27 October 2011

Protes Kenaikan Harga Barang

Utusan Online :Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyokong penuh saranan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi melakukan protes secara senyap terhadap kenaikan harga barang.
 
Presidennya, Mohd. Khalid Atan berkata, sebagai pekerja, mereka akan turut menyokong tindakan yang disarankan oleh CUEPACS jika kenaikan harga barang berlaku sehingga ke tahap yang tidak munasabah.

"Kami menyokong penuh saranan CUEPACS untuk memprotes kenaikan harga barang ini jika peniaga terus menaikkan harga barang tanpa sebab yang kukuh dan sehingga membebankan pengguna.
"Jika harga barangan masih naik, ahli kesatuan akan bersama-sama memprotes kerana keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada penjawat awam malah kepada kakitangan swasta," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai saranan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman agar 1.3 juta penjawat awam di negara ini melakukan protes secara senyap terhadap kenaikan harga barang terutama ayam mulai bulan depan.

Menurut Mohd. Khalid, isu kenaikan harga barang ini seperti satu fenomena yang pasti berlaku apabila kerajaan mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam pada pembentangan bajet tahunan.
"Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2012, peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang walaupun kakitangan awam belum menerima imbuhan tersebut," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, protes yang disarankan oleh CUEPACS ini haruslah mempunyai sasaran yang berpaksikan kepada fakta yang jelas.

"Kita tidak mahu melakukan protes kepada pihak yang salah sedangkan punca kepada kenaikan harga barang itu datang daripada pihak lain," katanya.

Menurut Ma'amor, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menyokong protes tersebut jika ia membawa perubahan, seterusnya meringankan beban pengguna.

TU: Naik..naik..terus naik..apa dah jadi Menteri bertanggungjawab kena lebih prihatin dan ambil tindakan tegas...setegasnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...