28 October 2013

Fakta atau auta?

Kecoh-kecoh!! 

PENEMUAN risalah sebuah parti politik menggunakan foto wartawan Sinar Harian yang telah diubah suai dianggap sebagai taktik 'desperado' untuk mengelirukan pengundi.

Sinar Harian berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai foto terbabit bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa akhbar ini memihak kepada parti berkenaan.

FAKTA
Gambar ini diambil tiga tahun lalu ketika Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali (kanan) mengunjungi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 25 Mei 2011 di Pejabat Menteri Besar Wisma Darul Aman, Alor Setar. Turut hadir, Penolong Ketua Biro Sinar Harian Utara, Roslinda Hashim (tidak kelihatan dalam gambar). Kunjungan adalah sempena sesi wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Azizan.

AUTA
Gambar berkenaan diubah suai menggunakan teknik superimpose kononnya calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat (berkopiah) bersama Mohd Idros bertemu Azizan.

Tinjauan wartawan Sinar Harian mendapati risalah mengandungi gambar yang dimanipulasikan itu turut diedarkan secara percuma di pekarangan pintu masuk Markas Induk Pas Kawasan Jerai semalam.

Sehubungan itu, Ketua Pengarang Sinar Harian membuat penafian dan penjelasan bahawa akhbar ini tidak ada kena mengena dengan risalah berkenaan.

PAS BOHONG DAN TERUS BOHONG

Cerita dari rakan Sekupangdua..

PAS ingat pengundi Sg Limau ni macam lembu boleh tipu dengan pakaukan cermin mata hijau supaya lembu boleh nampak sampah tu macam rumput hijau yg segar.? Makin kuat kencingnya mereka disana. Untuk menang apa saja dihalalkan cara. Beginikah yg mahu diangkat sebagai pemimpin? Pakat kuyup la hangpa lenjun satu badan kena kencing depa kalau bulat-bulat percaya kat depa...baca lagi

24 October 2013

PRK Sungai Limau: Sohaimi bukan saja mengajar di universiti malah pernah jadi guru pondok

Hebat calon BN ni, bukan setakat menjadi Pesyarah kanan di UPSI, malah pernah menjadi guru di dua buah pondok. 

YAN: Calon Barisan Nasional(BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Lazim merupakan pendidik berpengalaman dalam bidang pengajian pondok, mahupun peringkat universiti. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Ahmad Sohaimi pernah mengajar di dua buah sekolah pondok sebelum menjadi pensyarah universiti. 

Calon BN itu merupakan bekas pensyarah kanan, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris ini, dan pernah menjadi tenaga pengajar di Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al Halimiah yang dikenali sebagai Pondok Pak Ya, dan juga Sekolah Agama Fauzi, atau Pondok Fauzi, di sini.


Sebagai bekas pendidik sekolah pondok tentunya beliau mempunyai bekas pelajar dan guru yang turut menyokongnya, kata Jamil Khir kepada pemberita di pusat penamaan calon PRK itu di sini hari ini. 

Sementara itu, Ahmad Sohaimi ketika ditemui pemberita di Bilik Gerakan BN, berkata beliau yakin dapat membangunkan DUN Sungai Limau dengan lebih baik bagi faedah penduduk di situ. 

"Saidina Umar pernah mengungkapkan bahawa hari ini semestinya lebih baik daripada semalam dan hari esok semestinya lebih baik daripada hari ini, jadi kalau zaman Ustaz Azizan (Tan Sri Azizan Abdul Razak penyandang kerusi DUN Sungai Limau) baik, maka hari ini saya berjanji akan buat lebih baik daripada zaman beliau," katanya. 

Bagaimanapun, Ahmad Sohaimi mengakui setiap pemimpin mempunyai keistimewaan sendiri dan mereka datang bersilih ganti, justeru setiap pemimpin perlu dipilih masyarakat dengan hati terbuka berdasarkan fakta jelas, pemikiran rasional dan tidak dipengaruhi mana-mana unsur tidak baik. 
Bagi beliau, antara visinya adalah untuk menjadi penghubung masyarakat setempat dengan pihak kerajaan, supaya masalah mereka dapat diajukan ke peringkat atasan secara terus. 

Pada PRK Sungai Limau itu, Ahmad Sohaimi, 52, berdepan satu lawan satu dengan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat, 37. 

Pilihan raya itu diadakan berikutan penyandang DUN, Azizan, meninggal dunia 26 September lepas. - BERNAMA 

ALLAH BUKAN HAK ISLAM???

