DAP yang mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi memutuskan untuk 'berunding' dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung arahan supaya parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
Keputusan itu seolah-olah menunjukkan DAP terus cuba mengelak daripada melaksanakan pemilihan tersebut seperti diarahkan ROS sebelum ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pemimpin parti itu yang menghadiri mesyuarat tergempar malam tadi senada untuk melakukan usaha terakhir bagi bertemu Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berhubung kekusutan yang melanda parti itu.
"Kita hanya mahu dua penjelasan tentang sebab-sebab mengapa dan apa kuasa di bawah Akta Pertubuhan untuk ROS mengarahkan DAP mengadakan pilihan raya semula CEC.
"DAP sanggup mengadakan semula CEC dengan syarat kita diberikan penjelasan berhubung cara yang munasabah, sah berserta fakta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Malam tadi DAP mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat mereka di Jalan Pudu, namun Guan Eng enggan memberi sebarang komen kepada media yang menunggu di situ selepas mesyuarat berkenaan berakhir.
sumber
No comments:
Post a Comment