18 July 2013

USAH TIPU ORANG KUALA BESUT

Usah tipu orang Kuala Besut, masa memerintah Terengganu bila menang PRU 1999-2004 PAS banyak buat dajal terhadap pengundi. Mereka membolot segala kekayaan Terengganu termasuklah tanah yang bernilai tinggi, membahagikan segala kekayaan kepada puak-puak mereka.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata wakil rakyat yang diberi tanah tersebut sememangnya layak menerima habuan itu kerana ia merupakan angerah kerajaan negeri kepada mereka yang telah banyak berjasa.“Dalam tempoh saya menjadi Menteri Besar, kita beri kira-kira 20,000 lot tanah kepada rakyat di seluruh negeri.
“Tak kan kerana kita beri satu lot rumah saja kepada beberapa wakil rakyat BN, pihak Pas mahu menjadikannya satu isu,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.
Katanya, daripada tanah yang diagih kepada rakyat itu 12,000 lot merupakan tapak rumah manakala 8,000 lot lagi bagi tujuan pertanian.
Dato’ Seri Haji Ahmad menjelaskan sewaktu Pas memerintah Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004, ada wakil rakyat dan isterinya yang diberi tanah seluas 150 ekar untuk dijadikan ladang limau.“Apalah sangat jika dibandingkan kita beri wakil rakyat satu lot rumah sedangkan Pas beri wakil rakyat mereka hingga 150 ekar?,” soal beliau ketika mengulas isu lapuk yang ditimbulkan kembali pencermah Pas pada kempen PRK Kuala Besut.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata, Pas terpaksa mengulangi isu yang sama bagi menghangatkan kempen PRK Kuala Besut.
“Ini sudah tabiat semula jadi Pas, tidak sempurna kempen mereka jika tidak ada fitnah dan menimbulkan isu bagi memburukkan orang lain,” katanya.
BERIKUT ADALAH BAGAIMANA PEMIMPIN PAS SEBENARNYA YANG GOMOL TANAH SEMASA BERKUASA BUKANNYA BN:-

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pernah mendedahkan hingga terbongkarlah segala yang berlaku semasa kerajaan Pas yang memerintah negeri Terengganu (1999-2004) siapa sebenarnya yang pernah berbuat demikian.Namun begitu,  pemimpin Pas bijak dan ada taktik sendiri dalam membolot tanah dengan cara melalui tubuh syarikat atau badan terentu, tetapi di sebaliknya mereka yang menguasai syarikat dan badan itu.
persidangan DUN Terengganu diberitahu, kawasan komersial lot PT3378 (tapak Majlis Bandaraya sekarang), keluasan 11516 meter persegi diberikan kepada Koperasi Pengguna Insaf Terengganu (Koinsaf) pada 18 September 2002 dengan bayaran premium RM340,000.00 sahaja.
Koinsaf itu ditubuhkan pada 29 Disember 2001 dengan dipengerusikan oleh Bendahari Pas Kemaman waktu itu, Haji Roslin Abdul Rahman dan Ahli Jawatankuasanya termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu, Haji Hussin Ismail.
Bila BN mengambil alih kerajaan, kerajaan negeri membeli semula hartanah tersebut dan Koinsaf memperolehi RM8 juta lebih (RM8,061,200.00).
Pemimpin Pas juga berlindung di atas sebuah syarikat bagi mendapatkan tanah lot kedai lot PT3431. Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu Nik Mohd.Zawawi bin Salleh (seorang Adun Pas waktu itu) dan Ahli Parlimen Pas Hulu Terengganu waktu itu, Wan Muhyidin.
Kadar premium lot 1-3 ialah RM50,000 .00 manakala lot keempat RM76,200.00 Bila BN ambil alih, kerajaan negeri mengambil balik untuk kegunaan awam dengan terpaksa membayar RM465,715.00 bagi lot PT3428, RM372,500.00 (lot PT 3429), RM372,500.00 (lot PT3430) dan RM365,000.00 (lot PT3431).
Sidang Dun Terengganu juga mendedahkan, Persatuan Khairunisa’ (milik isteri wakil rakyat Pas) membayar premium untuk separuh bahagian dari keseluruhan 4,932 meter persegi lot PT1830 Mukim Batu Burok.
Selepas itu Kerajaan Negeri semasa BN terpaksa bayar RM2 juta lebih (RM2,096,100.00) bagi tujuan mengambil balik tanah itu untuk kegunaan awam.
Juga sidang Dun sekali lagi mendedahkan tanah pertanian di Durian Mentangau Dungun diluluskan kepada syarikat milik Dr.Sulaliman (wakil rakyat Pas ketika itu) seluas 50 hektar.
Dun juga diberitahu tanah seluas 10,000 ekar diluluskan kepada North East Plantation (NEP) milik Harakah, iaitu Pengerusinya waktu itu Datuk Hishamudin Yahya.
Demikian, Pas mengata orang tetapi mereka yang lebih.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said ketika menjawab persoalan ini di DUN bagi pihak Kerajaan membawa cerita, seorang yang melaungkan ‘pencuri! pencuri!, lalu mengajak orang mengejar pencuri. Rupanya yang melaungkan pencuri! pencuri! itulah sebenarnya pencuri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...