Pelik dengan PAS ni, tidak tetap pendirian, mana pendirian Parti Bulan ni?kata dasar parti memperjaungkan Islam. Tapi bila Uamt Islam memperjuangkan hak supaya Kalimah Allah tidak boleh guna oleh orang Islam, Hadi pula lain kata. dasar pas yang tidak tetap pendirian, dan suka buat pusingan U.

"Kalau orang kafir, orang bukan Islam nak sebut kalimah Allah itu hal dia. Kalau mereka nak kelirukan orang Islam...kita kena jawab.
"Apa yang penting penjelasan kita. Umno tidak istiqamah, tidak ikut landasan yang betul dalam masalah kalimah Allah iaitu menggunakan hukum syarak,"
Tuduh UMNo pula tidak istiqamah, yang PAS buat semua betul ke?takut sangat dengan DAPigs..
Allah tu milik Islam wahadi Hadi, kena la bela buka meyalahkan UMNO, parti bulan sudah hilang arah tuju.

Hadi Serang BN Guna Isu Kalimah Allah
YAN: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memulakan kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan membangkitkan isu kontroversi penggunaan kalimah Allah dengan menyalahkan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).
Modal kempen itu dilihat bertentangan dengan saranan parti itu sendiri sebelum ini agar BN tidak menggunakan isu-isu agama ketika berkempen.
Menurut Abdul Hadi, Umno gagal menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang Islam mengikut landasan yang betul.
Malah Abdul Hadi sekali lagi mempertahankan pendirian pakatan pembangkang sebelum ini bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah.
"Kalau orang kafir, orang bukan Islam nak sebut kalimah Allah itu hal dia. Kalau mereka nak kelirukan orang Islam...kita kena jawab.
"Apa yang penting penjelasan kita. Umno tidak istiqamah, tidak ikut landasan yang betul dalam masalah kalimah Allah iaitu menggunakan hukum syarak," katanya ketika berceramah di Kampung Padang Lumat, Batu 16 di sini, Rabu malam.
Tindakan Abdul Hadi membangkitkan isu kalimah Allah ternyata bertentangan dengan gesaan Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar agar Umno mengelak daripada menggunakan isu-isu agama dan perkauman dalam kempen mereka.
Mahkamah Rayuan di Putrajaya membuat keputusan bahawa 'The Herald', penerbitan mingguan Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah Allah pada 14 Oktober lepas untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan.
Mengulas lanjut Abdul Hadi mendakwa Umno gagal mengangkat martabat Islam menerusi perjuangannya.
Menurut Abdul Hadi kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan pentadbiran berat sebelah apabila berkata isu larangan penggunaan kalimah Allah tidak terpakai kepada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.
"Mereka nak tunjuk mereka pun nak perjuangkan Islam walaupun kadang-kadang salah langkah. Baru-baru ini nak tunjuk pertahan sangat Islam, pertahan kalimah Allah...tapi tak kena cara," katanya.
PRK DUN Sungai Limau menyaksikan saingan dua penjuru antara calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat dan wakil Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Kenali Calon BN DUN Sungai Limau



23 October 2013

14 barang kawalan harga ditetapkan sempena Deepavali

Sebanyak 14 jenis barangan kawalan harga diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di bawah Skim Kawalan Harga musim perayaan sempena sambutan Deepavali, 2 November ini.

Menterinya, Datuk Hassan Malek, berkata 14 barangan berkenaan ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B, C, daging kambing tempatan, daging kambing biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, daging peha kambing biri-biri import bertulang, tomato, bawang merah kecil, ubi kntang import dan kacang dhal. 

"Kuatkuasa Skim Harga Barang Kawalan ialah selama 10 hari bermula 28 Oktober 2013 iaitu empat hari selepas Hari Deepavali dan lima hari sebelum perayaan itu," katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat, hari ini. 

Beliau berkata, penguatkuasaan Skim Kawalan Harga itu bertujuan mengelakkan peniaga dan pekedai mengambil kesempatan menaikkan harga barangan berkenaan. 

Sementara itu, Hasan berkata, seramai 1,845 anggota penguat kuasa dan 1,071 pegawai pemantau harga KPDNKK akan digerakkan ke pasar di seluruh negara bermula hari pertama pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan. 

"Setiap peniga perlu meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu yang dikeluarkan oleh pihak kementrian dan persatuan peniaga bagi membezakan barangan harga terkawal," katanya.


