29 August 2012

Mahathir: 'Saya tolak hudud Pas, bukan hudud Islam



Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh Pas.
"Saya tolak hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
   
Beliau berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran.
   
"Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan," katanya.
   
Sementara itu, mengenai pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada November ini, Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) sudah cukup bersedia untuk menghadapinya.
   
"Jika ditetapkan November, kami akan adakan pada November. Saya fikir BN sudah cukup bersedia, kita selesaikan semuanya dan tumpukanlah perhatian untuk memajukan negara ini," katanya. 

- Bernama-

21 August 2012

SH:-Ketua Pemuda Pas: 'Karpal makin keterlaluan'




Nasrudin Hassan

Nasrudin Hassan Tantawi
SHAH ALAM - Sementara spekulasi mengatakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dekat, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi mendakwa Karpal Singh "semakin keterlaluan" kerana cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.
Katanya, pendekatan Pengerusi DAP Kebangsaan itu "bakal berdepan dengan kemarahan umat Islam."
"Saya saran DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubung baik sesama (Pakatan Rakyat) PR," kata beliau menerusi Twitter malam tadi.
Pandangan ini dikeluarkan ketika Karpal dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa terlibat dalam pertikaman lidah berhubung isu hukum hudud dan Negara Islam.
Isu hudud menjadi tumpuan perbincangan politik sejak Pas mengambil langkah pelaksanaan undang-undang Islam itu hampir dua dekad lalu.
Ekoran kenyataan Nasharudin bahawa Karpal seorang anti-Islam minggu lalu, pemimpin DAP itu mengeluarkan kenyataan Jumaat lalu mahu memulakan prosiding mahkamah ke atas Ahli Parlimen Bachok berkenaan.
Nasharudin menyahut cabaran itu sambil berkata bersedia untuk jumpa Karpal di mahkamah.
DAP dari awal tidak setuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Dewan Pemuda Pas Malaysia juga kesal MCA tentang dan pertikai hukum hudud, Umno pula membisu, Majlis Fatwa kaku. Utk semua: Tolong jangan pertikai hukum ALLAH," katanya lagi.
Soal hukum hudud tidak dimasukkan ke dalam Buku Jingga yang dipegang oleh ketiga-tiga komponen PR.
-SINAR HARIAN-

02 August 2012

Tema Kemerdekaan Versi PR: Sebangsa Sejiwa Senegara


Tema kemerdekaan Versi PR....

Datuk A. Samad Said
Datuk A. Samad Said
PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) yang mempertikaikan tema Hari Kemerdekaan yang sedang digunakan oleh Kerajaan Pusat, hari ini mengumumkan pihaknya memilih tema Sebangsa Sejiwa Senegara sebagai tema alternatif.
Jawatankuasa Tema Hari Kemerdekaan yang dibentuk PR telah membuat pengubahsuaian daripada 250 slogan yang diterima sejak minggu lalu, selari dengan keadaan di Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Ketua jawatankuasa itu, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said berkata, tema yang dikirim oleh Al Haimi Adam Senegara Sebangsa Sehati Sejiwa telah diubah supaya tidak menyentuh isu sensitif, siasah, perkauman dan diperhalusi sebanyak mungkin.

Menurutnya, tema tersebut dilihat lebih neutral dan memberi gambaran kebersamaan rakyat dan negara tanpa ada sebarang agenda politik.

"Kita berbincang hampir dua jam (hari ini) untuk pilih, ada banyak tema yang dihantar adalah sama menggambarkan rakyat bersama, sejahtera dan lain-lain.

"Akhirnya kami putuskan untuk pilih satu slogan dan turut diubah untuk kesesuaian," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini, PR telah mendesak Kerajaan Pusat agar menukar tema Hari Kemerdekaan 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati, yang didakwa tidak mencerminkan rakyat dan negara serta lebih kepada mewakili Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sebelum ini berkata, tema hari kebangsaan memang menjadi hak kerajaan untuk memilihnya, namun biarlah ia memberi gambaran untuk keseluruhan rakyat dan negara.
Semalam beliau memberitahu Sinar Harian Online bahawa pihaknya akan mengesyorkan kepada kerajaan tema itu dan juga akan digunakan oleh kerajaan-kerajaan negeri diterajui PR.
Perkara itu turut ditegaskan oleh Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar.
Menjawab soalan berkenaan perkara itu, A Samad berkata, pihaknya menunggu pendirian Kerajaan Pusat berhubung tema yang dipilih pihaknya.

TEMA HARI KEMERDEKAAN DIGUNAKAN OLEH KERAJAAN PUSAT SEJAK 1970
1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010 1 Malaysia Menjana Transformasi
2011 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
-Sinar Harian-

01 August 2012

Negeri di perintah PR Guna Tema Hari Kemerdekaan Sendiri

Satu lagi kebiadapan PR ditunjukan. Terbaru 4 buah negeri di bawah pemerintahanya menggunakan tema hari kemerdekaan sendiri. Belum apa-apa dah tunjuk taring, betul tak. Dan Buat pertama kali dalam sejarah, tema sambutan Hari Kemerdekaan yang berbeza bakal digunakan di kedua-dua peringkat negeri dan pusat ekoran rasa tidak puas hati dengan tema dipilih oleh Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN). Kenyataan itu dikeluarkan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, "pihaknya akan memilih tema untuk digunakan di peringkat negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan".

PR khususnya Pas kesal sambutan kemerdekaan ke-55 tahun ini, dicemari unsur politik BN sama ada dalam tema, logo mahupun lagu temanya.

Mahfuz berkata, PR menolak ketiga-tiga unsur terbabit dan memilih tema sendiri bagi menggantikan ‘55 Tahun Janji Ditepati’ oleh Kerajaan Pusat.

“Kita terima 250 hingga 300 tema, yang dicadangkan oleh orang ramai. Jawatankuasa dipengerusikan Sasterawan Negara, (Datuk) A Samad Said akan memilih tema bersesuaian untuk dibentangkan kepada Sekretariat PR,” katanya.

Menurutnya, Majlis PR kemudian akan mengumumkan tema sambutan Hari Kemerdekaan PR untuk digunakan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

“Sudah pasti tema kemerdekaan kita berbeza dengan Pusat. Memandangkan memorandum diserahkan tidak mendapat respons Pusat, kita putuskan pilih tema sendiri,” katanya.

Mahfuz turut mempertikai tindakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menarik balik logo hari kemerdekaan, yang diumumkan Ahad lalu.

“Setelah dikritik banyak pihak, akhirnya logo diubah. Ini menunjukkan sejak awal lagi wujud kesilapan dalam pemilihan logo mahupun tema,” katanya.

Menurutnya, lagu tema kemerdekaan yang dimuat naik di Youtube, turut menerima kritikan pedas termasuk mereka yang memilih dislike.

Awal semalam, Rais menerusi satu mesej Twitter telah meminta pengikutnya memberi pandangan tentang lagu tema Hari Kemerdekaan yang boleh diperoleh menerusi YouTube.-Sinar Harian


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...