03 January 2014

Tolong bantu orang pun salah!!

New York: Seorang pembantu perubatan kecemasan digantung kerja selepas melanggar peraturan majikannya kerana membawa seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang sawan ke hospital menggunakan ambulans.
Stephen Sawyer, 20, dianggap melakukan kesalahan apabila memandu ambulans sedangkan peraturan menyatakan pemandu perlu berusia sekurang-kurangnya 21 tahun.
Dia menerima panggilan kecemasan ketika berada di ibu pejabat skuadnya di Ellenville bersama seorang rakan setugas dan pemandu ambulans.
Akhbar Times Herald-Record melaporkan, panggilan itu dibuat paramedik yang berada di rumah mangsa.
Selang dua minit kemudian, satu lagi panggilan diterima membabitkan lelaki warga emas yang cedera akibat jatuh.
Sawyer mengarahkan pemandu ambulans yang ada bersamanya memberi bantuan kepada pemanggil kedua tanpa menyedari tiada kenderaan lain untuk dihantar ke rumah mangsa pertama.
Foto
Stephen Sawyer
Berikutan itu, Sawyer menghabiskan 15 minit menghubungi empat perkhidmatan ambulans lain untuk meminta bantuan namun semuanya sibuk atau berada terlalu jauh.
Sawyer kemudian memutuskan untuk memandu sendiri ambulans ke rumah mangsa dan membawa kanak-kanak itu bersama ibunya serta paramedik terbabit ke hospital.
“Jiwa saya pasti tak tenteram jika tidak mempedulikan nasib kanak-kanak sekecil itu,” katanya yang juga bomba sukarelawan serta anggota polis bantuan. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...