIRT CLASS" bukan yang  jenis berak tepi jalan! Yang dok berdemo wat pe balik kampus belajar le rajin..opsss dah "GAGAL"..ingat tu HUTANG WAJIB DIBAYAR!

15 April 2012

DEMO MANSUH PTPTN

"Mereka berhimpun di Dataran Merdeka menuntut respons daripada pihak kerajaan mengenai tuntutan mereka agar skim pinjaman PTPTN dimansuhkan."

TU, fikir mahasiswa ni dah tak reti bersyukur , dah bagi betis nak peha pulak,sedar le wahai adik-adik mahasiwa-siswi jangan di PERBODOHKAN oleh PR tu, dah bagi pinjam nak FREE plak, Beusaha la biar PTPTN tu jadi FREE, tapi bukan cara BerDEMO macam 'ORANG TAK deOTAK' tu belajar rajin-rajin biar dapat 'First CLASS" PTPTN tu dapat le FREE, jangan dapat FREE jugak, bukan PTPTN tapi Terajang, APa Macamm Nak? Silau-punya silau ade ke cina yang BEDEMO mcm tu?Nak Dapat PTPTN dihapuskan? Pikir Pakai OTAK la Bro! Lepas tu tuduh kerajaan Gagal bagi pendidikan Pecuma, Banyak Cantik korang ek, Belajar Malas, Kerajaan dah bagi Pendidikan Percuma, tapi bukan macam 'Geng" Korang yang tak de Otak tu..yang nak belajar dan yang reti beryukur je tau!
Pikir la Bro, Belajar, Bukan BerDEmo macam Orang Bodoh tu.

05 April 2012

Syor-syor yang dipersetujui oleh PSC berhubung Penambabaikan Proses Pilihan raya


1. Memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar 
    negara sama ada mengundi di Perwakilan Malaysia atau pos
2. Pengundi di luar kawasan
3. Tarikh Pembubaran Parlimen
4. Kerajaan Sementara
5. Penguatkuasaan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberikan maklumat palsu  
     dalam urusan    
    pendaftaran
6. Akses media yang bebas dan saksama
7. Pembersihan daftar pemilih yang berterusan
8. Penelitian daftar bagi alamat-alamat yang mempunyai ramai pemilih berdaftar
9. Bantahan terhadap pemilih yang telah diperakui melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, 
    pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.
10. Penggunaan alamat selain alamat mastautin pada kad penegnalan sebagai alamat pendaftaran untuk 
      menentukan bahagian pilihanraya.
11. Memperkasakan kedudukan SPR
12. Penstrukturan dan pengukuhan SPR
13. Memperluaskan AKademi Pilihanraya
14. Pengasingan fungsi utama SPR
15. Pengagihan kerusi Dewan Rakyat bagi Sabah dan Sarawak
16. Persempadanan bahagian pilihanraya yang seimbang
17. Peruntukan dana kepada Parti politik
18. Sistem pilihan raya baru
19. Memberi kemudahan memngundi secara pos kepada petugas SPR dan media
20. Membenarkan pra pendaftaran seseorang warga negara untuk didaftarkan sebagai pmilioh apabila 
      mencapai umur 20 tahun
21. Memanjangkan tempoh berkempen
22. Kajian ke arah pendaftaran secara automatik.

01 April 2012

'Lagi-lagi Nak salahkan Orang'


Aduahai, semua salah, yang dok pasang bendera kat tiang letrik tu apasal?kan dah kena renjatan eletrik, dah tahu 'benda' tu bahaya, wat pe nak pasang jugak, pasang la bendera tu tempat lain, nak tinggi la kononya?kalau macam tu pergi la pasang kat satelit di angkasa nun.

Mangsa Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah. Abang ipar seorang daripada mangsa, Che Musa Mamat berkata adik iparnya, Rosli bersama empat rakannya ke kawasan itu untuk mendirikan buluh setingga kira-kira 12 meter untuk menaikkan bendera PAS dan DAP pada pukul 12 tengah malam.
Biasanya kalau terdengan orang kena renjatan eletrik ni orang nak curi kabel je..ni pasang bendera lak, AWAS puak-puak PAS dan DAP, tu kira amaran awal untuk  tidak boleh pasang bendera kat tiang letrik nanti tersangkut kat kabel..alamatnya 'tengkorak' la jawabnya.
Yang pelik pulak jentera PAS melalui facebook, Twiiter dan juga Blogg menyalahkan Tenaga Nasional Berhad punca kepada kematian kedua dua mangsa itu. Kenapa pulak TNB yang nak dipersalahkan?
Walhal PAS yang patut dipersalahkan. Asyik orang je yang salah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...