31 May 2012

SHARIZAT TAK TERLIBAT!




Nah amik kau, jangan tuduh-tuduh!
Habis Modal doh nak pusing cerita.
kaki klentong mana pulak nak pusing cerita pulak lepas ni?

PAS KENA BALUN!

Prof Nasoha dah balun PAS, baru tahu langit tinggi ke rendah...

ikuti VIDEO untuk tatapan pembaca

Apa nak dikata lagi masuk PAS masuk Syurga?

UMUR BERSARA KAKITANGAN KEMAS 60 TAHUN


Kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan saranan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya umur persaraan wajib kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dilanjutkan kepada 60 tahun berbanding 58 tahun pada masa ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, perkara itu telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tindakan lanjut.

"Pihak kementerian sudah mengemukakan rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan kita tunggu apa yang diputuskan untuk mereka meneruskan perkhidmatan lanjutan," katanya.

Mohd. Shafie berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis program mesra rakyat bersama beliau di Dewan Masyarakat Kota Marudu, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Ongkili; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Sarapin Magana; ADUN Tandek, Anita Baranting dan ADUN Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail.

Semalam, CUEPACS menuntut kerajaan mencari penyelesaian segera berhubung tiga perkara yang membelenggu hampir 16,000 kakitangan Kemas di seluruh negara.

Presidennya, Datuk Omar Osman dilaporkan berkata, perkara itu antaranya ialah melanjutkan umur persaraan wajib mereka yang pada masa ini 58 kepada 60 tahun selaras dengan pelaksanaan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang baru.

Mohd. Shafie berkata, langkah itu amat wajar memandangkan pekerja berkenaan masih mampu memberikan sumbangan yang signifikan kepada kerajaan.

"Kita tahu mereka ini mempunyai keupayaan dan sudah kita latih sebelum ini dan sudah pasti ia akan memberi penambahan dari segi keupayaan kita kelak," katanya.

UTUSAN ONLINE

30 May 2012

RASUAH: ANUAR ARAH TUTUP KES AZMIN?


KUALA LUMPUR 29 Mei - Raja Petra Kamaruddin, pengendali portal pro pembangkang tampil sekali lagi mendedahkan bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri bertindak menutup kes rasuah membabitkan Azmin Ali.

Dalam pendedahan itu, Raja Petra mendakwa Anwar pada 1995 mengarahkan pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menghentikan siasatan berhubung kekayaan luar biasa bernilai jutaan ringgit yang dimiliki Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin, walaupun hanya bergaji RM2,442 sebulan selaku setiausaha sulit ketika itu.

Dakwanya, penglibatan Anwar dalam kes rasuah Ahli Parlimen Gombak dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didedahkan sendiri oleh bekas pegawai kanan BPR yang bertanggungjawab menyiasat kes tersebut dalam satu pertemuan di London.

Katanya, satu fail sulit bertarikh 15 Mei 1995 yang diserahkan bekas pegawai kanan BPR itu kepadanya jelas menunjukkan Azmin memiliki kekayaan yang tidak seimbang berbanding pendapatannya selaku penjawat awam dan ia disokong pula dengan bukti pemilikan saham oleh Shamsidar bernilai lebih RM7 juta.

Antara kekayaan Azmin pada ketika itu dakwa Raja Petra adalah memiliki sebuah kereta mewah BMW 325i (RM160,529), Proton Perdana 2.0 SE (RM80,767), rumah banglo dua tingkat di Setapak (RM284,118), rumah berkembar di Taman Melawati (RM210,000) serta sejumlah 1,000 unit saham dalam Hicom.

"Selain itu Azmin juga memiliki dua buah kereta lagi iaitu Proton Wira 1.6 Xli dan Proton Satria 1.6 Xli manakala pemeriksaan ke atas salah satu akuan bank Shamsidar mendapati terdapat kemasukan deposit cek berjumlah RM7.2 juta serta wang tunai bernilai RM708,800 dari November 1992 hingga Mei 1995.

"Tidak terkecuali siasatan BPR juga mendapati terdapat kemasukan cek dari bank-bank tempatan ke atas akuan milik Shamsidar berjumlah RM628,552 selain baki dalam akaun bank beliau yang pernah satu ketika mencecah angka lebih RM300,000," katanya sebagaimana dipetik dari portal http://www.malaysia-today.net hari ini.