B.Harian

Dua Penjuru Di Sungai Limau

YAN: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menyaksikan saingan dua penjuru apabila hanya wakil Barisan Nasional (BN) dan PAS menyerahkan borang pencalonan masing-masing sehingga proses penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi Rabu.
Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman mengumumkan Dr Ahmad Sohaimi Lazim daripada BN dan Mohd Azam Samat yang mewakili PAS disahkan layak bertanding.
Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.
Azizan memegang kerusi itu selama lima penggal sejak 1995.
Beliau mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada Barisan Nasional (BN), Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.

22 October 2013

Kisah dongeng Hans Christian Andersen

Kisah dongeng Hans Christian Andersen
KISAH dongeng The Little Mermaid, Thumbelina, The Princess and the Pea dan The Ugly Duckling bukanlah asing bagi setiap kanak-kanak. Malah boleh dikatakan, karya hasil Hans Christian Andersen ini memberinya peluang mengecap kemasyhuran di seluruh dunia sebagai penulis novel, cerpen dan penyair.

Sering menjadi antara cerita sebelum tidur yang digemari ibu bapa untuk dibacakan kepada anak-anaknya, maka tidak hairanlah mengapa kisah dongeng ini masih segar dalam ingatan sehingga ke hari ini walaupun telah berganti generasi. Sehingga kini, hasil tulisan Andersen telah diterjemahkan kepada lebih 125 bahasa.

Kehidupan awal

Hans Christian Andersen atau H.C Andersen merupakan anak tunggal kepada pasangan Hans Andersen Sr dan Anne Marie Andersdetter yang dilahirkan pada 2 April 1805 di Odense, Denmark.

Ketika usianya 11 tahun (1816), bapanya meninggal dunia. Walaupun bukan berasal daripada keluarga kaya, Andersen tetap dihantar ke sekolah berasrama penuh bagi menjamin masa depannya.

Keadaan pendidikan Andersen mendorong tersebarnya spekulasi mengatakan beliau bukanlah ahli diraja Denmark yang sah. Bagaimanapun, berita itu tidak pernah dibuktikan.

Dalam tahun 1819, Andersen ke Copenhagen untuk bekerja sebagai seorang pelakon dan kembali semula ke sekolah tidak lama selepas itu selepas disokong penaung Jonas Collin. Ketika ini beliau telah memulakan minatnya dalam bidang penuli-san namun tidak digalakkan gurunya.

Permulaan karier penulis

Karya cerita pendek pertama Andersen bertajuk ‘A Journey on Foot from Holmen’s Canal to the East Point of Amanger’ diterbitkan pada 1829, diikuti penerbitan pertunju-kan teater, buku puisi dan travelog.

Memegang gelaran pengarang muda yang mendapat pingat Raja membolehkan Andersen mengembara ke Eropah bagi mengembangkan lagi kerjaya.

The Improvisatore, sebuah novel berdasarkan kisahnya ketika di Itali diterbitkan pada 1835, tahun sama beliau mula menghasilkan kisah dongeng. Sejak itu beliau mula menulis untuk kanak-kanak dan orang dewasa, menghasilkan kisah autobiografi, perjalanan serta puisi memuji kebaikan rakyat Scandinavia.

Sementara itu, pengguna dan pengkritik terlepas pandang pada cerita klasik seperti The Little Mermaid dan The Emperor’s New Clothes. Pada 1985, terjemahan Bahasa Inggeris cerita rakyat dan kisah lain Andersen mula mendapat perhatian penggemar luar.

Pada 1847, Andersen ke England dan mula menjalin persahabatan bersama penulis novel terkenal Charles Dickens. Selepas itu, kisahnya mula menjadi klasik Bahasa Inggeris dan mempunyai pengaruh kuat kepada penulis kanak-kanak Britain termasuk A.A Milne dan Beatrix Potter.

Lama kelamaan, masyarakat di Scandinavia mula menyedari tentang kisah hasil karya Andersen. Begitu juga di Amerika Syarikat, Asia dan terus berkembang hingga ke serata dunia.Sebuah taman hiburan bernilai AS$13 juta (RM41 juta) yang mengetengahkan hasil kerjanya dibuka di Shanghai, China pada 2002.

Malah cerita popular Andersen berjudul The Little Mermaid turut diangkat dan dipentaskan kepada versi animasi.

Kehidupan peribadi Walaupun Andersen berkali-kali jatuh cinta, namun beliau tidak pernah berkahwin. Malah, beliau juga tertarik kepada lelaki dan wanita termasuk penyanyi terkenal Jenny Lind dan penari Harald Scharff.

