Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan mencadangkan pengisytiharan sempadan Kelantan-Thai dengan penubuhan satu kawasan keselamatan khas sama seperti Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom) di Sabah.
Pengarahnya, Datuk Azis Yacub berkata, jika di Sabah dikenali sebagai Esscom, mungkin di Kelantan nama itu ditukar tetapi masih dalam skop kawalan yang sama.
Menurutnya, cadangan itu bagi membantu memperkukuhkan kawalan keselamatan daripada sebarang perkara yang tidak diingini.
No comments:
Post a Comment