24 July 2013

PRK: KINI GILIRAN PEKIDA, GPMS, PERKASA & SAMIM PULA UNTUK HASUT PENGUNDI

Kini giliran Pekida, GPMS, Perkasa & Samim bagi menghasut pengundi DUN Kuala Besut




Lambakan risalah ciptaan TOYOL HIJAU HUSE nampaknya makin banyak, semuanya memang diluar kotak pemikiran kita, motifnya tetap sama, mengelirukan pengundi dan memperlihatkan bagaimana buruk laku dan jahatnya Barisan nasional sedangkan setelah disiasat tiada siapa pun yang mengeluarkan Rislah begini, semenjak semalam teman dan rakan mula mengesan risalah sebegini diedarkan oleh mereka ataupun unit kelate Toyol Hijau yang sekarang nie diterajui oleh Huse yang sekali gus menyebabkan Wahid endut pulang meninggalkan besut tanpa mampu melakukan apa-apa bila disingkirkan, PAS Terengganu nampaknya sekadar mampu melihat bagaimana Kuala Besut di Darul Fitnahkan oleh kumpulan baru si TOYOL HIJAU KELATE nie

Sudah sepatutnya mereka yang difitnahkan oleh toyol hijau nie bangkit menafikan, kalian dijadikan bersifat Syaitan konnnya menyebabkan dibenci oleh rakyat sedangkan perjuangan kalian merupakan halangan kepada mereka yang mahu menghapuskan perjuangan kalian yang menjadi penghalang kearah Alif ba Ta... ???

Walaupun Pas sering mengatakan dasar perjuangan parti itu adalah berdasarkan Islam, namun cara berkempen yang ditunjukkan mereka di pilihanraya kecil (PRK) DUN Kuala Besut jelas mengambarkan sebaliknya. Sekiranya sebelum ini, mereka mengunakan habuan syurga sebagai satu helah untuk memperdayakan pengundi Islam, kini gerakan dan strategi mereka semakin selari dengan pendekatan ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ seperti yang sering digunakan PKR dan DAP.

Sebagai contoh, ketika kempen pilihanraya umum ke-13 yang lalu, pakatan pembangkang telah dikesan mengunakan kaedah pengedaran risalah palsu kononnya ketua pembangkang, Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi untuk menjadi Perdana Menteri.

Namun percubaan yang bertujuan untuk menipu dan mengelirukan rakyat itu berjaya digagalkan apabila pihak media arus perdana, dan bloggers Barisan Nasional (BN) berjaya mengesan dan mendedahkan usaha jahat tersebut. Hasilnya rakyat khususnya pengundi mula sedar akan permainan licik tersebut lantas menghukum pakatan pembangkang dengan memberikan mandat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus menerajui kepimpinan negara.

Dengan mengunakan kaedah dan pendekatan yang sama, mereka cuba mempengaruhi pengundi Kuala Besut, dengan pengedaran risalah palsu. Ia ekoran dari beratus-ratus risalah palsu yang dikesan telah diedarkan di seluruh pusat daerah mengundi di Kuala Besut.

Risalah tersebut antara lainnya mengatakan, kononnya beberapa pertubuhan NGO Islam-Melayu mengharapkan agar para pengundi memberikan undi kepada calon Pas bagi merealisasikan semangat melayu bersatu antara Umno dan Pas. Paling menarik perhatian, isu 16-16 ‘1 Kerajaan’ turut digunakan bagi memperdaya pengundi.

Pada kempen PRK ini, Pas membawakan tema '16-16, Terengganu Baharu' kerana mahu menumbangkan kerajaan BN yang kini hanya mempunyai kelebihan dua kerusi dalam DUN Terengganu.

Namun rakyat Terengganu khususnya di Kuala Besut telah diingatkan agar menolak kempen 16-16 yang dimainkan oleh Pas itu. Ini kerana sekiranya keadaan itu berlaku ia hanya akan meletakkan situasi politik tidak stabil kerana perbalahan yang berpanjangan. Sekiranya keadaan 16-16 berlaku, ia juga akan menyebabkan kerajaan negeri tergantung dan bakal menyebabkan keadaan politik menjadi tidak menentu serta menyusahkan rakyat.

