28 January 2014

YB PKR letak jawatan tanpa sebab?

Berita Peletakan jawatan ADUN Kajang, Lim Chin Cheh semalam, menguatkan lagi spekulasi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid akan digugurkan dan diganti dengan pemimpin lain. 

Orang yang disebut-sebut bukannya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, sebaliknya Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan akan bertanding kerusi itu pada pilihan raya kecil dan akan menjadi MB Selangor jika menang kelak.

Nama lain yang timbul ialah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, sekali gus mungkin menutup terus peluang Mohamed Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa untuk menjadi Menteri Besar.


Sumber

26 January 2014

EKSKLUSIF DARI EKLUSIF 10 KENYATAAN ALLAHYARHAM DATUK HARUN TAIB YANG WAJIB ANDA TAHU!!

EKSKLUSIF !!! 10 KENYATAAN ALLAHYARHAM DATUK #HARUNTAIB YANG WAJIB ANDA TAHU DIDEDAHKAN !!!


sebelum saya meneruskan 10 kenyataan di bawah,saya terangkang dulu siapa sebenar nya Datuk Harun Taib.kelmarin,anak kepada Allahyarham Datuk Harun Taib telah mengirimkan satu pesanan ringkas kepada kenalan bapanya itu menyatakan bahawa Datuk Harun Taib telah meninggal dunia pada jam 12.00 tengah malam.Allahyarham pernah menuntut di Universiti Islam Madinah dalam jurusan Usuluddin.Kemudian peringkat sarjana siasah syariah di Universiti al-Azhar, Mesir. Sesuai dengan latar belakang pendidikan agama dan pengalaman menuntut di al-Azhar, Allahyarham diberikan tanggung jawab sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS.Seorang yang tegas dalam pendiriannya,Allahyarham sering mengeluarkan kenyataan yang pro kepada Islam.

Atas ketegasannya,Allahyarham tidak disukai oleh rakan-rakannya dari DAP terutamanya Karpal Singh.Allahyarham juga pernah menyentuh tentang Tahalluf Siyasi yang diamalkan oleh PAS yang dilihat sebagai merugikan PAS dan juga Islam.Atas dasar tersebut,Allahyarham telah dikecam oleh ahli PAS sendiri iaitu Khalid Samad dan Mat Sabu.Allahyarham juga pernah menegur bekas mufti Perlis,Dr. Asri atas kenyataannya yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan Kalimah Allah.Usaha untuk menyatukan antara orang-orang Islam di dalam negara kita ini seperti menemui jalan kesukaran selepas pemergiannya ini.Diharapkan,agar Ketua Ulamak PAS yang baharu dapat menyambung perjuangan Allahyarham dan merealisasikan harapannya untuk melihat Islam itu berjaya.Al-Fatihah.

Di bawah ini dalah 10 kenyataan Allahyarham yang akan sentiasa diingati dan dijadikan renungan untuk kita semua. 

ISU KALIMAH ALLAH :”Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,” 

ISU KALIMAH ALLAH : “Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,” 

ISU KALIMAH ALLAH : “Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,” 

HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR :”Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,” 

HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR :”Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,” 

MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH : “Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia”. 

MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH : “Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif,” 

HIMPUNAN BLACK505 : “Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13,” 

HIMPUNAN BLACK505 : “Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya),” 

HIMPUNAN BLACK505 : “Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,”

Sumber: Badut Rakyat

23 January 2014

ketagih WhatsApp, abai Isteri

Manama: Seorang isteri di Yaman meminta mahkamah untuk memaksa suaminya memberi lebih perhatian kepada beliau kerana banyak masa dihabiskan dengan aplikasi WhatsApp di telefon bimbitnya.

Dalam kes yang disifatkan sebagai luar biasa di negara itu, wanita berusia 30-an mendakwa suaminya mengalami ketagihan yang tidak normal terhadap mesej aplikasi mesej telefon bimbit terbabit sehingga mengabaikan isteri dan gagal memenuhi tanggungjawab sebagai seorang lelaki. 


Penduduk bandaraya Aden terbabit mengadu ketagihan suaminya itu begitu membimbangkan sehingga beliau terpaksa meminta hakim memaksa si suami untuk membahagikan masa antara isteri, teman dan WhatsApp secara adil. 


Kes luar biasa

Ini adalah satu kes yang luar biasa tetapi ia sebenarnya adalah menggambarkan keadaan dunia Arab masa kini, kata Rasha, seorang peguam di Manama.

