29 August 2013

Senarai Lengkap Kumpulan Kongsi Gelap Yang Masih Wujud Di Malaysia

KDN umum  nama 49 kumpulan kongsi gelap


Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengumumkan nama 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara.
    
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang media di sini, berkata kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.
    
Abdul Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.
    
"Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya," katanya.
    
Beliau berkata kumpulan kongsi gelap itu ialah:
    
- Geng 04 yang dikenal pasti bergerak aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
    
- Geng 08 yang bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
    
- Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
    
- Tiga Line yang bergerak aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak.
    
- Geng 30 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.    

- Geng 38 yang aktif di 14 kawasan di Kepong, Jinjang dan Setapak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Johor Baharu, Johor.

- Geng 24 (aktif di enam kawasan di Selangor,  Kuala Lumpur,  Pulau Pinang,
Perak dan Johor)

- Geng 18 (aktif di lapan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur,  Perak dan Johor)
    
- Geng 36 (aktif di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur)
  
- Gee Ah Eng
    
- Loh Kuan
    
- Tiang Yee Tong
    
- Geng 21
    
- Ang Soon Thong
    
- Wah Kee
    
- Sio Sam Ong
    
- PNEH
    
- Hong Hong San
    
- Hai San
    
- Sin Ang Bin
    
- New Cell 20
    
- Jit It Hai
    
- Sio Koon Tong
    
- Gee Lam Kor
    
- Geng Leng Hor
    
- Geng 35
    
- Geng 303
    
- Geng Satu Hati

DI SABAH:
    
- Sabah ATAP
  
- Hung Ann
    
- Sui Yuk
    
- Otai
    
- Borneo Red EMP
    
DI SARAWAK:
    
- Sarawak Ah Ngau
    
- Batu Tiga
    
- Ah Feng
  
- Batu 10
    
- Sibu T
    
- Ah Seng
    
- Ah Chin
    
- Lee Lung
  
- Lo Han
  
- Sg Merah
  
- Sg Badut
    
- Ting Ching Lee
    
- Tua Cak Lee
    
- Teksi Station
    
- Pintu Merah
    
- Krokop

Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan.
    
Beliau berkata segala akaun, aset dan harta pertubuhan kongsi gelap tersebut akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi.
    
Selain itu, katanya tiada individu boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menghasut, mendorong, mendapatkan yuran atau bantuan,  menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan kongsi gelap.
    
Beliau berkata mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335.


Sumber

26 August 2013

Nahas Genting : Pemandu Ada 16 Saman

nahas genting 3

PETALING JAYA: Pemandu bas yang terjunam dalam gaung di Genting Highlands, Lim Kok Hoe mempunyai 16 saman polis trafik yang dikeluarkan terhadapnya.
Semua saman yang dikeluarkan kerana memandu melebihi had laju ditetapkan, kecuali satu saman yang dikeluarkan kerana menghalang lalu lintas.
Saman yang tertera dalam laman web kerajaan, MyEG, menunjukkan kesalahan trafik telah dilakukan dari bulan Mac 2001 hingga April 2004.
Lima daripada saman dikeluarkan di Johor Baru, dua di Johor Baru Utara, enam di Batu Pahat, satu di Kajang, dan dua di Jasin.
Kesalahan itu juga terikat kepada dua nombor plat berbeza.
Semua kesalahan pada tahun 2001, termasuk satu kesalahan menghalang trafik, telah dikeluarkan terhadap nombor pendaftaran Pulau Pinang.
Saman lain telah dikeluarkan dari akhir bulan Ogos 2003 hingga Mac 2004 untuk nombor plat Johor.
Semua kesalahan yang disenaraikan menunjukkan ia telah diselesaikan.
Pemeriksaan di laman web di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga menunjukkan bahawa Lim tidak disenaraihitamkan dalam rekod polis atau JPJ.
Walau bagaimanapun, laman web JPJ menunjukkan bahawa nombor plat yang berpangkalan di Pulau Pinang itu kini disenaraihitamkan di bawah rekod polis.
Dalam satu perbualan telefon, anak kepada Lim, Dei Sen berkata adalah perkara biasa bagi pemilik kenderaan dikeluarkan saman tanpa pengetahuan mereka.
Beliau bagaimanapun tidak jelas mengenai keadaan sekeliling dan kesalahan trafik bapanya.
Seorang rakan sekerja Lim cuba mempertahankannya dengan berkata dakwaan yang dibuat oleh beberapa penumpang tentang tingkah laku Lim “tidak masuk akal”.
“Saya kenal dia. Dia adalah seorang pemandu yang baik yang sentiasa gembira dan baik dengan semua orang.
“Membaca apa yang dikatakan tentang kemalangan adalah sangat mendukacitakan kami.
“Kami berhati-hati tetapi ia tetap berlaku. Jangan cakap apa-apa sehingga laporan polis dikeluarkan,” kata mekanik yang kelihatan kecewa ketika ditemui di depot bas Genting Highlands Transport Sdn Bhd di Kuala Lumpur.
Pada Rabu, bas yang membawa 53 penumpang menjunam 60 meter dari bukit 60m ke dalam gaung di Km3.5 jalan Genting Highlands-Genting Sempah, membunuh 37 (termasuk Lim) dan mencederakan 16 yang lain.
Sejak kemalangan itu, banyak banyak kenyataan dan akuan tidak rasmi tentang keadaan kenderaan dan pemandu telah timbul.
Beberapa mangsa kemalangan mendakwa Lim “tidak stabil” pada masa itu dan menunjukkan isyarat marah kepada pemandu dan memandu laju, manakala ada juga yang mendakwa Lim enggan membenarkan penumpang keluar walaupun mengakui brek telah rosak.