Antara NGO yang difitnah kononnya membuat gesaan tersebut ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).

Kesimpulannya Pas ketika ini benar-benar sedang berada dalam keadaan yang amat terdesak. Isu intergriti dan moral sudah tidak lagi wujud dalam parti yang mendakwa memperjuangankan Islam  Apa yang pasti semakin lama Pas bersama DAP dan PKR, parti itu semakin jauh tersimpang dari norma dan batas kewarasan.

23 July 2013

Perutusan YAB Perdana Menteri Sempena Pilihanraya Kecil N01 Kuala Besut

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Selaras dengan kempen yang sedang rancak berjalan dan hari mengundi pada hari esok, saya berharap agar semua pengundi-pengundi DUN Kuala Besut dapat keluar menjalankan tanggungjawab masing-masing seawal mungkin. Sementelah lagi kita sekarang sedang beribadah di bulan Ramadhan, saya berharap agar proses pengundian akan berjalan dengan aman dan lancar. 

Ku Zaihan Che Ku Abd Rahman adalah seorang calon Barisan Nasional yang masih muda, bersemangat dan mampu mencetuskan idea-idea baru untuk  memakmurkan lagi kehidupan di Kuala Besut. Dan sebagai anak jati di situ, sudah tentu Ku Zaihan ingin yang terbaik untuk penduduk Kuala Besut. Insya-Allah, beliau merupakan calon yang paling sesuai untuk kesejahteraan masa depan Kuala Besut. 

Undilah Ku Zaihan dan Barisan Nasional untuk masa depan Terengganu yang lebih berjaya.

20 July 2013

PRK: KOPIAH UNTUK PAS


Che Long ditegur sebab tak pakai kopiah semasa berkempen. Peniaga tersebut menyeru supaya memakaikopiah baru nampak PAS. Nah ambik Che Long, Dah laku satu kopiah untuk pak cik tu. Persoalanya, adakah kopiah untuk calon pas?Orang pas berimej kopiah? kopiah atau Kufi atau juga dikenali sebagai ketayap merujuk kepada sejenis penutup kepala. 

19 July 2013

PRK KUALA BESUT: DI MANA PAS TERENGGANU?


Di sebalik kegairahan Jentera Pas berkempen penyokong Pas tertanya-tanya dimanakah Orang Kuat Pas Terengganu. Mereka hanya dilihat pada awal-awal selepas mengetahui kekosongan DUN Kuala Besut.

Namun selepas itu mereka semua lesap selepas pengumuman calon dan langsung tidak menunujukan muka. Begitu juga dengan aktiviti ceramah dan aktiviti di sepanjang PRK.

Desas-desus juga mengatakan Pas Terengganu dan Kelantan berperang sesama sendiri. Antaranya Pas terengganu tidak berpuas hati dengan perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Kuala Besut.

Khabar angin mengatakan Pas terengganu dan Kelantan berperang ekoran masalah PRK di Kelantan yang lalu.

Setiap kali Pilihanraya mereka mesti bergaduh dan pernah berlaku di Pahang dan Perak.

Che Long Angkuh, Saya kontraktor terbaik di Kelantan

Lagi-lagi Kontreversi..
Selepas kontroversi yang dicetuskan oleh Calon PAS Kuala Besut melalui kenyataannya yang dikatakan berhasrat untuk menswastakan jawatan wakil rakyat, Che Long kini tampil pula dengan sebuah lagi kenyataan seolah-olah memperlekehkan kontraktor-kontraktor lain di Kelantan.

