Gaza: Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh menolak label pengganas diberi Mesir terhadap pergerakan Ikhwanul Muslimin malah menegaskan pihaknya tidak akan memutuskan hubungan dengan organisasi itu.
“Tiada siapa pun boleh memaksa Hamas menafikan fahaman atau sejarahnya sendiri.
“Kami yakin Mesir yang juga selamat bagi orang Palestin dan perjuangan kami juga tidak mungkin memandang Hamas sebagai sebuah organisasi keganasan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Hamas yang berkuasa di Semenanjung Gaza adalah sekutu Ikhwanul Muslimin di Palestin.
Pihak pendakwa dan polis Mesir turut mendakwa Ikhwanul Muslimin mempunyai kaitan dengan puak militan Sinai. Ikhwanul Muslimin diselar sebagai pengganas Rabu lalu, sehari selepas bom meletup di sebuah balai polis.
Bagaimanapun, kumpulan yang mengakui bertanggungjawab atas kejadian itu tiada kaitan dengan Ikhwanul Muslimin sebaliknya ada hubung kait Al-Qaeda. - AFP
No comments:
Post a Comment