BILA MANUSIA BERPERANGAI BINATANG

bila manusia berperangai binatang, beginilah jadinya, kesian kanak-kanak yang tidak bersalah dan  menjadi mangsa kerakusan manusia yang bergelar bapa sendiri.

Kanak-Kanak Dipercayai Mangsa Dera Ibu Meninggal Dunia
IPOH: Kanak-kanak perempuan berumur lima tahun yang dipercayai didera oleh ibunya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Paediatrik Hospital Permaisuri Bainun di sini, Ahad.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan kematian itu.
"Kita sedang menunggu maklumat daripada pihak hospital berhubung kematian kanak-kanak itu," katanya yang enggan mengulas lanjut.
Pada 15 Ogos lepas kanak-kanak malang itu dibawa ke hospital oleh bapanya dalam keadaan cedera pada bahagian kepala dan seluruh badannya akibat dirotan.
Choong Mee Chin, 30, ibu kepada kanak-kanak tersebut dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan itu dan tidak mengaku bersalah pada 20 Ogos lepas.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan menganiaya kanak-kanak itu di kediaman mereka di Taman Wang, Menglembu pada pukul 9 pagi, 12 Ogos. BERNAMA

22 August 2013

Nasib Golongan Muda Terus Dibela... PTPTN Tidak Teruskan CCRIS

Berita baik untuk mahasiswa dibawah tajaan PTPTN, dimana Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). 

Tahniah kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy jamaluddin yang telah membela nasib golongan muda dan Terima kasih kepada PM serta menteri-menteri pendidikan kerana mendengar suara orang muda.


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menyatakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Menerusi kenyataan beliau yang dipetik dalam akaun Facebooknya (FB) keputusan itu dilakukan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan, hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan yang telah mendengar pandangan golongan muda.

"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri.

"Alhamdulillah, PTPTN tak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.

"Terima kasih kepada PM dan menteri-menteri pendidikan kerana mendengar suara orang muda," tulisnya.

Semalam, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno turut membantah tindakan menyenaraikan peminjam PTPTN disenaraikan di bawah CCRIS.

Sehubungan itu, Khairy telah menyampaikan pandangannya mengenai perkara itu kepada Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh [Sumber]

Genting Highlands: Kemalangan Bas Terburuk sejak 17 tahun

Nahas bas ekspres yang terjunam sejauh 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Genting Highlands hari ini adalah kemalangan paling buruk pernah berlaku di kawasan itu dalam tempoh 17 tahun.

Setakat ini 30 orang disahkan terkorban dalam tragedi yang berlaku kira-kira 2.45 petang itu.

Bas itu dipercayai membawa 49 penumpang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara.

Kemalangan buruk lain ialah pada Julai 1996 apabila 17 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.

Pusat peranginan Genting Highlands merupakan destinasi percutian popular bagi rakyat tempatan dan juga pelancong dari negara seperti Singapura, India, Taiwan, Jepun dan Indonesia.

Berikut ialah kronologi kemalangan maut melibatkan bas di kawasan Genting Highlands, Pahang:

5 Mac 2012 - Dua pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong terbalik di bahu jalan di KM4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ketika bas itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara.

29 Oktober 2010 - Tujuh maut manakala 20 orang cedera selepas sebuah bas pelancongan terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah ketika menuruni Genting Highlands.

2 September 2010 - Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di KM35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands.