Apa yang menariknya, beliau mendakwa bahawa beliau merupakan kontraktor kelas A yang terbaik pernah ada di Kelantan berbanding kontraktor-kontraktor lain.
Antara hujahnya ialah kerana mampu menyiapkan projek “Deferred Payment” yang bernilai hampir RM11 juta biarpun hanya berkelulusan rendah.
Istilah “deferred payment” adalah merujuk kepada projek yang harus disiapkan terlebih dahulu sebelum mendapat bayaran penuh dari klien. Klien yang dimaksudkan pula adalah Yayasan Islam Kelantan bagi menyiapkan Maahad Sains Tahfiz d Daerah Kusial Kuala Krai, Kelantan.
Pendapat mengatakan tujuan Che Long memberi kenyataan dan hujah sedemikian adalah untuk mengukuhkan kepercayaan orang ramai terhadapnya.
Selain itu dakwaaannya  menunjukkan beliau adalah seorang yang mampu dari segi kewangan dengan tunai di tangan sebanyak RM11 juta untuk menyiapkan projek berkenaan tanpa perlu mendapatkan bantuan kewangan dari mana-mana institusi.
Persoalan yang meniti di bibir ahli ahli perniagaan yang pernah mengenalinya  setelah menilai rekod syarikat pembinaan, dakwaan beliau  banyak yang menimbulkan keraguan.
Pada mereka, sepanjang 10 tahun penglibatan Che Long di dalam perniagaan beliau, keuntungan yang mampu dijana syarikat beliau adalah hanya sekitar RM 5 juta hingga RM8 juta.
Lebih-lebih lagi, kadar keuntungan yang dicatat adalah sebelum cukai sebanyak 15%.
Jadi, di manakah wang RM11 juta diperolehi oleh Che Long atau syarikatnya untuk menyiapkan dahulu projek tersebut atau ada sesiapa yang menaja dan membiayainya? Mungkinkah bekas Exco yang menjadi proksinya berada di belakang tadbir?
Beberapa blog telah mendesak beliau menjawab beberapa persoalan antaranya melibatkan dari mana sumber wang diperolehi dalam menyiapkan projek bernilai RM 11 juta tersebut.
Beberapa penulisan di blog juga menyifatkan beliau kemungkinan besar merupakan ‘kontraktor Ali Baba’ yang menjual projek-projek berkenaan untuk disiapkan oleh syarikat gergasi yang lain.
video

18 July 2013

PAS 'CABUL' PERATURAN SPR

Sikap Pas yang suka 'mencabul peraturan yang ditetapkan oleh SPR.  Rujuk Berita Harian Online 12 Julai.
Memang sikap Passuka mencabul. Bila ditegur mula la melenting.



Wan Ahmad berkata, pemasangan sebarang bentuk replika sebagai bahan kempen yang bertujuan menarik minat dan menghantar mesej kepada pengundi serta menyindir pihak lawan adalah menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. 

Sindir pihak lawan 

Dalam akta itu disebut dengan jelas kempen ada pelbagai jenis misalnya sebar risalah, pasang poster dan menyediakan tetunggil iaitu replika. 
Kita (SPR) perhatikan telah menjadi satu trend di Terengganu ini untuk membuat replika yang bertujuan menyindir pihak lawan, katanya. 

Wan Ahmad menegaskan SPR tidak akan bertoleransi kepada mana-mana pihak yang melanggar larangan pemasangan replika pada PRK Kuala Besut dan berharap penyokong serta parti politik bertanding dapat bekerjasama. 

Sedia dua khemah khas 

Terdahulu ketika menjadi tetamu dalam satu program terbitan Radio Televisyen Malaysia, Wan Ahmad berkata, SPR menyedihkan dua khemah khas di pekarangan Kompleks Rakan Muda Kampung Raja pada penamaan calon hari ini khusus buat pemimpin Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang. 

Beliau berkata, setiap khemah hanya mampu memuatkan 100 orang dan jika lebih daripada itu tiada sesiapa akan dibenarkan masuk. 

Kita hormati setiap pemimpin yang datang untuk iringi calon sebab itu kita sediakan khemah supaya mereka boleh berteduh dan tak perlu berdiri pada jarak 50 meter dari tempat penamaan, katanya. 

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lalu. 
BERNAMA

1,255 Unit Rumah Kos Rendah Untuk Penduduk Kuala Besut, Pas semakin takut



Pas semakin takut apabila PRK kali ini hanya mahu membawa slogan 16:16 yang tidak memberi apa-apa makna buat pengundi di Kuala Besut. Bukan itu yang pengundi mahukan. Pengundi mahukan pembangunan. Nampaknya kali ini Pas akan berputih mata pada 24 Julai nanti. Ikuti cerita berikut.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengulangi janjinya bahawa jika sekiranya calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dipilih nanti, kerajaan negeri akan membina 500 unit rumah kos rendah lagi di Dun Kuala Besut.

