14 August 2013

UNDANG-UNDANG LONGGAR DAN KADAR HUKUMAN 'RINGAN' PUNCA ISLAM 'PERMAINKAN'

Undang-undang yang longgar dan kadar hukuman yang ringan menyebabkan salah satu punca Islam dipermainkan dan terus dihina dalam laman sosial. paling tidak pun dengan dikenakan dengan bayaran RM3,000 sahaja. Ia juga tidak sekecoh bila agama lain dihina. Hinggakan ada yang mendesak menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat. Rakan 'sebelah sana' pula hanya diam membisu dan mempersoalkan tindakan kerajaan menangani isu penghinaan Islam. Padahal ia tanggungjawab bersama umat Islam.

Apakah kita lupa penghinaan ke atas al-Quran, terhadap Nabi, penghinaan azan dan perbuatan mencampak kepala babi ke dalam masjid dan surau? Macam ni pun kita masih berdiam diri?

Kalaulah ada orang Islam yang menghina agama lain, tentulah heboh dan desakan demi desakan agar si pelaku dikenakan tindakan tegas. Kalau dikutuk dalam laman sosial itu adalah sudah tentu. Kalau orang agama lain hina Islam, sejauhmanakan kepekaan kita kita untuk mempertahanankan agama kita yang suci ini?

Adakah kita terlalu berlembut atau takut dengan mereka? Kalau beginilah sikap kita orang Islam, admin percaya sampai bila-bila pun agama Islam akan terus dihina. Admin percaya terdapat perancangan yang rapi untuk melaga-lagakan umat Islam dan seolah-olah menguji sejauh mana orang Islam bersatu.

Nota: Article ini adalah pendapat peribadi admin dan tidak kena mengena dengan seiapa pun dan bukan berniat untuk menunding jari mencari salah seiapa. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...