30 October 2011

Nilams Corp. VS Astro..Siaran berbayar

Nilamas telah memperolehi semua lesen yang diperlukan untuk menawarkan TV kabel digital di negara ini, dan akan bersaing dalam ruang TV berbayar Astro All Asia Networks plc (Astro) dan IPTV beberapa pembekal termasuk Telekom Malaysia Bhd ( TM).


Nilamas memperoleh lesen yang diperlukan untuk menawarkan penyiaran langganan di negara ini daripada pengawal selia industri, Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pada 11 Ogos dan dengan lesen ini adalah dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan penyiaran untuk bayaran.

Syarikat ini juga mempunyai lesen kemudahan rangkaian yang akan membolehkan untuk membina rangkaian dan juga lesen pembekal perkhidmatan rangkaian. Lesen sah selama lima tahun.
Menurut The Star, Ia telah mula mengambil orang dan sudah mempunyai seorang pegawai eksekutif, veteran industri televisyen Sreedhar Subramaniam, yang pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai kewangan di NTV7 dan juga sebagai ketua eksekutif The Malaysian Insider.
 

TU: Sejauh mana persaingan, kalu dapat lawan perkhidmatan astro yang mahal dan selalu kecundang bila hujan..tidak msutahil untuk pengguna beralih angin..berkualiti murah akan jadi pilihan..kalau bayar mahal tapi perkhidmatan berbaloi tidak kaisah..

27 October 2011

Siri Pendedahan

Skandal Seks ADUN PAS


Tengok dan korang nilaikan sendiri!

Protes Kenaikan Harga Barang

Utusan Online :Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyokong penuh saranan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi melakukan protes secara senyap terhadap kenaikan harga barang.
 
Presidennya, Mohd. Khalid Atan berkata, sebagai pekerja, mereka akan turut menyokong tindakan yang disarankan oleh CUEPACS jika kenaikan harga barang berlaku sehingga ke tahap yang tidak munasabah.

"Kami menyokong penuh saranan CUEPACS untuk memprotes kenaikan harga barang ini jika peniaga terus menaikkan harga barang tanpa sebab yang kukuh dan sehingga membebankan pengguna.
"Jika harga barangan masih naik, ahli kesatuan akan bersama-sama memprotes kerana keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada penjawat awam malah kepada kakitangan swasta," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai saranan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman agar 1.3 juta penjawat awam di negara ini melakukan protes secara senyap terhadap kenaikan harga barang terutama ayam mulai bulan depan.

Menurut Mohd. Khalid, isu kenaikan harga barang ini seperti satu fenomena yang pasti berlaku apabila kerajaan mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam pada pembentangan bajet tahunan.
"Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2012, peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang walaupun kakitangan awam belum menerima imbuhan tersebut," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, protes yang disarankan oleh CUEPACS ini haruslah mempunyai sasaran yang berpaksikan kepada fakta yang jelas.

"Kita tidak mahu melakukan protes kepada pihak yang salah sedangkan punca kepada kenaikan harga barang itu datang daripada pihak lain," katanya.

Menurut Ma'amor, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menyokong protes tersebut jika ia membawa perubahan, seterusnya meringankan beban pengguna.

TU: Naik..naik..terus naik..apa dah jadi Menteri bertanggungjawab kena lebih prihatin dan ambil tindakan tegas...setegasnya.

KONSPIRASI DAJJAL. SIAPAKAH GADDAFI SEBENARNYA?

BILA Gaddafi jatuh dan dibunuh secara tidak wajar, maka saya segera menyatakan itu tidak sepatutnya dilakukan dan kelihatannya manusia semakin tidak bertamadun.

Saya cukup sedih dan tidak bisa menerima kematiannya sedemikian, apa lagi sebelum ini Gaddafi dihina begitu rupa, padahal pada suatu ketika dia antara pemimpin arab yang cukup lantang menentang Barat terutamanya Amerika dan yahudi dan kelantangan itulah yang Barat berusaha menjahanamkan kepimpinan Gaddafi.

Sejak saya kecil saya sudah mengenal Gaddafi dan mengikut perkembangan kepimpinannya dan saya memang kagum akan keberaniannya yang sama seperti Saddam Husin di Iraq dan tidak hairan Amerika yang ditunjangi Yahudi mahu membunuh pemimpin yang demikian serasa menjadi halangan besar buat melaksanakan Visi jahat mereka.

Barang kali ada lebih baik juga kita menilai semula apa saja yang Gaddafi lakukan buat negara dan rakyatnya sendiri dan mudah2an ini dapat memberikan gambaran yang jelas siapa Gaddafi sebenarnya.

Memangnya keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas.

Usahanya hampir berjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.

Dari saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Zulkifli kerana membongkar rahsia yang terpendam ini untuk dihayati oleh pembaca yang tidak mengetahui atau telah dipesona oleh dusta tajaan Dajjal. Saya petik tulisan Zulkifli Nordin dari blognya.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik....