Melarikan diri dari dunia realiti ke dunia maya atau ke dalam dunia fantasi kini adalah perkara biasa dan keluarga semakin teruk menderita, katanya dalam komen terhadap kes berkenaan.

WhatsApp Inc yang berpejabat di California bulan lalu berkata aplikasi bagi mesej segera telefon bimbit kini memiliki lebih 400 juta pengguna yang aktif setiap bulan. 
Aplikasi yang dibangunkan untuk telefon pintar pada 2009 itu kini dinaiktaraf untuk membolehkan pengguna berkongsi kandungan multimedia seperti foto dan video.

AGENSI

22 January 2014

Kerana Azmin Pengurus Besar, Setiausaha ditukar?

Shah Alam: Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Datuk Othman Omar dan Setiausaha Kerjanya, Norita Mohd Sidek, ditukar ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), berkuat kuasa serta-merta, semalam.

Pengurus Besar, Setiausaha ditukar
Adakah pertukaran ini ada kaitan dengan kes penyingkiran Azmin dari PKNS?

21 January 2014

Anwar Dilarang Masuk Ke Jepun

Anwar Ibrahim.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad dilarang memasuki Jepun dan beliau mengkritik layanan yang diberikan oleh para pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo. Baca juga cerita di sebalik anuar dlarang masuk ke Jepun. 
Beliau menerusi kenyataan di blog miliknya berkata, "Saya membantah sekeras-kerasnya tindakan ini, tidak wajar kerajaan Jepun untuk tidak membenarkan saya masuk dan menafikan hak-hak sah saya bagi perjalanan secara bebas tanpa halangan.
"Ia memang mustahil untuk salah sebuah negara demokrasi yang terkemuka di dunia untuk mengambil tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di bawah alasan lemah itu dan membiarkan saya dengan gambaran bahawa terdapat sesuatu yang mungkin menyebabkan keadaan ini berlaku," kata Anwar di blognya yang merujuk kepada campur tangan pihak tertentu yang menyebabkan beliau tidak dibenarkan masuk ke negara itu.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tiba di lapangan terbang pada pukul 6.46 pagi Ahad dari Kuala Lumpur tetapi telah dinafikan kemasukan oleh pegawai-pegawai imigresen.
Sebaliknya, beliau diberitahu supaya menaiki penerbangan pertama untuk pulang atau berhadapan dengan tindakan pengusiran.
Anwar memberi kerjasama dan menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada pukul 10.45 pagi.
Ketua pembangkang itu diberikan penjelasan berhubung pengusirannya ekoran sabitannya sebelum ini pada 1999.
"Saya beritahu mereka ini tidak boleh jadi sebab yang diterima kerana saya pernah memasuki Tokyo tanpa halangan sebanyak tiga kali sebelum ini pada 2006, 2009, dan 2012.
"Saya memberitahu pihak berkuasa imigresen mesti terdapat campur tangan berhubung perkara inu dan membantah bahawa adalah tidak wajar bagi mereka untuk tidak membenarkan saya memasuki ke negara ini (Jepun) tanpa bona fide dan sebab yang sah," katanya.
Apabila didesak untuk diberitahu sebab lain, para pegawai menjelaskan bahawa tindakan itu diambil 'kerana laporan terkini', Anwar berkata, beliau menuntut penjelasan daripada Wisma Putra.
Anwar turut menambah bahawa pejabatnya lebih awal membuat pertanyaan dengan pihak Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur dan telah diberikan pelepasan.
Menurut kenyataan di blog Anwar, beliau pergi ke Tokyo selepas menerima jemputan peribadi oleh Yohei Sasakawa yang merupakan Pengerusi Yayasan Nippon bagi membentangkan kertas kerja mengenai Demokrat Islam.
mungkin sebabnya disini  dan mungkin disebabkan ini 

Bunuh anak halau ‘hantu’

Germantown: Seorang wanita dari Maryland yang membunuh dua anaknya memberitahu polis, dia terpaksa berbuat demikian bagi mengusir kehadiran roh dan kuasa jahat.
tidak masuk akal betul la..entah-entah yang membunuh itu dah masuk 'hantu'
Zakieya Latrice Avery, 28, semalam didakwa dengan tuduhan membunuh selepas menikam matinya anaknya yang berusia setahun dan dua tahun. Polis berkata, anggotanya dikejarkan ke kediaman di utara Washington DC itu awal pagi Jumaat lalu selepas seorang jiran menghubungi talian kecemasan 911 setelah menyedari terdapat sebuah kenderaan dengan pintunya terbuka di luar kediaman itu, selain sebilah pisau juga dikesan berhampiran kenderaan berkenaan.