3 Jun 2008 - Dua penumpang sebuah bas persiaran maut manakala 41 yang lain cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas lalu terjunam sembilan meter ke dalam gaung diKM 22.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

20 November 2006 - Tiga pegawai Provincial Electricity Authority of Thailand (PEA) terbunuh apabila bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbalik ketika dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands di KM13, Jalan Genting Highlands-Batang Kali.

14 November 1999 - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dari Singapura terbunuh apabila sebuah bas yang dalam perjalanan ke Singapura, terhumban ke dalam gaung di Genting Highlands.

31 Disember 1996 - Seramai 30 orang cedera apabila sebuah bas menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke dalam gaung di KM4 dekat Tokong Chin Siew di Genting Highlands semasa sedang menuruni bukit peranginan itu.

15 Julai 1996 - Tujuh belas orang termasuk enam kanak-kanak terkorban apabila bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.


 - Bernama-

Bas Jatuh Gaung: 37 Disahkan Maut


Sepasukan anggota bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berusaha mengeluarkan mangsa. Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan. - foto THE STAR
PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan angka kematian tragedi nahas bas perlancongan di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang.
Seramai 16 lagi mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan adalah seramai 53.
Antara mangsa yang berjaya diselamatkan. - foto THE STAR
Daripada jumlah mangsa yang maut, 24 daripadanya ialah lelaki manakala 13 lagi ialah perempuan.
Usaha menyelamat mangsa sedang dijalankan. - foto THE STAR
Mangsa maut terdiri daripada rakyat tempatan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang Rabu, bas ekspress yang membawa penumpang turun dari pusat peranginan menuju ke Kuala Lumpur itu terbabas dan terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 30 meter.

Rahsia dibalik kalimat azan di waktu Subuh


Mungkin ada dari pembaca yang tidak menyedari, apa sebab Allah swt memerintahkan kita bangun pagi dan solat subuh? Dan mengapa dalam azan subuh terdengar kalimat yang berbeza, kalimat yang tidak ada pada azan di lain waktu.

“ash shalaatu khairun minan naum“

Jika kita terjemahkan, akan bererti Solat itu lebih baik daripada tidur. Tetapi cuba perhatikan baik baik. Mengapa kalimat itu hanya dikumandangkan semasa azan subuh saja? Dalam kalimat itu Allah SWT ternyata sedang memberikan isyarat kasih sayangnya pada kaum muslimin, satu isyarat yang sering kita abaikan maknanya, yang jika kita tangkap isyarat itu lebih kurang akan berbunyi seperti ini

"solat (pada masa) itu lebih baik dari pada tidur".

Subhanallah Laa Khaula Wa Laa Quwwata Illa Billaah, Lalu mengapa isyarat itu dikumandangkan hanya pada solat subuh, tatkala kita semua sedang tidur , dan bukan pada azan untuk solat lain?.

Pada kajian  MILIS, kajian GISSI 2 dan kajian-kajian lain di luar negeri, yang dipercayai sebagai suatu penyelidikan yang sahih mendapati satu kesimpulan jika puncak terjadinya serangan jantung sebahagian besar dimulai pada jam 6 pagi sehingga jam 12 tengahari.

Mengapa demikian? Kerana pada masa itu sudah terjadi perubahan pada sistem tubuh dimana terjadi kenaikan tegangan saraf simpatis (istilah Cina:Yang) dan penurunan tegangan saraf parasimpatis (YIN).

Tegangan simpatis yang meningkat akan menyebabkan kita sedia bergerak, tekanan darah akan meningkat, denyutan jantung lebih kuat dan sebagainya.

Pada tegangan saraf parasimpatis yang meningkat maka terjadi penurunan tekanan darah, denyut jantung kurang kuat dan lambat. Terjadi peningkatan aliran darah ke perut untuk melumatkan makanan dan berkurangnya aliran darah ke otak sehingga kita merasa mengantuk, cenderung kepada keadaan istirehat.

Pada pergantian waktu pagi buta (mulai pukul 3 dinihari) sampai siang itulah secara diam-diam tekanan darah berangsur naik, terjadi peningkatan adrenalin yang meningkatkan tekanan darah dan penyempitan pembuluh darah (efek vasokontriksi) dan meningkatkan sifat agregasi trombosit (sifat saling melekat satu sama lain pada sel trombosit agar darah membeku) walaupun kita tertidur.
 
Aneh bukan? Perkara ini terjadi pada semua manusia, setiap hari termasuk anda dan saya mahu pun bayi anda. Perkara seperti ini disebut sebagai ritme Circardian/Ritme sehari-hari, yang secara semulajadi diberikan Allah swt kepada manusia.

