23 December 2013

Permohonan BR1M 2014 dibuka bermula 23 Disember ini



Sesiapa yang layak dan belum lagi membuat Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari hari ini sehingga 31 Januari 2014.

Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.


Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my

Pembayaran BR1M akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Dis ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

22 December 2013

Awas, Tindakan Mahkamah Terhadap Penyumbang Kes Denggi


KUALA LUMPUR: Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang didapati menyumbang kepada peningkatan kes denggi.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, beliau akan meminta kementerian untuk bertindak tegas dari segi penguatkuasaan bagi membendung gejala itu.
"Kita tidak akan teragak-agak untuk membawa mereka yang melanggar undang-undang ke mahkamah," katanya selepas menghadiri majlis perasmian mesyuarat agung tahunan MCA ke-60 di Wisma MCA pada Sabtu.
Dilaporkan bahawa setakat 14 Disember, kes denggi meningkat mendadak 87.5 % dengan 39,222 kes yang direkodkan pada tahun ini berbanding dengan 20,923 tahun lalu menyaksikan peningkatan 18,299 kes.
Bilangan kematian meningkat sebanyak 137% kepada 83 kematian dalam tempoh yang sama.
Dr Subramaniam berkata, mesyuarat antara pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kesihatan yang berkaitan di peringkat persekutuan dan negeri akan diadakan bagi membincangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kes denggi.
Kementerian itu, katanya, juga akan memberi tumpuan kepada mendidikan pengamal kesihatan supaya pesakit denggi merujuk ke hospital lebih awal.
"Hospital yang mempunyai ramai pesakit denggi seperti di Serdang dan Kajang perlu membuat rundingan dengan hospital berdekatan," katanya.
Dr Subramaniam berkata, virus denggi menjadi lebih agresif, mungkin disebabkan oleh perubahan iklim.
Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - "Saya pergi Bangladesh untuk ucap tahniah kepada 40,000 pengundi di sana." Gurau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-60, semalam.

Beliau menyentuh soal dakwaan pembangkang yang menuduh BN membawa masuk 40,000 pengundi Bangladesh ketika PRU13 lalu.

"Saya pergi ke Bangladesh untuk mengesahkan perkara itu.

"Saya minta Presiden Bangladesh kumpulkan rakyatnya di stadium sebab saya nak ucapkan tahniah pada 40,000 pengundi itu," katanya yang disambut sorakan perwakilan.

Najib turut melahirkan rasa kecewa apabila dakwaan pembangkang itu membuatkan rakyat percaya.

"Saya tak faham bagaimana rakyat kita boleh percaya dengan penipuan pembangkang itu.

"Apa kena dengan rakyat Malaysia sekarang ini?," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menafikan pembabitan rakyatnya dalam proses demokrasi di Malaysia.

SUMBER

19 December 2013

Layak ke Mat Sabu jadi Pesuruhjaya Pas P.Pinang??


Mohamad Sabu


Terkejut Admin bila dapat tahu Pas mengumumkan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang.

Perkra itu diumumkan Setiausaha PAS, Datuk Mustafa Ali . Mustaffa Ali berkata pemilihan itu bertujuan untuk meneruskan kelangsungan parti termasuk dalam konteks kerjasama dengan PR.

Bagi admin, bukan konteks kerjasama yang admin nampak, tapi Mat Sabu yang suka buat apa sahaja yang suruh oleh KM. Pencacai ke apa nama?

Apa pun tunggu kehancuran yang bakal dibuat oleh Mat Sabu nanti. Pas apa boleh buat!

18 December 2013

Mandela Carian Terhangat Google 2013


Nelson Mandela
SAN FRANCISCO: Nelson Mandela mendahului senarai carian terhangat Google untuk tahun 2013 apabila syarikat gergasi internet itu, pada Selasa membolehkan pengguna melihat 'semangat zaman' secara dalam talian.
Kompilasi Tahunan Google Zeitgeist ke-13 menyorot kembali trend carian internet sepanjang tahun terhadap manusia, tempat dan peristiwa-peristiwa yang menarik perhatian dunia.
"Ia mungkin bukan kejutan bahawa angka carian pada 2013 simbol kekuatan dan keamanan antarabangsa: Nelson Mandela," kata Naib Presiden Kanan Google, Amit Singhal dalam posting blog beliau.
"Minat carian global terhadap bekas presiden Afrika Selatan itu sudah tinggi pada tahun ini dan selepas pemergiannya, orang dari seluruh dunia beralih kepada Google untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Madiba dan legasinya."
Mandela, wira anti- apartheid yang lebih dikenali sebagai Madiba di Afrika Selatan meninggal dunia pada 5 Disember pada umur 95.
Kedua dalam senarai 10 teratas carian global ialah selebriti filem The Fast dan The Furious, Paul Walker yang terbunuh dalam kemalangan kereta bulan lepas.
Yang ketiga adalah Apple iPhone 5S.
Bintang rancangan televisyen Glee, Cory Monteith yang meninggal dunia akibat dadah berlebihan pada bulan Julai menduduki tempat keempat dan kegilaan tarian Harlem Shake di tempat kelima.
Baki lima teratas yang lain ialah pengeboman di Marathon Boston, bayi Diraja Britain, Samsung Galaxy S4, permainan video konsol Sony PlayStation 4 dan Korea Utara.
"Pengguna memuat naik lebih 1.7 juta versi video daripada Harlem Shake ke YouTube, yang menduduki tempat kelima dalam senarai global kami," kata Singhal.

