23 October 2013

14 barang kawalan harga ditetapkan sempena Deepavali

Sebanyak 14 jenis barangan kawalan harga diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di bawah Skim Kawalan Harga musim perayaan sempena sambutan Deepavali, 2 November ini.

Menterinya, Datuk Hassan Malek, berkata 14 barangan berkenaan ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B, C, daging kambing tempatan, daging kambing biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, daging peha kambing biri-biri import bertulang, tomato, bawang merah kecil, ubi kntang import dan kacang dhal. 

"Kuatkuasa Skim Harga Barang Kawalan ialah selama 10 hari bermula 28 Oktober 2013 iaitu empat hari selepas Hari Deepavali dan lima hari sebelum perayaan itu," katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat, hari ini. 

Beliau berkata, penguatkuasaan Skim Kawalan Harga itu bertujuan mengelakkan peniaga dan pekedai mengambil kesempatan menaikkan harga barangan berkenaan. 

Sementara itu, Hasan berkata, seramai 1,845 anggota penguat kuasa dan 1,071 pegawai pemantau harga KPDNKK akan digerakkan ke pasar di seluruh negara bermula hari pertama pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan. 

"Setiap peniga perlu meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu yang dikeluarkan oleh pihak kementrian dan persatuan peniaga bagi membezakan barangan harga terkawal," katanya.


B.Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...