Kehidupan peribadinya itu mendorong beliau untuk meluahkan segalanya dalam hasil karyanya.

Sekitar tahun 1872, Andersen menga-lami kecederaan serius selepas terjatuh dari katil di rumahnya di Copenhagen, iaitu tahun yang sama bagi penerbitan terakhir untuk koleksi ceritanya.

Pada ketika itu juga, beliau mula menunjukkan tanda-tanda menghidap barah hati. Selepas lebih tiga tahun menderita, Andersen meninggal dunia pada 4 Ogos 1875 pada usia 70
tahun.

Sinar Harian

21 October 2013

Kejam, memang kejam! Wanita Hamil Jadi Sasaran Sniper Di Syria

Kejam! Wanita Hamil Jadi Sasaran Sniper Di Syria

Kejam! Wanita Hamil Jadi Sasaran Sniper Di Syria | LONDON – UNITED KINGDOM. Seorang pakar bedah di Britain mendakwa wanita hamil menjadi sasaran penembak hendap di Syria.
Dr David Nott yang berada di Syria selama lima minggu mendedahkan kumpulan penembak hendap tersebut turut menganggap tindakan kejam itu sebagai satu ‘hiburan’ untuk mereka.
“Mereka sengaja menembak ke arah orang awam tanpa sebab. Saya pernah merawat dua wanita sarat hamil yang terpaksa menerima hakikat kehilangan bayi masing-masing selepas peluru menembusi uterus mereka.
“Insiden tersebut sememangnya menyayat hati dan ia pertama kali berlaku sepanjang tempoh perkhidmatan saya,” jelasnya pada laporan AFP.
Sinar Harian
Menurutnya, beliau telah merawat lebih enam wanita hamil yang menjadi mangsa tembakan ketika beliau berkhidmat secara sukarela di sebuah hospital di negara bergolak tersebut.
Difahamkan, Nott pernah berkhidmat sebagai pakar bedah kecemasan di zon perang seperti Bosnia, Libya dan Republik Congo sejak 20 tahun lalu.
Sinar Harian

Cerita Sekupang Dua:BANDUAN KANTOI TAK LEPAS LARI SEBAB PERUT


Hajat tidak kesampaian, itulah yang berlaku kepada seorang banduan dari Brazil untuk melarikan diri tidak kesampaian apabila dia tersekat pada lubang yang digunakan. Kejadian berlaku di sebuah penjara di Ceres, berdekatan Goiania. Dikatakan perutnya terlalu besar sehinggakan dia tidak muat untuk memasuki lubang tersebut...Baca lagi


foto lucu banduan larikan diri

20 October 2013

Zahid, Shafie, Hishammuddin Kekal Status Quo Naib Presiden Umno


KUALA LUMPUR: Tiga penyandang kerusi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjaya mengekalkan kedudukan masing-masing pada pemilihan parti itu yang berlangsung pada Sabtu.
Keputusan itu menunjukkan kira-kira 146,000 perwakilan Umno di seluruh negara mahu mengekalkan status quo jawatan tertinggi parti itu dengan memilih semula tiga penyandang kerusi Naib Presiden.
Keputusan rasmi yang diumumkan kita-kira pukul 1.40 pagi Ahad menyaksikan Ahmad Zahid sekali lagi mengekalkan pengaruhnya di kalangan ahli Umno apabila mendahului dua lagi pemimpin lain dengan 185 undi.
Pada pemilihan kali ini, Shafie terbukti berjaya memperbaiki pengaruhnya apabila mendapat 174 undi berbanding Hishammuddin yang memperoleh 100 undi.
Dalam pemilihan Umno 2009, Ahmad Zahid memperoleh undi paling tinggi sebanyak 1,592 diikuti Hishammuddin yang mendapat 1,515 undi dan diikuti Shafie dengan 1,445 undi.
Kemenangan tiga penyandang itu sekaligus menggagalkan cubaan kali pertama calon popular bagi jawatan berkenaan, Datuk Mukhriz Mahathir untuk menempatkan diri dalam salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden.
Mukhriz diumumkan memperoleh 91 undi daripada 191 bahagian di seluruh negara iaitu beza hanya sembilan undi dibelakang Hishammuddin.
Sementara itu dua lagi calon Naib Presiden, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam masing-masing memperoleh tujuh undi.

