TOKYO - Gunung berapi paling aktif di Jepun, Gunung Sakurajima dilaporkan mengeluarkan asap tebal yang ke-500 kali pada tahun ini.
Menurut pakar gunung berapi, kepulan asap tebal direkodkan mencecah 5000 meter dan paling tinggi sejak letusan pada 1955 sekali gus menyebabkan keseluruhan bandar Kagoshima bergelap serta diselaputi debu.
Gunung Sakurajima yang berketinggian 1,117 meter, terletak di pulau Kyushu dan mula memuntahkan asap lewat malam Jumaat lalu.
Walaupun tiada laporan mengenai masalah kesihatan akibat debu Gunung Sakurajima, pihak jabatan kesihatan tetap mengeluarkan arahan supaya penduduk memakai penutup hidung dan mulut ketika berada di kawasan terbuka.
Sepasukan pakar dari institut pengurangan bencana di Universiti Kyoto, bertindak memantau setiap pergerakan gunung berapi tersebut bagi mengelak insiden letusan kuat 1914 yang mengorbankan 58 orang berulang.
Setakat ini, Gunung Sakurajima hanya meletus pada skala kecil beberapa ribu kali setahun dan tidak menjejaskan penduduk. - MailOnline
No comments:
Post a Comment