Furgot dan Zawadsky pada tahun 1980 dalam penyelidikannya mengeluarkan sekumpulan sel dinding arteri sebelah dalam pada pembuluh darah yang sedang diselidikinya . Pembuluh darah yang normal yang tidak dibuang sel-sel yang melapisi dinding bahagian dalamnya akan melebar bila dititisi suatu zat kimia iaitu: Asetilkolin.

Pada penyelidikan ini terjadi keanehan, dengan dikeluarkannya sel-sel dari dinding sebelah dalam pembuluh darah itu, maka pembuluh tadi tidak melebar bila dititisi asetilkolin.

Penemuan ini menimbulkan kegemparan dalam dunia perubatan
 
“Jadi itu apa yang menentukan melebar atau menyempitnya pembuluh darah, sesuatu penemuan baru yang sudah sekian lama, sekian puluh tahun diteliti tapi tidak bertemu”.

Penyelidikan itu segera diikuti penyelidikan yang lain diseluruh dunia untuk mengetahui zat apa yang ada didalam sel bahagian dalam pembuluh darah yang mampu mengembangkan/melebarkan pembuluh itu. Dari sekian ribu penyelidikan maka zat tadi ditemui oleh Ignarro serta Murad dan disebut NO/Nitrik Oksida.

Ketiga penyelidikan itu Furchgott dan Ignarro serta Murad mendapat hadiah NOBEL tahun 1998.
Zat NO selalu dihasilkan, dalam keadaan rehat tidur pun selalu dihasilkan, namun hasil ini dapat ditingkatkan oleh ubat golongan Nifedipin dan nitrat dan lain-lain tetapi juga dapat ditingkatkan dengan bergerak, dengan bersukan

Efek Nitrik oksida yang lain adalah mencegah kecenderungan membekunya darah dengan cara mengurangi sifat agregasi/sifat melekat satu sama lain dari trombosit pada darah kita.

Jadi kalau kita kita bangun tidur pada pagi buta dan bergerak, maka ini akan memberikan pengaruh baik pada pencegahan gangguan kardiovaskular.

Naiknya kadar NO dalam darah kerana aktiviti iaitu wudhu dan solat sunat dan wajib, kemudian disertai berjalan ke masjid merupakan perlindungan bagi pencegahan kejadian kardiovaskular......... tanpa manusia menyedarinya.

Selain itu patut dicatat bahawa pada posisi rukuk dan sujud terjadi proses menekan, posisi ini meningkatkan tegangan otot parasimpatis (yang melawan kesan tegangan otot simpatis). Dengan exercise tubuh menghasilkan NO untuk melawan peningkatan kadar zat adrenalin di atas yang berkesan menyempitkan pembuluh darah dan membuat sel trombosit darah kita jadi bertambah liar dan saling memeluk.

Allah, sudah sejak awal Islam datang menyerukan solat subuh. Hanya Allah tidak secara jelas menyatakan manfaat akan perkara ini kerana tingkat ilmu pengetahuan manusia belum sampai dan masih harus mencarinya sendiri walaupun harus melalui tempoh waktu ribuan tahun.

Petunjuk bagi kemaslahatan umat adalah tanda kasihNya pada hambaNya. Bukti manfaat instruksi Allah baru datang 1400 tahun kemudian. Allahu Akbar.

21 August 2013

AWAS Dendam terhadap Polis

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuftLjqRz4sKStr_udqAdK9vMCC_JD3E0wo1Nhk5l-cbZXBYKNONXd82trkFchStVpMF7XImXrb3ZveCp-POtJggnWZg7YtSy__X6pY1SuDOgvljENj1aqbZtU8GCYACRviyVQi9LBRUgR/s1600/04.jpgAda maklumat diperolehi kata geng 04 yang anggotanya kebanyakan dari ahlinya datang dari kaum India sedang merancang untuk menyerang balas pegawai dan anggota-anggota polis.
Mereka akan cari pegawai dan anggota yang bersendirian dan terpencil untuk diserang atau tidak menolak kemungkinan membunuh anggota-anggota polis.
Ekoran kejayaan pihak polis Pulau Pinang menembak mati 5 ahli kumpulan mereka, mereka mahu berdendam.
Amat perlu diketatkan kawalan keselamatan di IPK, IPD, Balai Polis, tempat-tempat bertugas dan kediaman pegawai dan anggota polis di Pulau Pinang.
Tingkatkan juga keselamatan semasa dalam perjalanan pergi dan balik kerja serta diluar waktu kerja.
Eloklah mana mana pegawai dan anggota polis yang ada meletakkan sticker polis pada cermin kereta, mereka ditanggalkan sebagai mengelakkan tindakbalas dari ahli ahli keluarga geng berkenaan.
Ahli keluarga pun boleh berhadapan dengan risiko dengan adanya sticker sedemikian.