18 October 2013

AYUH KITA KEKAL MENTERI KAMPUNG

Esok 19 Oktober maka terjawablah sudah siapa yg bakal menjadi NAIB PRESIDEN sehinggalah ke jawatan yg paling kecil sebagai pemeriksa kira-kira yang diamanahkan tanggungjawab yg sebenarnya cukup besar dijemala sesiapa yg dilantik maupun yg bertanding..Baca lagi

11 October 2013

SEKUPANGDUA: DS SHAFIE AFDAL DIBEDAL?

Bila tiba musim kempen pemilihan UMNO pelbagai cara
digunakan untuk pastikan calun masing-masing menang. Maka wujudnya toyol-toyol  upahan yang menganiaya calon. Sepatutnya kepakaran kamu semua digunakan untuk kekuatan UMNO, bukanya menjahanamkan sesama sendiri.

Terkini yang dianiaya adalah DS Shafiee Apdal , sila klik sini untuk berita penuh SEKUPANGDUA: DS SHAFIE AFDAL DIBEDAL?:

10 October 2013

TERKINI, PESAWAT TWIN OTTER MAS WING TERHEMPAS DI KUDAT




Penerbangan Malaysian mengesahkan sebuah pesawatnya terhempas di Kudat jam 2.54 petang ini.

Pesawat MASwing Twin Otter yang terbang dari Kota Kinabalu menuju Kudat itu terhempas di Kampung Sinsan.

Bernama pula melaporkan, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy Ramin berkata pesawat yang dinaiki 16 orang itu terhempas di Kampung Sinsan dan menyebabkan dua mangsa cedera parah.





"Panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.54 petang dan jentera bomba bersama 11 anggota tiba di tempat kejadian 21 minit kemudian.

"Kesemua 16 mangsa dalam pesawat tersebut berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan," katanya ketika dihubungi di sini.


Punca kejadian sedang dalam siasatan. - Bernama, 10 Oktober, 2013.

Sumber

09 October 2013

ADUN DAP LETAK JAWATAN BETUL ATAU HANYA SANDIWARA?


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong daripada DAP Goh Leong San hari ini meletakkan jawatan ketua pembangkang negeri.


tindakan itu diambil ekoran kekesalannya terhadap tindakan rakan-rakan dalam parti itu yang mempersoalkan pujiannya terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron baru-baru ini.

Wakil rakyat yang dikatakan tidak berpuas hati itu ialah Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Lai Kuen Ban (Kota Laksamana).


Betul atau hanya sandiwara Ahli DAP yang kita sudah tahu putar belit.

Adakah tindakan tersebut dilihat sebagai mengalih perhatian dengan isu DAP yang panas mengenai pemilihan CEC dan DAP yang anti Melayu!

BERITA BAIK,KERAJAAN SEDIA RM15,000 DAN RM20,000 BANTU RAKYAT BELI RUMAH MAMPU MILIK


Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah.

Berita baik, kerajaan kini  akan menyediakan subsidi antara RM15,000 dan RM20,000 bagi membolehkan rakyat membeli rumah mampu milik. Berita gembira disuarakan  Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) akan membina tiga jenis rumah mampu milik dengan tiga bilik tidur berharga RM65,000, RM55,000 dan RM45,000.

"Bagi rumah berharga RM65,000, kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000. Bagi kediaman berharga RM45,000, subsidi yang disediakan sebanyak RM15,000,"
katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar acara Simposium Zakat Perniagaan Nasional 2013, di sini.
   
Beliau juga berkata, Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan di Parlimen 25 Oktober ini merupakan bajet 'mesra rakyat' yang memberi tumpuan ke atas kediaman
mampu milik dan pembangunan infrastruktur.
   
Ahmad Husni menambah, kerajaan juga mahukan SPNB menjadi pemaju rumah mampu milik berskala besar untuk rakyat, membina banglo dengan harga jualan kira-kira
RM250,000, selain rumah berkembar dua dan rumah teres, masing-masing berharga RM100,000 dan RM80,000.
   
"Kerajaan juga akan menekankan pembangunan infrastruktur dalam bajet akan datang, terutama di kawasan yang kurang mendapat akses bekalan elektrik, air dan
jalan," katanya.
   
Dalam ucaptamanya, Ahmad Husni berkata, simposium itu menunjukkan inisiatif yang semakin meningkat dalam usaha menyelaraskan amalan perniagaan moden yang
berlandaskan prinsip Islam.

"Kerajaan membuat beberapa peruntukan untuk zakat individu, termasuk perakuan ke atas keseluruhan jumlah yang dibayar sebagai rebat cukai.
  