Menurut beliau buat masa ini kerajaan negeri merancang untuk membina 555 unit rumah kos rendah dan 200 unit sedang dalam pembinaan.

 Jika ditambah 500 unit lagi bermakna penduduk Kuala Besut akan memperolehi 1,255 unit rumah kos rendah kesemuanya, dengan syarat BN menang dalam PRK ini.Belia mengulangi kata-kata itu kepada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Pejabat Daerah Besut hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin memuji langkah terpuji Dato’ Seri Ahmad dalam memberi perhatian dalam soal perumahan rakyat, selaras dengan apa yang diberi keutamaan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.
Perumahan adalah suatu keperluan yang amat dialu-alukan oleh rakyat dan langkah Menteri Besar rakyat itu 

USAH TIPU ORANG KUALA BESUT

Usah tipu orang Kuala Besut, masa memerintah Terengganu bila menang PRU 1999-2004 PAS banyak buat dajal terhadap pengundi. Mereka membolot segala kekayaan Terengganu termasuklah tanah yang bernilai tinggi, membahagikan segala kekayaan kepada puak-puak mereka.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata wakil rakyat yang diberi tanah tersebut sememangnya layak menerima habuan itu kerana ia merupakan angerah kerajaan negeri kepada mereka yang telah banyak berjasa.“Dalam tempoh saya menjadi Menteri Besar, kita beri kira-kira 20,000 lot tanah kepada rakyat di seluruh negeri.
“Tak kan kerana kita beri satu lot rumah saja kepada beberapa wakil rakyat BN, pihak Pas mahu menjadikannya satu isu,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.
Katanya, daripada tanah yang diagih kepada rakyat itu 12,000 lot merupakan tapak rumah manakala 8,000 lot lagi bagi tujuan pertanian.
Dato’ Seri Haji Ahmad menjelaskan sewaktu Pas memerintah Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004, ada wakil rakyat dan isterinya yang diberi tanah seluas 150 ekar untuk dijadikan ladang limau.“Apalah sangat jika dibandingkan kita beri wakil rakyat satu lot rumah sedangkan Pas beri wakil rakyat mereka hingga 150 ekar?,” soal beliau ketika mengulas isu lapuk yang ditimbulkan kembali pencermah Pas pada kempen PRK Kuala Besut.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata, Pas terpaksa mengulangi isu yang sama bagi menghangatkan kempen PRK Kuala Besut.
“Ini sudah tabiat semula jadi Pas, tidak sempurna kempen mereka jika tidak ada fitnah dan menimbulkan isu bagi memburukkan orang lain,” katanya.
BERIKUT ADALAH BAGAIMANA PEMIMPIN PAS SEBENARNYA YANG GOMOL TANAH SEMASA BERKUASA BUKANNYA BN:-