5 fakta mengkagumkan tentang azan

Azan adalah media luar biasa untuk mengumandangkan tauhid terhadap Allah Yang Maha Kuasa dan risalah (kenabian) Nabi Muhammad SAW. Azan juga merupakan panggilan solat kepada umat Islam, yang terus bergema di seluruh dunia lima kali setiap hari.

Betapa mengagumkan suara azan itu, dan bagi umat Islam di seluruh dunia, azan merupakan sebuah fakta yang telah kukuh.

1 . Kalimat Penyeru Yang Mengandungi “Kekuatan Supranatural” 
Ketika azan berkumandang, kaum yang bukan sekadar beragama Islam, tetapi juga beriman, bergegas meninggalkan seluruh aktiviti duniawi dan bersegera menuju masjid untuk menunaikan solat berjamaah. 

Simpulan kesedaran psiko-religius dalam otak mereka mendadak bergetar hebat, berhubung secara bersama dan dengan sepenuh kesedaran seorang hamba (abdi) mereka bersimpuh, penuh kesyahduan ibadah solat berjamaah.

2. Asal Mula Yang Menakjubkan: 
Pada zaman dulu, Rasulullah Saw. kebingungan untuk memberitahu masa waktu solat telah tiba kepada seluruh umatnya. Maka dicarilah berbagai cara. 

Ada yang mencadangkan untuk mengibarkan bendera apabila waktu solat itu tiba, ada yang cadang untuk menyalakan api di atas bukit, meniup terompet, dan malah membunyikan lonceng. Tetapi semuanya dianggap kurang sesuai dan kurang elok.

Adalah Abdullah bin Zaid yang bermimpi bertemu dengan seseorang yang memberitahunya untuk mengumandangkan azan dengan menyerukan lafaz-lafaz azan yang sudah kita ketahui sekarang. Mimpi itu disampaikan Abdullah bin Zaid kepada Rasulullah Saw. 


Umar bin Khathab yang sedang berada di rumah mendengar suara itu. Ia terus keluar sambil menarik jubahnya dan berkata: ”Demi Tuhan yang mengutusmu dengan hak, ya Rasulullah, aku benar-benar melihat seperti yang ia lihat (di dalam mimpi). Lalu Rasulullah bersabda: ”Segala puji bagimu.”

Kemudian Rasulullah menyetujuinya untuk menggunakan lafaz-lafaz azan itu untuk menyerukan panggilan solat.

3. Azan Sentiasa Ada Semasa Peristiwa-Peristiwa Penting: 
Azan digunakan Islam untuk memanggil umat untuk melaksanakan solat. Selain itu azan juga dikumandangkan di waktu penting. Ketika lahirnya seorang bayi, ketika peristiwa besar .

Peristiwa besar yang dimaksud adalah

- Fathu Makah : Pembebasan Mekah merupakan peristiwa yang terjadi pada tahun 630 tepatnya pada 10 Ramadan 8 H, di mana Nabi Muhammad beserta 10.000 pasukan bergerak dari Madinah menuju Mekah, dan kemudian menguasai Mekah secara keseluruhan, sekaligus menghancurkan berhala yang ditempatkan di dalam dan sekitar Ka’bah. Lalu Bilal mengumandangkan azan di atas Ka’bah

- Pengusaan Konstatinopel : Konstantinopel jatuh ke tangan pasukan Ottoman, mengakhiri Kerajaan Romawi Timur lalu beberapa perajurit Ottoman masuk kedalam Ramapsan terbesar Mereka Sofia lalu mengumandangkan azan di sana sebagai tanda kemenangan Islam..

4. Azan Sudah Milion kali Dikumandangkan: 
Sejak pertama dikumandangkan sehingga kini mungkin sudah sekitar 1500 tahunan lebih azan dikumandangkan. Anggaplah setahun 356 hari . bererti 1500 tahun X 356 hari= 534000 dan kalikan kembali dengan jumlah umat Islam yang terus bertambah tiap tahunnya. Kita anggap umat Islam pada masa ini kira-kira 2 milion orang dengan nisbah 2 milon umat dengan 2 juta muadzin.

Hasilnya = 534.000 x 2.000.000 = 1.068.000.000.000 dikalikan 5 = 5.340.000.000.000

5. Azan Tidak Pernah Berhenti Berkumandang 
Setiap kali fajar menyingsing di sebelah timur Sulawesi, kira-kira jam 5:30 waktu tempatan, maka azan subuh mulai dikumandangkan. Ribuan muadzin di kawasan timur Indonesia mulai mengumandangkan tauhid kepada Allah Yang Maha Kuasa, dan risalah Nabi Muhammad SAW.