"Bagi zakat perniagaan, kerajaan mencadangkan zakat ke atas pendapatan perniagaan yang dibayar oleh syarikat, boleh ditolak cukai dalam pengiraan cukai
pendapatan korporat, tidak melebihi 2.5 peratus daripada pendapatan agregat," katanya.
   
Simposium sehari itu dianjurkan oleh Institut Akauntan Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional. Ia bermatlamat meningkatkan standard piawaian
perakaunan dan amalan pelaporan untuk semua pemegang kepentingan dalam ekosistem zakat. 


- Bernama-

Y.B. Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Hj. Apdal Calon Naib Presiden-Wakil Malaysia Timur



Y.B. Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Hj. Apdal Calon Naib Presiden
Belai adalah satu-satunya wakil dari Malaysia Timur dan banyak menabur bakti dalam membawa pembangunan di Malaysia Timur. Kenapa Shafie Apdal?

Belia adalah Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah yang banyak menabur bakti kepada pembangunan kampung, khususnya Sabah dan Sarawak. Beliau juga adalah Ahli Parlimen P189 Semporna.

Kerana Beliau:

Membantu golongan Miskin melalui KKLW, dan belia adalah Menteri yang kerja kuat untuk itu.







bantu pelajar Luar Bandar


Membangunkan JKKK



Karnival Usawan Desa bantu majukan Usahawan Luar Bandar KKLW jadi penganjur


Sasarkan Usahawan Satu keluarga demi bantu tingkatan pendapatan luar bandar

Oleh itu wajar beliau diangkat sebagai Naib Presiden UMNO

03 October 2013

PR tidak mahu Akta Pencegahan Jenayah 2013?

PR tidak mahu Akta Pencegahan jenayah yang baru diluluskan oleh kabinet?

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan terus membantah Akta Pencegahan Jenayah 2013 walaupun pemindaan pemerluasan akta tersebut telah diluluskan di dalam Dewan Rakyat awal pagi Khamis.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan bantahan dalam bentuk kempen dan forum bagi membantah undang-undang yang mengembalikan tahanan tanpa bicara ini ditarik semula.
"Kita akan terus membantah walaupun undang-undang ini telah diluluskan.
"Kami akan teruskan di dalam dan luar parlimen, kami akan adakan siri kempen, forum, untuk memberikan pendedahan mengenai betapa terdesaknya kerajaan menggunakan akta ini untuk memerangi jenayah," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Khamis.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata mereka tidak menolak langkah pencegahan jenayah melalui akta itu namun menolak sekerasnya pemindaan dan pemerluasan tahanan tanpa bicara atas alasan memperjuangkan hak asasi manusia.
"Kita pandang serius jenayah mengingkat dan ada penyelesaian dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja penambahbaikan perjalanan dan pegurusan PDRM 2005.
"Saya nak ingatkan Pakatan Rakyat berpendirian undang-undang ini rakus dan disalah gunakan seperti yang berlaku sebelumnya, dan kita akan terus membantah," katanya.
Akta tersebut telah diluluskan dalam Dewan Rakyat awal pagi Khamis setelah melalui proses pindaan bermula awal minggu lalu.
Selepas melalui proses perbahasan selama dua hari, sesi perbahasan yang bermula jam 4.30 petang Rabu bersidang sehingga jam 1 pagi Khamis.
Selain pemipin politik pembangkang, anggota badan pertubuhan bukan kerajaan dari Surra Rakyat malaysia (SUARAM) turut membantah pindaan akta berkenaan.

4 November hari mengundi PRK DUN Sungai Limau


Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 4 November sebagai hari pengundian dan 23 Oktober sebagai tarikh penamaan calon pilihan raya kecil DUN Sungai Limau.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya bekas Pesuruhjaya PAS Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September lepas.
Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, Azizan yang juga bekas Menteri Besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.

02 October 2013

PRK: Dun Sungai Limau ditentu Khamis ini

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Khamis ini (3 Oktober) di ibu pejabatnya di sini untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dun Sungai Limau, Kedah.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said berkata, SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi Dun N20 Sungai Limau daripada Dun Kedah.


“Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mempengerusikan mesyuarat khas  yang membincangkan tarikh seperti hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian biasa dan daftar pemilih yang akan digunakan.

“Selepas itu diikuti dengan satu sidang media oleh Pengerusi SPR,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kerusi Dun itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Azizan, yang juga bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai.

Sebelum itu beliau menjalani rawatan lebih empat bulan berikutan masalah kesihatan yang serius. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...