18 July 2013

1,255 Unit Rumah Kos Rendah Untuk Penduduk Kuala Besut, Pas semakin takut



Pas semakin takut apabila PRK kali ini hanya mahu membawa slogan 16:16 yang tidak memberi apa-apa makna buat pengundi di Kuala Besut. Bukan itu yang pengundi mahukan. Pengundi mahukan pembangunan. Nampaknya kali ini Pas akan berputih mata pada 24 Julai nanti. Ikuti cerita berikut.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengulangi janjinya bahawa jika sekiranya calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dipilih nanti, kerajaan negeri akan membina 500 unit rumah kos rendah lagi di Dun Kuala Besut.

Menurut beliau buat masa ini kerajaan negeri merancang untuk membina 555 unit rumah kos rendah dan 200 unit sedang dalam pembinaan.

 Jika ditambah 500 unit lagi bermakna penduduk Kuala Besut akan memperolehi 1,255 unit rumah kos rendah kesemuanya, dengan syarat BN menang dalam PRK ini.Belia mengulangi kata-kata itu kepada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Pejabat Daerah Besut hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin memuji langkah terpuji Dato’ Seri Ahmad dalam memberi perhatian dalam soal perumahan rakyat, selaras dengan apa yang diberi keutamaan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.
Perumahan adalah suatu keperluan yang amat dialu-alukan oleh rakyat dan langkah Menteri Besar rakyat itu 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...