Proses itu terus berlangsung dan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan waktu antara timur dan barat pulau-pulau di Indonesia adalah satu jam. Oleh kerana itu, satu jam setelah azan selesai di Sulawesi, maka azan segera bergema di Jakarta, diikuti pula Sumatera. 

Azan belum berakhir di Indonesia, maka ia sudah dimulai di Malaysia. Burma adalah di baris seterusnyanya, dan dalam waktu beberapa jam dari Jakarta, maka azan mencapai Dacca, ibu kota Bangladesh. Dan begitu azan berakhir di Bangladesh, maka ia ia telah dikumandangkan di barat India, dari Kalkuta ke Srinagar. Kemudian terus menuju Bombay dan seluruh kawasan India.

Srinagar dan Sialkot (sebuah kota di Pakistan utara) memiliki waktu azan yang sama. Perbezaan waktu antara Sialkot, Kota, Karachi dan Gowadar (kota di Baluchistan, satu bahagian di Pakistan) adalah empat puluh minit, dan dalam waktu ini, (Dawn) azan Fajar telah terdengar di Pakistan. 

Sebelum berakhir di sana, ia telah dimulai di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Azan kembali terdengar selama satu jam di wilayah Hijaz al-Muqaddas (Mekah dan Madinah), Yaman, Emeriah Arab Bersatu, Kuwait dan Iraq.

Perbezaan waktu antara Bagdad dan Iskandariyah di Mesir adalah satu jam. Azan terus bergema di Syria, Mesir, Somalia dan Sudan sepanjang jam tersebut. Iskandariyah dan Istanbul terletak di garisan bujur geografi  yang sama. Perbezaan waktu antara timur dan barat Turki adalah satu setengah jam, dan pada masa ini seruan solat dikumandangkan.

Iskandariyah dan Tripoli (ibu kota Libya) terletak di lokasi waktu yang sama. Proses panggilan Azan sehingga terus berlangsung melalui seluruh kawasan Afrika. Oleh kerana itu, kumandang keesaan Allah dan kenabian Nabi Muhammad saw yang dimulai dari bahagian timur pulau Indonesia itu tiba di pantai timur Lautan Atlantik dalam masa sembilan setengah jam.

Sebelum Azan mencapai pantai Atlantik, kumandang azan Zohur telah dimulai di kawasan timur Indonesia, dan sebelum berkumandang di Dacca, azan Asar telah dimulai. Dan begitu azan dikumandang di Jakarta setelah kira-kira satu setengah jam kemudian, maka waktu Maghrib menyusul. 


Tidak lama setelah waktu Maghrib dikumandang di Sumatera, maka waktu azan Isya' telah dimulai di Sulawesi.Bila muadzin di Indonesia mengumandangkan azan subuh, maka muadzin di Afrika mengumandangkan azan untuk Isya'. (eramuslim)

20 August 2013



http://volcano.oregonstate.edu/vwdocs/volc_images/north_asia/ML10.jpg

TOKYO - Gunung berapi paling aktif di Jepun, Gunung Sakurajima dilaporkan mengeluarkan asap tebal yang ke-500 kali pada tahun ini.

Menurut pakar gunung berapi, kepulan asap tebal direkodkan mencecah 5000 meter dan paling tinggi sejak letusan pada 1955 sekali gus menyebabkan keseluruhan bandar Kagoshima bergelap serta diselaputi debu.

Gunung Sakurajima yang berketinggian 1,117 meter, terletak di pulau Kyushu dan mula memuntahkan asap lewat malam Jumaat lalu.

Walaupun tiada laporan mengenai masalah kesihatan akibat debu Gunung Sakurajima, pihak jabatan kesihatan tetap mengeluarkan arahan supaya penduduk memakai penutup hidung dan mulut ketika berada di kawasan terbuka.

Sepasukan pakar dari institut pengurangan bencana di Universiti Kyoto, bertindak memantau setiap pergerakan gunung berapi tersebut bagi mengelak insiden letusan kuat 1914 yang mengorbankan 58 orang berulang.

Setakat ini, Gunung Sakurajima hanya meletus pada skala kecil beberapa ribu kali setahun dan tidak menjejaskan penduduk.  - MailOnline
  • Fandi Ahmad
BEKAS ketua jurulatih pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Fandi Ahmad hari ini meletak jawatan sebagai pengurus pasukan itu berkuatkuasa serta merta.
  
Setelah pertimbangan teliti dan persefahaman bersama, bekas pemain bola sepak Singapura itu dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) masing-masing bersetuju untuk membuat haluan masing-masing.
  
