19 July 2013

Che Long Angkuh, Saya kontraktor terbaik di Kelantan

Lagi-lagi Kontreversi..
Selepas kontroversi yang dicetuskan oleh Calon PAS Kuala Besut melalui kenyataannya yang dikatakan berhasrat untuk menswastakan jawatan wakil rakyat, Che Long kini tampil pula dengan sebuah lagi kenyataan seolah-olah memperlekehkan kontraktor-kontraktor lain di Kelantan.

Apa yang menariknya, beliau mendakwa bahawa beliau merupakan kontraktor kelas A yang terbaik pernah ada di Kelantan berbanding kontraktor-kontraktor lain.
Antara hujahnya ialah kerana mampu menyiapkan projek “Deferred Payment” yang bernilai hampir RM11 juta biarpun hanya berkelulusan rendah.
Istilah “deferred payment” adalah merujuk kepada projek yang harus disiapkan terlebih dahulu sebelum mendapat bayaran penuh dari klien. Klien yang dimaksudkan pula adalah Yayasan Islam Kelantan bagi menyiapkan Maahad Sains Tahfiz d Daerah Kusial Kuala Krai, Kelantan.
Pendapat mengatakan tujuan Che Long memberi kenyataan dan hujah sedemikian adalah untuk mengukuhkan kepercayaan orang ramai terhadapnya.
Selain itu dakwaaannya  menunjukkan beliau adalah seorang yang mampu dari segi kewangan dengan tunai di tangan sebanyak RM11 juta untuk menyiapkan projek berkenaan tanpa perlu mendapatkan bantuan kewangan dari mana-mana institusi.
Persoalan yang meniti di bibir ahli ahli perniagaan yang pernah mengenalinya  setelah menilai rekod syarikat pembinaan, dakwaan beliau  banyak yang menimbulkan keraguan.
Pada mereka, sepanjang 10 tahun penglibatan Che Long di dalam perniagaan beliau, keuntungan yang mampu dijana syarikat beliau adalah hanya sekitar RM 5 juta hingga RM8 juta.
Lebih-lebih lagi, kadar keuntungan yang dicatat adalah sebelum cukai sebanyak 15%.
Jadi, di manakah wang RM11 juta diperolehi oleh Che Long atau syarikatnya untuk menyiapkan dahulu projek tersebut atau ada sesiapa yang menaja dan membiayainya? Mungkinkah bekas Exco yang menjadi proksinya berada di belakang tadbir?
Beberapa blog telah mendesak beliau menjawab beberapa persoalan antaranya melibatkan dari mana sumber wang diperolehi dalam menyiapkan projek bernilai RM 11 juta tersebut.
Beberapa penulisan di blog juga menyifatkan beliau kemungkinan besar merupakan ‘kontraktor Ali Baba’ yang menjual projek-projek berkenaan untuk disiapkan oleh syarikat gergasi yang lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...