Dalam pada itu, semakan Utusan Malaysia ke atas fail sulit yang dimuat naik Raja Petra mendapati laporan hasil siasatan Pegawai Siasatan, Cawangan Siasatan Am, Ibu Pejabat BPR menyarankan supaya tindakan tatatertib diambil ke atas Azmin kerana terbukti beliau memiliki kekayaan tidak seimbang.

"Hasil daripada siasatan yang dibuat mendapati jumlah perbelanjaan yang dibuat oleh Azmin dan isterinya adalah jauh tidak seimbang terutama bagi tahun 1993 dan 1994. Hasil siasatan setakat ini juga mendapati isteri Azmin terlibat dalam pembelian saham bernilai jutaan ringgit sedangkan Shamsidar tidak bekerja.

"Memandangkan jumlah perbelanjaan yang dibuat Azmin jauh tidak seimbang, saya syaki wang dan harta dimiliki datang dari hasil perlakuan rasuah. Saya cadangkan Azmin diambil tindakan tatatertib," lapor pegawai berkenaan tetapi BPR tidak mengarahkan sebarang tindakan lanjut diambil ke atas Azmin.

Sementara itu, dalam kenyataannya, bekas pegawai kanan BPR yang bertanggungjawab mendedahkan segala fail sulit berkenaan kepada Raja Petra pula berkata, hanya orang yang pekak, buta serta tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita tentang rasuah membabitkan Azmin hanya suatu rekaan atau konspirasi.

Di samping itu, beliau turut menegaskan, perbuatan pegawai kanan BPR mengarah siasatan ke atas Azmin dihentikan melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah melainkan arahan pendakwaraya.

"Semasa siasatan dibuat gaji Azmin hanya RM2,442 sebulan tetapi mampu menjelaskan bayaran bulan rumah di Setapak sebanyak RM3,376 dan rumah di Taman Melawati sebanyak RM1,110. Jumlah bayaran ini sahaja menunjukkan hutang Azmin melebihi gaji. Di mana Azmin dapat wang tambahan untuk hutang ini?

"Ini belum masuk bayaran deposit yang dibuat ke atas rumah dan kereta, bayaran bulan kereta BMW berjumlah RM875 dan Proton Perdana pula RM700 sebulan. Bukankah ini sahaja sudah mencukupi untuk menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain," katanya juga dipetik dari portal Malaysia Today.

utusan online

25 May 2012

’1Malaysia Pad' di pasaran


PUTRAJAYA – MalTechPro Sdn Bhd pada Khamis memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali ’1Malaysia Pad’ yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.
Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger.
Pengerusi Eksekutifnya Datuk Sohaimi Shahadan berkata menerusi kemudahan itu, pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.
“Tablet itu dicipta degan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia di samping aplikasi sama yang terdapat pada tablet jenama lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran di sini.
Majlis itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sohaimi berkata tablet yang menggunakan sistem android itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G. “Syarikat kami juga bersedia untuk mengubah suai aplikasi itu mengikut kehendak pengguna yang ingin membeli dengan jumlah besar untuk kegunaan jabatan atau agensi masing-masing,” katanya.
Selain itu katanya, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.
Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web www.maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara.-BERNAMA

22 May 2012

PAS: Tiada muzakarah dengan Umno

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang  menegaskan bahawa parti tersebut tidak akan bermuzakarah dengan UMNO. Isu tersebut timbul apabila beliau sebelum ini ditanya pemberita pada 14 Mei lalu mengenai muzakarah dengan NGO dan bukannya UMNO.
Katanya, beliau bersedia untuk bermuzakarah atau berbincang dengan NGO tersebut yang mendakwa PAS menyeleweng daripada dasar Islam.

