18 July 2013

PAS 'CABUL' PERATURAN SPR

Sikap Pas yang suka 'mencabul peraturan yang ditetapkan oleh SPR.  Rujuk Berita Harian Online 12 Julai.
Memang sikap Passuka mencabul. Bila ditegur mula la melenting.



Wan Ahmad berkata, pemasangan sebarang bentuk replika sebagai bahan kempen yang bertujuan menarik minat dan menghantar mesej kepada pengundi serta menyindir pihak lawan adalah menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. 

Sindir pihak lawan 

Dalam akta itu disebut dengan jelas kempen ada pelbagai jenis misalnya sebar risalah, pasang poster dan menyediakan tetunggil iaitu replika. 
Kita (SPR) perhatikan telah menjadi satu trend di Terengganu ini untuk membuat replika yang bertujuan menyindir pihak lawan, katanya. 

Wan Ahmad menegaskan SPR tidak akan bertoleransi kepada mana-mana pihak yang melanggar larangan pemasangan replika pada PRK Kuala Besut dan berharap penyokong serta parti politik bertanding dapat bekerjasama. 

Sedia dua khemah khas 

Terdahulu ketika menjadi tetamu dalam satu program terbitan Radio Televisyen Malaysia, Wan Ahmad berkata, SPR menyedihkan dua khemah khas di pekarangan Kompleks Rakan Muda Kampung Raja pada penamaan calon hari ini khusus buat pemimpin Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang. 

Beliau berkata, setiap khemah hanya mampu memuatkan 100 orang dan jika lebih daripada itu tiada sesiapa akan dibenarkan masuk. 

Kita hormati setiap pemimpin yang datang untuk iringi calon sebab itu kita sediakan khemah supaya mereka boleh berteduh dan tak perlu berdiri pada jarak 50 meter dari tempat penamaan, katanya. 

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lalu. 
BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...