PBNJ dalam satu kenyataan kepada media di sini hari ini berkata, keputusan ini telah dipersetujui bersama dan bagi pihak persatuan sendiri mereka ingin mencari pendekatan taktikal yang berbeza.
  
"Pintu sentiasa terbuka untuk Fandi di PBNJ dan beliau sentiasa dianggap sebagai keluarga di sini. PBNJ juga sentiasa bersedia memberikan sokongan dalam sebarang usaha yang bakal beliau ceburi pada masa hadapan," kata PBNJ.
  
Menurut kenyataan itu lagi, sepanjang bersama JDT Fandi merupakan seorang jurulatih yang cemerlang dan sentiasa berdedikasi bagi membentuk pasukan yang mantap dan banyak menyumbang ke arah pembangunan bola sepak Johor.

Pemergian beliau disifatkan satu berita yang mendukacitakan bagi PBNJ dan penyokong pasukan bola sepak Johor. Jasa dan pengorbanan beliau akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh persatuan itu dan peminat.
  
Sebelum ini, pada akhir bulan lepas Fandi hilang jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan JDT dan ia kemudiannya digantikan dengan jawatan sebagai pengurus pasukan.
  
Dikhabarkan pasukan yang dibarisi ramai pemain berstatus bintang itu sedang mengintai khidmat bekas jurulatih Valencia dan Atletico Madrid, Cesar Ferrando Jiminez sebagai pengurus dan ketua jurulatih JDT bagi saingan Liga Malaysia musim depan.
  
Sementara itu, Fandi dalam kenyataan kepada media berharap semua pihak menerima keputusannya itu dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut.
  
"Ia sesuatu yang cukup menyedihkan tetapi keputusan yang amat penting untuk masa depan saya sebagai jurulatih bola sepak. Keluarga saya memain peranan penting dalam saya membuat keputusan ini," kata beliau.

Fandi merakamkan penghargaan kepada Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang banyak menyokongnya dan pasukan JDT sepanjang beliau bersama pasukan itu.
  
Fandi turut mengucapkan terima kasih kepada peminat pasukan JDT kerana sentiasa memberikan sokongan padu dan melahirkan rasa kesal kerana gagal meraih sebarang piala pada musim lepas. - Bernama

3 Suspek Bunuh ditahan

JOHOR BAHRU - Polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nusajaya berjaya menyelesaikan kes bunuh seorang pemilik pusat kecantikan di Taman Bukit Indah, di sini, 17 Ogos lalu, dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

Kejayaan itu susulan penahanan dua lelaki dan seorang wanita berusia 16 hingga 37 tahun di lokasi berasingan hasil daripada maklumat awam pada tarikh yang sama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya, Deputi Superintendan Razak Md Said berkata, kesemua suspek kini ditahan reman bermula semalam (kelmarin) sehingga 24 Ogos ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Bertindak atas maklumat orang ramai, kira-kira jam 2 petang, polis menahan suspek pertama di Tampoi dan turut menahan suspek kedua di Pekan Nenas, Pontian.

“Suspek ketiga iaitu seorang wanita berusia 16 tahun ditahan bersembunyi di sebuah tokong di sekitar bandar raya ini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di IPD Nusajaya, di sini semalam.

Razak berkata, hasil daripada penahanan kesemua suspek, polis menemui semula barang kes yang dilarikan antaranya wang tunai, telefon bimbit dan kamera selain merampas sebuah kereta serta senjata digunakan.

Katanya, ketiga-tiga suspek juga didapati positif dadah jenis ‘Morphine’ hasil daripada ujian air kencing yang dijalankan.

“Suspek utama memiliki 13 kesalahan lampau melibatkan kesalahan jenayah dan Akta Dadah berbahaya, manakala suspek kedua pula hanya Akta Dadah Berbahaya. Mereka pernah ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak di Simpang Renggam.

“Polis menyifatkan suspek sebagai penjenayah yang sering melakukan jenayah berulang. Manakala hubungan ketiga-tiga suspek adalah rakan,” katanya.

Beliau memberitahu, modus operandi digunakan suspek untuk melakukan samun adalah menyamar sebagai pelanggan sebelum mengeluarkan sebilah pisau bagi menakutkan mangsa supaya menyerahkan barang berharga.