"(Jadi) tidak timbul (bermuzakarah) dengan Umno. Itu isu lama... Umno jadikan dia isu politik sebab dekat dengan pilihan raya... Ini agenda Umno," katanya.
"Tidak ada muzakarah dengan Umno. Kita nak lawan dengan Umno... Dia tak ajak sungguh (betul-betul) tu," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.
Katanya lagi, isu melibatkan perbincangan PAS dan Umno merupakan "cerita lama" dan "PAS tidak mahu mengulang kembali" perkara itu.
Tambahnya, usaha untuk mengadakan muzakarah itu pernah dianjurkan pertubuhan Angkatan Belia Islam pada 1982, tetapi ditolak UMNO.
perkara kearah kebaikan memang PAS tidak Suka!
lepas tu tuduh UMNO isu politik..aduhai molek sungguh sandiwara PAS.

21 May 2012

DAP Hantar Rombongan Pujuk Hadi Awang Bertanding PRU 13



SHAH ALAM: Kedua-dua rakan PAS dalam Pakatan Rakyat mendesak Datuk Seri Hadi Awang untuk menimbang semula keputusannya tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Tan Seng Giaw mencadangkan pakatan pembangkang mengirim sebuah rombongan untuk mendapatkan penjelasan daripada Hadi.

"Kita (PR) belum tahu lagi sebab apa dia (Hadi) buat keputusan demikian, kita berharaplah dia akan bertanding," ujarnya.

Hadi membuat keputusan muktamad untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 dan sedang memberi fokus untuk mencari calon gantian.

"Jika mereka tidak suka calon yang saya cadangkan, saya akan pergi cari. Secara peribadi, saya mengendalikan tugas ini dan ini akan berterusan sehingga mereka bersetuju untuk melepaskan saya," beliau dilaporkan berkata.

Hadi adalah ADUN Rhu Rendang dan Ahli Parlimen Marang.

Beliau menegaskan keputusan untuk berundur sebagai wakil rakyat adalah muktamad kerana beliau mahu memberikan tumpuan penuh kepada memimpin parti.

Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abd Hamid daripada Parti Keadilan Rakyat berhadap Dewan Ulama PAS boleh menyakinkan Hadi supaya menarik balik keputusannya itu.

"Kita masih memerlukan sokongan dan penyertaan Datuk Seri Hadi Awang. Saya teramat sedihlah kalau dengar berita sebegini. Tapi saya percaya majlis dewan ulama PAS akan membuat satu kenyataan yang lebih menjurus kepada rakyat memerlukan Hadi Awang untuk menyertai PRU kali ini," kata beliau. - antarapos.com

PAS, Umno Perlu Berlapang Dada - Nasharudin Mat Isa
BANGI: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata pucuk pimpinan Umno dan PAS perlu berlapang dada agar kedua-dua pihak boleh bermuzakarah dan mengusahakan sesuatu untuk kepentingan ummah dan negara dalam semua aspek.
Beliau berkata jika kedua-dua parti besar dalam negara itu dapat duduk semeja untuk berbincang, banyak perkara akan dapat dihuraikan.
"Isu muzakarah ni saya rasa semua orang dah tahu pendirian saya. Saya antara yang mempromosikannya dari dulu lagi, kerana saya yakin bahawa untuk masa depan negara kita perlu mengurangkan politiking antara dua parti politik besar orang Melayu Islam di negara ini, bukan hanya untuk kepentingan orang Melayu Islam tapi juga untuk kepentingan negara.
"Walaupun syarat-syarat yang ditetapkan itu mungkin payah untuk diterima oleh tapi saya harap kepimpinan kedua-dua parti berlapang dada dalam mengusahakan sesuatu untuk kepentingan ummah dan negara dalam semua aspek," katanya yang ditemui pemberita pada majlis perkahwinan anak sulungnya di Bandar Bukit Mahkota, di sini, Ahad.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini mengeluarkan kenyataan bersetuju untuk PAS bermuzakarah dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno, yang menerima reaksi positif daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Nik Aziz kemudian meletakkan beberapa syarat untuk muzakarah itu termasuk perlu diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 dan Umno perlu menerima rakan pakatan PAS, iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat, serta menukar dasar kebangsaan yang diguna pakai ketika ini kepada dasar Islam secara rasmi.
Mengulas mengenai pengharaman program yang melibatkan seorang pendukung gay, biseksual dan transeksual (LGBT), Irshad Manji di negara ini, Nasharudin berkata beliau amat menyokong tindakan itu.
"Kerajaan, NGO, rakyat dan semua pihak harus menolak apa saja program atau individu yang membawa pemikiran sedemikian kerana ini akan membawa kesan negatif kepada masyarakat kita," katanya.
Manji, 48, merupakan seorang Muslim berfahaman liberalisme, pluralisme dan feminisme dan dia merupakan pendukung LGBT di peringkat antarabangsa yang datang ke negara ini bagi melancarkan buku terbarunya bertajuk 'Islam, Liberty and Love'.
Ditanya mengenai hasrat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding pada pilihan raya umum akan datang, Nasharudin berkata perkara itu bergantung kepada keputusan parti. BERNAMA