Sebaik tiba di tempat kejadian, polis mendapati dua kanak-kanak itu sudah mati, manakala dua lagi adik-beradiknya yang berusia 5 dan 8 tahun cedera dengan kesan tikaman.
“Suspek menyangka ada syaitan merasuk kanak-kanak terbabit, jadi dia melakukan upacara menghalau roh jahat dengan membunuh kanak-kanak malang berkenaan,” kata pengarah jabatan jenayah, Kapten Marcus Jones. Seorang lagi wanita yang berdepan tuduhan membunuh ialah Monifa Denise Sanford, 21, yang turut memberikan kenyataan sama ketika disoal siasat polis. Monica ditahan sehari selepas kejadian ngeri itu.

Dua wanita itu yang dipercayai bertemu ketika upacara keagamaan di gereja berkongsi tempat tinggal sejak beberapa bulan lalu.

Kedua-duanya yang ditahan tanpa ikat jamin atas tuduhan membunuh dan cubaan membunuh dijangka hadir ke mahkamah tengah hari esok (hari ini). - AFP

08 January 2014

EKSKLUSIF: 3,717 perokok akan didakwa




Eklusif, seramai 3,717 perokok tegar bakal berdepan denda sehingga RM10,000 seorang atau dua tahun penjara apabila gagal menjelaskan kompaun kerana merokok di tempat larangan. 

Perokok terbabit akan didakwa di mahkamah mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 kerana gagal membayar kompaun dalam tempoh tertentu. 

07 January 2014

GEMPAR! BAPA HALANG ANAK SERTAI AKTIVITI AGAMA DI SEKOLAH

Entah apa yang merasuk dan difikirkan di kepalanya  hingga seorang bapa memberikan surat kepada pengetua agar mengecualikan anaknya daripada menyertai sebarang aktiviti keagamaan dan kerohanian termasuk bacaan yasin dan solat berjemaah di sekolah.

Berdasarkan kandungan surat rasmi berkenaan ia diserahkan kepada pengetua sebuah sekolah di Putrajaya, Selasa lalu. Ia dipercayai sahih berdasarkan cop penerimaan oleh pihak sekolah.

Dalam surat berkenaan si bapa tidak memberikan perincian tentang sebab permohonannya itu namun mendakwa, dia sebagai bapa akan menjalankan tanggung jawab memberikan didikan dan asuhan agama yang sewajarnya..baca lagi

surat+rasmi
Surat

mat rempit kepung Balai Polis

100 mat rempit kepung Balai Polis Pasir Puteh
Melampau, itulah yang boleh admin simpulkan apabila lebih 100 mat rempit mengepung Balai Polis Pasir Puteh , Ipoh, dan bertindak memecahkan cermin sebuah kereta di kawasan letak kereta balai berkenaan hingga memaksa siren dibunyikan bagi menyuraikan kumpulan samseng jalan raya itu.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi kelmarin, kumpulan mat rempit itu dikatakan bertindak demikian kerana tidak berpuas hati selepas motosikal rakan mereka terbabit kemalangan dengan PERODUA Myvi di Taman Mutiara, di sini. 


Menurut sumber, sebelum serangan itu, seorang lelaki menaiki kereta PERODUA Myvi memasuki kawasan balai polis dan berlari menuju ke arah dua anggota polis yang bertugas di pejabat pertanyaan di balai itu. 

“Beberapa minit kemudian, seorang lelaki lain turut memasuki kawasan balai sebelum bertindak menghentak cermin kereta PERODUA Myvi itu menggunakan topi keledar hingga pecah.

“Pada masa sama, sekumpulan 100 motosikal dinaiki mat rempit berhimpun memenuhi jalan besar Pasir Puteh dan pekarangan kawasan balai polis berkenaan.


B.Harian

Kedai Zon Bebas Cukai Panjang terbakar!


RANTAU PANJANG:Sebanyak 60 unit kedai di Kawasan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang hangus dalam kebakaran kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan. 


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, Abdul Jalil Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 11.30 malam. 


Katanya, jentera pertama tiba di lokasi pada jam 11.36 malam dengan 50 peratus kebakaran merebak.

sumber

06 January 2014

Buat apa saja untuk mencuri

Pencuri sumbat 4 ekor lembu dalam kereta

Sanggup buat apa saja untuk mencuri. Itulah yang berlaku di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas Kedah. 