Kempen boikot Israel

Kempen boikot Israel

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Kira-kira dua pertiga daripada 1,252 ahli akademik Persatuan Pengajian Amerika Syarikat (Asa), kelmarin sebulat suara menyokong resolusi memboikot Israel.

"Semasa perbincangan terbuka baru-baru ini, beberapa ahli meminta kami menggubal draf resolusi yang bertujuan untuk 'menghukum' Israel kerana melakukan penindasan berterusan ke atas penduduk Palestin," jelas jurucakap Asa.

Kempen itu juga bertujuan untuk memutuskan hubungan dan kerjasama dengan semua institusi pengajian di Israel yang telah dijalinkan sejak sedekad lalu.

Difahamkan, dipetik dari AFP, persatuan terbesar yang melakukan penyelidikan ke atas sejarah dan adat kebudayaan AS itu turut melancarkan kempen secara dalam talian bagi meraih sokongan masyarakat.

Mei lalu, ahli kosmologi Britain, Stephen Hawking menarik diri daripada sebuah persidangan berprestij di Israel sebagai protes terhadap pendudukan rejim Zionis di Tebing Barat.

SUMBER

09 December 2013

Lintah ‘bergayut’ pada anu

Awas lintah, walaupun kecil tapi boleh membunuh mangsa.
Kota Bharu: “Suami terkejut apabila mendapati seekor lintah sebesar ibu jari ‘bergayut’ pada kemaluan anak dan segera membuangnya,” kata Siti Mazura Che Kob, 31, ibu Muhammad Luqman Haziq Kamal, 2, dari Kampung Bagus, Rantau Panjang, Pasir Mas, yang kemaluannya digigit lintah ketika bermain banjir di kampung berkenaan, kelmarin.
Muhammad Luqman yang bermain air banjir menggunakan pelampung bersama abang dan sepupunya digigit lintah pada jam 9 pagi.
Siti Mazura berkata, bimbang darah tidak berhenti selepas setengah jam, dia dan suami, Kamal Jusoh, 40, segera membawa Muhammad Luqman ke Hospital Pasir Mas, sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, semalam (kelmarin).
“Dalam tempoh lima jam, saya terpaksa menukar lampin pakai buang anak saya itu lima kali kerana darah masih keluar.
Bagaimanapun, selepas menerima rawatan, anak saya kembali pulih,” katanya, semalam.
Pada hari sama, seorang lagi kanak-kanak perempuan, Yusrina Yusri, 5, dari kampung Bendang Pak Yong, Tumpat, duburnya dimasuki ketika bermain banjir pada jam 9 pagi.
Ibunya, Siti Khatijah Che Ibrahim, 27, berkata, anaknya bermain banjir dengan seorang lagi anaknya, Yusri Aiman, 2, sebelum tiba-tiba menjerit memanggilnya memberitahu sakit dubur.
Katanya, dia segera mendekati anaknya dan terkejut melihat lintah sudah separuh memasuki dubur.
“Saya menguis berkali-kali dalam keadaan panik tidak pasti lintah itu jatuh atau masuk dalam dubur anak.
“Saya membawanya ke Hospital Tumpat kerana bimbang darah terus keluar.

Anak saya dirujuk ke HRPZ II dan selepas doktor memeriksa termasuk melakukan imbasan x-ray, tiada lintah dalam dubur anak saya,” katanya yang masih fobia dengan kejadian itu.
Foto

Harian Metro

Pahang kecuali bayar bil air

Kuantan: Pahang mempertimbang untuk mengecualikan mangsa banjir di negeri itu membayar bil air di sepanjang tempoh mereka ditimpa musibah bencana alam berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata langkah itu sebagai bukti keprihatinan kerajaan negeri dalam meringankan beban rakyat yang ditimpa banjir 'luar biasa' beberapa hari lalu. 