Muzakarah: PAS Tidak Mahu Sentuh Isu Islam, Negara


PAS tidak pernah menyatakan persetujuan untuk bermuzakarah dengan Umno bagi membincangkan isu berkaitan kepentingan ummah dan masyarakat Islam di negara ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebaliknya menegaskan bahawa parti itu hanya bersetuju untuk mengadakan muzakarah dengan Umno bagi menjelaskan mengenai tuduhan liar yang dilemparkan terhadap mereka.
"Isu muzakarah ini sudah lari daripada matlamat asal PAS...yang nak kita bincangkan ialah mengenai tuduhan bahawa PAS sudah menyeleweng daripada perjuangan asal.
"Kita nak jelaskan kepada Umno dan rakyat mengenai pendirian PAS...itu sahaja. Kita tak pernah sebut nak muzakarah mengenai hal perpaduan ummah ataupun Islam," katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan kesediaan Umno untuk mengadakan muzakarah dengan PAS asalkan hasrat itu untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.
Menurut Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, parti itu bersedia menerima pelawaan PAS atas kesedaran pentingnya umat Islam disatukan, yang kini dilihat sudah berpecah kerana perbezaan ideologi.
Kesediaan Umno untuk muzakarah itu sebagai reaksi kepada kenyataan awal Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa parti itu sentiasa bersikap terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno dan juga bersetuju untuk muzakarah itu diadakan dalam masa terdekat.
Mengulas lanjut, Mustafa bagaimanapun mendakwa Muhyiddin cuba mengalihkan isu yang disuarakan PAS dengan mengaitkan kononnya muzakarah yang dirancang itu bertujuan untuk perpaduan ummah dan Islam.
"Soal perpaduan ummah dan Islam ini sudah lama. Ini gendang lama yang dimainkan ketika pilihan raya makin dekat. Saya tak pasti sama beliau tidak faham atau sengaja buat-buat tak faham dengan maksud sebenar PAS untuk bermuzakarah.
"Antara isu yang kita nak jelaskan ialah mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mengatakan perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan nama Islam demi kuasa dan kerusi politik. Ini yang kami nak perbetulkan dalam muzakarah itu," katanya lagi.
mstar online

17 May 2012

Lebih 24,000 guru ditimbang naik pangkat


Selamat Hari Guru Buat Insan yang bergelar Guru. Ssempena hari guru kali ini guru mendapat berita yang mengembirakan buat mereka. kumpulan itu merangkumi seramai 8,222 guru lepasan Ijazah dan 15,831 lepasan Diploma. Alangkah bertuahnya dan prihatinya kerajaan dalam menjaga kebajikan dan nasib pekerja.
Tapi sejaumanakah guru dapat menyokong dasar-dasar kerajaan?

Muhyiddin: Lebih 24,000 guru ditimbang naik pangkat

16 Mei 2012
Muhyiddin: Lebih 24,000 guru akan dipertimbang kenaikan pangkat
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin menyampaikan Anugerah Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan 2012 kepada Datuk Hassan Harun - Foto Bernama
KUALA KANGSAR - Seramai 24,053 guru yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat, mulai 1 Jun hingga 31 Dis ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata kumpulan itu merangkumi seramai 8,222 guru lepasan Ijazah dan 15,831 lepasan Diploma.

"Guru-guru boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran mulai hari ini," katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Guru ke-41 di sini, hari ini.

Beliau berkata selaras dengan usaha kerajaan untuk menambah baik Skim Perkhidmatan Pendidikan, peruntukan minimum kenaikan pangkat secara 'time-based' berasaskan kecemerlangan dikekalkan sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lepas.

