20 August 2013

Dannok pusat beli pistol!!

Dannok (Selatan Thailand): “Ramai orang Malaysia datang beli macam-macam pistol seperti jenis Glock dan Sig Sauer di kedai saya. Memang ia pistol tiruan tapi kalau diletak bersebelahan pistol sebenar, sukar nak bezakan.
“Mudah saja nak bawa pistol ini masuk ke Malaysia. Selepas beli, simpan di pekan ini dua tiga hari sebelum datang balik naik kereta lain dan membawanya masuk Malaysia.”
Demikian kata seorang peniaga pistol angin atau ‘airsoft gun’ di pekan ini ketika mendedahkan mengenai pembelian senjata tiruan itu oleh ramai rakyat Malaysia yang datang melancong.
Lelaki berusia 30-an itu yang mahu dikenali sebagai Sam berkata, pistol ituyang didakwanya dibuat di Taiwan dan China dijual dengan harga RM700 hingga RM950 mengikut jenis dan kelengkapan dikehendaki.
Foto
PISTOL angin mudah dibeli di pekan Dannok.
“Harga pistol angin mahal sikit sebab diperbuat daripada besi, tahan lasak. Selain pistol, saya juga menjual peluru atau palet pistol diperbuat daripada bebola besi, serta aksesori pistol angin termasuk teropong mirip penembak tepat serta gas mampatan,” katanya.
-MyMetro-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...