13 October 2014

DUA ADUN PAS DIGANTUNG KERANA KHIANATI AZIZAH?

Keahlian dua Adun Pas, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang mewakili Hulu Kelang dan Morib digantung selama setahun berkuat kuasa hari ini.

Saari dan Hasnul didakwa mengkhianati parti dengan memberi sokongan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Dua Adun Pas berdepan Lembaga Disiplin esok

Kedua-dua Adun itu dilapor menandatangani Akuan Bersumpah bersama 28 Adun Selangor yang lain.

Tindakan tersebut sekaligus menjadikan ia sebagai majoriti undi menentang kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang ketika itu masih menyandang jawatan menteri besar.

Ekoran daripada itu, mereka berdua dipanggil bertemu dengan Mustafa dan Penolong Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan bagi memberikan penjelasan ke atas tindakan mereka.

Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...