Katanya melalui skim itu, bagi guru lepasan Ijazah gred DG41, hanya lapan tahun diperlukan untuk kenaikan ke gred DG44, lapan tahun untuk gred DG44 ke DG48, enam tahun untuk gred DG48 ke DG52 dan hanya tiga tahun untuk gred DG52 ke DG54.-Bernama

'DAP GILA TALAK'

terkejut la bila baca berita hari ni tak sangka la pulak ek DAP mengaharapkan Tunku Aziz kembali pada DAP.
buat apa pegang jawatan dalam parti kalau tidak boleh bersuara...baik keluar je..ikuti berita daripada sinar harian.



DAP masih harap Tunku Aziz kembali
WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Mei 2012
Dr Tan Seng Giaw
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - DAP masih meletakkan harapan yang tinggi agar Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim kembali kepada parti itu.

Timbalan Pengerusinya, Dr Tan Seng Giaw berkata, sebagai seorang kawan dan pemimpin dalam parti, beliau sangat berharap agar Tunku Abdul Aziz tidak meneruskan hasrat meninggalkan parti itu.

“Sudah tentu saya sedih jika beliau ingin meneruskan hasrat meninggalkan DAP. Saya sangat berharap beliau berfikir semula dan kembali ke pangkuan parti,” katanya kepada Sinar Harian.

Seng Giaw berkata, perspektif berbeza dan percanggahan pandangan dalam parti adalah perkara biasa.

Menurutnya, perasaan peribadi tidak boleh dicampur aduk dengan pentadbiran dalam parti mahupun perjuangan terhadap negara.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu akan cuba bertemu dengan Tunku Abdul Aziz bagi membincangkan perkara tersebut.

“Walaupun beliau berbeza pendapat secara terbuka, kami tidak ingin beliau meninggalkan parti dan sebaliknya ingin beliau terus menjadi Naib Pengerusi DAP,” katanya.

14 May 2012

PRU13: BN janji mansuh yuran sekolah agama Kelantan



Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin
BACHOK - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Kelantan akan memansuhkan yuran pengajian sebanyak RM190 setahun yang dikenakan kepada murid sekolah agama di Kelantan sekiranya diberi peluang memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, yuran yang dikenakan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) ketika ini sangat membebankan golongan ibu bapa.

"Kita berjanji akan memansuhkan yuran berkenaan, jika diberi kepercayaan (memerintah)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok di Pangkalan Petah di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas rungutan ibu bapa yang terpaksa menanggung bayaran yang tinggi untuk anak mereka yang sedang belajar di sekolah agama.

Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata selain memansuhkan yuran itu, kerajaan BN juga berjanji untuk menaikkan taraf sekolah agama rakyat di negeri itu yang dalam keadaan kekurangan.

Beliau berkata ini termasuk gaji guru dan kakitangan yang kini agak rendah dan tidak diberi taraf pencen walaupun telah berkhidmat lebih 20 tahun.

Ramai di kalangan mereka telah mengadu kepadanya mengenainya dan saya sangat bersimpati dengan nasib mereka, katanya. - Bernama


ANUAR TIPU LAGI?

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR)Datuk Seri Anwar Ibrahim. menawarkan gaji minimum RM1,100 jika diberi mandat menerajui Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnnya kadar itu lebih tinggi daripada yang diumumkan oleh kerajaan.

30 April lalu, PM mengumumkan kadar gaji minimum RM900 bagi pekerja-pekerja di Semenanjung dan RM800 bagi mereka yang bekerja di Sabah dan Sarawak. 


Anwar juga berkata, rakyat boleh menilai (kerajaan PR) dengan pengurusan ekonomi yang baik dan berhasrat membatalkan kos pengurusan PTPTN bagi memberikan pendidikan percuma sehingga ke institusi pengajian tinggi.

“Harga minyak turun, maknanya turun kos pengangkutan (dalam kadar) yang banyak, kaji semula perjanjian penjana tenaga bebas (IPP) dan kuasa eletrik yang berat sebelah.


Janji tinggal janji, lepas ni tengok la gaji minum kemana, PTPTN ke mana harga minyak pun tetap naik...Pakatan Rapuh berjanji pun rapuh.