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pernah mendedahkan hingga terbongkarlah segala yang berlaku semasa kerajaan Pas yang memerintah negeri Terengganu (1999-2004) siapa sebenarnya yang pernah berbuat demikian.Namun begitu,  pemimpin Pas bijak dan ada taktik sendiri dalam membolot tanah dengan cara melalui tubuh syarikat atau badan terentu, tetapi di sebaliknya mereka yang menguasai syarikat dan badan itu.
persidangan DUN Terengganu diberitahu, kawasan komersial lot PT3378 (tapak Majlis Bandaraya sekarang), keluasan 11516 meter persegi diberikan kepada Koperasi Pengguna Insaf Terengganu (Koinsaf) pada 18 September 2002 dengan bayaran premium RM340,000.00 sahaja.
Koinsaf itu ditubuhkan pada 29 Disember 2001 dengan dipengerusikan oleh Bendahari Pas Kemaman waktu itu, Haji Roslin Abdul Rahman dan Ahli Jawatankuasanya termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu, Haji Hussin Ismail.
Bila BN mengambil alih kerajaan, kerajaan negeri membeli semula hartanah tersebut dan Koinsaf memperolehi RM8 juta lebih (RM8,061,200.00).
Pemimpin Pas juga berlindung di atas sebuah syarikat bagi mendapatkan tanah lot kedai lot PT3431. Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu Nik Mohd.Zawawi bin Salleh (seorang Adun Pas waktu itu) dan Ahli Parlimen Pas Hulu Terengganu waktu itu, Wan Muhyidin.
Kadar premium lot 1-3 ialah RM50,000 .00 manakala lot keempat RM76,200.00 Bila BN ambil alih, kerajaan negeri mengambil balik untuk kegunaan awam dengan terpaksa membayar RM465,715.00 bagi lot PT3428, RM372,500.00 (lot PT 3429), RM372,500.00 (lot PT3430) dan RM365,000.00 (lot PT3431).
Sidang Dun Terengganu juga mendedahkan, Persatuan Khairunisa’ (milik isteri wakil rakyat Pas) membayar premium untuk separuh bahagian dari keseluruhan 4,932 meter persegi lot PT1830 Mukim Batu Burok.
Selepas itu Kerajaan Negeri semasa BN terpaksa bayar RM2 juta lebih (RM2,096,100.00) bagi tujuan mengambil balik tanah itu untuk kegunaan awam.
Juga sidang Dun sekali lagi mendedahkan tanah pertanian di Durian Mentangau Dungun diluluskan kepada syarikat milik Dr.Sulaliman (wakil rakyat Pas ketika itu) seluas 50 hektar.
Dun juga diberitahu tanah seluas 10,000 ekar diluluskan kepada North East Plantation (NEP) milik Harakah, iaitu Pengerusinya waktu itu Datuk Hishamudin Yahya.
Demikian, Pas mengata orang tetapi mereka yang lebih.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said ketika menjawab persoalan ini di DUN bagi pihak Kerajaan membawa cerita, seorang yang melaungkan ‘pencuri! pencuri!, lalu mengajak orang mengejar pencuri. Rupanya yang melaungkan pencuri! pencuri! itulah sebenarnya pencuri.

PAS BELI UNDI DENGAN RASUAH RM20

Mereka sanggup buat apa sahaja demi meraih undi, termasuklah RASUAH...



PANAS, BPO mendapat maklumat sudah ada petugas Parti Bulan sebagai perayu undi telah memasuki Kampung di lokaliti Kampung bertemu dengan penduduk dengan memberi sampul yang berisi Ringgit Malaysia Dua puluh ringgit kepada pengundi setelah gagal usaha memujuk mereka sebelum ini, difahamkan mereka sebelum ini tidak dibenarkan masuk kekawasan penduduk kampung sini sebelum ini kerana rata-rata penduduk kampung menolak mereka disini

Lebih mengejutkan lagi mereka juga berjanji kepada beberapa penduduk kampung yang mempunyai keluarga yang ramai boleh mengundi akan kembali dengan DUIT RAYA sebanyak RM1000 hingga RM 1500 ringgit untuk satu keluarga. Kononnya sebagai DUIT RAYA untuk mereka. Hasil info dari beberapa penduduk kampung Lampu disini yang mengadu tentang kerja terkutuk mereka ini

Selain itu juga mereka juga berjanji kepada pemuda yang memasang bendera akan dibayar upah kerana kononnya mereka tidak dibayar untuk kerja memasang bendera sebelum ini. Sepatutnya mereka perlu sedar bahawa soal pembayaran oleh sesiapa sahaja apatah lagi Calon tidak dibenarkan membayar sebarang bentuk pembayaran yang dijanjikan

BPO berharap jika benarlah mereka ini membuat janji meRASUAH kepada pengundi, ini bermakna telah menjadi kesalahan paling besar dari segi undang-undang malah dari sudut Agama. Terdesak dengan mahukan UNDI sehingga sanggup melakukan kerja terkutuk seperti ini. Sekali pun Calon yang bertanding seorang yang kaya raya dan berharta sekalipun hatta ini adalah pekara yang paling terkutuk terutama dilakukan dalam bulan Ramadan yang mulia, harap pihak SPRM dapat memantau kerja terkutuk ini, mungkin sukar kita mahu percayakan tetapi jika tidak ada angin maskan pohon boleh bergoyang. 