Mereka sanggup memasukan empat ekor lembu yang mereka curi. Walau bagaimanapu mereka terpaksa meninggalkan keretaProton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu rosak.

Kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi kira-kira 15km dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.




Tahniah kerajaan Selangor, catat kes denggi tertinggi seluruh negara sepanjang 2013

Selangor mencatat jumlah tertinggi sebanyak 23,852 kes diikuti Johor 4,828 kes.

Sebanyak 43,346 kes denggi dilaporkan sepanjang tahun lalu iaitu peningkatan 98 peratus atau 21,446 kes berbanding 21,900 kes pada 2012.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, Selangor menyumbang sebanyak 55 peratus kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara.

Tiga daerah di negeri itu yang mencatat kes tertinggi ialah Petaling, Hulu Langat dan Gombak.

Sehingga 4 Januari lalu terdapat 120 lokasi 'panas' di Selangor iaitu daerah Petaling (71), Hulu Langat (43), Gombak (4) dan masing-masing satu di Klang serta Sepang.



Siasat pemuda hina Nabi Muhammad SAW - Perkasa

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas seorang pemuda dipercayai menetap di Sabah, Raynold Thomas kerana menghina Nabi Muhammad SAW.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, kenyataan Raynold menerusi Facebook menghina Nabi Muhammad adalah perbuatan melampau yang tidak boleh dibiarkan, selain sengaja mencabar kesabaran umat Islam.

Katanya, tindakan tersebut bukan sahaja biadab malah sengaja mencurah minyak ketika umat Islam di negara ini sedang bersabar dengan Paderi Lawrence Andrew, yang menggesa gereja Katolik di Selangor terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan berbahasa Melayu.

"Perkasa mendesak polis segera siasat dan ambil tindakan undang-undang ke atas pemuda ini. Kemarahan orang Melayu dan Islam belum reda terhadap Andrew tetapi sekarang muncul pula pemuda yang secara terbuka menghina Rasulullah.

"Inilah masalahnya jika kerajaan tidak berani bertegas dan memberi toleransi keterlaluan dalam isu sensitif. Semakin banyak pihak yang berani menghina Islam dan Nabi Muhammad secara terbuka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, hasil semakan Utusan Malaysia terhadap akaun Facebook milik Raynold mendapati, pemuda itu bekerja sebagai perunding perniagaan di sebuah syarikat di Kota Kinabalu dan merupakan bekas lepasan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dalam pada itu Syed Hassan menambah, sudah tiba masanya raja-raja Melayu tampil secara tegas untuk melindungi kesucian agama Islam sebelum keharmonian yang dikecapi sejak sekian lama musnah apabila umat Islam di Malaysia tidak mampu lagi bersabar.

"Tiada siapa lagi dalam negara ini yang umat Islam harapkan untuk menjadi payung bagi melindungi kesucian agama Islam kecuali raja-raja Melayu," katanya.

Utusan Malaysia

04 January 2014

‘Ikhwan' bukan pengganas?


Gaza: Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh menolak label pengganas diberi Mesir terhadap pergerakan Ikhwanul Muslimin malah menegaskan pihaknya tidak akan memutuskan hubungan dengan organisasi itu.
“Tiada siapa pun boleh memaksa Hamas menafikan fahaman atau sejarahnya sendiri.
“Kami yakin Mesir yang juga selamat bagi orang Palestin dan perjuangan kami juga tidak mungkin memandang Hamas sebagai sebuah organisasi keganasan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Hamas yang berkuasa di Semenanjung Gaza adalah sekutu Ikhwanul Muslimin di Palestin.
Pihak pendakwa dan polis Mesir turut mendakwa Ikhwanul Muslimin mempunyai kaitan dengan puak militan Sinai. Ikhwanul Muslimin diselar sebagai pengganas Rabu lalu, sehari selepas bom meletup di sebuah balai polis.
Bagaimanapun, kumpulan yang mengakui bertanggungjawab atas kejadian itu tiada kaitan dengan Ikhwanul Muslimin sebaliknya ada hubung kait Al-Qaeda. - AFP

03 January 2014

Tolong bantu orang pun salah!!