“Dalam kejadian ini, oleh kerana mangsa enggan memberi kerjasama, suspek telah menikam mangsa di seluruh anggota badan,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang pemilik pusat kecantikan ditemui mati selepas dibunuh secara kejam dengan kesan tikaman di perut dan kelar pada bahagian leher dan badan.
Dalam perkembangan lain, Razak berkata, tiada kejadian jenayah melibatkan 497 buah rumah yang terlibat dalam Kempen Rumah 

10 gunung berapi berbahaya yang masih aktif di dunia

1. Chaitén
semua-nyata.blogspot.com
Terletak di Chile selatan, tepi kaldera mencapai 1,122 meter di atas aras laut dan 3km dengan diameter. Gunung Chaiten mula meletus pada  Mei 2008. Kekuatan letusan itu meningkat secara dramatik menghasilkan ledakan arus awan dan lava. Pada bulan Februari 2009 , terjadi sebahagian letusan disebabkan runtuhnya kubah aliran piroklastik lebih bawah melalui lembah sungai.

2. Mayon
semua-nyata.blogspot.com
Gunung Mayon terletak di bahagian Albay, di Luzon, Filipina. Sebahagian dari Lingkaran Api Pasifik, merupakan salah satu gunung berapi paling aktif, telah meletus di Filipina selama lebih dari 49 kali dalam masa 400 tahun terakhir.

3. Mount Etna
semua-nyata.blogspot.com
Terbesar daripada tiga gunung berapi aktif di Itali terletak 3,329 meter di atas aras laut di pesisir timur Sisilia. Salah satu gunung berapi yang paling aktif di dunia, Gunung Etna adalah dalam keadaan hampir konstan. Yang paling terakhir adalah letusan abu pada bulan April 2010.

4. Mount Nyiragongo

http://www.volcano-facts.com/volcano-pictures/thumb/mount-nyiragongo.gif
Gunung Nyiragongo terletak di Taman Negara Virunga di Republik Demokratik Congo. Mempunyai kawah dengan selebar kira-kira 2 km. Sejak tahun 1882, gunung ini telah meletus sebanyak 34 kali. Lava Nyiragongo terus turun dengan kelajuan hingga 60 mph.

5. Whakaari / White Island
semua-nyata.blogspot.com
Pulau putih ini terletak 28 km di timur Pulau Utara Selandia Baru. Letusan telah terjadi di sini baik melalui aliran lava dan ledakan abu . Letusan terbesar terjadi pada tahun 1981-1983 banyak mengubah lanskap, dan ada juga letusan pada tahun 2000 dan 2001.

6. Mount St Helens
semua-nyata.blogspot.com
Gunung St Helens terletak di Scamania County, Washington, USA. Peristiwa yang paling terkenal berlaku di sini mungkin letusan pada bulan Mei 1980 yang menyebabkan 57 kematian dan kerosakan harta benda seluas lebih dari 230 mil persegi. Pada tahun 2008 wapnya mulai meletus dari rekahan di kubah lava.

7. KÄ«lauea
semua-nyata.blogspot.com
Kilauea merupakan gunung berapi aktif di Kepulauan Hawaii dan merupakan salah satu dari lima gunung berapi yang bersama-sama membentuk pulau. Letusan gunung ini bermula pada bulan Januari 1983 dan terus menghasilkan aliran lava yang bergerak dari ventilasi melalui jaringan yang dibuang ke laut. Letusan ini telah meliputi lebih dari 117 km persegi dan dibina dalam laut yang berkedalaman 2 km.

8. Soufrière Hills 
semua-nyata.blogspot.com
Ini gunung berapi Soufrière Hills mempunyai banyak kubah lava yang membentuk puncaknya di pulau Karibia Montserrat. Setelah lama tertidur, gunung ini menjadi aktif pada tahun 1995 dan terus meletus. Pada 5 Februari 2010 ledakannya menyebabkan berlakunya ledakan arus awan di beberapa bahagian gunung itu pada suatu waktu.

9. Popocatépetl
semua-nyata.blogspot.com
Popocatépetl adalah puncak tertinggi kedua di Mexico pada 5,426 meter, dan terletak kira-kira 70 km di tenggara Mexico City. Gunung ini merupakan gunung yang paling berbahaya di Mexico dengan lebih dari 20 letusan besar sejak 1519. Yang paling baru pada bulan Desember 1994 dan sejak itu aktiviti gunung berapi ini aktif berterusan.

10. Sakurajima
http://volcano.oregonstate.edu/vwdocs/volc_images/north_asia/ML10.jpg
Awalnya sebuah pulau, setelah aliran lava dari letusan 1914 dari Sakurajima sekarang bersambung ke Semenanjung Osumi di Jepun. Aktiviti Sakurajima menjadi lebih menonjol lagi pada tahun 1955, dan gunung berapi telah meletus secara berterusan sejak itu, dengan 7300 letusan tercatat dalam masa 45 tahun terakhir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...