17 July 2013

CHE LONG KINI 'DILUAR KAWALAN' PAS


che-long-300x166Kuala Besut: Tanpa menghiraukan sesiapa calon Pas Azlan Endut berkata, sebagai calon beliau akan terus berkempen, bercakap dan menerangkan, termasuk kepada pihak media.
Sebagai calon,katanya, beliau perlu menemui semua orang dan berkata-kata, memberi penerangan, bercakap kepada media dan sebagainya. Malam tadi penulis berkesempatan bercakap-cakap (berbual) dengan calon Pas, Azlan di pekan Kuala Besut selepas beliau menemui beberapa orang awam yang sedang menjamu selera di beberapa buah kedai di pekan berkenaan.
Bila ditanya tentang soalan ‘tutup mulut’ , Azlan berkata, sebagai calon, saya masih bercakap dan menerangkan kepada orang ramai. “Tadipun saya berceramah dan saya juga adakan sidang media di markas operasi Pas,” katanya. “Saya berserah kepada Allah…segala-galanya saya serah pada Allah” kata Azlan atas isu kena tutup mulut itu.
Oleh itu segala usaha untuk menutup mulut atau memantau percakapan calon Pas itu oleh pihak tertentu dalam pimpinan Pas menemui kegagalan.
che-300x209

PAS RAKUS, GUNAKAN AGAMA DEMI KEPENTINGAN PARTI

Lihatlah kerakusan PAS...
Setiap kali pilihanraya PAS tidak pernah melepaskan mengunankan agama sebagai alat untuk meraih undi, terbaru di PRK Kuala Besut area Kg Tok Has tergantung beberapa banner yang cukup menjatuhkan maruah umat islam yang menyatakan :-
“Sesiapa yang memberi undi menjatuhkan Kerajaan islam, maka dia menempah tiket ke neraka” yang dipetik dari kata-kata Ustaz Azhar Idrus di dalam Sinar Harian bertarikh 25 April 2013.
PAS seolah mengambarkan orang yang tidak memberi undi kepada PAS dan mengundi Parti lawanya seperti menempah tiket ke Neraka dan yang menyokong dan memberi Undi kepada PAS dapat memberi jaminan Syurga, adakah PAS ini agama dan tuhan yang dapat menghukum sesiapa sahaja yang mereka rasa perlu bagi memenuhi kehendak parti mereka.
Perkara sebegini bukan hanya terjadi sekali dua, tetapi sejak Penubuhan Parti PAS itu telah mereka mengkafirkan sesama islam seperti terjadinya amanat haji Hadi di Kg Banggol Paradong 1981 yang menyebabkan berlakunya peristiwa mamali sehingga lahirnya penyokong PAS yang tegar sanggup mati syahid kerana memperjuangkan amanat tersebut, hakikatnya mereka di tipu hidup-hidup dengan perjuangan PAS yang semakin terpesong dan menyokong pelbagai ideologi yang bertentangan dengan ajaran islam yang sebenar.
Tetapi masihkah penyokong PAS sedar hakikat yang berlaku atau dibiarkan Hasad Dengki ini terus menular di setiap kelahiran penyokong mereka tanpa menghiraukan perpaduan & penyatuaan untuk terus bermushan walaupun hidup sebumbung.
jangan sampai “menang sorak kampung tergadai”

08 July 2013

PRK K.Besut: 9 pusat mengundi dibuka

KUALA TERENGGANU - Sembilan pusat mengundi akan dibuka bagi pilihan raya kecil Dun kawasan Kuala Besut pada 24 Julai ini, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu Fakhrul Razi Ab Wahab.
   
Beliau berkata selain itu, sebuah pusat pengundian awal akan dibuka di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia Gong Kedak dengan dua saluran mengundi pada 20 Julai.
   
"Bagi pengundian biasa, lapan buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi dengan kesemuanya 35 saluran tempat mengundi termasuk di Pulau Perhentian," katanya kepada Bernama.
   
Seramai 305 petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya ini yang dianggarkan melibatkan kos kira-kira RM750,000.
   
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Barisan Nasional Datuk Dr A Rahman Mokhtar 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.
   
Pada PRU-13, Allahyarham mempertahankan kerusi Dun Kuala Besut dengan mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
   
Dun Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...