“Saya sedih melihat kemusnahan akibat banjir dan keadaan menimpa mangsa sebab saya tidak ada banyak wang untuk diberikan kepada mereka,” katanya selepas menyampaikan bantuan perubatan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan Wisma Belia di sini, semalam. 


Beliau berkata, kerajaan juga akan berusaha mencari mekanisme terbaik untuk memastikan bantuan dapat disalur secara berkesan kepada mangsa banjir berikutan terdapat rungutan berhubung agihan bantuan di pusat pemindahan.

Di Kuala Lumpur, Badan Perhubungan UMNO Kedah tampil membantu mangsa banjir dengan menghantar lori bantuan kemanusiaan ke Kuantan, Pahang, semalam.

Keadaan makin pulih

Pengerusinya, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata lori yang membawa barangan keperluan itu akan berlepas ke pejabat UMNO Kuantan dan sebahagian daripada barang terbabit akan turut diagihkan oleh UMNO bahagian Indera mahkota. 


Sementara itu, keadaan banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor semalam terus menunjukkan pemulihan dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan semakin berkurangan berbanding kelmarin.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang berkata, sehingga jam 8 malam tadi, bilangan mangsa banjir di negeri itu berkurangan kepada 35,502 orang berikutan keadaan cuaca yang baik, walaupun mendung.

Di Kuala Terengganu, Jumlah mangsa banjir di negeri ini seramai 22,617 orang membabitkan 5,582 keluarga, berbanding 22,040 mangsa daripada 5,032 keluarga, kelmarin.

Namun, sekitar Kemaman, mangsa banjir meningkat kepada 19,869 orang (4,901 keluarga) malam tadi berbanding 19,287 orang (4,723 keluarga) petang semalam. 

Di Kota Bharu, Banjir di Kelantan kini semakin pulih apabila hanya 139 mangsa saja ditempatkan di empat pusat pemindahan di daerah Pasir Mas dan Tumpat.

Di Johor Bahru, Mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini semakin menurun apabila hanya 1,024 mangsa masih berada di pusat pemindahan berbanding 1,160 mangsa pada pagi, semalam.


Berita Harian

08 December 2013

‘Dua jasa isteri saya yang orang tidak tahu’


Rosmah Mansor Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bukan beliau seorang menjadi perhatian ramai malah tempias itu turut dirasai oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib berkata, bukan hanya cerita baik yang didengari malah ramai juga yang mempersoalkan peranan isterinya selama ini.

Menurut beliau, ramai yang tidak tahu bahawa isterinya telah membantu membebaskan pelajar Malaysia ketika Ops Piramid yang lalu.

"Beliau (Rosmah) telah menelefon isteri bekas kepada presiden Mesir Suzanne Mubarak bagi membebaskan seorang pelajar Malaysia yang dituduh perisik sewaktu operasi tersebut berlangsung.

"Pelajar tersebut dituduh sedemikian dan kemudiannya dihumban ke penjara, dalam dua jam, pelajar kita dibebaskan," katanya.

Presiden Umno itu berkata, ia merupakan salah satu daripada dua jasa Rosmah yang tidak pernah dimaklumkan kepada sesiapa sewaktu operasi itu dijalankan dua tahun lalu.

Bagi jasa kedua, Najib berkata semasa operasi yang berjalan, Najib berkata isterinya juga memohon jasa baik kerajaan Arab Saudi dengan "jaringan" dengan keluarga diraja, membolehkan pelajar Malaysia dapat singgah di Jeddah tanpa visa.

"Ia diusahakan oleh isteri saya kepada pelajar-pelajar kita. Malah dua kapal terbang Jumbo disediakan secara percuma bawa balik pelajar kita.

"Belum pernah saya beritahu tapi ia adalah sumbangan isteri saya kepada rakyat Malaysia," katanya


Sinar Harian

04 December 2013

Ustaz Kazim Tolak jadi Ahli MT UMNO kerana beliau ahli PAS?



Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias umumtolak pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Pengumuman tersebut dibuat  hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam satu program ceramah agama Taman Ria, di sini, malam tadi, menurut sumber RTM.


Sabtu lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan sembilan lagi ahli MT parti itu, termasuk Mohammad Kazim.

Mohammad Kazim atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim sebelum ini berkata,  beliau masih belum membuat kputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota MT Umno.

Katanya, sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.


atau kerana beliau ahli PAS yang tidak boleh apa-apa jawatan dalam UMNO?
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...