Sebelum dapat memang dah lumrah, jannji iti ini..bila dapat semua senyap.

ahli peguam saman majlis peguam


Khairul Azam Abdul Aziz akan memfailkan saman ke atas badan itu ekoran resolusi mesyuarat agungnya Jumaat lalu yang mengecam tindakan polis dalam perhimpunan BERSIH 3.0 Badan berkenaan juga gagal dipertahan sebagai badan profesional dan berintegriti.

13 May 2012

AIR LOMBONG UNTUK RAKYAT SELANGOR



Kerajaan Selangor akan menggunakan air mentah dari bekas lombong di negeri itu bagi menampung keperluan air di Lembah Klang, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar.

Selangor dah kehabisan air ke?


Krisis air Selangor dijangka berlaku pada 2014 jika permintaan tahunan meningkat antara dua peratus hingga 2.5 peratus, pada 2016 jika meningkat 1.5 peratus, 2018 jika meningkat satu peratus dan 2026 jika meningkat 0.5 peratus.


kerajaan Selangor juga bercadang merawat dan menapis air dari bawah tanah, hujan dan sungai yang dilihat lebih banyak memberi manfaat serta menjimatkan berbanding projek membangunkan infrastruktur pemindahan air dari Pahang.



Masalah air pun tak leh selesai, macam mana nak tadbir Selangor?Mereka hanya pandai berpolitik je tapi tak pandai mentakbir.

13 MEI KEMBALI LAGI

Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita mengenang kembali dan mengambil iktibar terhadap Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 lalu yang telah mengorbankan nyawa dan memburukkan hubungan sesama bangsa. 


Kepada masyarakat Malaysia yang hidup di era 1969, sudah pasti tarikh keramat 13 Mei hari ini memberi imbasan kembali memori luka berdarah itu. 


Kepada masyarakat Malaysia pasca 1969 pula, haruslah mengetahui akan sejarah dan puncanya berlaku peristiwa tersebut supaya nikmat perpaduan dan keamanan negara itu dihayati dan disayangi. 


Kita seharusnya bersama-sama dalam satu bendera, satu jata, satu lagu, satu semangat sebuah negara agar peristiwa 13 Mei 1969 ini tidak kembali berulang. 


Konsep hormat-menghormati hak orang lain haruslah ada pada bangsa Cina, India dan Melayu dalam negara ini. 


Marilah kita berazam bersama-sama di tanggal 13 Mei hari ini agar perpaduan dan keamanan yang kita kecapi ini akan sama-sama kita perlihara dan jaganya. 




Sayangilah keamanan dan perpaduan sesama bangsa.


JANGAN SEJARAH  HITAM BERULANG!

DAP Anti Islam, Anti Melayu?

DAP mendakwa Barisan Nasional (BN) khususnya parti terasnya Umno terus-menerus menggunakan pendekatan menakutkan orang Melayu dengan mengatakan ia sebuah parti anti-Melayu dan anti-Islam.


Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, ia sebahagian daripada strategi UMNO-BN menanam persepsi buruk dalam masyarakat Melayu terhadap parti itu untuk kekal berkuasa.


Yang benar tak kan nak kata tidak!


diantara bukti:


1. Apa yang berlaku di KEDAH, DAP  meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui PAS supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.
2. ADUN Sekincan memperlekehkan usaha YB Hassan Ali dalam menghapuskan organisasi Murtad
3. Menentang dan campurtangan dalam soal pentadbiran kerajaan pimpinan Pas termasuk mendesak tarik balik pengharaman loteri kebajikan di Kelantan kerana ianya menindas dan menafikan hak golongan bukan Islam.
4. Jeff Oii  secara sesuka hati menggelarkan orang Islam lain sebagai pelampau Islam ataupun pengganas.
5. Bantu murtadkan  saudara Islam klik untuk bacaan lanjut.


dan banyak lagi!!!


MELAYU ISLAM JANGAN TERUS DIPERBODOHKAN OLEH DAP...
SELAMAT MENYAMBUT HARI UMNO KE 66, HIDUP UMNO!