16 October 2011

Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam telah diisytihar oleh Majlis Raj-raja sebagai Yang Dipertuan Agong yang baru. Ini bermakna baginda adalah sultan pertama diisytihar sebagai Yang Dipertuan Agong buat kali yang kedua sekaligus sebagai Yang Dipertuan Agong yang ke-14. , Yang Dipertuan Agong Yang Baru

Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam  telah diisytihar oleh Majlis Raj-raja sebagai Yang Dipertuan Agong yang baru. Ini bermakna baginda adalah sultan pertama diisytihar sebagai Yang Dipertuan Agong buat kali yang kedua sekaligus sebagai Yang Dipertuan Agong yang ke-14. Keputusan di buat setelah Majlis  Raja-raja dalam mesyuarat khasnya pada Jumaat bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.Sementara, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini.

11 October 2011

KENAIKAN GAJI, ELAUN MP DI TARIK BALIK

Kerajaan semalam menarik balik cadangan untuk menaikkan gaji dan elaun 222 Ahli Parlimen daripada peruntukan Bajet 2012, Jumaat lalu, setelah mendapat bantahan daripada empat wakil rakyat pembangkang, menurut Berita Harian Online. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata penarikan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM30 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012, Jumaat lalu.

Beliau berkata, empat pemimpin pembangkang yang membantah kenaikan itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. 

“Saya gagal buktikan kepada Perdana Menteri bahawa cadangan ini mendapat sokongan penuh daripada Ahli Parlimen sendiri,” katanya di lobi Parlimen, di sini.  

Jumaat lalu, Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula elaun Ahli Parlimen sekiranya mendapat sokongan penuh wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan Bebas.

Nazri berkata, cadangan menaikkan gaji dan elaun Ahli Parlimen adalah tepat pada masanya memandangkan gaji wakil rakyat di negara ini jauh lebih rendah jika dibanding dengan negara jiran lain.

Ahli Parlimen negara ini memperoleh RM6,500 sebulan dan paling rendah berbanding Singapura (RM33,589), Indonesia (RM18,111) dan Thailand (RM11,534).
Katanya, pembatalan kenaikan gaji itu membabitkan kajian berhubung peruntukan elaun pegawai penyelidik dan pembayaran kos sewa pejabat setiap wakil rakyat.

“Pembangkang ‘buka mulut’ (bantah) terlalu awal sebelum kita jelaskan kandungan pakej kajian berkenaan yang merangkumi pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh seorang wakil rakyat.

“Sebenarnya kenaikan gaji Ahli Parlimen yang dicadangkan tidak begitu banyak, mungkin dalam lingkungan RM1,000. Tapi kita banyak fokuskan mengenai elaun sampingan lain seperti elaun pegawai penyelidik, bayaran pejabat serta gaji pemandu,” katanya.

Di PUTRAJAYA, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mencadangkan supaya peruntukan yang mahu digunakan untuk kenaikan gaji Ahli Parlimen disalurkan terus kepada pusat khidmat wakil rakyat bagi mengurangkan beban mereka melaksanakan tanggungjawab di kawasan masing-masing.

Naib Presiden Majlis Penyokong BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata peruntukan tambahan itu berupaya membantu Ahli Parlimen melaksanakan tugas dengan lebih berkesan khususnya membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud, berkata ramai Ahli Parlimen hanya bergantung kepada elaun untuk melaksanakan tanggungjawab di kawasan masing-masing dan ada yang menggunakan gaji sendiri.

“Pembangkang tak setuju kerana kepentingan politik,” katanya.

Kali terakhir gaji dan elaun Ahli Parlimen dikaji semula ialah pada 2005 yang menyaksikan gaji pokok RM6,508.59 berbanding RM5,916.90 pada 2002.

Selain itu, Ahli Parlimen juga diperuntukkan elaun pemandu RM1,200 sebulan. 

TU: Kecewa juga bila Gaji MP dinaikan, tetapi ada segelintir MP yang berkerja sambil lewa, Sedarlah anda dipilih oleh rakyat, jadi jangan Over anda adalah MP.



09 October 2011

Kalau Macam ni kan bagus...doa untuk menghancurkan sama sendiri ape kes?

INTIPATI BAJET 2012


azlanJumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.

azlanPeruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.
Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
 Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.
Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

azlanPolis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen. Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.
Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

NONETeksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan

Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250  dengan Anjung Singgah.

Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

Penjawat Awam

Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
azlanMeringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Rancangan Tebatan Banjir
Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit. Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan. Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah. Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

Artikel Dipetik Dari Malaysiakini

TU: Bertuahnya dapat jadi rakyat Malaysia, dapat pemerintah yang prihatin, Ingatlah, Tak kan dapat sebaik apa yang belum tentu baiknya.

Apa Dah Jadi DAP?

Menurut Malaysiakini, Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP mengetepikan hukuman gantung selama enam bulan yang dikenakan terhadap ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan berhubung kenyataannya tentang bendera Malaysia, kata kenyataan yang dikeluarkan ibu pejabat kebangsaan parti itu.

Jawatankuasa itu membuat keputusan tersebut berikutan rayuan yang dikemukakan Manoharan berhubung penggantungan yang dikenakan terhadapnya oleh jawatankasua disiplin DAP.
  
Kenyataan itu juga berkata CEC bagaimanapun mengekalkan penggantungan selama enam bulan yang dikenakan terhadap ADUN Bentayan Gwee Tong Hiang atas dakwaan penyalahgunaan kuas.

TU: DAP, apa dah jadi ni? Kalau Ahli yang melanggar peraturan, Ambil je tindakan tatatertib, ade pilih kasih pulak dah, DAp oh DAP...Ape Dah jadi ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...