New York: Seorang pembantu perubatan kecemasan digantung kerja selepas melanggar peraturan majikannya kerana membawa seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang sawan ke hospital menggunakan ambulans.
Stephen Sawyer, 20, dianggap melakukan kesalahan apabila memandu ambulans sedangkan peraturan menyatakan pemandu perlu berusia sekurang-kurangnya 21 tahun.
Dia menerima panggilan kecemasan ketika berada di ibu pejabat skuadnya di Ellenville bersama seorang rakan setugas dan pemandu ambulans.
Akhbar Times Herald-Record melaporkan, panggilan itu dibuat paramedik yang berada di rumah mangsa.
Selang dua minit kemudian, satu lagi panggilan diterima membabitkan lelaki warga emas yang cedera akibat jatuh.
Sawyer mengarahkan pemandu ambulans yang ada bersamanya memberi bantuan kepada pemanggil kedua tanpa menyedari tiada kenderaan lain untuk dihantar ke rumah mangsa pertama.
Foto
Stephen Sawyer
Berikutan itu, Sawyer menghabiskan 15 minit menghubungi empat perkhidmatan ambulans lain untuk meminta bantuan namun semuanya sibuk atau berada terlalu jauh.
Sawyer kemudian memutuskan untuk memandu sendiri ambulans ke rumah mangsa dan membawa kanak-kanak itu bersama ibunya serta paramedik terbabit ke hospital.
“Jiwa saya pasti tak tenteram jika tidak mempedulikan nasib kanak-kanak sekecil itu,” katanya yang juga bomba sukarelawan serta anggota polis bantuan. - Agensi

02 January 2014

Panjangnya, Nama 36 abjad dalam lesen

Foto
Honolulu: Seorang wanita Hawaii yang mempunyai nama terdiri daripada 36 abjad akhirnya mendapat lesen memandu dan kad pengenalan sempurna.
Janice Lokelani mempunyai nama keluarga ‘Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele’ yang mengandungi 35 huruf ditambah dengan okina, tanda yang biasa digunakan dalam abjad Hawaii.
Dia menerima lesen memandu dan kad pengenalan baru selepas usahanya untuk memuatkan nama penuhnya dalam dokumen berkenaan mendorong Jabatan Pengangkutan Negara menambah bilangan abjad yang boleh tampil pada dokumen terbabit. Janice, 54, semalam berkata, dia gembira kerana dapat membantu menyelesaikan masalah kad pengenalan yang kekurangan ruang untuk mereka yang mempunyai nama yang panjang.
“Kini di Hawaii, kami bukan lagi warga negara kelas kedua disebabkan oleh nama kami yang panjang,” katanya. Lesen memandu dan kad pengenalan Hawaii sebelum ini hanya mempunyai ruang untuk nama dengan 35 abjad. Dasar baru itu membenarkan 40 abjad nama keluarga, 40 abjad untuk nama pertama dan 35 abjad untuk nama kedua dimuatkan dalam lesen memandu.
Janice mendapat nama keluarga Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele apabila berkahwin dengan suaminya yang berasal dari Hawaii pada 1992.
Mymetro

Ghaib ketika nak buang air

Jempol: Kehilangan seorang penduduk di Ladang Sawit FELDA Raja Alias 2, di sini, sejak Jumaat lalu menggemparkan orang ramai apabila timbul khabar angin kononnya lelaki berusia 33 tahun berkenaan dilarikan ‘orang bunian’.
Pekerja kontrak yang hilang, Mohd Nizam Ahmad, kali terakhir ditemui rakan sekerja kira-kira jam 5.30 petang pada Jumaat lalu, selepas dia yang pulang menaiki van bersama rakan lain dari tapak pembinaan di Kuala Klawang, dekat sini, berhenti membuang air kecil di ladang itu sebelum pulang ke rumahnya di FELDA Raja Alias 4.
Namun, rakan sekerja yang menunggu Mohd Nizam di dalam van terkejut selepas mendapati lelaki terbabit tidak membuang air kecil, tetapi sekadar menghadap sebuah pokok sebelum berlari ke dalam ladang berkenaan.

Hampir seminggu tidak ditemui, sebuah badan bukan kerajaan bersama 80 penduduk akhirnya menjemput ustaz dari sebuah pusat rawatan Islam kelmarin, bagi menggerakkan operasi mencari selepas keluarganya bimbang kehilangan itu.
Foto

Dalam solat hajat, bacaan Yasin dan zikir, pengamal perubatan Islam, Ustaz Abd Ghani Ahmad Zaighu mengetuai gerakan mencari bersama penduduk jam 9.45 malam.
-mymetro-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...