10 May 2012

Arab Saudi bakal sekat jemaah Haji Malaysia, kerana Bersih 3.0


Kerajaan Arab Saudi mungkin menyekat jemaah Haji Malaysia untuk menunaikan Haji kerana perhimpunan haram Bersih 3.o yang dilangsungkan disana.
Terdapat segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan perhimpunan haram Bersih 3.0 di negara itu tanpa permit dan diadakan di kota Mekah dan kota Madinah. Suka-suka hati je...Ingat la sikit tu negara orang.
Penggantungan ini masih lagi belum muktamad, dan masih di tahap perbincangan.
Kerajaan Arab Saudi amat sensitif dengan isu berhimpun apatah lagi perhimpunan-perhimpunan haram, ini kerana berlakunya pelbagai pergolakan yang digelar sebagai ‘kebangkitan Arab’ di negara-negara Timur Tengah, di mana wujud pelbagai hasutan untuk rakyat menentang kerajaan.


Air Paip bukan Air ajaib


Kewujudan ‘air ajaib’ dari bumbung sebuah rumah di Taman Budiman, Parit Raja di sini yang dikatakan memiliki keistimewaan boleh menyembuhkan penyakit akhirnya terbukti hanya air paip biasa sahaja
Orang kita mudah sangat taksud dengan benda-benda macam tu.
Perkara ini didedahkan sendiri pemilik rumah setelah kediamannya diserbu Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.
Dia mengaku air yang mengalir dari bumbung rumahnya itu tidak mempunyai keistimewaan, tetapi berpunca akibat daripada paip bocor.
Ketua Operasi, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ser­buan dilakukan pihaknya ke atas rumah tersebut setelah menerima aduan masya­rakat setempat selain bimbang akidah penduduk akan terpesong.
Menurutnya, serbuan berkenaan dilakukan sembilan anggota termasuk pegawai dan turut disertai Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor.
“Bagi mengelakkan akidah masyarakat terus terpesong berikutan percaya kepada perkara tidak berasas, kami bertindak menyerbu premis berkenaan hari ini (semalam).
“Kes berkenaan disiasat me­ngikut Seksyen 6 (b) Enakmen Kesalahan Syariah Johor 1997,” katanya.
Saiful Ariffin berkata, ketika serbuan dilakukan, terdapat beberapa individu sedang menadah air dipercayai untuk dijadikan ubat.
Menurutnya, hasil keterangan pemilik kediaman, saluran paip bocor menyebabkan air keluar mencurah dari atas bumbung.
“Kesan daripada kebocoran ini, air tidak berhenti mengalir, malah bil air melambung sehingga mencecah RM300 sebulan.
“Dia juga berharap ada pihak yang dapat menyelesaikan isu kebocoran yang berlaku di kediamannya itu,” katanya.
Saiful Ariffin menasihati orang ramai supaya jangan mudah terpe­ngaruh dengan perkara tidak munasabah dan perlu menyiasat terlebih dahulu kesahihan sebelum mempercayainya.
Sebelum itu, pada 23 Mac lalu Sinar Harian menyiarkan tentang pemilik rumah ini yang mengakui ramai orang datang ke rumahnya untuk mengambil air ajaib tersebut yang dikatakan dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

'Durian runtuh‘ Felda bukan gula-gula PRU13



'Durian runtuh‘ Felda bukan gula-gula PRU13
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
SHAH ALAM - Pemberian durian runtuh kepada warga Felda tidak boleh dianggap sebagai ‘gula-gula’ kepada rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemberian RM15,000 kepada setiap ke­luarga Felda adalah sumba ngan daripada keuntungan perniagaan produk yang dihasilkan.
Menurutnya, warga Felda tidak perlu terpengaruh de ngan hasutan pemimpin pembangkang yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) menyisihkan peneroka daripada arus pembangunan negara.
“Peneroka harus menolak dakwaan itu dan bersyukur dengan usaha kerajaan hari ini yang sentiasa prihatin terhadap nasib dan masa depan keluarga Felda.
“Inilah bukti kerajaan BN tidak pernah mungkir janji kepada rakyat dan sentiasa menjaga kebajikan mereka,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.
Katanya, dengan pemberian tersebut, ia juga me nunjukkan kerajaan tidak pernah berbohong kepada rakyat dan sentiasa melaksanakan apa yang dijanjikan.
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian durian runtuh dengan dana RM1.689 bilion diagihkan secara tunai kepada 112,635 keluarga peneroka yang akan dibayar menerusi tiga fasa.
Pembayaran fasa pertama sebanyak RM5,000 diberikan kepada ketua keluarga akan mula dilaksanakan tidak lama lagi, diikuti fasa kedua RM5,000 untuk isteri peneroka bagi mengiktiraf sumbangan yang dibuat sejurus bayaran fasa pertama selesai.
Bayaran RM5,000 lagi akan diagihkan kepada anak peneroka yang di jangka dilaksanakan selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) di Bursa Malaysia bulan depan.
Manakala kira-kira 20,000 pegawai dan kakitangan Kumpulan Felda juga akan menerima bonus tambahan, iaitu dua bulan setengah gaji tahun ini.
-Sinar Harian-

07 May 2012

BERSIH GANAS!


PEMBOHONGAN PKR TERBONGKAR


PASIR MAS, 6 Mei 2012 - Ahli UMNO Cawangan Kubang Bunggor, Wan Ahmad bin Wan Omar mengecam tindakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggunakan identiti beliau sehingga dikaitkan sebagai Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar.

Peniaga kedai makan berusia 63 tahun itu kesal dengan tindakan tanpa usul periksa parti itu yang menggunakan maklumat peribadi dari kad pengenalannya untuk mendesak Timbalan Pengerusi SPR itu meletakkan jawatan.

Wan Ahmad berkata nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 telah digunakan oleh Saifuddin untuk dimuatkan kedalam kenyataan media PKR yang dikeluarkan pada 27 April lalu.

Sambil menegaskan tindakan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab, beliau melahirkan rasa simpati kepada Datuk Wan Ahmad yang dituduh sebagai ahli UMNO atas dasar nama yang sama dengannya.
 "Sebenarnya, ahli UMNO Cawangan Kubang Bunggor itu adalah saya dan nombor kad pengenalan itu milik saya," kata Wan Ahmad.
Sebelum itu, kenyataan media PKR turut menggunakan maklumat nombor kad pengenalan yang sama dengan peniaga kedai makan Pasir Mas ini dalam desakan agar Timbalan Pengerusi SPR itu meletakkan jawatan atas dasar Datuk Wan Omar adalah ahli UMNO.

Malah nombor keahlian UMNO, kod cawangan, kod DUN dan kod bahagian yang dikeluarkan oleh kenyataan media PKR itu juga menggunakan maklumat dari peniaga kedai makan Pasir Mas tersebut.

Datuk Wan Omar juga pernah menafikan dakwaan PKR bahawa beliau adalah ahli UMNO sekaligus menuntut Setiausaha Agung PKR itu memohon maaf secara terbuka.

Saifuddin turut mempertahankan dakwaannya dengan alasan sudah mengemukakan bukti kepada umum.

SEBELUM INI SAIFUDDIN NASUTION MENGEMBAR-GEMBURKAN BAHAWA TIMBALAN PENGERUSI SPR ADALAH AHLI UMNO. SIAP DENGAN NOMBOR AHLI DAN DARI CAWANGAN UMNO YANG MANA SATU. 


HEBAT..SEMEMANGNYA HEBAT DATUK SAIFUDDIN INI BERBOHONG DEMI HENDAK MENGALIH ISU.
BAGAIMANA PULA NADANYA JIKA TIMBALAN ATAUPUN PENGERUSI SPR ADALAH AHLI KEPADA SALAH SATU PARTI PAKATAN RAKYAT. ADAKAH NADANYA SERUPA DENGAN NADA PADA HARI INI?

Nama WAN AHMAD BIN WAN OMAR
No KP                             :   490101035179
No KP Lama                     :  2756290
No Keahlian UMNO            : 2374564
Kod Cawangan 02213049   :  KUBANG BUNGGOR
Kod DUN 02213                :  CHETOK
Kod Bahagian 022             :  PASIR MAS Negeri KELANTAN
SEDIKIT-SEDIKIT PEMBOHONGAN PKR TERBONGKAR, LEPAS NI APA LAGI?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...